Nuffnang

Tuesday, March 27, 2018

Tediaa...Salji ‘oren’ landa Timur Eropah

  Salji ‘oren’ landa Timur Eropah

Salji ‘oren’ kali ini adalah yang paling terang.
  MOSCOW - RUSIA.  Femomena salji ‘oren’ yang melanda kawasan Timur Eropah menjadikan landskap pergunungan di Ukraine, Rusia, Bulgaria dan Romania seolah - olah permukaan planet Marikh.
Laporan BBC mengatakan, fenomena itu terjadi apabila ribut pasir yang melanda Gurun Sahara menerbangkan partikel halus pasir ke atmosfera lalu tersebar ke serata dunia sebelum bercampur dengan hujan dan salji.
Pakar meteorologi Britain, Steven Keates memberitahu, fenomena berkenaan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.
“Apabila pasir dibawa naik ke tahap paling atas atmosfera ia kemudiannya disebarkan ke lokasi lain.
“Daripada imej satelit menunjukkan banyak pasir dan debu di atmosfera bergerak menuju ke Mediterranean,” katanya.
Menurut beliau salji ‘oren’ kali ini adalah yang paling terang berbanding salji sebelumnya di Siberia pada 2007.
Pelancong yang teruja melihat salji ‘oren’ tersebut memuat naik gambar mereka di laman sosial bermain ski di kawasan pergunungan di Timur Eropah.
Rata-rata pengguna media sosial menyamakan pemandangan itu seperti berada di planet Marikh. - Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung