Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan rakaman
pasangan ditangkap khalwat dan dipaksa berbogel yang tular di media
sosial sejak beberapa hari lalu bukan berlaku di negeri itu.
Pengarah JAHEAIK Datuk Mohd Rahim Jusoh berkata ia selepas pihaknya melihat sendiri rakaman itu.
"Malah kita juga tidak mengenali sesiapa yang berada dalam video
tersebut. Mereka dalam video itu juga tidak memakai unifom penguat kuasa
JAHEAIK," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Rakaman yang tular di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki dan
perempuan remaja dikerumuni sekumpulan lelaki di luar sebuah bilik
kerana disyaki berkhalwat, didakwa berlaku di negeri itu.
Dalam rakaman itu, mereka yang tidak berpakaian - dan dilarang
berbuat demikian - dimarahi kumpulan itu. Malah ada juga yang dilihat
mengambil gambar mereka.
Mohd Rahim berkata, penguatkuasa JAHEAIK bertindak berdasarkan
prosedur operasi standard (SOP) jika membuat serbuan seumpama itu.
"Kita ada SOP dan serbuan yang kita buat adalah bersifat untuk mendidik sebaliknya bukan bertujuan mengaibkan.
"Saya sendiri tidak pasti kejadian itu di mana, tetapi berdasarkan
bahasa percakapan mereka juga kita dapat bukan berlaku di Kelantan,"
katanya.
Beliau meminta pengguna media sosial agar tidak mudah menuding jari
kepada mana-mana pihak dalam soal ini, sebaliknya merujuk pihak yang
bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment