Nuffnang

Friday, August 3, 2018

Perghhh !!! Tular 'surat sopan' isteri minta wanita berhenti tidur dengan suaminya




Gambar hiasan. -fotoIndependentPrintLimited
CARA seseorang mencari jalan penyelesaian kepada satu masalah adalah berbeza.
Seseorang di Walthamstow, utara London mungkin telah dapat menangani masalahnya.
Dia hanya menulis 'surat' dan mencetaknya di atas kertas bersaiz A4 meminta seorang wanita berhenti tidur dengan suaminya.
Berdasarkan satu posting bergambar yang tular di Twitter, surat tersebut dihantar kepada individu bernama Emilia.
Namun tidak dapat dipastikan Emilia yang tinggal di alamat No. 36 itu telah mendapat mesej tersebut atau tidak.


Apa yang pasti, rahsianya kini sudah diketahui ramai, bukan sahaja oleh jiran tetangga, malah boleh dikatakan satu dunia apabila surat yang dihantar kepadanya tular.
Bagaimanapun, tweet tersebut yang dibuat oleh Eddy Frankel mendapat perhatian bukan sahaja kerana perangai teruk Emilia.
Netizen turut memuji cara sopan isteri kepada lelaki yang meniduri Emilia menegur wanita itu.


"Ini betul-betul 'Inggeris' yang pernah saya lihat. Sebagai orang Itali saya dah lama jumpa dan maki dia," tulis @BloggerOnPole.
@KathrynDeem menulis: "Ini drama paling sopan saya pernah tengok."
@OliverBall pula menulis: "Ayye! Masa seperti ini buat saya bangga dengan asal usul saya." -indy100

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung