Nuffnang

Thursday, July 18, 2024

Suami ‘ragut nyawa’ isteri, 2 anak atas arahan kekasih

 


KES seorang suami dituduh membunuh isteri dan dua anak mereka berlaku di bandar Hyderabad. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang suami di bandar Hyderabad, India didakwa membunuh isteri dan dua anaknya yang masih kecil atas permintaan kekasih gelapnya, lapor laman berita Wion News semalam.

Suspek yang merupakan ahli fisioterapi, bekerja di hospital sama dengan kekasihnya, seorang jururawat. 

Pada 28 Mei lalu, dia memberi suntikan bius dos tinggi kepada isterinya sebelum melemaskan dua anak perempuannya di dalam kereta dengan menutup hidung serta mulut mereka.

Suspek mengatur rancangan untuk menjadikan pembunuhan itu kelihatan seperti kemalangan jalan raya, di mana dia cedera ringan dalam kejadian tersebut. 

Selepas meneliti beberapa bukti termasuk menemui kesan suntikan pada badan isterinya dan penemuan picagari kosong, polis berasa curiga.

 Suspek yang hidup bebas bersama teman wanitanya akhirnya ditangkap 48 hari selepas pembunuhan itu. – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung