PETALING JAYA – Sebuah bot yang dipenuhi pelancong di bahagian hadapannya dikejutkan dengan ‘kemunculan istimewa’ ikan lumba-lumba sekitar perairan Pulau Tioman.
Menerusi video yang dimuat naik @zaeim1307 di akaun TikToknya, sekumpulan ikan lumba-lumba yang terdiri daripada kira-kira lapan ekor itu kelihatan berenang betul-betul menghampiri bot pelancong.
Video itu juga memaparkan para pelancong di tiga buah bot itu teruja sambil mengeluarkan telefon masing-masing untuk merakamkan pengalaman yang jarang-jarang boleh didapati.
Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 53,600 tanda suka, 2,225 dan 234 perkongsian.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati pengguna media sosial juga teruja dapat menyaksikan perkongsian video tersebut kerana penampakkan spesies mamalia itu dianggap begitu istimewa.
“Wow bestnya dapat tengok depan mata,” komen Sara.
“Kenangan terindah untuk semua,” komen Aiman.
“Dekatnya ikan lumba-lumba tu berenang dengan bot pelancong. Tak sangak Tioman pun ada mamalia ni,” komen pengguna yang lain pula.
Untuk rekod, kemunculan ikan lumba-lumba di perairan Pulau Tioman khususnya di Kampung Juara bukanlah perkara pelik malah pernah dilihat para pelancong sebelum ini.
Mamalia itu seolah begitu jinak dan ingin berkawan dengan pelancong yang menaiki bot dan kemunculannya juga untuk menangkap sotong yang banyak di perairan Pulau Tioman.
Sebelum ini terdapat pelancong berpeluang melihat kira-kira 20 ikan lumba-lumba dalam satu kumpulan mengekori bot mereka sambil melakukan pelbagai aksi yang menarik dan menghiburkan.
Daripada 21 spesies lumba-lumba yang dikesan di negara ini, hanya satu spesies boleh mendiami sungai khususnya di Sabah iaitu ikan lumba-lumba Irrawaddy atau dikenali empesut. – KOSMO! ONLINE
1 comment:
Jaman ikut nelayang kat tengganu dulu, selalu aje jumpa ikang lumba2 ni
Post a Comment