Nuffnang

Thursday, November 26, 2009

It's a sin !




Dari Blog Mazidulakmar.blogspot


Jam 3 pagi kelmarin saya berborak bersama 3 pelajar kolej dari Arab Saudi.“We don’t mix with girls, it’s a sin!,” kata Yaser, penuntut Kolej Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.Menurutnya di Arab Saudi, mereka belajar di kelas berasingan dengan pelajar perempuan.“The girls there, they wear hijab and black jubah,” tambahnya.“We don’t even have movie theaters in Saudi. The government is afraid if youngsters will make their own ‘movies’ instead of watching one. It’s a sin!,” sampuk rakannya, Salem.Salem, penuntut Segi College, Kota Damansara, sedang mempelajari bahasa Inggeris.“People who want to drink beer have to cross a bridge to Bahrin, not in Saudi, it’s a sin!,” celah rakan mereka, Hassan.“So, it seems that this country is full of sins, hah?,” soal saya kepada mereka.“Yah!,” mereka bertiga menjawab serentak.Tiba-tiba perbualan kami terhenti seketika. Dua gadis muda berkulit putih melepak, berseluar pendek dan memakai baju tanpa lengan melintas di sebelah meja, tempat kami minum. Salem kelihatan tercengang dengan mulut ternganga.“Do you know those ladies?,” tanya Salem spontan kepada saya.“No. Who are they?,” tanya saya.“They work at the massage parlor, it's not far from here, 5 minutes,” balasnya.Hassan dan Yaser memerhatikan Salem, serius wajah mereka.“Have you been there?,” soal saya."Yah! Have you been there?," ulang Yaser garang.“No!,” ujar Salem dengan wajah serba salah.“Salem, do you know it’s a sin to lie? Let me put it to you again, have you been there?,” soalan saya ajukan.Dia terdiam.“Noooo,” ulangnya teragak-agak.“In the name of God …,” ujar saya.“Ada! Ada! Urut kakilah ...,” katanya sambil tersenyum.Kami semua tertawa. Huh! Nakal juga rupanya pelajar Arab Saudi.
sila layari Apa Khabar Orang Kampung_Mas Aji_ http://www.kachipemas.blogspot.com/

7 comments:

Unknown said...

amboi....amboi...amboi....
mas aji kenal tak?

Penulis Rindu said...

Ok Tq , Bulan

Penulis Rindu said...

bulan said...
amboi....amboi...amboi....
mas aji kenal tak?

Kenal ? kalau orang kenal Mas Aji, mesti mas aji kenal orang 2.

Anonymous said...

hahaha.......lawaklah punya crita.memang, tidak semua orang sempurna. dosa-dosapun, buat juga!

Anonymous said...

Salam
hahahaha arab badawi memang mcm pak lah badawi...tau dosa tp pegang jg....

Anonymous said...

Salam
Arab badawi memang mcm pak lah badawiiii....hahahaha

mas aji said...

ok Terima kasih

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung