Nuffnang

Saturday, August 17, 2019

Wow !! Kucing merajuk kena tinggal akhirnya muncul mengadap tuan, ‘maid’ merompak terus lesap... terima kasih CCTV!



Kucing merajuk kena tinggal akhirnya muncul mengadap tuan, ‘maid’ merompak terus lesap... terima kasih CCTV!

Rakaman monitor Zoe ketika namanya dipanggil.
BAGI pencinta haiwan, berada jauh atau terpaksa meninggalkan haiwan kesayangan ini walaupun seketika bukanlah satu perkara mudah.
Ketika musim perayaan atau cuti panjang, haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing terpaksa ditinggalkan di rumah atau ada juga yang dihantar ke 'hotel haiwan' untuk dijaga.
Begitu juga dengan pemilik kucing ini yang terpaksa meninggalkan beberapa ekor kucing kesayangannya di rumah sahaja kerana tidak mahu 'mereka' merajuk jika dihantar ke hotel haiwan ketika pulang ke kampung di Johor Bahru sempena sambutan Hari Raya Aildiladha minggu lalu.
Menurut Addy, 34, dia bersama kakak dan keluarganya terpaksa meninggalkan empat ekor kucing di dalam rumah selama beberapa hari.
"Sebenarnya anak saudara tak ikut kami balik kampung sebab dia bekerja pada hari raya dan dialah yang menjaga kucing-kucing ini.

Zoe dirakam menerusi kamera yang dipasang di rumah.
"Tetapi ada suatu hari tu, dia tidak ada di rumah sepanjang hari kerana bekerja.
"Rumah kakak saya ini dilengkapi dengan 15 kamera litar tertutup (CCTV) untuk kediamannya. Tetapi satu hari ketika kami memantau keadaan rumah itu, salah seekor kucing peliharaan yang dinamakan Zoe, baka British Shorthair tidak kelihatan.
"Jenuh kami memeriksa rakaman di setiap sudut rumah, namun langsung tak nampak dia," kongsinya kepada mStar.
Jelas Addy, kucing itu amat rapat dengan kakaknya.
Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi monitor suara yang dipasang di rumah.
ADDY
"Memandangkan jauh untuk pulang ke Kuala Lumpur, kakak saya ambil keputusan memanggil namanya menerusi telefon bimbit yang mempunyai akses kepada monitor suara yang dipasang di rumah.
"Jadi kakak saya panggil nama Zoe. Beberapa minit kemudian kucing itu muncul di monitor tunjuk muka. Rupa-rupanya dia menyorok di bawah langsir.
"Sebaik sahaja dia muncul, memang kami semua lega. Dia memang manja dan sentiasa nak dibelai," jelas Addy yang berkongsi mengenai Zoe ini di laman Twitternya.
Mengulas mengenai pemasangan 15 buah CCTV di rumah kakaknya itu, Addy memberitahu ia adalah langkah keselamatan selepas rumah itu dirompak oleh pembantu rumah sendiri pada Mei lalu.
Zoe seekor kucing yang manja dan aktif.
"Sebelum ini memang ada CCTV, tetapi abang ipar tambah lagi di setiap tingkat rumah selepas pembantu rumah buat hal.
"Kami kerugian hampir RM100,000 dengan pelbagai barang yang hilang termasuk barang kemas, pakaian, kasut, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Susulan kejadian itu, kami lebih berhati-hati.
"Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, pembantu rumah yang berusia 25 tahun berketurunan Batak itu masih belum dapat dikesan. Laporan polis sudah dibuat, namun belum ada khabar berita.
"Saya percaya kejadian itu bukan dilakukan oleh dia seorang, sebaliknya mungkin ada rakan subahat," ujar Addy.

Thursday, August 15, 2019

Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit

Tak mampu tolong, lelaki berkaki palsu rakam kawan OKU berkerusi roda selamatkan kucing jatuh parit
Tindakan Abu Fathiyyaturahma yang menyelamatkan kucing di dalam longkang menerima pujian ramai.
DALAM keadaan terbatas dan serba kekurangan, aksi seorang lelaki kelainan upaya (OKU) berkerusi roda yang menyelamatkan kucing di dalam longkang cukup meruntun hati netizen.
Menerusi video berdurasi dua minit lima saat itu, sikap prihatin Abu Fathiyyaturahma menerima pujian ramai.
Malah, video yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya pada Sabtu sehingga kini menerima lebih 160,000 tontonan.
"Pagi tadi masa dalam perjalanan pergi kompleks sukan Likas kami ternampak seekor anak kucing yang terjatuh dalam longkang besar sedang berpaut kuat di dinding lokang dengan basah kuyup entah dari bila lagi dia di situ.
"Saya pun cuba naikkan kucing tu ke atas, Alhamdulillah kami dapat bantu dia naik," tulisnya di Facebook sehingga menerima 2,500 tanda suka.
Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
NETIZEN
Menurut Abu Fathiyyaturahma lagi, video berkenaan dirakam oleh sahabatnya yang juga seorang OKU.
"Sahabat saya yang merakam video ni juga seorang OKU pengguna kaki palsu.
"Dia tidak boleh turun untuk selamatkan anak kucing tu jadi saya buat keputusan untuk turun selamatkan anak kucing tu," katanya lagi.
Paparan skrin video tular berkenaan.
Selain dikongsi lebih 1,200 pelayar Facebook, posting itu turut dihujani dengan pelbagai komen netizen.
Malah, ia turut dimuat naik semula ke beberapa halaman Facebook lain sehingga menjadi perbualan ramai.
Rata-rata netizen memuji sikap Abu Fathiyyaturahma dan menyifatkan lelaki itu sebagai pencinta haiwan sebenar.
"Terima kasih. Anda seoang insan yang hebat. Walaupun OKU. Hati anda mulia tanpa mengira kepayahan demi menyelamatkan makhluk Allah yang lain.
"Yang sempurna pun belum tentu buat seperti bro. Tahniah.
"Terbaik... Kekurangan diri bukan penghalang meneruskan kebaikan kepada manusia mahupun haiwan," tulis beberapa netizen.

Wednesday, August 14, 2019

PErghhh !!! Gadis dakwa dirogol bergilir-gilir di pantai 2 Kali Pula Tuh ..



Gadis dakwa dirogol bergilir-gilir di pantai, suspek kedua kebetulan melalui lokasi kejadian

Seorang gadis didakwa dirogol secara bergilir di sebuah pantai. Gambar sekadar hiasan
SEORANG gadis mendakwa dirogol seorang lelaki di sebuah pantai di Majorca di Sepanyol oleh sebelum dirogol sekali lagi oleh orang awam yang melalui kawasan itu.
Mangsa yang merupakan gadis warga Jerman mendakwa dia dirogol oleh seorang lelaki di Playa de Palma sebelum didatangi lelaki kedua yang kebetulan melalui lokasi kejadian.
Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri dalam keadaan separuh bogel.
Dilaporkan, pegawai polis yang membuat rondaan di pantai menemui mangsa berusia lingkungan 20an, menjerit meminta pertolongan pada kira-kira pukul 4.45 pagi Ahad waktu tempatan.
Dua pelancong masing-masing warga Jerman berusia 32 tahun dan warga Afghanistan berumur 21 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis. - Mirror UK

Tuesday, August 13, 2019

Perggg !!! Impian jadi nyata, pemuda ubah kereta jadi helikopter



Impian jadi nyata, pemuda ubah kereta jadi helikopter
Pemuda itu mengubah sebuah kereta menjadi helikopter.
SEORANG pemuda berusia 24 tahun dari Chhapra, Bihar, India menjadi tular di media sosial apabila dia berjaya mencipta sebuah kereta helikopter.
Dikenali sebagai Mithilesh Prasad, dia sememangnya mempunyai minat untuk mencipta helikopter sejak sekian lama.
Dia baru-baru ini mengubah sebuah kereta Tata Naro menjadi sebuah helikopter.
Biarpun tidak berupaya untuk melakukan penerbangan, ia kelihatan persis sebuah helikopter sebenar.
Pemuda itu mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk membina kenderaan berkenaan.
"Ianya impian saya sejak kecil untuk membuat helikopter sendiri. Tapi saya tak ada latar belakang pendidikan yang kuat, jadi saya ubah kereta saya jadi helikopter," ujar pemuda itu. - India Today.

Monday, August 12, 2019

Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it”

Sesak teruk KL-Kelantan 22 jam baru sampai, terdetik elok jalan kaki je sebelum terserempak lelaki di pembahagi jalan “Someone really did it”
Seorang lelaki dirakamkan berjalan kaki di pembahagi jalan, dekat Gua Musang, Kelantan. Foto ninieyishak
CUTI sekolah dan cuti umum lebih panjang sempena Hari Raya Aidiladha mengakibatkan kesesakan teruk di lebuh raya utama terutama pada Sabtu.
Sememangnya ia menguji kesabaran pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman, lebih-lebih lagi ke Pantai Timur yang boleh memakan masa berbelas jam disebabkan kesesakan trafik.
Rintihan seorang gadis yang turut terperangkap dalam kesesakan itu di laman sosial bagaimanapun mencetuskan perhatian apabila menyedari seorang pemuda sehelai sepinggang berjalan kaki di pembahagi jalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bukan derma, lelaki ini sebenarnya nak jual buah pinggang! Tiada MyKad nak mohon bantuan, “Tak kisah bayar berapa asalkan...”
“I dah cakap baik jalan kaki je balik Kelantan and someone really did it!,” menurut perkongsiannya dengan memuat naik sekeping gambar lelaki itu berjalan di pembahagi jalan, menjadi tular.

Perkongsian seorang gadis meraih perhatian netizen.
Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang membuat perkongsian itu, gambar tersebut dirakamnya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Pasir Mas, Kelantan.
“Saya terserempak dengan lelaki tu masa dekat lebuh raya nak masuk ke Gua Musang, kira-kira pukul 5.45 petang semalam (Sabtu).
“Masa tu saya dalam perjalanan bersama dua kakak. Memang kesesakan teruk nak balik Kelantan, 22 jam sampai kira-kira pukul 2.10 pagi tadi (Ahad),” katanya kepada mStar.
Tindakan pemuda tersebut bukan sahaja menjadi tanda-tanya dalam kalangan netizen, malah mendapat simpati ramai kerana ketabahannya berjalan kaki sejauh itu.

Tindakan seorang lelaki berjalan kaki ketika kesesakan di lebuh raya menimbulkan tanda tanya.
“Ya Allah, permudahkanlah urusan abang tu. Kesiannya dia,” tulis seorang netizen.
“Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita,” ujar seorang netizen yang bersimpati dengan keadaan lelaki itu.
“Kalau naik kereta pun sembilan jam, apatah lagi jalan kaki nak ke Kelantan?,” soal yang lain.
Saat kita merasa diri kita susah, ada orang lebih jauh susah daripada kita
NETIZEN
“Tolong sesiapa yang ada nombor telefon dia atau waris dia. Rasa bersalah kalau tak bantu. Tak sampai hati biarkan dia berjalan jauh macam tu, KL-Kelantan dengan berjalan kaki satu perkara yang langsung tak kan terdetik nak buat,” kata seorang netizen tampil untuk membantu.
“Bro, I tak ada banyak duit tapi sanggup tolong sekurang-kurangnya duit (tambang) bas. Berat hati tak tolong,” kata seorang netizen.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/08/11/~/media/641fc3a5e6d34210876de0d67e7e9b30.ashx?la=en

Komen netizen yang bersimpati dengan lelaki yang sanggup berjalan kaki di lebuh raya.
Pada masa sama, ada yang mempersoalkan kewajaran lelaki itu berjalan kaki di pembahagi jalan ketika kesesakan lalu lintas, dan bukan di tepi lebuh raya yang lebih selamat.
“Kalau balik jalan kaki pun kenapa jalan ikut pembahagi jalan tu?,” soal netizen.
“Kat tepi (jalan) motor lalu. Jalan hujung (lorong kecemasan) untuk ambulans pun kereta sapu. Keselamatanlah. Pergi jalan kaki kat situ baru faham situasi,” jawab seorang netizen.

Bagaimanapun, menerusi bebenang pada perkongsian gadis itu, seorang pemuda mendakwa mengenali lelaki yang berjalan kaki itu.
Dakwanya di bebenang, ia bukan kali pertama rakannya itu berjalan dari Kuala Lumpur ke Kelantan disebabkan mengalami kesempitan wang.
“SubhanaAllah. Rakan sekolah tu, dia ni memang hidup susah. Tiga hingga empat kali juga dia jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan. Duit dia tak ada, banyak kali dah kami tolong,” ujarnya di bebenang.
Pemuda tersebut ketika dihubungi mStar bagaimanapun enggan mengulas lanjut, dan hanya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat rakannya itu.

Friday, August 9, 2019

Masyallah !! Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur., Kakak Kemalangan


Kejutan birthday adik bertukar tragedi! Kek hancur... kakak cedera diseret peragut, rasa bersalah kawan pun kena sekali
Yasmin cedera akibat diragut menerusi kejadian pada Selasa.
HASRAT seorang kakak sulung untuk meraikan hari ulang tahun ke-16 adiknya tidak kesampaian apabila dia bersama seorang lagi rakannya cedera diragut.
Menurut Yasmin Rasyidah Abdul Rashid, selain menahan sakit akibat kecederaan, dia juga terkilan kerana kek yang dibeli untuk adiknya hancur dalam 'tragedi' itu yang berlaku di Cheras, Selangor pada pagi Selasa.
"Pagi tu, ingat nak naik kereta, lepas tu saya dan kawan buat keputusan pergi naik motor je takut sangkut jem.
"Nak buat kejutan untuk adik selepas dia balik sekolah. Rancang nak buat kecil-kecilan je... akhirnya kek coklat yang saya beli habis hancur.
Posting Yasmin di Twitter.
"Saya rasa sangat terkilan dan kasihan kat adik. Saya sedih, tapi nasib baik dia pun faham.
"Dia ada bagitahu, kesian Kak Long, sampai kena ragut sebab nak sambut birthday dia," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.
Saya minta kepada peragut tu agar buat kerja halal lepas ni. Janganlah susahkan orang. Kalau mangsa meninggal, tak rasa bersalah ke?
YASMIN RASYIDAH ABDUL RASHID
Menurut gadis berusia 20 tahun itu, dia dan rakannya, Masliana Kamaludin, 21, yang sama-sama menaiki motosikal mengalami luka di bahagian bahu, lengan, tapak tangan, lutut dan kaki.
Kata Yasmin, peragut lelaki tersebut cuba mengambil beg yang digalas rakannya namun gagal sehingga mereka berdua terseret di atas jalan.
Yasmin (kiri) dan Masliana (kanan).
Tambah gadis itu lagi, ahli keluarganya turut terkejut saat menerima perkhabaran mengenai dirinya.
"Mak terkejut sebab sebelum ni abang sepupu pernah meninggal kena langgar dengan lori. Masih trauma lagi. Mak cik kat kampung pun sampai menangis.
"Saya pun menangis masa kejadian, rasa pedih, dengan orang kerumun lagi. Rasa bersalah juga sebab ajak kawan pergi beli kek sampai dia pun kena sekali.

Kecederaan yang dialami rakannya, Masliana.
"Saya minta kepada peragut tu agar buat kerja halal lepas ni. Janganlah susahkan orang. Kalau mangsa meninggal, tak rasa bersalah ke?" soalnya.
Yasmin yang juga lepasan Kolej Profesional Mara, Beranang, Selangor kini sama-sama bekerja secara sambilan di sebuah kedai serbaneka bersama Masliana.
Dalam pada itu, perkongsian Yasmin mengenai kes ragutnya turut menarik perhatian warga Twitter.
Posting yang disertakan dengan beberapa foto sekitar kejadian itu sehingga kini menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet).

Thursday, August 8, 2019

Perghh !! Ditikam guna pisau rambo hingga mati kerana komen di Facebook



Suspek menikam mangsa gara-gara komen di Facebook.
SEORANG remaja dibicarakan atas pertuduhan membunuh rakannya susulan pergaduhan di Facebook.
Louis-Ryan Menezes ditikam di bahagian dada dengan pisau rambo dalam serangan di Kingsthorpe, Northampton pada Mei lalu.
Mahkamah Nottingham Crown diberitahu suspek yang tidak boleh dinamakan kerana bawah umur semasa kejadian itu, menikam mangsa selepas tidak puas hati dengan komennya di Facebook.
Louis-Ryan Menezes.
Pendakwa raya John Lloyd-Jones QC memberitahu juri:"Ketika mereka mendekati satu sama lain, saksi berkata dia terdengar Louis dan defendan bertengkar."
"Semasa pertengkaran itu defendan tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau rambo dan menikam Louis di dada," katanya.
Defendan dan seorang lagi remaja melarikan diri manakala Louis dibantu rakannya.
Keputusan bedah siasat mendedahkan tikaman itu menembusi hati Louis. - Metro.co.uk

Tuesday, August 6, 2019

Perghh !!! Gadis berangan nak pikat kerabat diraja, ramai tampil beri cadangan, “Kalau tak ada rezeki, dengan pengawal jaga istana”


Gadis berangan nak pikat kerabat diraja, ramai tampil beri cadangan, “Kalau tak ada rezeki, dengan pengawal jaga istana”

Majlis Santapan Diraja yang berlangsung di Istana Negeri, Rabu malam lalu. Foto Facebook House Of Pahang
FOTO-foto Majlis Santapan Diraja yang diadakan bagi meraikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena pertabalan baginda sebagai Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, menarik perhatian netizen.
Majlis yang berlangsung di Istana Negara pada malam Rabu lalu, menyaksikan tetamu-tetamu yang hadir sebahagian besarnya adalah kerabat diraja.
Lebih 100 gambar dimuat naik di halaman Facebook House of Pahang, yang mana ia turut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, @NasirPasir dengan keterangan ‘Kerabat diraja Malaysia yang mungkin korang tak pernah tengok. Thanks me later’.
Antara gambar sempena Majlis Santapan Diraja yang dikongsikan di halaman Facebook House of Pahang.
Tertarik dengan gambar-gambar yang dikongsikan itu, seorang pengguna Twitter membuat posting, “Assalamualaikum, macam mana nak pikat kerabat diraja eh?,”sekali gus mencuri tumpuan dalam kalangan netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan pertanyaan gadis itu menerusi akaun miliknya sebagai menghiburkan dengan pelbagai reaksi diberikan, tak kurang juga yang memberi pandangan masing-masing.
“Pergi mana-mana istana, lepas tu buat-buat pengsan depan pintu masuk istana. Kalau ada rezeki, dengan kerabat istana. Kalau tak ada, dengan pengawal jaga istana,” kata seorang netizen.
Posting seorang gadis yang bertanyakan bagaimana untuk memikat kerabat diraja menarik perhatian netizen.
Kebanyakan komen netizen turut mengaitkannya dengan kisah dongeng klasik, seorang gadis bernama Cinderella yang tinggal bersama ibu dan dua kakak tiri sebelum dilamar oleh putera raja yang kacak.
“Kena ada mak tiri yang dera sis. Nanti akan ada ball (majlis rasmi tari-menari). Pergi pakai lawa-lawa. Ingat! Jam 12 tinggal kasut sebelah je. Esok pagi diaorang carilah sis,” tulis seorang netizen lain.
Kena ada mak tiri yang dera sis. Nanti akan ada ball (majlis rasmi tari-menari). Pergi pakai lawa-lawa. Ingat! Jam 12 tinggal kasut sebelah je. Esok pagi diaorang carilah sis.
NETIZEN
“First things first kau kena ada fairygodmama,” kata seorang netizen yang merujuk kepada kuasa sakti seorang bonda pari-pari yang mengubah Cinderella dari seorang gadis yang berpakaian buruk kepada tetamu majlis diraja dengan gaun bergemerlapan, didandan rias cantik dan menyarung sepasang sepatu kaca.
“Tinggalkan sebelah high heel (kasut tumit tinggi) dekat tangga depan istana,” cadang seorang pengguna Twitter.
“Kena hilangkan kasut sebelah si raja, lepas tu biar dia cari kasut dia,” ujar seorang lagi memberi pandangan.
Sebahagian reaksi netizen berhubung posting gadis itu.

Bagaimanapun, salah satu komen netizen turut meminta pengguna Twitter itu supaya berfikir secara realiti kerana mahu memikat kerabat diraja.
“Berpijak di bumi yang nyata,” kata pengguna Twitter.
Membalas komen tersebut, gadis berkenaan berkata, kadang-kadang adalah baiknya juga hidup dalam fantasi.

Komen seorang pengguna Twitter memberi cadangan lain.
Tidak terkecuali ada yang memberikan tip yang kedengarannya lebih logik tetapi pada masa sama cadangan tersebut amat mengejutkan.
“Tak payah nak pikat kerabat sangat. Cari ahli perniagaan kaya bisnes juta-juta, sarapan pagi minum fresh orange seteguk pun dah ok.
“Port (tempat) dia orang lepak? Jumaat malam dan Sabtu malam cari kat... Dia orang lepak minum teh tarik situ,” komennya sambil menyebut beberapa hotel terkemuka dan bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Monday, August 5, 2019

Perghh !!! Pergi sekolah naik lamborghini balik rumah dengan helikopter. Hari persaraan guru ini sungguh istimewa


Pergi sekolah naik lamborghini balik rumah dengan helikopter. Hari persaraan guru ini sungguh istimewa




DIJEMPUT menaiki Lamborghini sambil diiringi 40 motosikal berkuasa tinggi dan pulang ke rumah dengan helikopter jenis Bell 407 GX.

Kejutan mewah itu yang dirasai pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Zahara Ismail, 58, sempena persaraannya, hari ini.

Dia yang mesra dipanggil bonda diraikan warga sekolah yang mengadakan majlis persaraan khas untuknya kenang sepanjang hayat.



Selepas tamat majlis, Zahara dibawa menaiki Lamborghini dari SMK Baling ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling (SMKAB) untuk menaiki helikopter dan pulang ke rumahnya di Kampung Batu Lima, Sik.

Helikopter itu milik rakan baiknya, Datuk Zuhri Abdullah yang juga rakan sekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar.


ZAHARA menaiki helikopter untuk pulang ke rumah di Sik. FOTO Shahrizal Md Noor.

Zahara berkata, dia sangat terharu dengan sambutan luar biasa itu yang disifatkan terlalu meriah dan mewah apabila berpeluang menaiki kereta mewah dan helikopter.

“Mereka (warga sekolah) sanggup bersusah payah mengatur semua persiapan untuk meraikan saya dengan cara yang tidak pernah dibayangkan ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, selepas perjumpaan dengan rakan sekolahnya ketika belajar di KSAH, Zuhri ada mempelawanya untuk menaiki helikopter peribadi itu bagi meraikan hari persaraan.

“Mulanya saya segan tetapi dia beria-ia untuk meraikan rakan-rakan ketika di kolej dulu,” katanya yang 35 tahun bertugas sebagai guru di lima sekolah di Kedah.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Pra-Universiti SMK Baling Abdul Bashir Che Senik berkata, jasa Zahara untuk pembangunan pendidikan amat tinggi.

“Beliau banyak mencatat kemajuan di sekolah tempatnya berkhidmat malah antara guru sangat dihormati dan disayangi pelajar,” katanya.

Seramai 950 pelajar, guru dan kakitangan meraikan hari perpisahan Zahara dan diakhiri dengan ‘kenduri kampung’ di rumahnya, hari ini.

p/s: Syukur, rezeki dia selepas berbakti lama sebagai warga pendidik dalam menghasilakn modal insan untuk negara

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber Hmetro


Friday, August 2, 2019

Wow !!! Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana ‘hijab terbuka’




Misteri kelibat di tingkap terbongkar, gadis dedah adiknya sanggup patah balik kerana ‘hijab terbuka’, “Kucing tenung lama-lama, saya meremang”
Shafiqah mendedahkan kucingnya berada di dalam bilik yang gelap, bersebelahan dengan dapur semasa rakaman video dibuat. Foto ihsan Shafiqah Adnin Zaidon
KESIBUKAN membuat persiapan sempena majlis yang dirancang bertukar ‘seram sejuk’ apabila kelibat misteri kelihatan di tingkap dapur sebuah rumah.
Semuanya gara-gara penampakan ‘lembaga’ dengan mata bercahaya di sebalik tingkap dapur, seperti merenung tajam kepada mereka yang sibuk menyiapkan juadah.
“Penampakan makhluk halus. Yang lemah semangat jangan tengok,” menurut perkongsian di laman sosial Twitter yang diulang kicau lebih 25,000 kali.
Kedengaran seram, apatah lagi komen netizen menyangka ia kelibat pocong, tetapi kemudian menjadi lucu apabila ‘makhluk halus’ itu rupa-rupanya adalah si bulus.
Siti Nur Manja atau Manja merupakan kucing baka Parsi.
Pemilik kucing tersebut, Shafiqah Adnin Zaidon berkata, klip video yang baru dimuat naik pada Selasa sebenarnya dirakamkan Mac lalu, semasa membuat persiapan juadah sempena majlis perkahwinan abangnya.
Gadis berusia 24 tahun itu mendedahkan, kucing baka Parsi itu sebenarnya berada di tepi tingkap bilik belajarnya, yang terletak bersebelahan dengan dapur.
“Itu bukan makhluk halus, tapi kucing saya. Namanya Siti Nur Manja atau Manja yang saya bela sejak ia masih kecil lebih setahun yang lalu.
“Biasanya kami biarkan Manja berkeliaran dalam rumah, tapi sebab malam tu kami sekeluarga sibuk nak siapkan laksa di dapur, jadi kami letakkan Manja di bilik tu,” katanya kepada mStar.
Shafiqah menyifatkan Manja seekor kucing yang jinak dan manja.
Shafiqah berkata, keadaan mata kucingnya bercahaya mungkin berpunca daripada refleksi cahaya kerana berada di dalam bilik gelap sewaktu rakaman dibuat.
Walaupun klip video tersebut sedikit-sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, dia yang menetap di Cheras pernah merasai pengalaman yang meremangkan bulu roma sewaktu bersama kucing itu.
“Kucing saya kalau dalam bilik gelap, bila saya buka lampu nanti dia tak pandang saya. Sebaliknya, dia akan pandang lama kat satu sudut bilik.
“Kalau saya nak pegang dia masa tu, dia akan bagi reaksi yang tak selesa macam nak cakar pun ada walaupun sebenarnya dia jenis yang jinak dan manja,” katanya.
Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu
SHAFIQAH
Menurut Shafiqah, bilik belajarnya itu merupakan satu-satunya bilik daripada lima bilik yang terletak di aras bawah di kediaman dua tingkat keluarganya.
Anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan, adik lelakinya pernah merasai pengalaman melihat makhlus halus atau ‘hijab terbuka’ sejak kecil, dan terpaksa ditutup dengan bantuan pengamal perubatan sebanyak dua kali.
Manja di bilik belajar di aras bawah kediaman dua tingkat.
Shafiqa berkata, sebelum adiknya itu ditutup ‘hijab’ buat kali kedua akhir tahun lalu, dia ada meminta bantuan adiknya untuk mengambil kucing belaan itu dari dalam bilik belajar untuk dibawa ke bilik tidur di tingkat atas kerana sudah lewat malam.
“Tapi adik saya kemudian masuk ke bilik saya dan beritahu tak jadi ambil Manja. Dia kata kalau beritahu pun nanti saya tak akan percaya.
“Gambaran adik terlihat atau terdengar ‘sesuatu’ dari bilik belajar tu memang buat saya meremang, sedangkan Manja pandang lama kat satu sudut bilik pun boleh meremang apatah lagi adik yang hijabnya terbuka ketika itu,” katanya.


(kiri) Manja bersantai di sebelah tingkap bersebelahan dengan dapur. (kanan) Aksi comel Manja menjadi tumpuan.
Shafiqah yang menyambung pengajian Sarjana Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor berkata, dia tidak akan belajar di bilik tersebut sehinga lewat malam.
“Sampai sekarang pun, saya tak akan belajar sampai lewat malam di bilik tu. Cuma pernah saya terpaksa buat tugasan yang urgent sampai pukul 1 pagi, tapi berteman.
“Sebenarnya bilik tu OK je, cuma saya ni penakut orangnya. Tambahan pula masa adik saya beritahu boleh nampak dan dengar itu ini, memang rasa meremang je lah,” katanya. Tk Mstar

Thursday, August 1, 2019

Perghhh !!! “Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni”



“Sikit lagi nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni” - Penonton teruja Neelofa dan Nabil temu bual BoBoiBoy secara 3D

Kemunculan watak Boboiboy di set Meletop menarik perhatian penonton.
KEMUNCULAN watak BoBoiBoy dan Adu Du dalam rancangan Meletop pada malam Selasa bagi mempromosikan filem animasi berkenaan menarik perhatian penonton.
Penggunaan teknik tiga demansi (3D) ketika ditemu bual pengacara Neelofa dan Nabil Ahmad membuatkan penonton teruja dan berasa kagum dengan teknik promosi cara baharu berkenaan.
Ekoran itu, filem yang bakal ditayangkan pada 8 Ogos depan menjadi topik perbualan di media sosial pada Rabu.
Segelintir netizen berpendapat imej BoBoiBoy yang kelihatan begitu realistik membuktikan kemajuan teknologi animasi di Malaysia setanding negara luar.
"BoBoiBoy datang Meletop weh! Siap tunjuk kuasa lagi, adik percaya BoBoiBoy tu wujud.
"Wow! Bangga sebagai rakyat Malaysia, cool animation. BoBoiBoy cute giler.
Sebahagian komen netizen di laman Twitter.
"Hahahaha comel lah Adu Du dengan BoBoiBoy dekat Meletop ni... sikit lagi Nabil nak kena laser... kalau tak, arwah dah Nabil ni," komen pengguna Twitter.
Menerusi slot khas dalam program tersebut, pengacara Neelofa dan Nabil menemubual watak utama filem animasi itu secara 3D.
Rakaman temubual di akaun Youtube Meletop sudah mendapat tontonan lebih 100,000 kali sejak dimuat naik 13 jam lalu.
Filem animasi BoBoiBoy The Movie 2 terbitan Animonsta Studios bakal ditayangkan serentak di 500 pawagam di lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, dan Vietnam pada 8 Ogos depan.

Wednesday, July 31, 2019

Perghhh !! Pemuda tak serik! Kali ketiga hubungi bomba buang 'gear' tersekat di kemaluan


Pemuda tak serik! Kali ketiga hubungi bomba buang 'gear' tersekat di kemaluan


Gear tersebut berjaya dikeluarkan dalam masa 20 minit.
TIDAK serik itu yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki dari Batu Jong, di Kuala Krai terpaksa mendapatkan khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai buat kali ketiga untuk mengeluarkan objek yang tersekat pada kemaluannya
Lelaki berusia 34 tahun itu hadir ke Balai Bomba Sungai Durian setelah gagal mengeluarkan gigi daun gear pada alat sulitnya, petang Selasa.
Pada kes terdahulu mangsa juga pernah meletakkan objek berbentuk bulat ke kemaluannya yang sukar untuk dibuang seterusnya memaksa dia mendapatkan khidmat bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar -rafee Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat kemanusiaan pada jam 3.15 petang.
"Pegawai Bomba Kanan II (PBK) Mohd Razani Mamat mengetuai operasi ke lokasi kejadian mendapati objek yang melekat pada kemaluan mangsa sukar dibuang.
"Bagi memudahkan kerja mengeluarkan objek mangsa dibawa dengan jentera bomba ke Hospital Kuala Krai bagi membolehkan kita bertindak bersama dengan pihak hospital," katanya.
Beliau berkata, gigi daun gear berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong 'L' dalam masa 20 minit.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya. - Sinar Harian

Monday, July 29, 2019

Wow !! aga kambing, 3 tahun jadi tukang cuci di ‘U’, air mata ibu bapa pemuda ini tumpah di UK


Jaga kambing, 3 tahun jadi tukang cuci di ‘U’, air mata ibu bapa pemuda ini tumpah di UK, “Saya tak tanya kenapa...”

Afiq yang dulunya pengembala kambing bergelar graduan kelas pertama di University of Essex, London.
KEJAYAAN seorang pemuda dari Kelantan yang menamatkan pengajian di sebuah universiti di United Kingdom dengan kelas pertama berjaya menangkis persepsi tidak baik terhadap mereka yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
Berasal dari Kampung Mengkebang, Kuala Krai, Muhammad Afiq Ismail, graduan University of Essex, London, mengakui kurang senang dengan stigma masyarakat yang sering mengaitkan anak jati negeri itu dengan perkara negatif.
"Bagi saya semua tempat ada orang baik dan ada orang jahat. Ramai orang ada persepsi negatif tentang Kelantan tapi saya kurang bersetuju.

"Sebab itu saya letak diri saya untuk buktikan orang Kelantan ni tak pemalas dan boleh berjaya. Dan ramai lagi orang Kelantan yang dah berjaya.
"Ada je orang malas, bukan dari Kelantan saja tapi semua tempat. Jadi jangan nilai seseorang berdasarkan asal usul dia.
Afiq sudah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat firma audit terkemuka di ibu negara.
"Dan kalau orang tu buat salah jangan salahkan negeri, salahkan individu dah cukup," kata pemuda berusia 23 tahun itu kepada mStar.
Kisah Muhammad Afiq atau lebih mesra disapa Afiq ditularkan rakan universitinya, Khairul Aiman Hamdan di Facebook kerana berbangga melihat kejayaan dan pengorbanan dilakukannya biarpun bukan dari keluarga senang.
Graduan jurusan perakaunan dan kewangan itu menggenggam segulung ijazah dengan disaksikan kedua ibu bapanya, Ismail Abas, 56, dan Norma Abdullah, 52.
Namun apa yang lebih membanggakan, kedua-dua ibu bapanya itu diterbangkan khas dari Kuala Lumpur menggunakan duit poketnya sendiri hasil kerja sambilan sebagai tukang cuci sepanjang belajar di luar negara.
"Saya nak bagi mak dan ayah saya rasa pengalaman tengok anak naik pentas terima ijazah. Lagipun mak ayah saya juga tak pernah naik flight.
"Jadi saya sponsor mereka untuk rasa pengalaman naik kapal terbang. Walaupun dah sponsor mereka, saya masih ada lagi simpanan untuk masa depan mamandangkan saya kerja dah lama," katanya.
Impiannya itu tercapai kerana pemuda ini tanpa segan bekerja sebagai tukang cuci di universiti di mana dia menimba ilmu sejak tahun pertamanya.

Afiq tidak malu bekerja sebagai tukang cuci di universitinya.
"Saya kerja bersih restoran, pejabat dan kedai-kedai di dalam universiti tiga hari seminggu kiranya 15-20 jam seminggu. Bayaran sejam 7 pound jadi seminggu boleh dapat 100 pound (RM500).
"Saya bangun pukul 4 pagi setiap hari dan mula kerja pukul 5 pagi sampai pukul 9.30 pagi. Lepas tu pergi kelas pukul 10 pagi dan akan pastikan tidur pukul 10 malam setiap hari untuk bangun pukul 4 pagi keesokkan harinya.
"Itulah rutin harian saya hinggalah tahun ketiga pengajian. Penat jugalah tapi Alhamdulillah result ok. Duit gaji tu saya buat belanja sikit dan selebihnya saya simpan," katanya.
Bila mak ayah kita reda dengan kita, Allah pun reda dengan kita sebab reda Allah terletak pada reda mak ayah. Jadi semua urusan kita Allah permudahkan.
MUHAMMAD AFIQ ISMAIL.
Graduan University of Essex, London.
Jelas anak bongsu dua beradik itu, dia juga terpaksa menggorbankan dua sambutan Aidilfitri bersama keluarga di kampung demi mengumpul wang untuk perbelanjaan tiket kapal terbang kedua ibu bapanya ke London.

"Masa tahun pertama saya balik tapi lepas tu dua tahun beraya di perantauan sebab nak jimat duit. Waktu tu saya buat kerja sambilan juga.
"Memang rindu keluarga tapi rindu tu hilang bila dapat Skype dengan mereka. Rumah saya tak ada Wifi, jadi masa tahun pertama saya balik kampung tu saya masukkan Internet.
"Saya fikir senang nak video call dengan mak ayah. Saya yang bayarkan bil setiap bulan dan ajar mereka dari A-Z cara-cara nak guna Skype," katanya.
Afiq membawa ibu bapanya ke London dengan wang poketnya sendiri.
Pada masa sama, Afiq berkata dia tidak pernah rasa malu untuk berkerja sebagai tukang cuci sepanjang bergelar pelajar di universiti tersebut.
"Kenapa saya nak malu, saya dah biasa kerja kampung. Jaga kambing dan berkebun, lagipun saya dapat duit yang halal.
"Apa yang penting jangan lupa asal usul kita dan sentiasa ingat Allah. Saya memang niat nak ubah nasib keluarga dan nak buktikan orang kampung macam saya pun boleh berjaya," katanya.
Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Afiq mengakui segala yang dikecapi hari ini tidak mungkin berlaku tanpa doa dan keredaan kedua orang tuanya.
"Bila mak ayah kita reda dengan kita, Allah pun reda dengan kita sebab reda Allah terletak pada reda mak ayah. Jadi semua urusan kita Allah permudahkan.
"Saya juga suka bantu kawan-kawan ketika belajar. Bila kita tolong orang, maka kefahaman kita akan bertambah. Saya juga amalkan belajar waktu pagi sebab senang masuk.
"Tapi sebelum belajar pagi tu solat sunat dulu. Minta doa dengan Allah. Insya-Allah akan senang urusan kita," katanya.

Afiq bijak membahagikan masa antara belajar dan bekerja.
Mengenai perasaannya semasa majlis konvokesyennya tempoh hari, Afiq mengakui dia gembira apabila berjaya membawa kedua ibu bapanya meraikan kejayaan itu bersama-sama.
"Mak ayah happy sangat-sangat sebab dapat tengok anak konvo dekat luar negara. Saya lagilah happy sebab mak ayah tengok saya naik pentas dapat keputusan cemerlang.
"Dalam dewan tu saya rasa macam nak nangis je. Air mata selalu keluar sebab happy. Tengok kawan-kawan, rupa-rupanya saya seorang je yang tak gelak sebab tengah tahan air mata.
"Mak ayah pun sama menangis. Ingat lagi masa dapat result tu saya tengok mata mak ayah saya bengkak. Saya tak tanya sebab saya tahu mereka menangis kegembiraan," katanya yang turut membawa ibu bapanya mengelilingi UK sebelum mereka balik ke Malaysia pada 16 Julai lalu.
Buat masa ini, Afiq yang sudah mendapat tawaran bekerja di sebuah firma audit terkemuka di Kuala Lumpur masih lagi berada di UK dan akan pulang ke Malaysia hujung bulan ini.

Gambar kenangan Afiq bersama kambing peliharaannya.
"Saya masih lagi bekerja sambilan sebagai tukang cuci di sini dan pulang ke Malaysia 31 Julai sebelum mula bekerja pada 1 Oktober depan.
"Saya akan stay sebulan di Kelantan sebab ayah saya ada beritahu tempoh hari kebun dah rindu dekat saya. Sebulan kemudian barulah saya ke KL untuk cari rumah sewa dan buat persediaan apa yang patut," katanya.
Mengimbau kembali zaman remajanya, Afiq berkata dia sentiasa teringat kenangan membantu ayahnya di kebun mereka.
"Hanya saya yang ada untuk bantu ayah kerana abang, Muhammad Isyraff, 26, orang kelainan upaya (OKU) yang ada masalah kaki dan tak boleh berjalan lama.
"Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing hinggalah bawa lori itulah rutin masa cuti sekolah. Tapi paling saya takkan lupa pengalaman tidur sekali dengan kambing," katanya dalam nada berseloroh.

Friday, July 26, 2019

Wow !!! “Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob


“Sign tang dada tu!” - Netizen cemburu Cristiano Ronaldo 'sign' autograf jersi Raf Yaakob

Raf Yaakob gembira apabila pemain bola sepak Cristiano Ronaldo menurunkan tandatangan pada jersinya.
IMPIAN suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob untuk bertentang mata dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo tercapai apabila mereka bertemu dalam satu acara baru-baru ini.
Menurut Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob, 34, setelah hampir 16 tahun menyimpan hasrat akhirnya dia dapat bersemuka dengan figura sukan itu semasa perlawanan International Champions Cup di Singapura.
Walaupun keadaan kelam-kabut, pemain kelab Juventus itu sempat menurunkan tandatangan pada jersi yang dipakai Raf.
"16 tahun lamanya tunggu nak jumpa Cristiano, hari itu baru dapat jumpa depan-depan di International Champions Cup.
"Tapi tak dapat bergambar dengan dia... lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tahu dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.
"Apabila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju yang Raf pakai, dia pun sign la nama dia besar-besar kat dada Raf dan kemudiannya dia pun berlalu pergi dengan lajunya. Itu sahaja," katanya.
Raf dan Mawar teruja bertemu Cristiano Ronaldo.
Raf berkongsi rakaman pendek momen pertemuan dengan Cristiano Ronaldo itu di Instagram miliknya pada Khamis.
Dalam video tersebut turut kelihatan isterinya Mawar Rashid.
Sementara itu, Raf memberitahu dia masih menyimpan impian untuk bertemu dan bergambar dengan pemain Portugal berusia 34 tahun itu.
"Nanti kalau dapat jumpa lagi Raf nak amik gambar. Buat masa ini tengoklah video ini sebagai bukti. So close and yet so far!," ujarnya.
Raf berkongsi momen tersebut di Instagram miliiknya.
Rata-rata pengikut turut teruja dengan perkongsian adik kepada cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ini.
Malah, ada yang meluahkan rasa cemburu dan berharap diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pemain tampan tersebut.
"Ya Allah bestnya, bila boleh dapat peluang macam abang Raf, harap satu hari nanti impian saya akan jadi kenyataan dapat tengok pun jadilah.

"Dapat video pun dah kira okey tu bos... sign tang dada tu!
"Yang termampu tu pun orang lain belum tentu dapat. InsyaAllah next time dapat gambar sekali. Beruntungnya Raf," komen pengikut.

Thursday, July 25, 2019

Wow.. Wajah Babu Lajen Roti Kaya Balik Pulau , Penang Di Lukis Di Dinding


Terkejut Babu masih ingat perangainya, pelukis grafiti kata penjual roti ini bukan biasa-biasa, “Anak doktor, lawyer, engineer”
Abdul Rashid bersama Muniandi yang berniaga roti kaya di Balik Pulau sejak 30 tahun lalu.
SEORANG pelukis grafiti terkejut apabila individu yang diabadikan pada lukisan di dinding berdekatan Pekan Kongsi Balik Pulau, Pulau Pinang masih ingat perangainya semasa kecil yang gemar melukis di atas tanah.
Kisah itu dikongsi Abdul Rashid Abdul Raman, 35, yang bertemu semula dengan Muniandi atau lebih dikenali dengan nama 'Babu roti kaya' yang terkenal di Balik Pulau di Facebooknya pada Ahad lalu.
Menurut Abdul Rashid dia bertemu Muniandi di rumahnya yang terletak di Taman Seri Genting, Balik Pulau ketika ditugaskan melukis muralnya oleh Balai Seni Negara sempena Balik Pulau Festival baru-baru ini.
"Saya approach dia dekat rumah tapi belum sempat saya nak introduce diri dia kata kenal saya dah tahu rumah saya dekat mana. Dia juga kata kenal arwah mak saya sebab selalu tukar duit syiling dengan dia.
"Paling saya terharu dia masih lagi ingat saya suka melukis atas tanah. Memang betul saya start melukis dengan jari atas tanah dengan sepupu saya tapi saya ingatkan family je yang tahu.
Andhar A. Samah pelukis utama potret Muniandi. Foto Andhar A.Samah.
"Dan dia juga beritahu waktu dia datang berniaga motosikal dia akan block lukisan yang saya lukis. Memang saya terkejutlah sebab walaupun dah 30 tahun berlalu tapi dia boleh ingat lagi. Memang saya terkejut," katanya kepada mStar.
Jelas anak bongsu daripada empat beradik itu, Muniandi amat dikenali seluruh penduduk Balik Pulau kerana karakternya yang amat disenangi ramai.
"Babu ni memang legend dekat Balik Pulau. Siapa-siapa pun mesti kenal dia. Tak kiralah apa jenis kaum pun sebab dia dah jual roti kaya itu dah 30 tahun.
"Dia berniaga dengan loceng ketuk dan motosikal model yang sama. Kiranya stail berniaga tidak berubah tetap sama macam dulu. Cuma tong isi roti dah update sedikit dengan bantuan kerajaan negeri," katanya.
Walaupun berniaga roti kaya, Abdul Rashid kagum melihat pengorbanan Muniandi membesarkan anaknya menjadi orang berjaya.
"Anak-anak dia semua berjaya. Ada jadi doktor, lawyer dan seorang lagi masih belajar chemical engineering. Memang kagumlah dengan dia.
Pelukis mural bergambar bersama Muniandi di Pekan Kongsi, Balik Pulau Pulau Pinang.
"Walaupun anak dia berjaya dia masih lagi jual roti dan pada masa sama dia juga ternak lembu atau kambing.
"Dia juga sentiasa merendah diri, selalu tersenyum dan berfikiran positif. Tengok dia pun sentiasa happy," katanya.
Ditanya mengenai perasaannya apabila ditugaskan untuk melukis mural Muniandi, Abdul Rashid berkata dia amat berbangga kerana diberikan peluang berharga itu.
Babu ni memang legend dekat Balik Pulau. Siapa-siapa pun mesti kenal dia. Tak kiralah apa jenis kaum pun sebab dia dah jual roti kaya itu dah 30 tahun.
ABDUL RASHID ABDUL RAMAN.
Pelukis grafiti.
"Sebenarnya ada lima pelukis untuk mural tersebut. Potret Muniandi dilukis Andhar A. Samah manakala saya lukis bahagian ikan emas pada mural tersebut.
"Bila terlibat sekali memang saya bangga sebab dia unsung hero... dapat potretkan diri sebab semua orang kenal dia. Lagipun dia memang layak sebab pemilihan itu kena dengan personaliti dia," katanya.
Pada masa sama, Abdul Rashid berharap agar Muniadi diangkat sebagai salah seorang ikon Anugerah Merdeka atau Hari Malaysia kali ini.

Mural solo dilukis Abdul Rashid.
"Ramai orang datang ambil gambar mural tu. Walaupun gambar belum siap mereka dapat teka itu potret Babu roti kaya tu. Memang semua kenal dia.
"Lagipun pengorbanan dan personalitinya yang disenangi ramai melayakkan dia untuk menjadi ikon disegani. Dia ibarat wira yang tidak didendang," katanya.
Tambah pemuda berusia 35 tahun itu, dia dan empat lagi pelukis grafiti lain mengambil masa hampir seminggu untuk menyiapkan potret Muniandi dengan empat lukisan lain.
"Kami ambil masa dua hari setengah untuk siapkan potret Muniandi dan empat hari wall sendiri. Siang kami lukis wall masing-masing dan malam kami lukis mural Muniandi beramai-ramai.
"Lega semuanya selesai Ahad lalu. Kami juga gembira sebab Muniandi dan anak-anak datang tengok potret dia. Dia terkejut jugalah sebab pegang potret muka sendiri dan kata lukisan itu macam dia," katanya.

Wednesday, July 24, 2019

Wow !! Pernah bergelut habiskan nasi lemak demi sara 7 adik, dedah rahsia masak sambal paru yang ‘sumpah win’

Pernah bergelut habiskan nasi lemak demi sara 7 adik, gadis ini tak lokek kongsi rahsia masak sambal paru yang ‘sumpah win’


Mimi membantu ibunya berniaga di bawah flat kediaman mereka.
JATUH bangun lumrah dalam perniagaan. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan ujian hebat ini pasti menyerah kalah dan memilih kerja makan gaji.
Namun berbeza dengan gadis ini yang tetap bersemangat membantu ibunya berniaga nasi lemak di Flat Sri Kota Bandar Tun Razak, Cheras walaupun pernah berdepan situasi turun naik dalam perniagaan yang diusahakan sejak sembilan tahun lalu.
Menurut Noryusra Shamimi Abdullah, dia pernah berputus-asa disebabkan jualan nasi lemaknya kurang mendapat sambutan beberapa bulan lalu.
"Pernah mak masak dua kilo nasi lemak tapi tak jual habis. Ada dua tiga orang je yang beli. Macam mana nasi tu saya bawa turun ke bawah blok macam tu jugalah saya bawa naik balik.
"Waktu tu rasa rugi sangat. Saya pun rasa hampir jatuh dan terfikir nak berhenti berniaga sebab jualan tak dapat balik modal.

Mimi (kanan) bersama ibunya.
"Sampaikan adik nak pergi sekolah pun tak ada duit belanja. Jadi mak terpaksa buat nasi goreng setiap pagi. Asalkan mereka makan nasi cukuplah," katanya ketika dihubungi mStar.
Bagaimanapun anak sulung daripada lapan beradik itu berkata dia terpaksa membatalkan niat itu disebabkan kata-kata semangat ibunya, Noraini Mohammad Tajudin.
"Mak saya kata tak apa... kita berniaga ni ada jatuh bangun, mesti ada rugi. Bila mak selalu cakap macam tu saya tersentak.
"Mungkin Allah nak uji saya. Alhamdulillah berkat usaha dan reda serta pertolongan kawan-kawan, sekarang banyak order dah masuk. Alhamdulillah saya bersyukur sangat-sangat," katanya.
Kisah Noryusra Shamimi atau lebih mesra disapa Mimi dikongsi rakannya, Eryn di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.
Posting yang dimuat naik Eryn dengan pada Jumaat lalu mendapat 3,900 ulang kicau dan 1,400 tanda suka di Twitter.
Kapsyennya berbunyi 'Aku harap sangat dengan kuasa viral dan jasa baik korang dapat bantu kawan aku. Kawan aku bukan orang senang, dia anak sulung yang tanggung adik-beradik lapan orang. Sementara tunggu kerja baru dia niaga nasi lemak. Nasi lemak dia memang sedap, lauk paru dia sumpah win!
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/24/~/media/9354220487244c3c9a5d14e7ca4d2688.ashx?la=en

Posting mengenai Nasi Lemak KakYong yang diusahakan Mimi dan ibunya menjadi tular selepas dikongsi rakannya bernama Eryn.
Jelas Mimi, dia terpaksa membantu ibunya menyara mereka sekeluarga memandangkan ayahnya Zamri Ariffin mempunyai masalah kesihatan.
"Dulu ayah kerja bawa lori ais. Tapi dia dah berhenti kerja tiga tahun lepas sebab sakit gout jadi susah dia nak memandu.
"Jadi saya cakap tak payah kerja biar saya cari duit. Kadang-kadang kalau dia sihat dia bantu juga berniaga dekat bawah blok rumah.
Mak saya kata tak apa... kita berniaga ni ada jatuh bangun dia, mesti ada rugi. Bila mak selalu cakap macam tu saya tersentak.
NORYUSRA SHAMIMI ABDULLAH
"Saya siang kerja di taska dekat dengan rumah. Saya habis kerja pukul 6 petang, lepas tu saya tolong pula ibu berniaga. Selalunya saya yang akan buat delivery sekitar Bandar Tun Razak," katanya.
Gadis berusia 20 tahun itu berkata sejak kisahnya tular, perniagaan nasi lemak ibunya yang diberi nama 'Nasi Lemak Kak Yong' semakin mendapat sambutan.
"Kalau sebelum ini saya berniaga dekat bawah blok sahaja dan hanya orang dekat sini je yang tahu. Tapi sekarang empat kilogram senang nak habis dan dapatlah RM80 sehari.


Nasi lemak paru menjadi kegemaran pembeli.
"Sekarang ibu naikkan sekilo lagi nasi lemak sebab permintaan dah banyak. Orang paling tertarik dengan lauk paru sebab lain daripada yang lain.
"Ibu selalunya akan goreng dulu paru tu dan biarkan sejuk kemudian barulah dia masukkan sambal. Sebab tulah paru tu masih rangup," katanya.
Dalam pada itu, Mimi berkata dia juga berharap agar dapat membantu ibunya membuka sebuah restoran suatu hari nanti.
"Saya harap perniagaan ni naik agar saya dapat bantu mak buka restoran sebab itu impian dia. Malah itu juga satu cara untuk bantu keluarga saya.
"Bagi mereka yang mahu membuat tempahan untuk majlis tertentu bolehlah hubungi saya di talian 01121870522," katanya.
Tags/Kata Kunci:nasi lemak KakYong , nasi lemak paru , Mimi

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/

Tuesday, July 23, 2019

Subhanallah !! Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab,

Dulu mewah, kehidupan 3 anak bekas staf pelantar minyak kini daif kerana satu sebab, “Adik pernah tanya kenapa kita dah tak kaya?”


Nurhanifah (kanan) bersama adiknya, Nurhazlina. Gambar kecil, bapanya Mohd Fadhillah bersama anak bongsu, Mohammed Haziq.
TERPAKSA membuat pilihan sama ada mahu ke sekolah atau gunakan wang bagi mengalas perut seisi keluarga, begitulah kisah duka yang dihadapi seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurhanifah Mohd Fadillah yang sudah lama tidak menjejakkan kakinya ke sekolah.
Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, kehidupan mereka di Kuching, Sarawak bersama bapa, Mohd Fadillah Idris, 45, berubah 360 darjah selepas kematian ibunya, Rosnani Suhaili pada tahun 2009.

"Dekat 90 hari dah saya tak pergi sekolah. Cikgu ada minta bapa hantar ke sekolah, tapi dia memang tak mampu sebab kekurangan wang. Tak ada duit untuk beli minyak kereta.

Nurhanifah belajar sendiri di rumah kerana bapanya tidak mampu untuk menghantar dia ke sekolah.
"Saya pun kena pilih, sama ada duit yang ada mahu digunakan beli minyak kereta untuk ke sekolah atau beli makanan untuk keluarga sebab pernah hampir seminggu kami tak makan. Saya fikir pasal adik-adik, jadi saya pilih untuk beli makanan.
"Sekarang ni persiapan untuk SPM dah 70 peratus. Saya belajar dari 7.30 pagi sampai 10 malam di rumah, buat jadual sendiri. Rasa sedihlah sebab tak ada kawan. Hanya kucing dua ekor jadi peneman.
"Saya berborak dengan kucing mengenai topik dalam subjek Sejarah untuk lebih senang nak hafal. Kadang-kadang saya tengok muka kucing untuk ingat formula Matematik ," ujar Nurhanifah sewaktu dihubungi mStar.
Kisah mengenai gadis berusia 17 tahun itu bersama dua adiknya, Nurhazlina, 14 dan Mohammed Haziq, 12, yang mengalami cacat penglihatan menjadi tular di Twitter sejak Sabtu lalu.
image: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/23/~/media/f3788c00c82c40388bdc707fcbcf69b1.ashx?la=en

Jadual belajar sendiri di rumah yang dibuat oleh calon SPM itu.
Ia dikongsi oleh Asfaridah Umar yang juga Penolong Pegawai Sosio Ekonomi badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (Yakin) sehingga menerima lebih 12,000 perkongsian di platform media sosial itu.
Bercerita lanjut mengenai kehidupannya, Nurhanifah berkata dia turut mewarisi penyakit asma yang menjadi punca kematian ibunya, sejak 10 tahun lalu.
Dalam nada hiba, dia mengakui cukup tabah untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan, biarpun pernah hidup senang suatu ketika dahulu.
"Dulu bapa kerja pelantar minyak, gaji berbelas ribu. Tapi masa tu kami tak cukup kasih sayang. Emak meninggal pun bapa tahu tiga hari selepas tu. Jadi bapa tak nak perkara ni berulang lagi.


Pertemuan Asfaridah Omar, mewakili NGO Yakin dengan keluarga itu baru-baru ini.
"Sekarang dia kerja mekanik di rumah, tak boleh kerja jauh sebab nak jaga adik bongsu saya. Dulu masa mula-mula jatuh susah, adik pernah tanya ayah kenapa kita dah tak kaya? Masa tu saya seorang je yang faham," ujarnya dalam nada hiba.
Tambah Nurhanifah lagi, mereka menyewa sebuah bilik di sebuah rumah di Kuching yang turut dikongsi bersama dua lagi keluarga lain.
Keluarga itu turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia masih tidak mencukupi untuk menanggung kehidupan mereka.

Kisah mengenai empat beranak ini tular di laman Twitter sejak Sabtu lalu.
Nurhanifah turut berkongsi mengenai impiannya untuk bekerja sebagai pegawai kerajaan apabila menamatkan pembelajaran kelak.
"Saya memang kagum dengan bapa saya, saya juga bersyukur ada bapa yang tabah. Dia berhasrat nak tengok salah seorang anak kerja kerajaan.
"Jadi saya secara sukarela mahu penuhi impian bapa. Target saya, mahu bantu keluarga melalui pendidikan," ujarnya lagi.
Bagi sesiapa yang mahu memberi bantuan, mereka boleh berhubung dengan Mohd Fadillah di talian 011-56551982.
Tags/Kata Kunci:Nurhanifah , calon SPM , miskin , pelantar minyak

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/07/23/pilih-sekolah-atau-makanan/#M16FFrjWwEcFOPpD.99

Monday, July 22, 2019

Wow !!!! Polis kesan pemilik kereta, dua kanak-kanak buat aksi 'Superman'

Polis kesan pemilik kereta, dua kanak-kanak buat aksi 'Superman'

Aksi lagak ngeri dua kanak-kanak itu menjadi tular di media sosial.


Sebuah Video memaparkan duakanak kanak melakukan aksi Superman dengan berpau kepada bumbung kereta
ketika kenderaansedang bergerak menjadi tular.

Video itu dipercayai di kam di Taman Scientex , Dekat Pasir Gudang , Johor

Mengikut maklmuat polis sedang mencari pemandu kenderaan tersebut, kerana perbuatan yang membshsyakan nyawa atau keselamstan orang lain.




Friday, July 19, 2019

Wow !! Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar ‘rare’

“Saya terharu tengok sikap Hau” - Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar ‘rare’


Redzwan berkongsi kisah mengenai Hau menerusi laman Facebook miliknya. Mstar
PENGALAMAN sembilan tahun sebagai penceramah seminar matematik membolehkan jejaka ini bertemu dengan ramai pelajar di seluruh negara.
Bercerita kepada mStar, Redzwan Azizan sempat berkongsi pengalaman terbaharunya yang disifatkan cukup 'rare' dan membuka mata khususnya buat masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Mesra disapa Redzwan, dia mengakui agak terkejut melihat seorang murid lelaki berbangsa Cina yang 'bekerja' di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

"Masa tu waktu rehat, saya di sana untuk satu sesi ceramah. Saya tengok pelajar tu tolong mak cik kantin jual kuih 'roll' dan ayam gunting.
"Saya sangat tertarik dengan inisiatifnya. Walaupun dia orang Cina, dia sanggup nak tolong mak cik Melayu.

Redzwan terharu melihat sikap positif yang ditunjukkan oleh Hau.
"Bila tanya mak cik tu, baru saya dimaklumkan dia memang sukarela nak tolong. Tak ada upah wang pun, cuma dapat makanan percuma sahaja.
"Saya difahamkan nama dia Hau dan dia murid tingkatan empat. Saya kagum tengok dia manfaatkan waktu rehat untuk praktis ilmu berniaga. Ayah dia pun berniaga juga," ujar Redzwan sewaktu dihubungi.
Saya tengok dia sanggup nak membantu, satu contoh yang sangat bagus. Dia pun sangat menitikberatkan kebersihan, siap pakai sarung tangan dan sentiasa tersenyum.

REDZWAN AZIZAN
PENCERAMAH SEMINAR MATEMATIK
Menurut Redzwan lagi, situasi itu turut membuatkan dia terharu memandangkan perbezaan latar belakang kaum langsung tidak menjadi masalah buat Hau.
Ujarnya, ia sekali gus membuktikan keharmonian kaum di negara ini masih lagi utuh biarpun ada segelintir pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.
"Sekarang ni banyak masalah pertembungan budaya, ada yang bersifat perkauman. Padahal boleh sahaja saling tolong menolong dan hormat menghormati.
"Saya terharu tengok sikap Hau. Tak ramai pelajar di Malaysia ni yang ada sikap positif seperti dia.

Redzwan sudah sembilan tahun berkecimpung sebagai penceramah seminar matematik.
"Saya tengok dia sanggup nak membantu, satu contoh yang sangat bagus. Dia pun sangat menitikberatkan kebersihan, siap pakai sarung tangan dan sentiasa tersenyum," ujarnya yang menetap di Bangi, Selangor.
Tambah Redzwan lagi, sukar untuk dia bertemu dengan pelajar sebagus Hau pada zaman ini memandangkan ramai golongan murid yang semakin leka dalam dunia mereka sendiri khususnya dengan kehadiran gajet dan teknologi.
Malah katanya, inisiatif Hau yang wajar dipuji itu juga pastinya akan memberi input berguna untuk murid itu pada masa akan datang.
Redzwan berkongsi mengenai Hau menerusi laman Facebooknya pada 12 Julai lalu.
Posting itu sehingga kini menerima lebih 600 tanda suka dan turut dikongsi 153 pelayar Facebook.
Tags/Kata Kunci:Hau , Redzwan Azizan , kantin , Cina , Melayu , perpaduan , kantin

Thursday, July 18, 2019

Warga emas tak basuh rambut 40 tahun, "Ia rahmat Tuhan"




Sakal tidak membasuh rambutnya selama 40 tahun.


Ramai yang Tidak selesa dan gatal kepala jika tidak membasuh rambut selama beberapa hari.

Namun berbeza pula dengan Sakal Dev Tuddu yang tidak membasuh rambut selama 4o tahun.

Menurut sakal Rambutnay adalah rahmat Tuhan,

Malah jirannya di Daerah Munger di Negeri Bihar, India memannggilnya sebagai tanda hormat.

Sakal Berta Tuhan Mengarahkannaya untuk tidak memotong Rambut.










Tuesday, July 16, 2019

Wow !!! Jom Makan Durian Di Kedah


Gambar Yang Ini Penulis Singgah Di Restoran melati Dusun Yang Juga Menyajikan Makanan Dan Buah Durian di terpi Restoranyanya..memaang terbaik lah.. En Din Melati Dusun.



Asslkamualaikum baru baru ini Penulis telah menziarah 2 tempat di Kedah untuk makan durian,
,memang sempoii. Yang pertama di MARDI Bukit Tangga, Sintuk Kedah.
Gambar gamabar dalam kebun ialah suasana di Kebun durian MARDI..wow memang sempoii.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung