Nuffnang

Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Saya boleh pilih Penjara Kajang atau Sungai Buloh : ANWAR

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa tiba pada  hari perbicaraan Kes Liwat Saiful di Istana Kehakiman. Foto oleh Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa tiba pada hari perbicaraan Kes Liwat Saiful di Istana Kehakiman. Foto oleh Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PETALING JAYA - "Mereka kata saya boleh pilih sama ada mahu ke Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buloh," demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada jenaka Anwar ketika berucap dalam Forum Demokrasi Dunia Muslim, hari ini.

"Jika saya dikatakan bersalah, maka saya perlu dipenjarakan.

"Memandangkan saya telah umumkan Langkah Kajang, saya rasa mungkin mereka akan tempatkan saya di Penjara Kajang," katanya.

Kata-katanya itu disambut oleh gelak tawa penonton.

Anwar sebelum itu menghadiri prosiding rayuan akhirnya yang memasuki hari kelima di Mahkamah Persekutuan,Putrajaya pada pagi, hari ini.

Sebaik tamat prosidingnya yang berlangsung sehingga tengah hari, Anwar hadir memberikan ucapan dalam forum tersebut.

"Saya ada menulis sebuah buku.. Sampai sekarang buku saya masih belum siap.

"Kalau saya dipenjara, saya boleh (tulis) habiskan buku saya ketika dalam penjara.

"Tapi mungkin isteri saya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak begitu gembira mengenainya," selorohnya.

Saturday, March 29, 2014

Gambar Sempoii Himpunan Reformasi 2.0 Di Kelantan..Masih Relevan Kah Anwar Di Kelantan ?




Himpunan Anak Muda PAS dan AMK..di Kelantan




DSAI memberi ceramah UMUM di Johor..Baru Baru Ini

[admin] Puluhan ribu membanjiri Padang Perdana Kota Bharu malam ini bagi mengikuti majlis ceramah Reformasi 2.0 yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Angkatan Muda Keadilan Kelantan. 

Heboh satu Malaysia menyatakan Anwar masih tidak relevan dan tidak diterima rakyat..tapi..dimana mana ceramah anwar..ramai yang menghadirinya..


HIMPUNAN REFORMASI 2.0 - DSAI sedang menyampaikan ucapan - saksikan @http://www.kelantantv.

Monday, March 10, 2014

Gambar Sempoi : Anwar Terus Merefomasikan Hadirin Di Seberang Jaya..Penang


DSAI dengan penuh karisma menyampaikan pidato




Mohamad Sabu Memberi Ceramah



Ceramah Anwar semalam berkisar berkaitan..keputusan mahkamah Yang membuat keputusan , Anwar Di jatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun walaubagaimanapun hari ini para peguam Anwar akan membayar wang jaminan sebanyak RM 10,000 seperti mana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan jumaat lalu. Antara perkara manarik yang dibicarakan ialah. :

1. DSAI mengajak penyokong memberi tekanan berterusan kepada UMNO BN
2. Teruskan Perjuangan walaupun beliau di Penjara
3. Beliau mengajak pakatan Rakyat bersatu demi perjuangan.
4. Di zaman Rasulullah S.A.W  tidak pernah mengaibkan orang malah menghina sesama insan.
5. Beliau berdoa semoga pesawat MH 370 segera ditemui.
6. Beliau akan menghadiri Majlis pembukaan Parlimen hari ini .

Tuesday, February 11, 2014

Berita Yang Tiada Dalam Berita Perdana.. Wakil Dari Jepun Datang Sendiri Jumpa Anwar Untuk Mohon Maaf


Tuu diaaaaaa.. Wakil dari JEPUN datang SENDIRI ke Malaysia berjumpa DSAI untuk memohon maaf selepas insiden larangan memasuki Jepun sebelum ini........ Hah apa lagi nak lepas ni? Mana mikrofon RTM dan TV3? Takkan x berani letak kat atas meja tu kot?
Pengerusi Sasakawa Peace Foundation, Mr Jiro Hanyu datang sendiri ke Malaysia bertemu Anwar Ibrahim.. Kalau Orang Lain pula terpaksa ke Jepun perabih duit rakyat semata mata nak bergambar bawah pokok bamboo.. 

Monday, October 21, 2013

Gambar Sempoi Dato Sri Anwar ..Dengan Ustaz Fatul Bari..Yang Tiada Dalam Media


Rakaman gambar Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua Dewan Ulama Muda Sedunia UMNO merangkap Exco Pemuda UMNO yang baru Ustaz Dr Fathul Bari dalam pesawat kini sedang berlegar ligat di alam maya.

Omak Kau cukup yakin dan percaya .. jika rakaman gambar ini di sebarkan sebelum pemilihan sayap Pemuda UMNO baru-baru ini .. kemungkinan besar Ustaz Dr Fathul Bari tidak akan dapat undi terbanyak .. maklum sajalah .. Gang UMNO dari kalangan yang berdarah muda jenis tidak boleh berfikir gunakan otak .. dikuatkan pula ada dikalangan pemuda UMNO yang kurang bijak .. yang tidak buta huruf cukup ramai yang buta hati. Kredit Omak Kau..


Klilk SINI KALAU NAK LIHAT BERITA SEMPOI

Friday, August 30, 2013

Gempar Anwar Ibrahim .Sertai PAS ?


ANWAR UMUM MASUK PAS. PKR BUBAR SEMUA AHLI SERTAI PAS .....
Agak-agaknya geng UG dalam PAS kelam kabut tak ?

Anwar memakai kopiah PAS  yang dihadiahkan oleh ahli PAS

LAGI BERITA SEMPOI KLIK SINI

Monday, June 17, 2013

Poster Sempoi Ni ..Tak ada Di Malaysia ..Nak Tahu Baca Ye


Poster Rasmi Sempena Kedatangan DS Anwar Dan Isteri Ke Indonesia.

INI BOLEH MENDATANGKAN MARAH....!!!!!

Poster size GERGASI menyambut ketibaan DSAI dan Kak Wan sempena bertemuan dgn Presiden Indonesia SBY di Jakarta.

Dari rakaman gambar diatas amat jelas bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Wan Azizah mendapat penghormatan negara apabila melakukan kunjungan ke Indonesia walaupun dinegara ini beliau sering dilemparkan dengan pelbagai fitnah.

Kehadiran beliau dengan DSWA ke Indonesia adalah atas kapisitinya sebagai Ketua Pembangkang kalau sebagai Ketua Kerajaan, sudah pasti sambutan lagi hebat diberikan.

Untuk maklumat terkini / FB  KLIK SINI

Sunday, April 28, 2013

Gempar Adakah DS Anwar Guna Duit Rakyat .sewa Helikopter untuk Kempen ?



Saya lawan pagi; saya lawan tengah hari; saya lawan petang; saya lawan tengah malam.   - Dato Seri Anwar Ibrahim 

Saturday, April 6, 2013

Di Kemaskini : DS Anwar Ibrahim: Saya Akan Mempertahankan Kerusi Permatang Pauh Kerana Ada Nostalgianya Tersendiri..


DS Anwar Ibrahim mengumumkan Sim Tze Tzin sebagai calon Parlimen Bayan Baru & Mohd Bakhtiar Wan Chik sebagai calon Parlimen Balik Pulau


 DS Anwar Ibrahim speaking to around 10,000 strong at Bt Maung Penang


(Seberang Jaya) DS Anwar Ibrahim: Saya akan Mempertahankan kerusi Permatang Pauh


Jamuan Ringan selepas Tazkirah di Masjid Mengkuang Semarak, Penanti

Sila KLIK FAN PAGE ORANG KAMPUNG untuk maklumat terkini...

Monday, April 1, 2013

Saturday, March 16, 2013

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung