Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, August 23, 2017

Pergghh !! “Saya Bukan Betul-betul Nak Bogel” Kata Seorang Gadis cantik



“Saya Bukan Betul-betul Nak Bogel”




PETALING JAYA: Seorang wanita cantik menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.
Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.
Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.
Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/22/status-bogel-twitter/~/media/d19573f9a6424fef90b9cd3bd256fd42.ashx?la=en
Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis yang baharu berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.
Nurul Adilla Abd Rahim (gambar) menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya.
"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.
"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar Online.
Lebih dikenali sebagai Lala, pengamal media itu benar-benar tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
"Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.
Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial.

Perghh !!! Kenapa Boon Poh digari, Mohd Isa tidak?

Kenapa Boon Poh digari, Mohd Isa tidak?


Kenapa Boon Poh digari, Mohd Isa tidak?
(Ubah saiz teks) 
 
KUALA LUMPUR – Terdapat pertikaian apabila bekas Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak digari semasa ditangkap sedangkan Exco Kebajikan, Masyarakat dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh pula sebaliknya.

Tuesday, August 22, 2017

Perghh !! Dahsyatt !! Lelaki ditahan cabul anak saudara di tempat awam


Lelaki ditahan cabul anak saudara di tempat awam
Perlakuan yang dirakam saksi.
CHONGQING - CHINA. Seorang lelaki ditahan selepas mencabul anak saudaranya di tempat awam selepas foto perlakuannya itu tular di media sosial di China.
Foto yang dilaporkan diambil di hospital Chongqing pada Isnin pagi menunjukkan lelaki itu meletakkan tanganya di dalam seluar kanak-kanak itu yang duduk di ribanya.
Menurut saksi yang memuat naik foto terbabit di dalam talian, selepas kanak-kanak itu melakukan pemeriksaan, dia duduk di riba lelaki itu dengan tangan dilihat diletakkan dalam seluar mangsa.
Kanak-kanak itu tidak menunjukan sebarang reaksi ke atas perlakuan lelaki itu dan terus bermain dengan telefon bimbitnya.
Foto itu pantas tular di online dan membawa kepada siasatan pihak berkuasa.
Dalam satu kenyataan dari polis Chongqing dipetik Shanghaiist, suspek telah ditahan dan mengaku melakukan perbuatan itu.
Polis berkata, suspak adalah bapa saudara kepada kanak-kanak itu iaitu suami kepada adik perempuan ayah mangsa.
Foto berkenaan tular selepas seorang remaja turut dirakam mencabul adiknya dikhalayak ramai ketika di kawasan menunggu stesen kereta api Nanjing.
Remaja berkenaan turut ditahan dan polis sedang menjalankan siasatan

Monday, August 21, 2017

Perggg !!! Kenapa Chef Wan masuk penjara?

Kenapa Chef Wan masuk penjara?


Chef Wan
Instagram Chef Wan

CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akan masuk ke penjara tidak lama lagi.
Pengakuan itu ditulis sendiri Chef Wan di dalam akaun Instagramnya.
“Pagi ini saya menerima tawaran daripada produser eksekutif Discovery Travel and Living yang menjemput saya menjadi hos mereka untuk program terbaharu mereka.
“Mereka mahu saya melawat empat buah penjara yang terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara. Bukan hanya masak, tetapi saya perlu menyelami kehidupan penghuni ini,” katanya.
Mengakui ia tawaran itu menarik namun ia sedikit menakutkannya.
“Saya ada katakan pada mereka, sebelum ini saya pernah bekerja BBC 2 Talkshow bersama Misal Hussein dan berharap keselamatan saya dijaga dengan baik.
“Dalam setiap masakan saya itu nanti, tidak boleh ada terung atau timun. Ia benar-benar cabaran untuk saya,” tulisnya yang menerima tawaran tersebut.
Menganggap ia cabaran baharu buatnya, Chef Wan berkata rancangan itu nanti akan ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia.
“Bukan mudah nak dapat tawaran begini,” katanya.
Chef Wan sememangnya seorang selebriti chef yang bukan hanya popular di Malaysia malah namanya dikenali di Asia hingga beberapa buah negara Eropah.
Beliau sering diundang menjadi juri pertandingan masakan, personaliti untuk rancangan antarabangsa.

Friday, August 18, 2017

Perghhh !!! Viral , Roti Canai Merdeka?



Roti Canai Merdeka?


Dah dekat-dekat hari merdeka ni, bermacam cara dilakukan untuk menzahirkan semangat patrotisme dan kecintaan terhadap negara...
Salah seorangnya abang ini yang punya cara unik untuk menterjemahkan erti kemerdekaannya. Anda lihat sendiri video yang disediakan ini.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/17/roti-canai-bendera/#lba1qm1bwQkCfIA1.99

Wednesday, August 16, 2017

Perghhh !! Murid tahun enam jadi mangsa cabul ustaz


rogol
Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU - Seorang murid tahun enam mendakwa menjadi mangsa cabul seorang ‘ustaz’ di sekolahnya dan kejadian itu dikatakan berlaku sejak Februari lalu.
Perkara itu terbongkar setelah ibu mangsa diberitahu rakan anaknya itu selepas berkunjung ke rumahnya di daerah ini.
Menurut sumber, ibu mangsa diberitahu rakan anaknya bahawa mangsa diraba di bahagian dada, punggung, kemaluan selain turut dicium oleh lelaki berusia 59 tahun itu.
“Rakan mangsa juga memberitahu bahawa ustaz berkenaan ada memasukkan tangannya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluannya serta menyuruh mangsa memegang kemaluannya.
“Wanita itu kemudiannya bertanya kepada anaknya dan mangsa memberitahu betul. Mangsa merupakan seorang yang bermasalah dalam pembelajaran,” katanya.
Ibu mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya itu menjadi mangsa cabul dan membawanya menjalankan pemeriksaan di hospital.
Bertindak daripada laporan itu, pihak polis menahan seorang lelaki di kediamannya di sebuah kampung di sini (Gong Tok Nasek), jam 2 petang, kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Tuesday, August 15, 2017

Pergg!!! HP Mahal Simpan telefon bawah bantal Sahaja

Simpan telefon bawah bantal


Simpan telefon bawah bantal
Penduduk Kampung Kolam, Chetok terpaksa keluar dari rumah untuk mendapatkan talian telefon setiap kali mahu menghubungi ahli keluarganya. 
PASIR MAS - Lebih 500 penduduk di Kampung Kolam, Chetok dekat sini, terpaksa menyimpan telefon pintar mereka berharga ratusan ringgit di bawah bantal gara-gara masalah liputan rangkaian selular di kawasan berkenaan berada pada tahap lemah.
Masalah tersebut berlarutan sejak bertahun-tahun lalu memaksa penduduk terpaksa keluar dari rumah dan ke kampung sebelah untuk mencari liputan talian bagi memudahkan perhubungan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Bujuk, Muhammad Che Man berkata, masalah tersebut sudah diajukan kepada pihak berkenaan, namun tiada sebarang maklum balas diberikan.
“Sudah masuk tiga kali, penduduk kampung mengemukakan permohonan untuk mendapatkan sebuah pencawang, namun sehingga ini masih belum membuahkan hasil.
“Setiap aduan yang dibuat dipandang sepi oleh pihak berkenaan.
“Keadaan itu membuatkan kami berdepan dengan masalah yang cukup besar untuk berhubung antara satu sama lain.
“Lebih-lebih lagi ketika berlakunya kecemasan dan itulah keperitan yang terpaksa diharungi kami,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap pihak berkenaan dapat memberikan jawapan segera terhadap permohonan yang dikemukakan sebelum ini.
Katanya, dalam permohonan tersebut penduduk kampung sudah mengemukakan kawasan untuk dijadikan sebagai tapak pembinaan pencawang itu.
“Tapak yang kami sediakan ini lebih tinggi dan bebas dari kawasan banjir,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Che Mansor Che Mahmood, 54, berkata, setiap kali anaknya pulang ke kampung menaiki kenderaan awam, dia terpaksa keluar awal pagi untuk mengambilnya.
Katanya, dia terpaksa berbuat demikian kerana berdepan kesukaran untuk menghubungi anaknya itu.
“Untuk elak berdepan masalah, saya ambil keputusan keluar awal.
“Hanya itu saja pilihan yang saya ada dan situasi itu terus berulang sehingga hari ini daripada anak-anak belajar universiti sehinggalah bekerja dan ada keluarga,” katanya.
Ibrahim Namad, 57, pula berkata, dia sudah tidak tahan untuk berdepan dengan situasi berkenaan.
“Tiada ada gunanya kami ada telefon mahal jika rangkaian lemah di kawasan ini.
“Paling sedih bila kemudahan WhatsApp dan Facebook langsung tak boleh digunakan sedangkan itu cara kami berhubung,” katanya
Menurutnya, setiap kali hari raya dan cuti sekolah anak-anak cucu mereka terpaksa berdepan dengan banyak masalah apabila pulang ke kampung kerana ketiadaan liputan rangkaian selular di kawasan ini.
Katanya, pada zaman serba moden sekarang dengan masalah yang dihadapi menyebabkan penduduk di sini seperti terpinggir.

Monday, August 14, 2017

Perghh !!! Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0

Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0


Adegan baling kerusi, suar cemar Nothing To Hide 2.0
SHAH ALAM - Adegan baling kerusi dan baling botol air ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam program Nothing To Hide 2 menjadikan program kini kecoh seketika.
Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai tragedi memali yang berlaku ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu.
Program Nothing To Hide 2 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & kebudayaan Selangor, Shah Alam anjuran Armada Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu.
Insiden itu juga menyebabkan program yang pada awalnya dijadual tamat pada jam 6 petang terpaksa dihentikan terus oleh pihak penganjur.
Nothing To Hide 2 ini juga memperlihatkan kehadiran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selain Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain
Program Nothing To Hide 2.0 yang sepatutnya mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pentas tidak menjadi kenyataan apabila kelibat pemimpin nombor satu negara itu tidak kelihatan

Saturday, August 12, 2017

Perghhh : Plate no FA12 Cecah RM165,000

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2016/02/16/08/57/plat.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Memiliki plat nombor pendaftaran kenderaan yang signifikan atau mempunyai maksud tertentu seperti nama seseorang atau tarikh istimewa pastinya menjadi idaman ramai.
Itulah yang berlaku pada nombor pendaftaran kenderaan FA12 yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini hingga ia menjadi rebutan ramai kerana membawa maksud sinonim kepada pemilik nama ‘Faiz’.
Menurut JPJ, berdasarkan sistem pengkomputeran MySikap di bawah jabatan itu, sebanyak 20 pemohon berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran berkenaan.
Jabatan itu memberitahu, nombor pendaftaran FA12 dikeluarkan JPJ pada 21 Julai lalu.
"Harga tertinggi bagi bidaan nombor pendaftaran FA12 mencecah RM165,000," kata jabatan itu dalam satu kenyataan kepada mStar Online.
Nombor kenderaan FA12 adalah antara yang didaftarkan pada 8,158 kenderaan menggunakan siri F setakat ini.
Menurut JPJ, sebanyak 1,841 nombor lagi merupakan baki nombor pendaftaran F yang dibayar termasuk tempoh tempahan telah luput.
Dilaporkan, JPJ menerima tempahan sebanyak 11,683 bagi nombor pendaftaran siri F yang dibuka sejak 1 sehingga 14 Jun tahun lalu.
Ia merupakan jumlah kedua tertinggi tempahan nombor pendaftaran selepas siri WWW yang dikeluarkan JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2012.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan F1 dengan nilai RM836,660.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/11/plat-faiz/#kz3mSKWmZ6gFpdCZ.99

Friday, August 11, 2017

Perghhh !!! Dahsyatt !!! Bapa Didakwa liwat anak tiga kali sehari

Didakwa liwat anak tiga kali sehari


Tidak liwat anak kecuali tiga hari sebelum Ramadan
Tertuduh (kiri) diiringi polis ke mahkamah hari ini. - Foto Sinar Harian
PUTRAJAYA - Tiga kali setiap hari kecuali dua hari sebelum dan hari pertama ramadan, seorang agen unit amanah didakwa melakukan liwat terhadap anaknya berusia 15 tahun, sejak Januari lalu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu bermula 1 Januari sehingga 20 Julai lepas di bilik utama rumahnya di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.
Bapa kepada tiga anak perempuan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas keseluruhan 594 pertuduhan liwat yang dikemukakan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 444 pertuduhan dibacakan hari ini selama empat jam bermula 9.10 pagi.

150 pertuduhan telah dikemukan pada prosiding semalam.
Bagi kesalahan liwat, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Selain liwat, dia juga menghadapi 30 pertuduhan amang seksual fizikal, sumbang mahram dan penganiayaan seksual terhadap mangsa sama.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin dan Nordalina Ali di hadapan Hakim, Yong Zarida Sazali.

Thursday, August 10, 2017

Perghhh !!! Dahsyat !! Bapa Kandung Hadapi Tuduhan Meliwat Anak 150 kali ...Gila Pa Ka ni


Tidak Cukup Masa Teliti 599 Tuduhan Liwat, Mahkamah Ditangguhkan


Mangsa dirogol sejak berusia 13 tahun. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang ejen unit amanah mengaku tidak bersalah di atas 150 tuduhan meliwat anak perempuannya dan Mahkamah Sesyen terpaksa menangguhkan kes itu kepada Khamis kerana suspek memiliki sejumlah 599 salah laku seksual terhadap mangsa sejak dia berusia 13 tahun.
Selain tuduhan meliwat, duda yang berusia 36 tahun itu juga didakwa merogol mangsa yang kini berusia 15 tahun itu dan 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan.
Agen unit amanah tersebut juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut selepas dibacakan kepadanya pada Rabu.
Hakim Mahkamah Sesyen Yong Zarida Sazali yang merupakan hakim di mahkamah khusus untuk perbicaraan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, terpaksa menangguhkan perbicaraan itu kerana masa tidak mencukupi untuk membaca baki tuduhan meliwat kepada suspek.
Sebanyak 150 pertuduhan liwat itu yang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan didakwa dilakukan sebanyak tiga kali sehari dalam bilik utama sebuah pangsapuri di Sungai Way, Petaling Jaya dari Januari hingga Mac tahun ini.
Suspek yang juga mempunyai dua lagi anak perempuan turut mengaku tidak bersalah atas satu tuduhan merogol yang disiasat di bawah Seksyen 376A Kanun Keseksaan.
Manakala bagi 30 tuduhan melakukan serangan seksual tanpa persetubuhan itu pula disiasat di bawah Seksyen 14 Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Suspek yang tidak diwakili peguam tiba di mahkamah pada pukul 8.45 pagi dan dibawa masuk pada pukul 9 pagi.
Bagaimanapun, semua pertuduhan dibaca dihadapan suspek pada pukul 2.50 petang.

Wednesday, August 9, 2017

Perghhh.. Inspektor Terlampau , ditahan buat hal dalam tandas wanita Hanya Berseluar Dalam

Inspektor ditahan buat hal dalam tandas wanita


gari
- Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana didapati berkelakuan tidak sopan di dalam tandas wanita di sebuah pusat beli-belah di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, sebelum itu pihak polis menerima maklumat terdapat individu yang membuat kacau di pusat beli-belah pada 12.30 tengah hari.
“Sebuah MPV dan beberapa URB (Unit Rondaan Bermotosikal) telah digerakkan untuk memeriksa keadaan tersebut. Hasil pemeriksaan, polis telah menahan seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam boxer di dalam tandas perempuan di tingkat empat,” katanya dalam satu kenyataan.
Asri berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihak polis turut menjumpai satu paket yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat 0.62 gram pada lelaki berkenaan.
Ujian urin mendapati suspek positif methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Tuesday, August 8, 2017

Perghh !!! “Ingat Saya Gatal Sangat Ke Nak Laki?” – Vida

“Ingat Saya Gatal Sangat Ke Nak Laki?” – Vida


Vida akui adakalanya hatinya tidak cukup kuat untuk menepis setiap gosip apatah lagi yang mampu menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.

MARAH betul Datuk Seri Vida ya apabila ada pihak cuba menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.
Yalah, sehingga pada satu tahap penyanyi lagi I Am Me ini mengeluarkan kenyataan, "Ingat saya gatal sangat ke nak laki?"
Ia rentetan apabila dia dikatakan menolak lamaran ayahanda Rani Kulop serta beberapa kisah peribadi  mengenai dirinya yang sedang mencari bakal suami mengikut kriteria yang ditetapkan antaranya lelaki bermata kelabu.
Marah dengan pelbagai persepsi orang ramai terhadapnya, Vida menyelar sesetengah pihak termasuk penulis blog yang tidak menghormati dirinya dengan mengaitkan dia dengan lelaki.
Kata Vida, biarpun dia sering dilihat gembira, namun adakalanya hati dia rapuh dan hanya orang yang betul-betul mengenalinya sahaja tahu perkara itu.
Jejaka Finland, Scotland Kirim Resume Pikat Vida 

"Nak Populariti? Ingat saya gatal sangat ke nak laki?
"Saya nak fokus perniagaan sayalah. Kalau ada jodoh, saya nak yang sanggup hidup dengan saya bukan setahun dua, tetapi yang boleh didik anak, aturkan empayar saya. Bukan senang," itu antara yang ditulisnya menerusi keterangan video berdurasi seminit di Instagram itu.
Tambah Vida, dia penat membaca kisah-kisah peribadinya yang mengaitkan dirinya dengan lelaki dijaja sehingga menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita berstatus janda.
"Saya tak pasti ini satu fitnah atau apa tetapi apa yang boleh saya katakan, jika orang tak cukup kuat, dia akan down melalui semua ini.
"Dan saya juga manusia biasa juga, adakalanya tak cukup kuat untuk melalui semua ni," katanya.
Sebelum ini tular apabila Vida dikatakan mencari citi-ciri suami idamannya ialah lelaki bermata kelabu, kaya dan boleh menerima hobinya yang suka membeli-belah.
Akibat kenyataan itu dia mendapat lebih 50 e-mel lamaran daripada orang ramai termasuk dari Finland dan Scotland.

Monday, August 7, 2017

Perghh !!! Model Cun Diculik, Dilelong Secara Online





Model Diculik, Dilelong Secara Online



SEORANG model warga Britain diberi dadah sebelum diculik di Milan untuk dijual dalam satu lelongan secara dalam talian, kata polis Itali.
Mangsa, 20, tiba di ibu negara itu kerana terlibat dalam satu penggambaran yang diatur melalui ejennya.
Namun sebaliknya dia culik dan dikurung selama enam hari.
Warga Poland, Lukasz Herba, 30, yang menetap di UK, ditahan atas pertuduhan culik.
Pejabat Luar berkata mereka menyediakan bantuan konsular kepada wanita warga Britain itu.
Model yang tidak didedahkan namanya itu tiba di Milan pada 10 Julai lalu.
Dia tiba di sebuah apartmen pada keesokan harinya untuk sesi penggambaran sebelum diserang dua lelaki, kata polis.
Polis berkata wanita itu diberi dadah, digari dan dimasukkan ke dalam beg serta dibawa ke sebuah rumah di Borgial, barat laut Turin.
Mangsa dipercayai digari di sebuah almari kayu di dalam bilik tidur selama enam hari sebelum dibebaskan dan dibawa ke konsulat British di Milan.
Penyiasat berkata wanita itu berjaya diselamat selepas menyedari penculik melakukan beberapa lelongan secara dalam talian termasuk menyediakan penerangan dan harga pembukaan.
Penculik didakwa menggunakan akaun sulit untuk meminta ejen model membayar wang sebanyak 230,000 pound sterling bagi menghentikan wanita itu daripada dilelong secara dalam talian.

Thursday, August 3, 2017

Perghhh !!! Dahsyattt 'Doktor' gila seks perdaya tiga wanita mengandung


'Doktor' gila seks perdaya tiga wanita mengandung


Dr Mohammad Omar
Dr Mohammad Omar
KUALA TERENGGANU - Tiga wanita mengandung di Besut menjadi mangsa ‘doktor ‘gila seks yang meminta mereka melakukan perbuatan lucah melalui panggilan telefon dipercayai untuk kepuasan nafsunya, bulan lalu.
Lelaki yang menyamar sebagai pakar perubatan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) bernama Dr Haji Abu Bakar itu akan menghubungi mangsa dan memperdaya mereka mengikut arahannya.
Antara arahan lucah doktor palsu tersebut adalah meminta mangsa mengurut payudara dan memegang tempat sulit sambil mengeluarkan bunyi dengan alasan sebagai usaha mengubati sakit yang dihidapi mangsa.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, ketiga-tiga mangsa tidak menyedari ditipu kerana maklumat diberikan lelaki itu mengenai mangsa adalah betul.
“Ini kerana lelaki ini telah menyamar sebagai pakar dari Hospital Besut menghubungi sebuah klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Besut meminta maklumat 12 ibu mengandung anak sulung kononnya untuk dibuat kajian.
“Jururawat bertugas telah memberikan butiran lengkap  12 ibu sebagaimana diminta tanpa membuat pengesahan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini hari ini.
Bagaimanapun kata beliau, selepas itu jururawat terbabit berasa curiga lalu menghubungi Hospital Besut bertanyakan mengenai  pakar berkenaan namun dimaklumkan tiada pegawai perubatan bernama Dr Haji Abu Bakar di sana.
Selepas mendapat pengesahan, pihaknya terus memberi peringatan kepada 12 wanita yang terlibat namun tiga daripada mereka sudah menjadi mangsa doktor gila seks terbabit.
Klinik berkenaan kemudian membuat laporan polis pada 18 Julai lalu manakala nombor telefon yang digunakan lelaki tersebut gagal dihubungi.
Berikutan kejadian itu, JKNT mengeluarkan satu pekeliling larangan pemberian sebarang maklumat mengenai pesakit melalui panggilan telefon kepada semua hospital dan klinik kesihatan di negeri ini.
“Saya juga minta mana-mana pesakit yang pernah mendapat panggilan seumpama ini agar tampil membuat pengesahan dengan kita dan laporan polis,” katanya.
Menurut Dr Mohammad, ini merupakan kali ke-3 penipuan seumpama ini berlaku selepas tahun 2010 dan 2013 yang mana doktor palsu gila seks itu menggunakan modus operandi sama

Wednesday, August 2, 2017

Perghh !!! Cari Jodoh Guna Gambar Kawan


Cari Jodoh Guna Gambar Kawan


Pesanan peribadi yang dipercayai dikirim oleh Adib kepada pengendali laman Facebook Viral D Viral. - Facebook/Viral D Viral


PETALING JAYA: Lelaki yang tular kerana mahu mendapatkan 'pengantin segera' didakwa menggunakan gambar individu lain untuk mencari jodoh.
Setelah hajatnya itu dipenuhi apabila mendapat maklumbalas dalam kalangan wanita yang berminat menjadi isterinya, lelaki yang hanya dikenali sebagai Adib itu tampil membuat pengakuan kepada pengendali laman media sosial berkenaan. Malahan, perkara sebenar itu juga dihebahkan untuk pengetahuan ramai.
"Di sini saya mohon maaf kepada admin (pengendali laman) dan semua kerana menggunakan gambar teman dari Indonesia, sebenarnya saya tidak mahu mereka memilih saya kerana rupa.
"Bekas tunang saya dulu pilih saya kerana rupa dan dia pergi juga. Saya mahu dia (calon isteri) terima saya seadanya," katanya menerusi pesanan peribadi kepada Facebook Viral D Viral.
Pada Isnin, mStar Online melaporkan bahawa pemuda tersebut tetap ingin meneruskan majlis perkahwinan dalam tempoh sebulan lagi selepas putus tunang pada dua bulan lalu.
Pemuda berusia 30 tahun ini mendakwa berbuat demikian kerana kecewa setelah persiapan sebanyak 80 peratus untuk majlis perkahwinannya.

Adib menggunakan gambar rakannya dari Indonesia pada posting pencarian jodoh yang dimuat naik sebelum ini.
Selepas menerima pelbagai reaksi netizen, posting pencarian jodoh itu telah dipadam.
Sementara itu, Viral D Viral pula menyifatkan Adib sebagai melucukan kerana 'berdrama' dengan kisah cintanya yang tidak kesampaian itu.
"Admin nak tergelak dengan satu demi satu drama si Adib ni, tapi admin kasihan juga sebenarnya.
"Takpe la Adib, janji kau jangan permainkan perempuan yang kau dapat nanti," tulis pengendali laman itu pada malam Isnin.
Bagaimanapun, pengendali laman tersebut mendakwa pihaknya memahami tindakan Adib menggunakan gambar orang lain kerana pemuda berkenaan memiliki raut wajah yang tampan.
Pihaknya turut mendakwa telah membuat panggilan video terhadap Adib bagi mengesahkan tentang kesahihan identinya.

Tuesday, August 1, 2017

Perghhh !!!! Bahagian sulit lebam, ibu syak anak dicabul

0
PDRM
KUCHING - Polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki mencabul kanak-kanak di Kampung Tambirat, Asajaya, kira-kira 35 kilometer dari sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 42 tahun mendakwa isterinya mendapati bahagian sulit anak perempuan mereka yang berusia setahun tujuh bulan lebam.
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa seorang lagi anak perempuan mereka yang berusia lima tahun tujuh bulan memberitahu isterinya yang suspek menciumnya serta diminta melakukan perbuatan seksual.
Susulan itu, polis menahan suspek yang juga saudara jauh keluarga berkenaan dan dia kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 14 (a) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, katanya.
“Mereka yang disabitkan kesalahan menurut seksyen ini boleh dipenjarakan tidak lebih 20 tahun serta boleh disebat,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Dev Kumar berkata ini merupakan kes kedua direkodkan di Sarawak selepas akta baharu itu diluluskan Parlimen pada April lalu. - Bernama
Artikel berkaitan yang patut

Monday, July 31, 2017

Dahsyatt !! Remaja Dakwa Dirogol Beramai-ramai Kenalan WeChat




Remaja Dakwa Dirogol Beramai-ramai Kenalan WeChat


Pemandangan luar rumah terbiar yang menjadi lokasi kejadian rogol remaja 15 Tahun.

KOTA KINABALU: Seorang remaja berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh sekumpulan lelaki yang dikenalinya melalui WeChat di rumah terbiar.
Menurut mangsa, dia dirogol oleh lima suspek yang berumur antara 13 dan 18 tahun di sebuah rumah di Menggatal dekat sini pada pukul 3 petang, 14 Jun lalu.
Mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada 26 Julai.
Kesemua suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat dan direman sehingga 3 Ogos ini.
Bagaimanapun, punca sebenar laporan dibuat selepas sebulan insiden terbabit berlaku tidak diketahui.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, gadis tersebut mendakwa bahawa suspek mengajak mangsa berjalan ke rumah berkenaan dan akan menghantarnya pulang selepas itu," katanya ketika dihubungi The Star.



Sunday, July 30, 2017

Rezeki Terpijak Nasi Lemak Kakak Dukung Anak

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/07/29/12/45/nasi%20lemak%20rm1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Gara-gara kisahnya berniaga nasi lemak sambil mendukung anak menjadi viral, ibu lima anak ini ibarat mendapat rezeki terpijak apabila dia diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya.
Siapa sangka, usaha keras memerah keringat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anak yang masih kecil membuahkan hasil.
Benarlah kata orang, 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'.
Bermula pagi Ahad, orang ramai boleh membeli dan merasai keenakan nasi lemak air tangan wanita cekal bernama Nur Ain Kodir, 30, di dalam Stesen Petronas MRR2 Ampang.
Penyelia stesen minyak itu, Emmawati Tafid ketika dihubungi mStar Online mengesahkan pihaknya akan mula menjual nasi lemak tersebut di premis mereka bermula pagi Ahad.
Jelasnya, ia adalah sebagai satu usaha untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/29/nasi-lemak-kak-ain/~/media/9f5021b057fa4a9ab72681519f4b2f6b.ashx?la=en
Keenakan nasi lemak RM1 ini menjadi bualan hangat netizen.
"Insya-Allah bermula esok, kira-kira 50 bungkus nasi lemak Kak Ain akan dijual di dalam premis stesen minyak kami. Orang ramai boleh membeli nasi lemak itu di sini," katanya.
Menurut Emmawati, mereka sudah memaklumkan mengenai perkara itu kepada wanita tersebut pada malam Jumaat.
"Kami hubunginya malam tadi mengenai hasrat mahu tempah 50 bungkus nasi lemak untuk dijual hari ini (Sabtu) tapi dia terpaksa tolak. Mungkin kerana tempahan dibuat pada saat akhir jadi dia tak dapat penuhi permintaan itu," katanya sambil menambah akhirnya mereka bersetuju untuk memulakan jualan pada Ahad.
Emmawati berkata, pihaknya akan menjual nasi lemak tersebut dengan harga asal RM1.
"Kami membelinya pada harga RM1 dan menjual pada harga sama. Kami tidak ambil sebarang keuntungan kerana ingin membantu Kak Ain sekeluarga," katanya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/29/nasi-lemak-kak-ain/~/media/3861a73fd4c946caa8bbc47b82694cb3.ashx?la=en
Kak Ain menyediakan nasi lemak sambil mendukung anaknya.
Sementara itu, Nur Ain ketika dihubungi mStar Online mengucapkan rasa syukur di atas niat murni pihak pengurusan Stesen Petronas MRR2 Ampang yang bersedia menjual nasi lemaknya di dalam premis mereka.
"Alhamdulillah, saya amat gembira. Tak sangka masih ada orang di luar sana yang prihatin dan sanggup membantu orang susah seperti saya," katanya yang mula berniaga nasi lemak tiga minggu lalu.
Sejak nasi lemaknya menjadi viral, Nur Ain berkata dia perlu menyediakan kira-kira 300 bungkus nasi lemak setiap hari.
"Memandangkan saya tiada pembantu, saya hanya dapat sediakan 300 bungkus sahaja setiap hari. Itupun tak cukup. Saya tak sangka sambutan yang diterima agak luar biasa," katanya.
Jika sebelum ini kelibat Nur Ain dapat dilihat di stesen minyak itu pada sebelah pagi dan petang, wanita dari Tanah Merah, Kelantan itu memberitahu dia hanya akan berniaga di sebelah pagi sahaja selepas ini.
"Memandangkan pihak stesen minyak akan jual nasi lemak saya bermula esok, saya akan berniaga sebelah pagi sahaja selepas ini. Saya lega sedikit, sekurang-kurangnya saya tidak perlu membawa anak-anak kecil berniaga di waktu petang, lagipun kawasan agak berbahaya untuk mereka," katanya.
Baru-baru ini, kegigihan wanita itu yang menjual nasi lemak ditemani tiga anak yang masih kecil di bawah cuaca panas terik mendapat perhatian netizen.
Seorang pengguna Facebook Lynn Ahmad yang kebetulan berada di stesen minyak itu ternampak wanita tersebut yang menjual nasi lemak berharga RM1 sambil mendukung anak kecilnya.
"Sedih tengok kak ni dengan tiga orang anak dia datang niaga. Akak ni dengan niaga, dengan nak kawal anak lagi," tulisnya.
Menurut status itu, meskipun anak wanita itu masih kecil masing-masing dilihat sabar dan tidak banyak kerenah menemani ibu mereka mencari rezeki.
"Nasib la anak akak ni baik duduk tepi jalan tu, jalan raya kan bahaya kalau buas-buas tapi mereka baik je, tiap petang aku lalu mesti duduk baik je tepi tu tunggu mak dia niaga," tulisnya lagi.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/07/29/nasi-lemak-kak-ain/~/media/cea2cdc0bfd245bba1758bad6c2c1741.ashx?la=en
Orang ramai beratur untuk membeli nasi lemak Kak Ain.
Pada masa sama, Lynn turut menggesa orang ramai supaya membeli nasi lemak tersebut dengan niat untuk membantu meringankan beban wanita tersebut.
Akhirnya dengan bantuan netizen, kisah wanita itu tersebar di laman media sosial dan ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk merasai keenakan nasi lemaknya.

Friday, July 28, 2017

Perghhh !!! Isteri dipukul kerana enggan 'bersama'

Isteri dipukul kerana enggan 'bersama'
Tertuduh (kiri) dikawal polis keluar dari mahkamah selepas dituduh.
KOTA BHARU - Seorang tukang emas mengaku tidak salah di mahkamah majistret, di sini hari ini, atas dakwaan memukul isteri yang enggan memuaskan nafsunya.
Dakwaan terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun itu dibuat di hadapan Majistret, Nik Habri Muhamad.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 44 tahun di sebuah rumah di Taman Impiana, Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 7 pagi, 22 Julai lalu.
Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan selesai dibacakan, namun dia kemudian menukar pengakuan selepas mendengar peruntukkan hukuman penjara mandatori yang diperuntukkan seksyen tersebut.
Sebelum ini, pembantu pra sekolah terbabit membuat laporan polis selepas mendakwa suaminya memukul hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam pada pipi dan tangan kiri bengkak selain sakit seluruh tubuh.
Pertengkaran antara mereka berlaku berikutan ibu dua anak berkenaan menolak ajakan suaminya untuk bersama kerana datang bulan.
Pasangan terbabit sudah berkahwin selama 19 tahun dan dikurniakan dua anak, namun pernah dua kali bercerai kerana punca yang sama.

Thursday, July 27, 2017

Dahsyattt Punya Bapa Angkat : Remaja 14 tahun dirogol hingga hamil


Remaja 14 tahun dirogol hingga hamil
Suspek (dua, kanan) dibenarkan mendapat perintah tahanan reman sehingga 1 Ogos bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak angkatnya.
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 54 tahun direman bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak angkatnya dalam kejadian Disember tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, ketika kejadian, mangsa berusia 14 tahun itu ditinggalkan bersama suspek yang merupakan penjaganya sejak berusia sembilan tahun.
Menurutnya, akibat dirogol, pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini itu hamil dan usia kandungannya dianggarkan berusia enam bulan.

Wednesday, July 26, 2017

Perghhh !!! Gadis Cun Pemain Bolasepak Wanita , Jadi Buruan Lelaki..



Kerana Bola Sepak, Gadis Cantik Ini Tolak Tawaran Diidamkan Wanita


Nur Indah mewakili pasukan bola sepak wanita Sri Sador Glow Glowing FC.

PETALING JAYA: Apabila berbicara tentang bola sepak, sering kali golongan lelaki akan dikaitkan dengan sukan nombor satu ini.
Namun seiring dengan peredaran zaman, bola sepak bukan sahaja menjadi minat kaum adam tapi sudah mula dijiwai wanita.
Tidak terkecuali, Nur Syahindah Mohamad Kamal, 20, yang wajahnya menjadi tular di media sosial gara-gara bergiat aktif dalam sukan bola sepak.

Tuesday, July 25, 2017

Sempoiii : Selepas digantung, TMJ minum kopi dengan Dollah

Selepas digantung, TMJ minum kopi dengan Dollah
 
Selepas digantung, TMJ minum kopi dengan Dollah
Gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.
 
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh duduk bersama mulai tular selepas dimuat naik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers semalam.
Gambar yang menunjukkan mereka duduk bersama dengan kapsyen ‘DYAM Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh’ tidak disertakan maklumat lanjut.
Ia turut dikongsi lebih 800 pengguna Facebook sejak ia dimuat naik.
Selain itu, menarik perhatian ramai peminat bola sepak tempatan memandangkan Dollah sebelum ini digantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang menentang Felda United, 1 Julai lalu.

Monday, July 24, 2017

Perghh !!! "Saya Dengar Dentuman Kuat"

"Saya Dengar Dentuman Kuat"

/
Air dari tangki yang pecah dari aras empat bangunan Kompleks Teruntum menyebabkan motoksikal yang berada di ruang parkir rosak. Akibatnya, empat orang cedera ringan manakala sepuluh buah motosikal dan tiga buah kereta rosak terkena serpihan.
Semua premis perniagaan dan pejabat kerajaan di Kompleks Teruntum diarah menghentikan operasi serta-merta.
-fotoBERNAMA 

KUANTAN: "Saya dengar dentuman kuat diikuti limpahan air. Saya panik dan terus mencapai anak lalu berlari meninggalkan khemah jualan," kata peniaga kereta Tuan Nur Aisyah Tuan Mohd Nor.
Beliau antara saksi yang berhadapan detik cemas apabila tembok bangunan Kompleks Teruntum di Jalan Mahkota-Seri Kuantan di sini, runtuh ekoran tangki air yang terletak di tingkat empat kompleks itu pecah sekitar pukul 1 tengah hari ini.
Tuan Nur Aisyah, 32, berkata khemah jualannya terletak kira-kira 80 meter dari kompleks itu, membolehkan  beliau melihat dengan jelas dinding batu menghempap beberapa buah kereta dan motosikal yang diletakkan di ruangan tempat letak kereta berhampiran.
Sementara itu, salah seorang mangsa Sheikh Mohd Hanfi Sheikh Ali, 50, berkata beliau dan isteri Norziah Abdul Ghafar, 51, cedera ringan.
Mereka cedera di lutut, siku dan tapak tangan kerana terjatuh semasa melarikan diri dari runtuhan batu.   Katanya, semasa kejadian mereka sedang berjalan kaki melalui jalan belakang kompleks itu menuju ke sebuah pusat membeli belah berdekatan apabila mendengar bunyi seakan-akan letupan.
"Mujur saya dapat lihat runtuhan tembok batu dan air melimpah ke arah kami… saya dan isteri lari supaya tidak ditimpa. Bagaimanapun, motosikal saya yang diletakkan di situ rosak teruk terkena batu.
"Apapun, saya bersyukur kerana nyawa kami lebih penting. Saya anggap motosikal itu sudah tiada rezeki buat kami, tapi saya tetap akan membuat laporan polis berhubung kejadian ini," katanya.
Difahamkan, kejadian itu menyebabkan empat orang cedera ringan semasa cuba menyelamatkan diri manakala empat buah kereta dan sekurang-kurangnya 10 buah motosikal rosak ditimpa serpihan bangunan itu yang jatuh dari ketinggian 40 meter.
Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Bakhtiar Iskandar Mohamad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari daripada orang awam.
"Sebuah jentera bomba dengan 11 anggota dikejarkan ke tempat kejadian. Selain itu, turut berada di situ ialah polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang turut membantu menutup kawasan kejadian dan mengalihkan kenderaan yang terlibat," katanya.
Sementara itu Pengurus Badan Pengurusan Bersama kompleks itu Mohd Zaid Harun berkata,  kompleks itu akan ditutup sementara waktu bermula hari ini selepas mendapat nasihat bomba.
"Kompleks ini hanya akan dibuka dan beroperasi semula selepas mendapat pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.
Kompleks 21 tingkat itu mula dibuka pada Januari 1980. -Bernama



Saturday, July 22, 2017

Prghhh !! Nik Yam Dilamar, Dulu Gadis di Gelar 'Badak' Tinggal Kenangan



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/07/21/13/57/yam1.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Gadis yang pernah dipanggil ‘badak’ oleh seorang pemuda yang bertemu dengannya selepas berkenalan di Facebook kini telah bertunang dan menjalani kehidupan lebih positif.
Nik Yam Chik Zainab Nik Abdul Rahman, 23, berkata, selepas empat tahun peristiwa itu berlalu, tiada apa lagi yang mahu disampaikan kepada lelaki yang pernah menghina saiz badannya itu.

Friday, July 21, 2017

Perghh !!! Lagu Vida Kini Melanda Sekolah

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/07/20/20/21/senamrobikvida.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Paparan skrin video senamrobik berlatarkan lagu nyanyian Vida, 'I Am Me'. Sumber Facebook 'Krul Nizam' yang dikongsi di Facebook 'Kami Guru Malaysia'.

PETALING JAYA: Lagu nyanyian jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida terus menjadi kegilaan ramai tanpa mengira usia.
Walaupun lagu bertajuk ‘I Am Me’ disindir segelintir pihak sebagai ‘Ayam Mi’, tetapi semakin banyak parodi dibuat selepas klip video single pertama Vida dilancarkan minggu lalu.
Terbaharu, lagu yang kedengaran 'catchy' ini dimainkan semasa sesi senamrobik di sebuah sekolah rendah.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook ‘Krul Nizam’, lagu ‘I Am Me’ itu dimainkan di kawasan lapang yang menghimpunkan sekumpulan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Tagaroh di Kota Marudu, Sabah.
Malah, video berdurasi kira-kira seminit itu turut dikongsikan Krul Nizam di halaman Facebook ‘Kami Guru Malaysia’ pada petang Khamis.
Menariknya, jurulatih senamrobik yang mengendalikan sesi berkenaan berbaju warna merah jambu, warna yang begitu sinonim dengan Vida.
Setiap gerak tangan dan langkah jurulatih berkenaan diikut sekumpulan murid dengan diringi lagu Vida yang ceria dan bertenaga.
“Senamrobik awal pagi dengan iringan lagu Datuk Seri Vida,” kata Krul Nizam di laman sosial.
Krul Nizam atau nama sebenarnya Mohd Kamarul Nizam Jeffrah, 33, ketika dihubungi mStar Online berkata, lagu Vida itu dimainkan dalam sesi senamrobik selama kira-kira 40 minit pada pagi Rabu.
Mohd Kamarul yang juga guru SK Tagaroh berkata, sesi tersebut dikendalikan guru, Farid Liman, disertai lapan guru lagi dan kira-kira 250 murid.
"Kami selalu mengadakan sesi senamrobik di sekolah, dan semalam antara lagu yang digunakan adalah 'I Am Me' nyanyian Datuk Seri Vida.
"Lagu ini memang sesuai untuk senamrobik, kebanyakan guru dan murid memang sukakannya kerana mengikut rentak. Kami akan menggunakan lagu ini lagi untuk sesi senamrobik yang akan datang," kata Mohd Kamarul yang berkhidmat di SK Tagaroh selama lima tahun.
Rata-rata pengikut di halaman Facebook tersebut terutama dalam kalangan guru-guru menyifatkan lagu nyanyian Vida sebagai idea yang menarik untuk digunakan bagi aktiviti memanaskan badan dan kecergasan seperti senamrobik di sekolah.
Menurut salah seorang pengguna Facebook di ruangan komen, Zuraina Abdullah berkata: “Terbaik cikgu. Lupa nak buat macam ni masa PJ (Pendidikan Jasmani) pagi tadi. Minggu depan kita ‘warming up’ (memanaskan badan) macam ni.”
Nurul Husna Badrul Huzaini pula berkata: “Okay, dapat idea dah untuk senamrobik nanti.”
Video lirik berjudul 'I Am Me', ciptaan Edry Abdul Halim kini mencatatkan lebih sejuta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu

Thursday, July 20, 2017

Huh Dahsyatt !! Dikutuk Netizen, Digelar Badut, Vida Luah Perasaan


Dikutuk Netizen, Digelar Badut, Vida Luah Perasaan



Datuk Seri Vida

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida yang sering dikutuk dan menjadi bahan kritikan netizen, seolah-olah beliau kebal serta tidak mempunyai hati dan perasaan.
Luaran, Vida nampak tenang, tapi siapa sangka terdapat ungkapan kasar netizen yang telah mengguris hati penyanyi yang sedang hangat dengan lagu I Am Me ini.
"Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar.
"Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya," katanya kepada mStar Online.
Menurut Vida, beliau bagaimanapun terpaksa menelan segala kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya dan berusaha membuktikan bahawa apa yang dilakukannya ini adalah strategi yang dapat membantu perniagaannya.
"Yang komen negatif tu mereka tak faham lagi, mari kita sekolahkan mereka," katanya dalam nada bergurau.
Tegasnya, disebabkan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kelainan dalam apa jua bidang yang diceburinya, termasuklah bidang perniagaan dan seni, tidak hairanlah ada yang menuduhnya 'syok sendiri'.
"Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama.
"Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah," katanya.
Mengenai lagu I Am Me, Vida menjanjikan satu kelainan dari segi penghasilan klip videonya yang akan dilancarkan pada Ogos.
"Memang best, tak ada lagi di Malaya macam saya punya muzik videolah!," katanya.
Video lirik berjudul I Am Me, ciptaan Edry Abdul Halim kini sudah mendapat lebih 600,000 tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 13 Julai lalu.

Wednesday, July 19, 2017

Perghh !!! Gambar 'aksi terlampau' bukan berlaku di Malaysia

Gambar 'aksi terlampau' bukan berlaku di Malaysia

Gambar 'aksi terlampau' bukan berlaku di Malaysia
Gambar aksi pasangan yang tersebar bukan berlaku di negara ini.
SHAH ALAM - Satu gambar pasangan sedang melakukan hubungan seks disebarkan oleh orang ramai, yang didakwa berlaku di tepi laluan motosikal lebuh raya Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.
Gambar aksi pasangan yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu dimuat naik ke sebuah portal berita selepas seorang pembaca mengirimnya melalui emel kerana berang dengan kelakuan terkutuk itu ketika melalui lebuh raya berkenaan.
Pihak polis menafikan penyebaran gambar, kononnya sepasang suami isteri melakukan hubungan seks secara terbuka yang didakwa berlaku di tepi lebuh raya di Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, gambar itu bukan dirakamkan di Pulau Pinang.
“Tempat kejadian seperti dalam gambar itu bukan di Malaysia. Lebuh raya kita tidak ada pagar berwarna hijau dan kedudukan tembok serta kereta juga menunjukkan bukan di dalam negara ini.
“Kita juga tidak menerima sebarang laporan kejadian tersebut dan tidak mengambil keterangan mana-mana pihak termasuk pasangan yang dikatakan tinggal di Jelutong,” katanya.

Tuesday, July 18, 2017

Perghhh !!! Pemuda 'Kantoi' Cungkil Mesin Air





AKSI seorang lelaki cuba memecahkan mesin menjual air yang dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) tukar di media sosial.
Wajah dan nombor kenderaan suspek dapat dilihat dengan jelas daripada rakaman berkenaan.

Monday, July 17, 2017

Perggghh !!! Tergerak Hati Saya Ke Tempat Duduk Belakang




Tergerak Hati Saya Ke Tempat Duduk Belakang




PETALING JAYA: Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing baru-baru ini menemui sesuatu yang amat mengejutkan di dalam keretanya selepas tergerak hatinya untuk meletakkan barang di tempat duduk belakang.
“Saya ke pasar raya, nak beli barang dan balik masak. Lepas beli barang, saya letak di tempat duduk belakang. Bila dah sampai rumah, masa nak ambil barang, mata saya terpandang pada poket tempat duduk dan terus beristighfar.
"Tersirap darah tengok sampah tin arak dibuang macam tu saja dalam kereta saya,” kata pemandu wanita ini yang meluahkan kekecewaannya di laman sosial, baru-baru ini.
Maria Ahmad, 43, ketika dihubungi mStar Online berkata, pada hari kejadian dia mengambil tiga penumpang warga asing berdekatan Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur untuk dihantar ke Kotaraya.
“Ada tiga penumpang, salah seorang daripada mereka membawa tin arak dan duduk di tempat duduk hadapan, manakala dua lagi duduk di belakang.
“Tetapi saya tak syak apa-apa kerana penumpang di hadapan membawa keluar tin arak yang dipegangnya apabila sampai ke destinasi,” katanya yang mula berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing sejak awal tahun ini.
Ibu tunggal kepada dua anak ini berkata, dia bersyukur kerana digerakkan hatinya meletakkan barang yang dibeli di tempat duduk belakang pada hari tersebut sehingga membawa kepada penemuan tin-tin minuman keras yang telah diminum kepunyaan penumpang.
“Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya. Kalau tak, bila ambil penumpang lain pun saya tak akan tahu ada tin arak dalam kereta saya.
“Mesti penumpang akan fikir yang bukan-bukan terhadap saya sebagai pemandu beragama Islam. Isunya bukan saja sampah dibuang dalam kereta saya, tetapi sampah itu adalah tin arak,” katanya sambil menambah selain dua tin minuman arak, turut ditemui satu botol minuman berkarbonat.
Menurut Maria, dia selama ini mengambil pendekatan untuk tidak mengambil penumpang selepas pukul 10 malam bagi mengelakkan daripada membawa penumpang mabuk.
Namun tidak disangka insiden tersebut berlaku pada waktu siang menyebabkan dia lebih berhati-hati selepas ini kerana ketika kejadian berlaku dia mendakwa ketiga-tiga penumpang terbabit dalam keadaan mabuk

Sunday, July 16, 2017

Dahsyatt !!!Gadis Nyaris Dirogol Di Tandas Stesen Minyak



image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/07/15/13/06/suspekrogol.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Suspek rogol berjaya ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Machang, Kelantan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang gadis nyaris menjadi mangsa rogol ketika berhenti untuk membuang air kecil di sebuah tandas milik sebuah stesen minyak di Batu 30, Machang Kelantan pada Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, wanita itu bersendirian ke tandas tersebut kerana kakaknya sedang bercakap di telefon.
Difahamkan ketika kejadian, tandas kosong kecuali salah satu daripada empat tandas itu berkunci.
Ketika mangsa masuk ke dalam tandas, tiba-tiba dia didatangi seorang lelaki yang memanjat dari tandas bersebelahan sebelum cuba merogolnya.
Menurut posting abang ipar kepada gadis itu yang menceritakan mengenai detik cemas tersebut, mangsa menjerit dan meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Si h**** jadah tu dah cium, meraba semua... adik aku cuba telefon wife aku tapi telefon kena tepis si haram ni.
"Dalam keadaan bergelut tu, adik aku dapat gigit si h**** jadah tu, tapi dia dengan muka tak ada perasaan terus juga agenda merogol dia," demikian menurut posting di Facebook yang menjadi tular pada Sabtu.
Suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu tidak memakai seluar dan hanya berbaju ketika melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Namun, gadis itu bernasib baik apabila jeritannya didengari seorang wanita yang kebetulan mahu menggunakan tandas.
Wanita itu kemudian bertindak mendapatkan bantuan dan seorang lelaki masuk ke dalam tandas tersebut.
Namun, suspek yang menggelabah selepas terdengar suara lelaki masuk ke dalam tandas itu bertindak memanjat semula ke tandas bersebelahan.
"Adik aku pun buka pintu tandas dan terus berlari keluar tanpa fikir apa-apa. Dengan muka pucat lesi adik aku berlari masuk ke dalam kereta. Tudung dah koyak, handphone dan cermin mata entah ke mana," tulis abang iparnya.
Hasil tindakan pantas orang ramai, suspek dikepung dan ditangkap sebelum dibawa ke ibu pejabat polis daerah Machang.
Abang ipar gadis itu mendakwa mangsa mengalami trauma teruk susulan insiden tersebut dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Pada masa sama, abang ipar mangsa turut mengingatkan wanita di luar sana supaya sentiasa berhati-hati semasa hendak ke tandas di mana-mana stesen minyak.
"Tolong teman adik-adik, akak, mak korang yang pergi ke toilet stesen minyak ke... RNR ke... masjid ke... jangan biar pergi berseorangan... Anda bayangkan adik aku yang umur 20-an pun boleh melawan sikit je. Kalau mak kita yang dah tua? adik-adik baru belasan tahun? aku tak tahulah jadi apa," katanya.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung