Nuffnang

Showing posts with label PRK. Show all posts
Showing posts with label PRK. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

PErgghh!!! Kita Bertanding PRK ..Bukan Nak Bergaduh..PEMUDA UMNO Cuba Buat SASAU..


CALON BN BERSAMA-SAMA DENGAN DYANA SOFYA BUAT ROTI JALA TETAPI ADA PENYOKONG BN BERPERANGAI MACAM ORANG SASAU !!!! Omakau 



Dalam suatu sesi kempen berjalan sambil bertemu pengundi pagi ini di Taman Cicely, Teluk Intan .. sedang calon DAP/PR Dyana Sofya Daud sedang membuat roti jalan tetiba datang calon BN Mah Siew Keong mencelah dan cuba melakukan perkara yang serupa tetapi ternyata kurang menjadi.

Pokoknya tiada pula calon BN berperangai macam penyokong UMNO/BN terjerit terlolong menyalak buat bising naik motor kasi perasap macam orang penyaki dengan gigitan anjing gila.

Inilah yang rakyat maukan .. berkempen dan berpolitik secara berhemah dan tertib serta beradab bukannya cara binatang kurang ajar biadap.

Monday, May 19, 2014

Gambar Sempoi : Sekitar Gambar Ceramah Dyana Sofia di Teluk Intan.Yang Menunjukan Pak Lebai , Haji Boikot ?

Dyana Sofia , Sedang Memberi Ucapan..atas Pentas PAS


Pak Lebai Kita Turun Memberi sokongan


Abnag Mat Sabu Dok Kelebek Apa tu..


Abam Lebai Dan Abam Hj ..Sedang Kusyuk Mendengar Pidato Dyana




Kerana Cun Melecun Dyana Sofya Mula Terima SMS Meroyan Dari Macai UMNO.


CALON DAP/PR PRK PARLIMEN TELUK INTAN, DYANA SOFYA DAUD TERIMA SMS MENJIJIKKAN LAGI MELOYAKAN DARI MACAI UMNO????


Inilah kualiti dan mutu serta yang mampu macai UMNO lakukan untuk menyerang calon DAP/PR PRK Parlimen P076 Teluk Intan, Sdri Dyana Sofya Daud.

Maki hamun, caci cerca mencarut ... lebih pada tu tidak mampu dilakukan .. mungkin itu saja ilmu yang ada atau cara yang digalakan oleh UMNO untuk menyerang pihak lawan kot????

Patutlah sejak internet wujud dan aktif di negara kita UMNO/BN jauh ketinggalan dari segi penguasaan dan penerimaan rakyat dibandingkan denmgan Pakatan Rakyat.

Kalau ikut dari kuantiti para penggiat siber, jumlah dan angka UMNO jauh melebehi berlipat kali ganda dari para pejuang Pakatan Rakyat tapi dari segi penerimaan dan kepercayaan rakyat jauh ketinggalan .. manakan tidak ... rakyat yang mengakses internet ialah rakyat yang berilmu, berpendidikan tinggi yang akan hanya menerima berita jika ianya tidak menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan mereka .. Kalau berita maki hamun mencarut caci cerca akan dihumban terus ke tong sampah tanpa banyak bicara.

Monday, March 24, 2014

Perghhh..Masih Menteri Kata Undi BN Meningkat ?.... Betui Ka Ni..


Ini kenyataan seorang menteri..mungkin dia terlampau syok kut..


ini keputusan sebenar bagi tahun 2013 dan 2014

Keputusan 2013 BN  12,747
Keputusan 2014 BN  11,362
Beza Undi   Kurang    ( 1385 )

Bagi PKR Janji menang je ...maklumlah..kempen atas pentas je..BN mengambil kesempatan mengguna semua jentera yang ada..majoriti berkurangan itu biasa...

Aksi Terlampau Punca [ Kemungkinan ] Calun BN Kecundang di PRK Kajang



Pertarungan PRK DUN N25 Kajang adalah di antara Barisan Nasional (BN) yang 

menampilkan Datin Paduka Chew Mei Fun manakala PKR menurunkan Datin Seri 
Wan Azizah Ismail.

PRK Kajang terpaksa diadakan berikutan peletakan jawatan ADUN Lee Chin Chen pada

 27 Januari lalu.

Berikutan itu SPR terpaksa mengadakan pilihan raya kecil dengan calon awal di pihak

 PKR adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudian terpaksa membatalkan niatnya
 apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Liwat Fitnah II. kredit omakau

Sunday, March 9, 2014

Sah !!! Wan Azizah ganti Anwar bertanding PRK Kajang


Wan Azizah ganti Anwar bertanding PRK Kajang

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengumumkan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon bagi PRK Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac di Sungai Sikamat di Kajang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 Mac, 2014.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.
Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.
Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.‎
"Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.
"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar.
Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu.
Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang.
"Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas.
"Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu.
Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.
Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008.
Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen. – 9 Mac, 2014.

Sudah di Duga..Angin Bertiup Kencang Saifuddin Nasution Bakal Calun PRK Kajang.


ANGIN BERTIUP KENCANG CALON KEADILAN/PR PRK DUN N25 KAJANG GANTI DSAI IALAH SAIFUDDIN NASUTION!!!!!

Dari maklumat yang di perolehi kemungkinan besar Setiausaha Agung KEADILAN Dato' Saifuddin Nasution akan di pilih menjadi calon KEADILAN/PR DUN N25 Kajang ganti DSAI.

Jika ini menjadi kenyataan maka sudah pasti membawa khabar buruk mimpi ngeri amat paling kepada UMNO/BN. Sebab Saifuddin setiausaha aging PKR..Dan di antara Calon yang paling kayak.

Thursday, March 6, 2014

Perghh ..Timb Ketua Wanita UMNO Keluar UMNO..Yang Tiada Dalam TV ..Kite

Berita ni tidak keluar di TV3 suku.. Utusan pun tak mungkin.. tapi kuar dimedia baru... hehe

Timbalan Ketua Wanita UMNO serta AJK Batu 10,Jln Cheras, Kajang istihar keluar dari UMNO sejak Hasan Ali keluarkan 20 dalil.. dan menyertai PKR...

Majlis penyerahan borang disertai oleh DSAI sendiri..

Kalau PKR atau PAS masuk UMNO ..Seminggu dalam TV di siarkan..

Thursday, February 27, 2014

PRK Kajang.. Perghh..BN Yakin Menang Walaupun 100 hadir Dengar Ceramah BN

PRK KAJANG ... CERAMAH UMNO/BN DI SG KANTAN, KAJANG MALAM TADI GRED SUAM-SUAM KUKU.


BIAR GAMBAR BERBICARA  .. cakap banyak pun tak guna.

Malam tadi UMNO/BN telah mengempur Sg Kantan, Kajang berceramah untuk calonnya dari MCA Chew Mei Fun.

Penceramah utamanya ialah Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian yang beritahu satu dunia masternya dia dapat CGPA 3.85.

Kehadiran dari penduduk tempatan amat mengecewakan sekali walaupun disediakan minuman dan makanan... majoriti yang hadir adalah para petugas parti yang di angkut serata negeri Selangor.

Macam mana rakyat nak datang dengar .. isi ceramahnya malam tadi ialah walaupun PR menang 3 negeri tapi negeri-negeri tersebut tidak pula diturunkan harga minyak.

Ini dinamakan pemimpin bebal menyebabkan rakyat dengar naik mual.

RAHSIA MENGAPA DAIM ZAINUDDIN DAN MAHADIR BEGITU LANTANG DAN KENCANG MENYERANG DSAI TERBONGKAR!!!

RAHSIA MENGAPA DAIM ZAINUDDIN BEGITU LANTANG DAN KENCANG MENYERANG DSAI TERBONGKAR!!! ... DSAI MENANG KAJANG UMNO HILANG PUTRAJAYA.!!!!!



Apa yang nyata, bekas menteri kewangan itu dalam keadaan penuh kebimbangan. Cukup bimbang sehingga beliau terus bercakap mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara terbuka, beliau menolak pemimpin PKR sebagai seorang gila publisiti dan sukakan perhatian. Secara terbuka juga, beliau merendah-rendahkan ketua pembangkang itu sebagai seorang yang tidak pernah mampu menyelesaikan sebarang masalah.

Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Daim cuba melindungi kegusaran sebenar beliau terhadap kesan daripada kemungkinan kemenangan Anwar di PRK Kajang. Secara terbuka, beliau berkata bahawa langkah Anwar bertanding pilihan raya kecil di Kajang hanya membazirkan duit rakyat.

Rupa-rupanya penentangan Daim terhadap Anwar diteruskan dalam sesi perbincangan peribadi tetapi dengan nada lebih serius dan tidaklah begitu memandang rendah terhadap kemampuan Anwar.

Mereka yang berada di kelilingnya berkata, beliau gusar akan kesan sekiranya Anwar menang di Kajang; terutamanya kemungkinan Anwar menjadi ketua eksekutif negeri paling kaya di Malaysia dengan beberapa bilion pada tangannya dan kesan segera terhadap moral ahli-ahli Umno di Selangor serta seluruh negara.

Namun, tidak dinyatakan ketakutan bahawa ia mampu menjadi  asas ekonomi yang kukuh dan landasan untuk mempamerkan kualiti kepimpinan kuat berbanding Putrajaya, nafas baru dan fokus Anwar ini boleh membawa Pakatan Rakyat (PR) untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang – keputusan akhir yang ternyata membuatkan Daim, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno lain dari zaman kegemilangan penswastaan tidak senang duduk.

Tambahan pula, Selangor adalah negeri perindustrian dan paling kaya serta bersebelahan dengan Kuala Lumpur yang menjadikannya sumber bagi  projek-projek infrastruktur, tawaran hartanah dan perniagaan untuk kroni dan lain-lain yang berkaitan dengan Putrajaya.

Ia menjadi penting bagi pihak yang pernah mendapat manfaat untuk memastikan Selangor kembali kepada BN. Kepimpinan Anwar di negeri ini akan menjauhkan lagi kemungkinan masa hadapan dan menjadikan Selangor sebuah lagi kubu politik seperti Kelantan bagi PAS.

Secara mudah, wujud keperluan untuk melindungi “angsa emas”.  Para jutawan yang mempunyai kaitan dengan Umno akan berusaha sedaya mungkin menghalang Anwar mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.

Justeru, jangan terkejut jika Daim mengambil berat terhadap bagaimana persediaan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk “berperang” dengan Anwar.

Penting bagi golongan yang mendapat manfaat pada zaman Mahathir jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengosongkan jawatannya.

Jelaslah, dakwaan mereka berkenaan “Langkah Kajang” sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan penggunaan dana awam untuk pilihan raya kecil.

Ini kerana jika mereka benar-benar mengambil berat bagaimana wang pembayar cukai dibelanjakan, mereka pasti tidak akan membenarkan konsesi tol yang berat sebelah atau tawaran untuk pengeluar tenaga bebas atau menyimpan sumber air di tangan beberapa ahli perniagaan tertentu sahaja.

Oleh itu, pertempuran di Kajang adalah pertempuran bagi menentukan siapa yang akan dapat mengawal Putrajaya pada masa hadapan. Kemenangan Anwar di Kajang boleh menyebabkan Umno kehilangan Putrajaya lambat laun nanti.KREDIT OMAKAU

Monday, February 24, 2014

Ceramah Anwar D Taman Saujana Impian Kajang, BUAT UMNU dan B EN ..Kecut..


SUASANA DI TAMAN SAUJANA IMPIAN, KAJANG YANG BUAT DAIM BANGUN DARI TIDUR DAN TUN M TAKUT KECUT PERUT.



Gerakan "Langkah Kajang" oleh Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Barisan Nasional 

(BN) panik terhadap kedudukan mereka di Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk
 Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, "elemen kejutan" yang dilakukan PR dengan meletakkan beliau 

sebagai  calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menyebabkan beberapa
 pemimpin veteran BN mengeluarkan kenyataan kedudukan Umno dalam bahaya.

"Elemen kejutan Langkah Kajang ini dia (Umno) panik. Kita jangan cuai. Kita kena 

pastikan, sabotaj dari luar itu cukup kuat," kata Anwar ketika berucap dalam ceramahnya malam tadi Kajang.

"(Tun) Daim Zainuddin yang sedang tidur pun bangkit mahu lawan (Anwar). (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pun kata tidak boleh Anwar (bertanding di Kajang). Mahathir

sudah 87 tahun, dengar nama Anwar dia takut.

"Dia takut sebab apa, anak dia Melayu paling kaya di Malaysia. Hidup Melayu, siapa? 

Anak dialah,” katanya.

BN sebelum ini mengumumkan calon mereka iaitu Naib Presiden MCA, Datin Paduka

 Chew Mei Fun untuk bertanding menentang Anwar merebut kerusi yang dikosongkan
 Lee Chin Cheh bagi memberikan laluan kepada Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar turut dilihat menegaskan keutamaan untuk melawan Umno dengan mengatakan

 MCA hanyalah sekadar "menumpang" kedudukan Umno.

"Siapa BN nak letak itu kerja dia. Cuma kita nak bagi tahu kita bukan lawan MCA, yang kuasa ini pemimpin Umno. MCA tumpang sahaja, dia tidak berani cakap.

"Siapa kisah MCA? Calon dia MCA, tapi sokongan semua BN, Umno dalam kerajaan,” katanya.

Friday, February 21, 2014

Perghhh..Ada tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang

Ada tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang


Agensi Berita Nasional (Bernama) telah mengutip pendapat beberapa orang penganalisa politik dan juga seorang pemimpin Umno yang berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini sebaliknya molek diserahkan kepada PKR.

Anwar akan menang mudah?
Mereka berpandangan Mohd Najib Razak wajar mengambil tindakan sama dengan pilihan raya kecil Penanti Pulau Pinang tahun 2009 tahun lalu dimana BN tidak meletak calon.

Alasan diberikan ketika itu, pilihan raya kecil tersebut bukan kehendak perlembagaan kerana ianya diadakan kerana sengaja dikosongkan. Adun Penanti ketika itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Dr Mansor Othman bagi dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika Najib mengambil keputusan itu, orang menyifatkan tindakan Najib bijak dan kena pada tepatnya kerana boleh mengelakkan berlaku pembaziran wang dan ketegangan politik. Bagaimana pun Dr Mansor yang bertanding di situ terpaksa juga berdepan dengan beberapa orang calon bebas yang bengong ataupun yang tidak profesional dalam politik.

Atas semangat dan suasana seperti di Penanti itulah, maka pilihan raya kecil Dun Kajang juga tidak relevan dan penting bagi BN meletakkan calon. Bijak bagi Najib kalau beliau mengambil keputusan sama di Penanti dulu dan tidak mempedulikan desakan Mahathir agar BN meletakkan calon. Najib kena membaca matemetik politik Mahathir kenapa beliau beriya mahukan BN meletakkan calon di Kajang.

Mahathir sudah tahu bukan mudah untuk BN merampas balik kerusi berkenaan. Kekalahan calon BN kelak akan digunakan Mahathir sebagai modal untuk dia memperlekehkan Najib sebagai tidak cerdik dan sangat lemah dalam politik. Tidak menjadi rahsia lagi Mahathir kini sedang mengatur stategi untuk memalukan Najib dan diganti dengan Muhyiddin Mohd Yassin

Wednesday, February 19, 2014

Kikiki...Undi ANWAR ..Bermakna Anda Undi Amerika..Betui ka


Patut pun Permatang Pauh sudah jadi Amerika sekarang... sebab pengundinya undi Anwar sejak dulu... kahkahkahkah..



Amerika mung madey!!

Tuesday, February 18, 2014

Perghh !!! Mahadir Takut Anwar Jadi .MB Selangor


FEBRUARY 18, 2014
Anwar Ibrahim bercakap ketika ceramah perdana di Sungai Kantan di Kajang, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2014. Anwar Ibrahim bercakap ketika ceramah perdana di Sungai Kantan di Kajang, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2014.Perang panjang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan apabila ketua pembangkang mengatakan bekas ketuanya itu takut beliau menjadi menteri besar Selangor.

Menurut Anwar, Dr Mahathir bimbang jika beliau dilantik mengetuai Selangor, negeri terkaya Malaysia selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac.

"Daripada dulu hingga kini memang semua salah Anwar, Ops Lalang pun dikatakan salah saya, padahal ketika itu yang menjadi perdana menteri Dr Mahathir, bukan saya,” kata ketua umum PKR itu ketika berceramah di Taman Impian Murni, Kajang.

"Dan tiba-tiba katakan pula dikatakan saya pro-Amerika Syarikat. Kemudian cuba melagakan PAS dengan PKR, ini semua membuktikan betapa takutnya beliau sekiranya saya menjadi menteri besar Selangor.”

Beliau mengulas amaran Dr Mahathir semalam yang mengatakan jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan Umno sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998.
Selepas itu, pertarungan politik beliau yang pernah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan bersama Dr Mahathir tidak pernah berhenti.

Dalam ceramah yang dihadiri hampir 300 yang rata-ratanya merupakan penduduk Kajang, Anwar berkata, Dr Mahathir dapat menjangkakan kemaraan Pakatan Rakyat (PR) menuju Putrajaya dengan kehadirannya bersama kerajaan negeri Selangor.

Hal itu sendiri turut diakui Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang turut berucap terdahulu sebelum Anwar.

Beliau berkata Mahathir cuba menjadi batu api untuk mengeruhkan hubungan sesama parti komponen PR.

Beliau berkata, amat menghairankan apabila Dr Mahathir tiba-tiba mengambil berat tentang kedudukan PAS di Selangor, walaupun semasa memerintah, parti Islam itu sentiasa menjadi mangsanya.

"Ini taktik kotor Dr Mahathir, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang suka melagakan PKR, PAS dan DAP, sejak bila pula kamu begitu prihatin dengan PAS," katanya.

Khalid berkata, PAS tidak akan terpedaya dengan taktik Dr Mahathir dan Umno itu.

"Kamu (Dr Mahathir) ingat kami seperti kamu yang suka memainkan politik kotor, kita tidak akan terpedaya lagi, PAS berpegang teguh dengan pendirian akan menjadi kawan paling setia dan jujur menyokong Anwar di pentas Selangor ini," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh.

Khalid Samad (dari kiri) dan Anwar Ibrahim di Sungai Kantan di Kajang, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2014. Khalid Samad (dari kiri) dan Anwar Ibrahim di Sungai Kantan di Kajang, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2014.Beliau juga berkata, selama ini Umno sentiasa mengkritik PAS kerana sedia bekerjasama dengan PKR dan DAP kebanyakan pemimpin bukan Melayu, tetapi tidak pada parti Islam itu yang disifatkan sesama Islam.

"Ia bukan tentang siapa namun lebih kepada apa yang dilakukan, kalau kita bekerjasama sesama Islam, namun pihak sebelah sana merompak?

"Namun sekiranya kita bekerjasama dengan bukan Islam dengan wawasan yang sama, iaitu mengutamakan kepentingan dan meringankan beban rakyat, harta diberi sama rata, maka kita tetap perolehi syariat dan pahala," katanya.

Kempen "Serampang Kajang" PR bagi PRK Kajang bermula selepas peletakan jawatan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh.

Biarpun kehadiran penduduk tempatan pada malam tadi dilihat kurang memberangsangkan, namun Anwar tetap mempunyai penyokong yang setia.

Seorang budak lelaki berjabat tangan dengan Anwar Ibrahim sebelum ucapan beliau di Sungai Kantan di Kajang, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2014. Seorang budak lelaki berjabat tangan dengan Anwar Ibrahim sebelum ucapan beliau di Sungai Kantan di Kajang, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2014.Orang ramai yang hadir dapat menyaksikan sikap merendah diri ketua pembangkang itu di mana beliau tidak kisah untuk duduk di kaki lima bersama hadirin sementara menunggu gilirannya untuk berucap.

"Nama saya Anwar Ibrahim, saya bintang utama TV3 dan RTM," katanya ketika memulakan ucapan, sekaligus mengundang gelak tawa orang ramai.

Selain Anwar dan Khalid Samad, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR bagi PRK Kajang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Speaker DUN Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani dan Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw turut berucap malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan sebelum ini, hari mengundi kepada PRK Kajang adalah pada 23 Mac sementara hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. – 18 Februari, 2014.

Saturday, February 15, 2014

Perghhh ..MCA Nampak Macam Gentar Je..D Kajang..Di Tibai Oleh..Ong Tee Kiat


PRK KAJANG .. KINI GILIRAN SEORANG LAGI MANTAN PRESIDEN MCA ONG TEE KEAT BELASAH LUMAT GELAGAT MCA YANG ACUH TIDAK ACUH.


MCA beritahu dunia akan bertanding di PRK Kajang lawan DSAI mewakili komponen yang diketuai IMNO iaitu Barisan Nasional ... tapi siap siaga dan gerak kerja masih sifar dan tidak nampak apa-apa .. sampaikan mantan Presiden MCA sendiri kutuk kaw-kaw kepimpinan MCA kini yang dilihat lebih ghairah untuk masuk semula kedalam jemaah menteri kabinet Najib dari bertembung PRK Kajang untuk uji penerimaan rakyat kepada kepimpinan baru MCA yang diterjaui Liow Tiong Lai.

"Gerakan kempen paling lambat dalam sejarah, sehingga saat ini, bahang kempen MCA belum dirasai", demikian menurut bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
 

Friday, February 7, 2014

Pergh :: BN Dah Mula Keluarkan Papan Tanda Kempen Yang Sempoi


Kisah Parti "Bangsa Melayu" Tipu Bangsa Sendiri Di Bumi Malaysia !!..Kalu di lihat Banner dan papan tanda ini memang sukarlah  PKR nak menang di kajang ..KIkiki.. Hanya orang yang Tak cerk sahaja akan menyokong BN..Mana tak cerdiknya dulu bagi RM 500 janji lepas Pru 13 1200 ..akhirnya RM 650..je..kikiki amik kau

Tuesday, February 4, 2014

Perghhh !!!.Kantoi DSAI Kali ni..Pelancaran Jentera Keadilan di PRK DUN Kajang..Lebih Kerusi Dari Orang


EDISI GEMPAR!!!! .. PELANCARAN JENTERA KEADILAN PILIHANRAYA DUN N25 KAJANG TIADA MENDAPAT SAMBUTAN, KENA BOIKOT .. DEWAN KOSONG LENGANG?????


Kerusi Ini Kosong Semasa Program belum bermula

Saturday, February 1, 2014

Friday, January 31, 2014

Gempar Belum Penamaan Calun PRK Kajang : UMNO dan MCA Dan Mula Berebut Nak Letak Calun..Mampuih Depa Ni..

PRK DUN N25 KAJANG .... BELUM PENAMAAN CALON UMNO DAN MCA SUDAH GADUH BESAR BEREBUT SIAPA YANG LAYAK JADI CALON BN!!!!

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda MCA Malaysia bertegang urat bertengkar siapa yang layak wakili BN di PRK DUN N25 Kajang .

Kali ini giliran orang tua UMNO dan MCA pula bergumpal nak berebut siapa yang lebih layak wakili BN menentang DSAI .

Presiden MCA kata MCA akan letakkan calon atas alasan itu kerusi yang diperuntukkan kepada MCA atas semangat BN ...., Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat pula kata suara akar umbi konon maukan UMNO menjadi calon sebab katanya MCA tiada sokongan langsung .. Dengan lain perkataan MCA ini parti tin kosong .. bunyi bising nyaring tapi debu sedikit pun tak lekat.

Kaum Tionghua tidak sokong MCA.. Apa UMNO ingat kalau letak calon UMNO maka berduyun-duyun habis semua pengundi Tionghua sokong UMNO? Tk Omakkau

Thursday, January 30, 2014

Betul ka Anwar Gila Jawatan..Kalau Gila Lama dah Dia Jadi PM .Baca sini

KALAU ANWAR GILA JAWATAN DIA DAH JADI PM


Azmin membuat kenyataan yang meyakinkan perihal Anwar Ibrahim bertanding di Kajang. Betul juga kata dia. Jika Anwar gila kuasa, dia dah lama jadi PM dengan menjadi Pak Turut kepada Mahathir semasa menjawat jawatan TPM dahulu.
Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Selangor Azmin Ali menegaskan keputusan meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Dun Kajang bukanlah satu perjudian seperti mana dituduh pelbagai pihak. 
Beliau berkata, keputusan yang dibuat parti itu bukan mudah tetapi ia perlu komitmen oleh PKR dan Pakatan Rakyat bahawa PRK Kajang nanti akan menjadi bukti lonjakan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. 
"Dalam PRU lalu kita mendapat undi popular 52 peratus, insyallah di PRK Kajang nanti ia akan terus melonjakkan sokongan rakyat kepada kita seterusnya pada PRU14," katanya ketika berucap dalam Taklimat Pilihan Raya N25 Kajang di Sungai Sekamat. 
Beliau turut menafikan bahawa Anwar kemaruk untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebaliknya menyifatkan pengorbanan Anwar yang dilihat sebagai pimpinan peringkat negara namun sanggup turun ke peringkat bawah. 
"Anwar pemimpin politik bertaraf dunia dia bukan milik Malaysia, Kajang, Selangor sahaja tetapi negara di Timur Tengah perlukan beliau. 
"Bukan soal jawatan! Kalau hendak jadi PM tahun 2008 lagi dah jadi. Kalau ikut telunjuk Dr Mahathir dah lama dah ," katanya di hadapan kira-kira lebih 150 petugas jentera pilihan raya.
Bagaimanapun Azmin turut memaklumkan beliau akan mengadakan perbincangam bersama Pesuruhjaya PAS selangor Iskandar Samad dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sebagai persiapan untuk PRK manti. 
"Saya sudah hubungi mereka berdua pagi ini dan lepas ini kami akan adakan perbincangan serius untuk lihat bentuk kerjasama dan permuafakatan Pakatan Rakyat yang dapat diterjemahkan dalam bentuk tenaga kerja di Kajang nanti,"katanya.- hd

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung