Ada tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang
Agensi Berita Nasional (Bernama) telah mengutip pendapat beberapa orang penganalisa politik dan juga seorang pemimpin Umno yang berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini sebaliknya molek diserahkan kepada PKR.
Anwar akan menang mudah? |
Alasan diberikan ketika itu, pilihan raya kecil tersebut bukan kehendak perlembagaan kerana ianya diadakan kerana sengaja dikosongkan. Adun Penanti ketika itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Dr Mansor Othman bagi dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ketika Najib mengambil keputusan itu, orang menyifatkan tindakan Najib bijak dan kena pada tepatnya kerana boleh mengelakkan berlaku pembaziran wang dan ketegangan politik. Bagaimana pun Dr Mansor yang bertanding di situ terpaksa juga berdepan dengan beberapa orang calon bebas yang bengong ataupun yang tidak profesional dalam politik.
Atas semangat dan suasana seperti di Penanti itulah, maka pilihan raya kecil Dun Kajang juga tidak relevan dan penting bagi BN meletakkan calon. Bijak bagi Najib kalau beliau mengambil keputusan sama di Penanti dulu dan tidak mempedulikan desakan Mahathir agar BN meletakkan calon. Najib kena membaca matemetik politik Mahathir kenapa beliau beriya mahukan BN meletakkan calon di Kajang.
Mahathir sudah tahu bukan mudah untuk BN merampas balik kerusi berkenaan. Kekalahan calon BN kelak akan digunakan Mahathir sebagai modal untuk dia memperlekehkan Najib sebagai tidak cerdik dan sangat lemah dalam politik. Tidak menjadi rahsia lagi Mahathir kini sedang mengatur stategi untuk memalukan Najib dan diganti dengan Muhyiddin Mohd Yassin
No comments:
Post a Comment