Nuffnang

Wednesday, February 20, 2019

Fuh Tedia !!!! Untungnya jadi Neelofa!

Untungnya jadi Neelofa!


Gambar yang dikongsikan Neelofa di laman sosial Instagram.

PENGACARA dan pelakon, Neelofa menjadi antara individu terawal, bahkan artis Malaysia pertama yang diberi penghormatan untuk menginap di sebuah resort mewah yang terletak di tengah padang pasir, Jumeirah Al Wathba Desert Resort & Spa, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Noor Neelofa Mohd Noor, 30 yang juga pengacara program MeleTOP itu juga dijemput untuk menghadiri majlis perasmian resort berkenaan yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Perkara itu dikongsikan di Instagram (IG) miliknya.
ementara itu, menerusi sebuah portal hiburan, Neelofa berkata, tujuan ke sana bagi menjalani sesi penggambaran.
“Tujuan saya ke sana adalah untuk menjalani sesi penggambaran. Tidak sangka pula diberi layanan untuk tinggal di resort semewah ini.
“Lebih istimewa, saya diberi kesempatan untuk menghadiri majlis perasmian resort sekitar tiga hari lalu,” katanya.
Terdahulu, Neelofa menjadi individu ketiga diberi kesempatan untuk menginap di resort The Muraka yang terletak di Kepulauan Maldives.
Penginapan tersebut mendapat perhatian ramai memandangkan resort mewah yang dibina di dalam laut itu dianggarkan berharga RM200,000 untuk satu malam.
Rata-rata pengikut cemburu dengan perkongian itu dan menyifatkan selebriti itu sangat bertuah dijemput menginap hotel mewah di padang pasir pula.
Namun terdapat juga komen-komen nakal peminat agar artis kesayangan ramai itu bertemu jodoh dengan usahawan dari Dubai itu.
"Hotel yang sangat mewah... Bertuah Neelofa dijemput dan dapat bertemu dengan pemilik hotel," tulis therealnisaharan."Satu-satu artis jutawan yang merendah diri," tulis amirismail22

"Semoga berjodohan," tulis _gee.najihah."MasyaALLAH Neelofa cantiknya, sukses selalu semoga bertemu jodoh kat Dubai, Amin," tulis nur_al_ummi.
"Amboi adalah itu panggil Lofa. Minatlah itu... Moga jodoh Lofa dengan UAE ... Arab Dubai sesuailah," tulis shahilamaharani.
"Sangat bagus Kakak Lofa... Nikahlah dengan dia kakak," tulis danishahmad02 pula

Perghh Tedia !!! Ibu berterima kasih kepada penjenayah, guna kemahiran pecah kereta selamatkan bayi terkunci dalam SUV


APA akan terjadi jika tahanan menggunakan kemahiran jenayahnya untuk perbuatan baik?
Inilah yang terjadi kepada sekumpulan banduan di New Port, Richey, Florida, Amerika Syarikat.
NBC News pada Ahad melaporkan, seorang banduan bersama rakan yang lain telah membantu polis untuk menyelamatkan bayi berusia satu tahun yang secara tidak sengaja terkunci di dalam kereta.
Ibu bayi tersebut, Shadow Lantry, sempat merakam seluruh situasi cemas ketika usaha menyelamatkan anaknya yang mana video itu kemudian menjadi tular.
Insiden bermula apabila bapa bayi itu meletakkannya di tempat duduk belakang kenderaan SUV tersebut, lalu melempar kunci ke tempah duduk depan.

Dia kemudian terus menutup pintu belakang dan menyedari kereta tersebut telah terkunci.
Anggota polis menerima laporan tentang seorang bayi yang terkunci.
Para banduan yang kebetulan sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan berdekatan bergegas membantu, menurut KABC.
Lantry dalam video Facebooknya berkata keseluruhan operasi mengambil masa selama lima minit dan bayi itu tidak cedera.
"Terima kasih Tuhan adanya penjenayah di dunia, saya menghormati semua mereka," kata Lantry dalam video itu.
Ketua Polis Pasco Chris Nocco memberitahu WFTS ia adalah satu keadaan yang unik apabila seorang banduan menggunakan kemahirannya untuk memecah kereta untuk alasan yang tepat.
"Hanya peratusan sangat kecil dari penjenayah di luar sana yang ingin menyerang kita dan mahu menyerang kita, tetapi ramai daripada mereka, seperti orang-orang ini, mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan, pilihan yang buruk, tetapi mereka masih mahu melakukan perkara baik dalam kehidupan," kata Nocco. -FOX8

Tuesday, February 19, 2019

Tahniah !!! Polis tangkap lelaki didakwa buat hantaran FB hina Nabi Muhammad

Polis tangkap lelaki didakwa buat hantaran FB hina Nabi Muhammad


Menurutnya, lelaki berusia 68 tahun itu dicekup pasukan polis di rumahnya di Mentakab, Pahang, pagi ini.
"Ya, polis telah menangkap seorang lelaki pagi ini di Mentakab.
"Dia ditahan bagi membantu siasatan susulah laporan polis di buat di Batu Pahat, Johor.
"Lelaki itu akan diserahkan kepada polis Batu Pahat untuk siasatan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.
Media sosial kecoh dengan kejadian itu sejak beberapa hari lalu selepas suatu hantaran Facebook yang ditanggapi sebagai menghina penganut Islam menjadi tular dengan tangkap layar hantaran itu dikongsi banyak kali.
Beberapa individu dan organisasi telah membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap hantaran berkenaan.

Perghh !!!! Mayat dalam peti sejuk, rungkai misteri kehilangan wanita

Mayat dalam peti sejuk, rungkai misteri kehilangan wanita

Penemuan mayat wanita dalam peti sejuk. - Tribun News

CROTIA. Seorang wanita di Croatia ditangkap polis kerana didakwa membunuh kakaknya 19 tahun lalu.
Wanita itu ditahan selepas polis menemui mayat kakaknya di rumahnya pada hari Sabtu lalu.
Anehnya, mayat kakaknya, Jasmina Dominic ditemui di dalam sebuah peti sejuk.
Jasmina pada hari kejadian sedang melanjutkan pelajaran di Zagreb sebelum dikesan hilang pada tahun 2000.
Polis menahan adik perempuan Jasmina di sebuah kampung terpencil di North Mala Subotica.
"Kami mengesyaki bahawa mayat di peti sejuk dilahirkan pada tahun 1977 dan dilaporkan hilang pada 16 Ogos 2005," kata jurucakap polis tempatan, Nenad Risak.
Walaupun Jasmina telah hilang sejak tahun 2000, keluarganya hanya membuat laporan polis lima tahun kemudian. - Tribun News

Monday, February 18, 2019

Tidak puas hati Ops Sepadu, pintu pagar sempadan Bukit Kayu Hitam ditutup

Tidak puas hati Ops Sepadu, pintu pagar sempadan Bukit Kayu Hitam ditutup

Keadaan di Bukit Kayu Hitam kecoh seketika akibat tindakan orang tengah atau runner yang menutup pintu pagar sempadan. Gambar media sosial
ALOR SETAR - Keadaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam kecoh seketika akibat tindakan orang tengah atau runner yang menutup pintu pagar sempadan.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, runner berkenaan mahu menutup pintu pagar sempadan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan Ops Bersepadu yang dijalankan pihak berkuasa tempatan tetapi secara tidak sengaja tersilap menutup pintu pagar sempadan Malaysia.
"Kejadian berlaku pada pukul 10 pagi dan kekecohan lebih kurang 15 minit bagaimanapun terkawal kerana pihak kami bertindak segera selepas menerima laporan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Zuhair berkata, pihaknya percaya tindakan itu dilakukan oleh kira-kira dua suspek (runner), namun ketika pihak berkuasa menerima laporan berhubung kejadian tersebut, mereka dipercayai sudah melarikan diri.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan suspek-suspek itu untuk tindakan susulan. - Bernama

Sunday, February 17, 2019

Doktor gigi dinobatkan johan qariah Tilawah al-Quran Melaka


Pemenang kategori Qari, Mohd Khairil dan pemenang bagi kategori Qariah,Dr Siti Syahirah menunjukkan cenderamata yang diterima pada majlis penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim. - Foto Bernama

DOKTOR gigi, Dr Siti Syahirah Isa, 28, muncul sebagai juara kategori qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Melaka 2019 malam Sabtu.
Sementara itu, Mohd Khairi Maidin, 20 pula menjuarai kategori qari.
Kedua-dua mereka dipilih sebagai pemenang dengan pungutan markah keseluruhan tertinggi bagi qariah iaitu 79 peratus dan qari 83 peratus.


Mereka membawa pulang wang tunai masing-masing RM8,000, sijil dan hadiah iringan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang kategori qari dan qariah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dan hadiah bagi kategori menghafaz disampaikan oleh Ketua Menteri Adly Zahari pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Negeri Melaka di Masjid Al-Azim malam Sabtu.
Tempat kedua dan ketiga bagi kategori qari dimenangi oleh Husni Ali Hasan dan Mohd Fairuz Husin setelah masing-masing mengumpul 82 peratus dan 76 peratus.
Bagi kategori qariah pula tempat kedua menjadi milik Jamilah Tahir (70 peratus) dan tempat ketiga, Asinah Abd Rahman (65 peratus).
Dr Siti Syahirah berkata minat mendalam membaca al-Quran mendorong beliau untuk terus memperbaiki mutu bacaan walaupun berlainan bidang.
"Budaya membaca al-Quran yang saya amalkan sejak dari sekolah rendah menyebabkan saya sentiasa mempelajari dan berlatih apabila ada masa lapang terutama ketika cuti hujung minggu," katanya.
Sementara itu, juara bagi kategori qari, Mohd Khairi berkata beliau menghabiskan masa 30 minit sehari membuat latihan suara dan lagu setiap kali selesai menunaikan solat maghrib dan isyak.
"Saya mula minat bertaranum ketika darjah dua dan dengan dorongan keluarga saya terus memperbaiki mutu bacaan dari semasa ke semasa," kata pelajar tahun dua jurusan al-Quran dan Komunikasi sebuah Institut Pengajian Tinggi di Selangor. - Bernama

Saturday, February 16, 2019

Terima kasih kepada Kemboja bebaskan 47 rakyat

 Malaysia

Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang tadi selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak k
Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang tadi selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberikan kerjasama baik dalam pembebasan kesemua 47 warga Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey.
"Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara wilayah Banteay Meanchey telah dibebaskan.
Terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberi kerjasama yang baik kepada pihak kerajaan Malaysia. Alhamdulillah," katanya menerusi catatan di Twitter beliau malam ini.
Kesemua warga Malaysia dibebaskan lewat petang tadi selepas beberapa rundingan dibuat dengan pihak kerajaan Kemboja dan Malaysia.
Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican yang mengesahkan perkara itu  berkata, keputusan meluluskan pembebasan itu dibuat oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen setelah mendapati semua tahanan itu telah ditipu oleh sindiket ejen pekerjaan.
Wisma Putra pada Khamis lepas, mengesahkan laporan penahanan 47 rakyat Malaysia itu sejak 11 Disember tahun lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram. - Bernama

Friday, February 15, 2019

Perghh !!! Dicabul lelaki bertopeng... Kaum wanita, pakailah seluar dan baju dalam ketika tidur


Kaum wanita perlu menjaga keselmatan diri terutamanya apabila seorang diri. Gambar hiasan
TEMPIAS akibat rakan baik didakwa dicabul ketika sedang tidur, seorang gadis meminta semua golongan wanita agar berhati-hati dan sentiasa memakai pakaian dalam sewaktu tidur.
Menurut Ummu Hazimah Zainiyer, 20, walaupun insiden itu berlaku pada orang lain namun ia memberi kesan mendalam pada dirinya biarpun ketika kejadian dia berada jauh daripada sahabat karibnya itu.
"Saya tinggal di Perak manakala kawan baik saya ini berada di negeri lain. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 6.45 pagi, Selasa lalu.

Perkongsian Ummu mengenai insiden cabul mendapat lebih 3 ribu ulang kicau.
"Ketika itu dia sedang tidur dengan adiknya berusia tujuh bulan, manakala ayah dan ibunya keluar berniaga.
"Menurut kawan saya itu, seorang lelaki masuk ke biliknya dan memegang kemaluan dan buah dadanya. Kawan saya menggigit tangan lelaki itu dan melawannya.
"Selepas beberapa minit, lelaki itu lari ikut pintu belakang. Selepas itu kawan saya keluar dan meminta bantuan dengan beberapa orang di surau. Mereka cuba kejar, namun lelaki itu hilang," cerita gadis berusia 20 tahun itu kepada mStar Online.
Menurut Ummu, kawannya itu kini berada dalam trauma.
"Dia hanya ceritakan kepada saya dan seorang lagi kawan baik kami. Walaupun tinggal berjauhan, kami berhubung melalui panggilan video.
"Dia juga tunjuk kesan-kesan lebam di badan dan bibirnya juga bengkak.
"Masih tergiang-giang lagi apabila kawan saya ini bercerita mengenai kejadian itu. Katanya lelaki itu memakai topeng dan ketika bergelut, dia cuba buka topeng, namun tak boleh.


Henti melakukan gangguan seksual. Gambar hiasan.
"Lebih menakutkan, lelaki itu langsung tidak berbunyi suara ketika kawan saya gigit tangannya. Menakutkan.
"Mereka sekeluarga sudah membuat laporan polis dan pihak berkuasa sentiasa memantau kawasan rumahnya.
"Saya yakin lelaki itu berniat untuk mencabul atau melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan saya ini memandangkan semua barang berharga tidak diusik," tambah Ummu.
Dalam pada itu, Ummu turut menasihati semua wanita bujang agar mengunci pintu tidur dan memakai pakaian yang tidak berlebihan.
"Memang ada orang cakap kalau tidur pakai baju dalam tidak berapa bagus untuk kesihatan, tetapi pada masa sekarang ia perlu.
"Sekurang-kurangnya kalau kejadian seperti ini berlaku, penjahat itu agak mengambail masa untuk menanggal pakaian dalam.
"Lagipun sekarang ini kita tidak boleh percaya sesiapa. Jadi semua perlu berhati-hati.
"Saya berharap kawan saya ini akan sembuh daripada traumanya itu," katanya.

Thursday, February 14, 2019

Alhamdulillah Setiap Jualan di Penang Route 6 Shop Akan Di Infaqkan Ke Sekolah Agama













Assalamualaikum semua.. saya selaku Admin Penang Route 6 Shop sedang buat jualan amal di Penang Route 6, setiap pembelian anda sebahagian keuntungan akan di masukkan kedalam tabung serkolah Rendah Islam Sriti. Tahfiz.. Semoga Semoga anda dari sebahagian darinya yang  membeli dan menyumbang Ketabung Tersebut..Semoga Allah sahaja memberi balasan yang sebaik baiknya . amin.

Jualan T Shirt RM 35 Tgn Pendek Panjang RM 40 Cotton RM 45 Sablimation dapat stiker Free
Key Chain
Stiker
Belian pos juga boleh di lakukan
PM SAya 019 5776858

Perggg !!! Video asyik memadu kasih jadi tular

Video asyik memadu kasih jadi tular

Rakaman video itu kini menjadi tular di media sosial.

BOJONEGORO - INDONESIA. Video pasangan kekasih sedang asyik memadu kasih menjadi tular di media sosial.
Rakaman video berdurasi kira-kira 2 minit dan 54 saat itu diambil Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) di taman Alun-alun Bojonegoro.
Gelagat pasangan yang duduk berdua-duaan itu diambil pada akhir minggu lalu.
Mereka sesekali saling berpelukan dan berpegangan tangan dengan kaki wanita itu diletakkan di atas peha lelaki tersebut.
Petugas Ketertiban Umum dan Ketenteraman Awam, Achmad Gunawan turut mengesahkan video itu.
Jelasnya, anggota mereka akan segera bertindak jika ada pasangan kekasih yang melakukan perbuatan tidak senonoh memandangkan unit terbabit turut melakukan rondaan di alun alun.
Gunawan juga tidak tahu siapa yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video tersebut.
"Ia sudah menjadi tular di media sosial kerana anggota mereka sangat disiplin dan sentiasa berhati-hati untuk menjaga kandungan yang dirakam CCTV. Mereka tidak pernah menyebarkannya kerana ia berkaitan privasi orang ramai," tambahnya lagi. - DetikNews

Wednesday, February 13, 2019

Perghh !!! Tikus 'didenda' gara-gara gigit wayar pengecas telefon

Tikus 'didenda' gara-gara gigit wayar pengecas telefon

Tikus kecil itu diikat ke botol lalu dipukul dengan kayu kecil di bahagian kepala, hidung dan perut. -\
 Foto NewsCrunch India

MANDYA - INDIA. Seorang lelaki yang berang apabila wayar pengecas telefon miliknya digigit seekor tikus bertindak mengikat haiwan tersebut dan menderanya.
Haiwan berkenaan diikat ke botol lalu dipukul dengan kayu kecil di bahagian kepala, hidung dan perut.
Dalam rakaman video yang muncul awal bulan ini, lelaki berasal dari wilayah Mandya itu turut memaki hamun haiwan kecil tersebut sambil berterusan memukulnya sehingga ia terkencing.
"Kenapa kamu menggigit wayar ini dan menyebabkan saya rugi," marah lelaki itu sambil menuduh tikus kecil itu turut memakan nasi, tomato dan sabun di rumahnya.
Aktivis haiwan di India kini menggesa pihak berkuasa menjejak lelaki berkenaan dan menangkapnya kerana bertindak kejam terhadap haiwan. - Dailymail

Tuesday, February 12, 2019

Tediaa !!! Puas berusaha… Suami minta kucing berdoa, akhirnya isteri hamil anak pertama

Heera dan Shidee dikurniakan zuriat selepas memelihara seekor kucing.

TIDAK dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.
Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.
Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.
"Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.


Heera dan suaminya Shidee memelihara seekor kucing berwarna hitam diberi nama Le Que.
"Akibat terlalu sunyi, saya dan suami bersepakat untuk bela kucing dan kami beli daripada salah seorang rakan kami.
"Alhamdulillah, sebulan selepas itu saya disahkan mengandung, ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.
"Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.
"Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.

Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.

NURUL THAHIRA ABD. WAHAB

"Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti," katanya yang tinggal di Gelugor, Pulau Pinang.
Bercerita lanjut, Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.
"Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing.
"Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.
"Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing," ujarnya yang tidak menyangka perkongsian itu akan menjadi viral.


Heera memberitahu suaminya, Shidee seorang yang penyayang dan pencinta haiwan.
Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.
"Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata," katanya.
Selain itu Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.
"Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.
"Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul.
"Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri, ujarnya.

Heera memberitahu dia tidak percaya dan terpaksa melakukan sehingga lima kali ujian kehamilan.
Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.
"Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.
"Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?
"Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka.
"Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah, ujarnya.
Pada 7 Februari lalu mStar Online ada menyiarkan kisah pemuda berusia 22 tahun iaitu Mihd. Fikri Iman Ridwan yang dua bulan menganggur mendapat tawaran kerja sehari selepas dia memberi makanan kepada beberapa ekor kucing.
Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung