Nuffnang

Wednesday, February 27, 2019

Perghh.. NI dia KJ Yang Dulu, bukanlahYang Sekarang

K J yang dulu, bukanlah yang sekarang'




NORHAFIZA MUSA
SEJAK akhir-akhir ini, penampilan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ menjadi perhatian di media sosial selepas menyimpan jambang.
Kelibat KJ yang mesra disapa abah ketika turun berkempen di PRK Semenyih tidak semena-mena menjadi tular.
Dengan jambang yang beruban dan rambut yang sedikit panjang, artikel yang dimuat naik Sinar Harian terus menjadi 'bahan' netizen.
Namun ia bukanlah kerana apa yang diperkatakan KJ, sebaliknya, imej terbaharunya itu yang menarik perhatian warganet.
"Abah yang dulu bukanlah yang sekarang. Dulu tall, dark and handsome tapi sekarang ni...., " tulis Mohd Zulfahmi.
"Apa dah jadi ni. Dia simpan nazar kot....," tulis Nur Daa Yang pula.
Azmin Jaafar pula berseloroh, "misai tu bela bagi panjang lagi KJ, alang-alang dah letik. Biar bergulung terus," tulisnya.
Selain menyamakan imejnya dengan beberapa pelakon terkenal seperti Rajinikanth dan Amitabh Bachchan, ada juga yang berkata, Ahli Parlimen Rembau itu ada iras pelakon tempatan, Remy Ishak.






Rajinikanth.


Sedar akan penampilan dirinya mula diperkatakan oleh netizen, KJ kemudian meninggalkan kapsyen yang turut mencuri perhatian di Instagram (IG) miliknya.
"Brick in Putrajaya without sunblock? Now I’m just tall, black and Rajinikanth," tulisnya.
Perkongsian itu menarik perhatian rata-rata pengikutnya malah ada yang meluahkan tidak peduli dengan imej tersebut sebaliknya merindui individu yang mesra disapa abah itu.
"Sudah macam hero tamil bossku. Ha ha tapi tak apa... Rajinikanth ramai peminat," komen citrazura.
"Saya rindu abah saya yang tinggi gelap dan kacak. Impian saya adalah untuk bekerjasama dengan anda," tulis natmy__ pula.
"Hahahaha... Boss tetap kacak di mata kakak," tulis homestay_cameron.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung