Nuffnang

Sunday, August 31, 2014

EKSLUSIF!! 5 Gambar Wajah Terbaru Bekas Isteri Sudirman Akhirnya Didedahkan




Setelah sekian lama, akhirnya seorang peminat berjaya menyelongkar siapakah gerangan wajah di sebalik bekas isteri Seniman Sudirman Hj Arshad pada masa kini. Jom ikuti pendedahan beliau!



Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.

Naga Putih DiTembak Mati. Di Gerik,Perak..


ada dok org gerik perak yg boleh sahkan cerita ini?
Malaysiakini- Naga putih ditembak mati.
Gerik, Perak.
Seekor naga telah ditembak mati di sebuah rumah berhampiran dusun durian apabila pemilik dusun menyedari sejak kebelakangan ini selalu kehilangan beberapa ekor arnab yang diternak di dalam kawasan dusun tersebut. Pemilik dusun Boon Chin Yo sedang tidur di bilik tingkat 2 rumah tersebut terjaga apabila terdengar bunyi jeritan arnab dan bunyi ganjil seakan bunyi harimau. Pemilik dusun terus intai daripada tangga dapati seekor haiwan ganjil yang mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan. Oleh kerana cemas, beliau terus mengambil senapang auto dan melepaskan 8 das tembakan menyebabkan haiwan ganjil tersebut tersungkur ke lantai. Setelah mempastikan haiwan tersebut benar-benar telah mati beliau amat memperanjatkan apabila mendapati ia adalah seekor naga putih berbulu seakan-akan bulu arnab. Beliau yang ditemui pemberita berkata, "betapa saya tidak menyangka haiwan itu seekor naga putih. Amat mengejutkan saya" kerana menurut kepercayaan cina apabila seekor naga memasuki rumah akan membawa 'ong' dan tanduknya boleh mencecah harga jutaan ringgit. Walaubagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk menjual mana-mana bahagian anggota badan haiwan ajaib tersebut kepada mana-mana pihak dan akan mengawet bangkai haiwan tersebut untuk tatapan umum.

Saturday, August 30, 2014

(8 GAMBAR) Taktik Keji Dan Jijik Sesetengah Peniaga Goreng Pisang Akhir Terbongkar !!




Sungguh memeranjatkan apabila mengetahui taktik mencampurkan plastik dalam minyak masakan yang popular di Indonesia ini sudah mula menular di Malaysia.



Sebelum ini, kita dikejutkan dengan pengakuan seorang peniaga ayam goreng rangup dari Indonesia yang telah membuat pengakuan mencampurkan plastik atau paket minyak itu sendiri ke dalam minyak masakannya untuk menghasilkan ayam goreng rangup dan tahan lebih lama.



Namun, ketidakjujuran ini akan mengakibatkan pelanggan mengalami masalah kesihatan terutama kepada organ dalaman.



Berikut merupakan perkongsian oleh pengguna laman sosial.



Beli pisang goreng d gerai kueh donggongon. Tlampau rangup menimbulkan keraguan. Then, memang yg djangka pisang goreng dgoreng dengan minyak + straw. Sangat kurang ajar n x sivik punya penjual.





Cara mengetahui samada ayam goreng atau goreng pisang dicampur plastik:


1. Bawa bahan kajian anda balik ke rumah (ayam atau pisang dan sebagainya).2. Ambil mancis dan bakar ayam atau pisang tersebut.3. Sekiranya terhasil nyalaan, besar kemungkinan ayam atau pisang terbabit dicampur plastik.4. Segera laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut.

Allahhu Akhbar : Pipi Tercucuk Besi sampai Ke Kepala..mati kah dia ?


Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya.
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya.
Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.
Foto
KEADAAN Ho sebelum pasukan perubatan tiba.

Ho dikejarkan ke hospital berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan.

Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang masih berada dalam kepalanya.

Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi dalam bahaya.

Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan batang besi padu itu menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi kirinya.

Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati.

Dalam kejadian lain di selatan China, seorang wanita putus kepala selepas kereta yang dipandu anaknya merempuh pembahagi jalan raya.- Agensi

NAH HOOI : PROSES MEMBUAT PUTU MAYAM YANG MENJIJIKKAN.

3 FOTO ... EDISI KEMBANG TEKAK ... PROSES MEMBUAT PUTU MAYAM YANG MENJIJIKKAN.


Omak Kau dapat kiriman gambar menyatakan bahawa suatu PREMIS membuat putu mayam yang meloya dan amat menjijikkan sekali.

Tengoklah sendiri .. dengan lantai kotor dan pekerja tanpa pakai baju .. aduh!!! naik kembang tekak.

Friday, August 29, 2014

Setelah 3 Bulan Ditinggalkan, Anda Takkan Percaya Apa Yang Menghuni Katil Wanita Ini






Setelah 3 Bulan Ditinggalkan, Anda Takkan Percaya Apa Yang Menghuni Katil Wanita Ini


Rumah anda ada bilik kosong? Anda selalu masuk ke dalam bilik itu?

Apa kata, anda pergi ke bilik tersebut dan semak persekitarannya sekarang. Manalah tahu ada sesuatu yang ganjil di situ kan?

Ini kerana, anda pasti tak mahu melalui apa yang telah menimpa wanita di Winchester, England ini. Apa yang berlaku di dalam bilik kosongnya adalah sangat luar biasa bagi kami. Setelah hampir berbulan lamanya bilik itu dibiarkan tidak berusik, wanita itu telah dikejutkan dengan kehadiran penghuni di atas katilnya.

Sebuah sarang tebuan dengan kepanjangan 3 kaki telah mendiami katil di dalam bilik kosongnya. Sangat mengejutkan!
Hosted by imgur.com
Tebuan itu dipercayai masuk ke dalam bilik tersebut melalui sebuah tingkap yang tidak ditutup rapat. Anggaran kawanan tebuan itu adalah sebanyak 5,000 ekor. Banyaknya!
Menurut pekerja Perkhidmatan Kawalan Makhluk Perosak Longwood, John Birkett, membuang sarang tebuan itu merupakan pekerjaan paling aneh yang pernah dilaluinya sepanjang bekerja selama 45 tahun. Dia turut menambah bahawa kawanan tebuan itu telah melakukan pekerjaan yang baik. Tebuan-tebuan tersebut telah memakan bantal dan tilam di atas katil tersebut untuk membesarkan lagi sarang mereka.
“Saya berdiri di situ dan berasa kagum,” kata John Birkett.
Katanya lagi, ini merupakan kawanan tebuan yang paling banyak pernah dihadapinya sepanjang kerjayanya. Dia terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk menyelesaikan masalah itu. Namun, di akhirnya, John Birkett berjaya menyelamatkan selimut krusye milik wanita tersebut.
Hai, macam-macam. Semoga kita dapat jadikan pengajaran daripada kisah ini. Selepas ini, rajin-rajinkan diri menjenguk bilik kosong di rumah anda dan jangan lupa untuk tutup tingkap dengan rapat! ;)
Sumber: BBC

Rumah diserbu JAIS, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah

Rumah diserbu JAIS, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah
Difahamkan pasangan itu telah bernikah di Batam, Indonesia
Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. 

Thursday, August 28, 2014

Inilah Pendatang Asing : Kita Beri Madu Di Balas Tuba






PENDATANG ASING YANG KITA BERI KERJA DISINI - DAH BERANI NAK MERUSUH PULAK.
Dikatakan semua pekerja Mynmar

  • epatut disalahkan.... bila kaduk sudah naik junjung....

Penembak Kejam !! Berpesta Menembak Ikan Tuna..



Pesta menembak ikan dengan kejam ini dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan shotgun. Lokasi tidak diketahui dan kelihatan masing masing bergembira. 





Tangkap Ikan sudahlah..Ikan bukan lama nyawanya

Hish  Tembak pula

sudahlah Tembak, Tikam Pula


Tikam dan cucuk mata



Nah Hooi..Cucuk Mata pula

Allahuakhbar .Inilah Mahligai Rumah Presiden PAS




Biarlah gambar berbicara..Biar sederhana..


Wednesday, August 27, 2014

Setpol TG Hadi Awang Menafikan Laporan Malaysian Insider,, Untuk Menawarkan Azmin Sebagai MB Selangor

SETIAUSAHA POLITIK PRESIDEN PAS MENGELUARKAN KENYATAAN RASMI MENAFIKAN LAPORAN DARI THE MALAYSIAN INSIDER KONONNYA TGHA MENAWARKAN KEPADA AZMIN ALI MENYERTAI PAS UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN BERSAMA DI SELANGOR!!!!



KENYATAAN MEDIA RINGKAS

MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.


Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa.

Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014


DIPERTURUNKAN KESELURUHAN ARTIKEL DARI PORTAL MALAYSIAN INSIDER MENGENAI ISU INI.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.

Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.















Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.
Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.
“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.
PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.
PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.
Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.
Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.
Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.
Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.
"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”
Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.
"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.
“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”
Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.
"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.
13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.
Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.
Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.
Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – 26 Ogos, 2014
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mesyuarat-pas-tegang-pemimpin-tolak-pilihan-mb-selangor-hadi#sthash.wOTKV3nP.dpuf

Tuesday, August 26, 2014

SAH Khalid Ibrahim letak jawatan..Petikan Surat Dari Istana


Aaaddduuusss...dari Mb Bebas...sekarang dah jadi MB sementara.
No U-turn...no gostan...
Masih lagi mengelilingi roundabout.
Kredit foto:Amin Amin Ahmad.
Sultan Selangor hari ini memperkenan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menitahkannya kekal di jawatan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.


Nah..hooiiii.Gambar Cincin Ajaib yang tersekat di alat sulit..Seorang .Jejaka.









KOTA BHARU - Malang bagi seorang lelaki berusia 23, tahun apabila tindakannya memasukkan gelung besi penyambung paip pada alat sulitnya, menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan hampir 11 jam di  Kampung Dewan Beta, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki terbabit dikatakan  memasukkan gelung besi berkenaan ke bahagian kemaluannya selepas terjumpa besi berkenaan tidak jauh dari rumahnya .

Bagaimanapun, dia gagal mengeluarkan gelung yang terlekat pada alat sulitnya. Dia terpaksa meminta bantuan bapanya yang membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 3 pagi.

Namun, doktor tidak dapat melakukan rawatan kerana alat tersebut masih gagal dikeluarkan manakala alat sulitnya terus membengkak sehingga memaksa mereka memanggil  Bomba


Pagi tadi anggota bomba berjaya keluarkan cincin yang terlekat di kemaluan seorang pemuda setelah di kejarkan ke hospital. 



Menurut ketua balai bomba kota bharu, Zaini bidin berkata cincin itu merupakan bearing alat ganti kenderaan. Semalam, doktor dari hospital terbabit membuat panggilan untuk meminta bantuan daripada jabatan bomba untuk mengeluarkan cincin tersebut.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung