Nuffnang

Wednesday, November 29, 2017

Perghh!! Guru IT hantar Whatsapp palsu, kes pertama dihadapkan di mahkamah

Guru IT hantar Whatsapp palsu, kes pertama dihadapkan di mahkamah


Guru IT hantar Whatsapp palsu, kes pertama dihadapkan di mahkamah
Rafeah Buang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu. --fotoBERNAMA
TAWAU: Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.

Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp 'KARPET KEMAS 189-SEMPORNA' dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Dis 2014 kira-kira pukul 1 tengah hari di Hospital Semporna.
Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan  denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia  Mohd Sophian Zakaria.

Hakim Awang Krisnada kemudian membenarkan jaminan RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna.

Hakim turut menetapkan sebutan semula kes pada 31 Jan 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam.

-- BERNAMA

Monday, November 27, 2017

Perghh !!! Ronaldo 'Panas' Dengan Gaji Baharu Messi

Ronaldo 'Panas' Dengan Gaji Baharu Messi


Ronaldo (kiri) dan Messi ketika perlawanan persahabatan antara Portugal dan Argentina pada 2014. -fotoAP

CRISTIANO Ronaldo dilaporkan menunjukkan reaksi tidak senang dengan perjanjian baharu Lionel Messi di Barcelona.
Pemain dari Argentina itu setuju menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun untuk bersama Barca sehingga tahun 2021.

-fotoAFP
Keputusannya itu menamatkan spekulasi selama beberapa bulan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu dengan perpindahan bebas pada musim panas akan datang.
Tetapi tidak semua orang gembira dengan berita itu.
Menurut laporan di Sepanyol, Ronaldo marah apabila mendapat tahu Messi kini dibayar gaji €640,000 seminggu atau €100 juta sepanjang kontraknya.
Ronaldo yang bermain untuk Real Madrid dipercayai memperoleh lebih dari €400,000 seminggu dan dilihat tidak akan ditawarkan kenaikan.
Pemain Portugis itu juga mempunyai kontrak sehingga 2021 dengan kelab La Liga itu. -mirror

Friday, November 24, 2017

Perghhh !! Pasangan Dilucut Pakaian Kahwin Dalam Trauma


Pasangan Dilucut Pakaian Kahwin Dalam Trauma


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/11/23/14/23/kahwin.ashx?w=620&h=413&crop=1&/

Paparan skrin video yang tular diambil dari Tribunnews.com

PASANGAN yang 'dihukum' oleh penduduk kampung kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan cara membawa mereka berarak sekitar kampung tanpa pakaian selama satu jam akhirnya berkahwin dalam keadaan trauma.
Kisah itu berlaku pada Sabtu, ketika pasangan tersebut masih dalam ikatan pertunangan dengan gambar serta video kejadian telah tular di seluruh negara.
Tetapi kini, sekurang-kurangnya pasangan dari Tangerang, Indonesia ini tidak perlu lagi bimbang tentang tuduhan orang kampung.
Pada Selasa, pasangan ini telah berkahwin di salah sebuah rumah ibu bapa pengantin dalam satu upacara yang mendapat fasiliti polis dan dihadiri oleh polis tempatan.


-foto Instagram @m.sabilul_alif
"Hari ini mereka berkahwin mengikut agama dahulu. Kami akan membantu mereka untuk pernikahan ini didaftarkan oleh negara," kata Ketua Polis Kabupaten Tangerang Sabilul Alif memetik Kompas.
"Sudah tentu, secara psikologi, kedua-duanya masih trauma. Kami berharap perkahwinan ini dapat membantu meringankan beban mereka."
Pasangan tersebut, yang dikenal pasti oleh polis dengan nama R dan MA, sebelum ini belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka walaupun merancang berkahwin dalam masa terdekat.
Setelah berdepan banyak kesulitan, mereka memilih untuk segera berkahwin bagi mengelakkan mereka terus berdepan tekanan sosial yang lebih besar.
Enam telah ditangkap kerana melakukan penghinaan awam terhadap pasangan itu pada 11 November lalu dengan yang terkini ditahan adalah ketua kejiranan tempatan.
Setiap daripada mereka boleh menghadapi sekurang-kurangnya lima tahun penjara kerana melakukan serangan.
Kes ini telah mendapat liputan secara meluas di Indonesia selepas beberapa video kejadian tular, menunjukkan sekumpulan penduduk yang marah dan 'menghukum' pasangan berkenaan yang didakwa berkelakuan tidak senonoh.
Pakaian kedua-dua mereka dilucutkan menyebabkan mangsa wanita menangis kerana malu diperlakukan sebegitu. Rayuannya langsung tidak dihiraukan kumpulan tersebut.
Pasangan itu juga dipukul beberapa kali semasa mereka diarak di sekitar kampung, dalam kejadian lebih kurang sejam.
Polis berkata kumpulan terbabit juga sengaja mengambil gambar dan melakukan penghinaan awam sebelum memuat naik rakaman dalam talian.
Sabilul berkata pasangan kekasih itu tidak melakukan perkara tidak senonoh seperti yang didakwa, sebaliknya penduduk kampung salah faham apabila melihat mereka berdua-duaan pada waktu malam.
Sabilul berkata polis masih memburu individu yang terlibat termasuk yang memuat naik rakaman dalam talian.
Perarakan untuk memalukan pelaku zina atau sesiapa yang didapati melakukan hubungan intim sebelum nikah adalah perkara biasa di beberapa bahagian Indonesia, terutama di kawasan luar bandar.

Thursday, November 23, 2017

Perghh !!! Kunyah, Gigit Ekor Ular Sawa 'Degil'



SEORANG pekerja kilang terpaksa melakukan satu tindakan aneh semasa berdepan dengan seekor ular sawa besar.
Haiwan berukuran 10 kaki panjang ini menimbulkan kekecohan lebih dari tiga jam selepas enggan keluar dari enjin sebuah kereta di bandar Samut Prakan, Thailand.

Tetapi Rahjit Phan jelas mempunyai cara yang lebih baik untuk dilakukan daripada menghabiskan masa menarik reptilia besar itu.
Menggunakan 'helah lama hutan', dia memasukkan ekor ular itu ke dalam mulutnya dan mengunyahnya.

Bunyi kunyahan dapat didengar dalam rakaman video ketika Phan dan rakan-rakan berusaha menarik ular tersebut.
Hanya beberapa minit kemudian, dia berjaya menarik keluar ular tersebut dari enjin sebelum melepaskannya kembali ke belukar.

Phan berkata: "Ini adalah helah lama yang kami belajar dalam hutan. Jika seekor ular telah menangkap seekor ayam atau haiwan lain, kita boleh menggigitnya.
"Gigit sahaja ekornya berulang kali dengan kuat dan ular itu akan lemah. Biasanya ia menjadi, tetapi jangan ada yang mencubanya kecuali mereka berpengalaman.
"Saya gembira kerana saya dapat membantu, ini bukan ular yang menakutkan. Saya pernah lihat ular lain yang sangat besar." -dailystar


Wednesday, November 22, 2017

Perghh !!!Dausyatt Dinodai itu biasa dalam angkatan tentera Korea Utara

Dinodai itu biasa dalam angkatan tentera Korea Utara

Dinodai itu biasa dalam angkatan tentera Korea Utara
- Foto Reuters
SELAIN terpaksa tidur dalam keadaan tidak selesa, mandi menggunakan air bukit dan terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan askar lelaki, dinodai pegawai tinggi juga adalah 'normal' untuk askar-askar wanita dalam angkatan tentera Korea Utara.
Seorang bekas tentera yang telah berpaling tadah berkata, ramai askar wanita yang berkhidmat dalam angkatannya 'berhenti datang bulan'.
Lee So Yeon mengatakan beliau tidur dalam keadaan tidak selesa selama 10 tahun bersama berpuluh-puluh askar wanita lain.
Kata So Yeon, wanita sentiasa dikenali sebagai golongan yang mementingkan kebersihan diri tetapi fasiliti di kem-kem tentera 'menyedihkan'.

"Sebagai wanita, salah satu perkara yang kami terpaksa hadapi adalah gagal mandi dengan sempurna," kata So Yeon dipetik laporan BBC.
"Ini kerana tiada air panas. Mereka sambungkan paip ke air dari bukit. Kadang-kadang katak dan ular keluar dari paip," jelasnya.
Anak kepada seorang profesor di sebuah universiti, So Yeon, 41, terpaksa berkhidmat dalam angkatan tentera akibat krisis kebuluran.
Kata So Yeon, berkhidmat dalam angkatan tentera 'menjanjikan' makanan untuk anggota-anggota dan dirinya.
"Kebuluran menyebabkan wanita terdedah kepada ancaman," kata pengarang buku North Korea's Hidden Revolution, Jieun Baek.
"Ramai wanita terpaksa menyertai tentera dan lebih ramai lagi dilayani dengan salah, antaranya menghadapi penderaan dan gangguan seksual.
Kata Jieun, pendedahan oleh So Yeon sama dengan testimoni-testimoni dari anggota tentera lain yang telah berpaling tadah.
-Foto Reuters
So Yeon mengatakan, latihan dan jadual pemakan ketat menyebabkan badan rekrut wanita menjalani perubahan.
"Selepas enam bulan sehingga setahun dalam perkhidmatan, kami tidak lagi mengalami menstruasi kerana tidak cukup zat dan persekitaran yang tertekan.
"Ramai askar wanita kata mereka bersyukur kerana tidak datang bulan. Mereka kata begitu sebab, kalau mereka datang bulan, keadaan akan menjadi lebih teruk untuk mereka," terang So Yeon.
Lebih menjijikan, So Yeon dan askar wanita lain pernah terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama berulang kali kerana tentera tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

Tuesday, November 21, 2017

Perghh !!! Kepala Ikan RM600: “Lain Kali Tengok Harga Dulu!”

Kepala Ikan RM600: “Lain Kali Tengok Harga Dulu!”

image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/11/21/12/08/kari%20kepala%20ikan%20gambar%20hiasan%201.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Makan malam dua buah keluarga di sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal. 
Berdasarkan satu resit yang dimuat naik seorang pengadu di laman sosial pada Isnin, empat mangkuk kari kepala ikan merah yang dipesannya berjumlah RM600.
Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.
“Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati,” menurut ‘posting’ itu yang kini tular.
Aduan seorang pengguna mengenai caj kari kepala ikan.
Pengadu, Faudzy Asrafudeen Sayed Mohamed, 56, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia tidak menyangka harga makanan di restoran mamak tersebut semahal itu.
Katanya, ini bukan pertama kali dia makan kari kepala ikan di restoran mamak dan menjelaskan harga yang biasa dikenakan kepada pelanggan adalah antara RM50 dan RM80 semangkuk.
“Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu.
“Saya minta pekerja di kaunter tu untuk perjelaskan. Katanya harga ikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antara RM120 dan RM150, manakala bersaiz kecil antara RM60 dan RM80,” katanya dengan nada kesal.

Resit bagi makan malam di sebuah restoran mamak terkenal.
Dia yang menetap di Melawati, Kuala Lumpur menolak caj berlebihan itu disebabkan restoran mamak berkenaan terletak di kawasan segi tiga emas di ibu negara.
Faudzy yang merupakan pengarah pembangunan pasaran di sebuah syarikat bagaimanapun tidak bercadang untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.
“Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami.
“Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang sediakan menu dan harga. Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutama nak makan kari kepala ikan,” katanya.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/11/21/kepala-ikan-mahal/~/media/2f8e0df202b84fbd99d0e246f12e1f73.ashx?la=en
Reaksi netizen mengenai dakwaan harga kari kepala ikan yang melampau.
Malah katanya, pengusaha restoran juga perlu memainkan peranan penting dalam memberikan perkhidmatan merkea untuk semua pelanggan.
“Kalau ada pelanggan nak makan kepala ikan, beritahulah jenis harga yang disediakan. Kalau kecil, sederhana atau besar berapa harganya. 
“Pekerja perlu perjelaskan tanpa sekadar ambil tempahan semata-mata. Jadi, kalau orang nampak harga bila nak bayar tak ada lah terkejut,” katanya.

Perghh!!! Bekas Menteri Sabah Ugut Tembak Pemandu Uber


Bekas Menteri Sabah Ugut Tembak Pemandu Uber


image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/11/20/09/50/ray_2759.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
  
KOTA KINABALU: Seorang bekas menteri Sabah semasa dikatakan telah mengugut seorang pemandu Uber dengan kata-kata dan pistol selepas merempuh pemandu itu dari belakang.
Bekas menteri itu dikatakan cuba meneruskan perjalanan selepas rempuhan itu namun dihalang oleh mangsa.
Chin Wong Seng, 65, sewaktu sidang media di pejabat DAP pada Ahad berkata, dia keluar dari keretanya sebelum mengetuk kereta bekas menteri itu untuk menyelesaikan apa yang berlaku.
"Dia cakap pada saya 'kau nak mati, aku tembak kau' sambil mengacukan pistol sewaktu saya minta nombor telefon," ujar Chin.
Tambahnya lagi, nombor telefon yang diberi oleh suspek juga tidak dapat dihubungi.
Sewaktu kejadian, Chin memberitahu suspek supaya menembak sahaja dirinya yang sudah tua.
Selepas itu, suspek meletakkan senjata dan mengarahkan Chin supaya datang ke pejabatnya di Tanjung Aru bagi menyelesaikan kes itu.
"Saya harap pihak polis akan menyiasat kes ini," ujar Chin yang telah membuat laporan di balai polis Karamunsing pada Ahad

Monday, November 20, 2017

Perghhh 111,, Lengan tercabut dilanggar keretapi


Lengan tercabut dilanggar keretapi
Orang ramai cuba menyelamatkan mangsa daripada trauma.
MAKATI - FILIPINA. Seorang wanita dilaporkan tercabut lengan selepas  dilanggar oleh keretapi di Stesen Keretapi Ayala.
Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan wanita itu yang dikenali sebagai Angelina, sedang berjalan di tangga platform berhampiran keretapi yang berhenti di platform ketika itu.
Difahamkan, wanita itu tersandung dan tidak sedarkan diri sebelum terjatuh berhampiran keretapi yang pada masa itu mula bergerak perlahan meninggalkan platform.
Sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang wanita tersebut bertambah apabila tangan kanannya diseret hingga terputus.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian bergegas menyelamatkan wanita tersebut sebelum mengejarkannya ke hospital berdekatan.
Wanita tersebut menerima rawatan kecemasan dan doktor berusaha selama 11 jam untuk menyambungkan kembali lengannya kanannya yang terpisah daripada badan.
Pasukan perubatan yang merawatnya mengesahkan wanita tersebut masih dalam pemerhatian buat masa ini.
"Bahagian tulang, saraf dan saluran darahnya telah disambungkan, buat masa ini pihak hospital masih lakukan pemantauan," katanya

Friday, November 17, 2017

Perghh !!! Penumpang Ditinggal Bas Mengamuk, Tikam Pemandu



Penumpang Ditinggal Bas Mengamuk, Tikam Pemandu


Darah pemandu bas kelihatan di tangga bas. foto Facebook


KANGAR: Seorang pemandu bas cedera ditikam penumpang yang dipercayai berang setelah ditinggalkan kenderaan awam itu di Stesen Bas Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Bas Ekspres di Jalan Bukit Lagi di sini, Khamis.
Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian 11.02 pagi itu, suspek dikatakan turun dari bas untuk ke tandas semasa ia berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, namun setelah kembali dia mendapati kenderaan itu telah bertolak ke Kangar.
"Kemudian suspek bertindak marah di kaunter bas sebelum menyewa sebuah teksi untuk ke Kangar," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata sebaik tiba di stesen bas Kangar, suspek meluru masuk ke dalam bas yang dipandu oleh mangsa berumur 33 tahun, melalui pintu hadapan dan terus menikam mangsa di bahagian bahu kiri.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Fauziah untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang, setelah doktor mengesahkan tiada kecederaan serius selain mengalami luka tikaman sedalam tiga sentimeter, katanya.
Susulan kejadian itu katanya polis merampas sebilah pisau, sehelai kemeja-T berkolar warna hijau serta satu beg pakaian, manakala polis masih mengesan suspek yang sudah dikenal pasti. - BERNAMA

Thursday, November 16, 2017

Perghhh !! Aktor Hamilkan Wanita, Sila Tampil!





PENDEDAHAN mStar Online behubung sikap tidak bertanggungjawab seorang pelakon lelaki yang menghamilkan seorang wanita sehingga melahirkan seorang zuriat terus mendapat perhatian netizen.
Kisah yang menjadi tular sejak pagi Rabu itu menimbulkan kemarahan masyarakat selain meminta artis itu tampil membersihkan namanya jika dakwaan wanita berusia 20-an itu tidak benar.
Malah ada yang mahu pelakon itu mengakui perbuatannya itu selain bertanggungjawab terhadap anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan dengan wanita berkenaan.
"Pelakon ini ingat dia sudah glamour tak perlu bertanggungjawab la... Ingatlah wahai gadis-gadis, jangan mudah terpedaya dengan janji lelaki.
"Secantik dan setinggi mana pun taraf pendidikan anda, kalau dah rosak memang orang pandang anda seperti tiada nilai," tulis salah seorang pengikut Facebook mStar Online.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Lari” – Wanita Dakwa Lahirkan Anak Pelakon


Antara paparan skrin antara wanita berkenaan dengan pelakon tersebut.
Identiti sebenar pelakon yang didakwa terlibat dalam kemelut itu juga terus menjadi teka-teki peminat industri hiburan tempatan yang mahu mengetahui dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu.
Wanita itu mendakwa mereka melakukan perbuatan terkutuk itu di Port Dickson dan ketika itu dia sedang subur menyebabkan dia mudah mengakami kehamilan.
Dalam pada itu, walaupun ramai mengkritik perbuatan pelakon itu masih ada yang memberikan kata-kata semangat selain meminta masyarakat tidak terus menjatuhkan hukum atas kesilapan dilakukannya.
"Semoga anak mereka membesar dengan baik dan sempurna, cukup didikan agama dan jadi anak yang soleh/solehah agar dapat membela ibu bapanya di dunia dan di akhirat.
"Usah dipertikaikan dosa ibu bapanya. Itu antara mereka dengan Allah. Manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Sekuat mana iman seseorang, lalai sedikit akan terjerumus juga," tulis netizen.
Wanita itu dalam pendedahannya, mendakwa mereka pernah bercinta empat tahun lepas namun kembali bertemu melalui aplikasi Bigo sehingga terlanjur dalam satu kejadian di Port Dickson.
Bagaimanapun aktor berkenaan menghilangkan diri selepas itu sehingga dia menyedari sedang hamil tiga bulan dan usaha menghubungi pelakon itu gagal.
Wanita itu berkata dia tidak mengharapkan si pelakon bertanggungjawab namun sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungannya sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Sehubungan itu wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai yang sedang mencipta nama ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka dengan baik.

Wednesday, November 15, 2017

Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan


Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan


Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang menyebarkan gambar peribadi anak-anaknya yang kini tular di media sosial, kerana turut memaparkan kenyataan berbaur fitnah.
Katanya, beliau akan rujuk perkara itu kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanju“Ada disebut dalam kenyataan itu, konon kemewahan ditunjukkan dalam gambar berkenaan dari sumber yang dikatakan curi wang rakyat. Jika dilapor begitu, saya berhak pertimbang tindakan perundangan kerana itu fitnah serius,” katanya.
Menurutnya, beliau kesal kerana tuduhan berkenaan turut dicetak di salah sebuah akhbar, kelmarin.
“Kita siasat siapa pemilik Facebook itu, termasuk pihak berkaitan. Mereka guna gambar peribadi (keluarga)  untuk beri gambaran negatif terhadap ahli politik dengan libatkan ahli keluarga, ia tak wajar berlaku,” katanya.
Beliau berkata, tuduhan mencuri wang rakyat serius kerana sumber kekayaan bukan daripada hasil seperti didakwa.
“Saya fikir ia perbuatan pihak sama. Perkara sebegini berlaku secara bersiri, sejak dulu lagi serangan peribadi terhadap saya dan keluarga bertali arus.
"Sebelum ini, pejabat saya dan ahli keluarga diperiksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serentak, setelah lebih dua bulan dapat surat katanya salah satu syarikat saya tak bayar cukai RM21,000 (2009), apabila disemak sudah dibayar,” katanya.
Mukhriz turut mempersoal nilai berita yang dipaparkan itu kerana ia bersifat terlalu peribadi.
Kelmarin, akhbar tempatan menyiarkan kemewahan anak-anak Mukhriz bercuti atas bot mewah yang tertera nama anaknya, yang didakwa dimuat naik pengendali akaun Facebook, Sudahlah Mahathir. Gambar itu dikatakan diambil dari Instagram anak Mukhriz ketika bercuti di luar negara.

Tuesday, November 14, 2017

Perghh !!! Iklan Teleng Kepala Di Lebuh Raya?

PETALING JAYA: Pengguna lebuh raya di sekitar Lembah Klang baru-baru ini dikejutkan dengan papan iklan sebuah produk sehingga menimbulkan tanda tanya.
Papan iklan yang memaparkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok sambil memegang produk berkenaan telah dipasang dalam keadaan terbalik.
Pada mulanya ramai yang menyangka ia adalah kesilapan pada pemasangan iklan berkenaan, tetapi iklan terbalik itu turut dilihat di beberapa lebuh raya lain di Lembah Klang.

Lagi papan iklan sebuah produk yang dipasangkan terbalik di lebuh raya.
Rata-rata netizen berpendapat pendekatan yang pelik itu menyebabkan ramai bertindak berkongsi gambar papan iklan itu di laman sosial sehingga menjadi tular pada Isnin.
Difahamkan papan iklan tersebut mempromosikan produk minuman tambahan untuk penjagaan dan kecantikan kulit supaya lebih cerah.
“Pemasaran menjadi. Mahal-mahal sewa papan iklan, orang tak tengok. Bila buat macam ni, orang siap ambil gambar,” kata seorang netizen.

Antara komen netizen berhubung papan iklan terbalik yang tular di media sosial.
“Geliga ni. Dari 100 kereta yang lalu, 90 peratus mesti tengok iklan terbalik dia. Sebab apa? Sebab pelik kenapa terbalik. Lepas tu ambil gambar kat media sosial. Lepas tu mesti ada yang ‘google’ (carian) iklan terbalik,” kata seorang lagi netizen.
Namun ada yang melihat idea itu sekadar biasa dan tidak menarik dengan hanya menterbalikkan gambar berkenaan.
“Strategi pemasaran? Biasa saja. Hanya terbalikkan gambar tu. Pemandu leka teleng kepala. Nanti terbalik pula kereta tu sekali...,” kata seorang netizen.

Gambar perlu diterbalikkan untuk melihat papan iklan yang sebenar.
“Bayar iklan mahal-mahal, tapi pasang terbalik. Macamlah pemandu boleh pusingkan kepala sambil memandu,” kata seorang lagi netizen.
Dalam pada itu, ia turut dijadikan bahan gurauan dengan menggambarkan bahawa pemandu terpaksa menelengkan kepala semata-mata untuk melihat paparan imej pada papan iklan itu dengan lebih jelas.
Bagaimanapun, ada juga mempersoalkan kewajaran papan iklan itu sengaja dibiarkan terbalik yang boleh menyebabkan kemalangan.
“Boleh kemalangan macam ni punya iklan,” kata seorang netizen.

Monday, November 13, 2017

Perghh Gila !!!! Suspek Balas Soalan Dengan Kentut Berterusan



Suspek Balas Soalan Dengan Kentut Berterusan




POLIS Amerika Syarikat terpaksa menangguhkan prosedur soal siasat dengan seorang suspek yang disyaki terlibat dengan dadah dan senjata api apabila lelaki tersebut membalas soalan dengan kentut.
Sean Sykes Jnr (gambar) disoal siasat atas niat menjual dadah jenis kokain dan memiliki senjata api di Kansas City, Missouri.
Dalam laporannya, dia muncul di mahkamah pada Isnin atas dua kesalahan berbeza dan detektif yang menyoal siasat pemuda berusia 24 tahun itu menulis: "Sykes bersandar pada satu sisi kerusi dan menghasilkan bunyi kentut yang kuat sebelum menjawab soalan.
"Sykes berterusan melakukan perbuatan itu dan saya akhiri sesi soal siasat tersebut," ujarnya.
Sykes bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan tiada hukuman difailkan susulan sesi soal siasat itu yang dilakukan pada September.
Namun, dia diletakkan semula di bawah pengawasan pada bulan ini selepas didapati memiliki senjata api yang dicuri.
Mengikut dokumen mahkamah, polis juga menemukan ganja dan kokain di dalam kenderaan yang dipandu Sykes. - Mirror


Thursday, November 9, 2017

Perghhh..Sempoii !!! Eksperimen Berjaya Tapi..


Gambar Facebook Caira Cairel.

PETALING JAYA: Seorang bapa tidak keruan apabila anaknya yang berusia tiga bulan kerap merenggek semasa ketiadaan si ibu yang kembali bekerja sejak sebulan lalu.
Namun pada Selasa, Uzaini Mohd Amin, 35, terfikir satu idea untuk melakukan eksperimen bagi 'menenangkan' anak ketiganya itu.
Memandangkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Caireen Delisyaa itu amat rapat dengan ibunya, maka terlintas di fikiran Uzaini untuk mencetak wajah isterinya, Adhzura Ismail pada kertas bersaiz A4 yang kemudiannya ditampal pada botol.
"Anak ketiga saya ini memang rapat dengan ibu dia, lagipun dia masih menyusu badan. Tiap kali ibunya tiada disisi dia akan menangis.
"Tiba-tiba saya terfikir idea untuk cetak wajah isteri dan tampal pada botol. Jadi hari ini saya buat trick sikit nak tengok apa respons dia," katanya kepada mStar Online.



Bagaimanapun, Uzaini berkata eksperimen tersebut berjaya menenangkan anaknya selama 10 minit sebelum kembali menangis.
"Tak sangka eksperimen itu berjaya kerana dia nampak ibunya ada di sisi. Tapi lepas tu dia merenggek semula mungkin dia pun tahu itu bukan ibu dia yang sebenar.
"Saya rasa naluri seorang anak terhadap ibunya amat kuat. Biasalah ibu segala-galanya untuk anak-anak. Lagipun itu hanya gambar semata-mata, mana ada kasih sayang sebenar seorang ibu," katanya.
Pada masa sama, Uzaini yang menetap di Klang, Selangor berkata, dia tidak menyangka gambar yang dimuat naik secara suka-suka di laman Facebooknya menjadi tular.
"Saya post gambar tu pun untuk suka-suka sahaja. Tak sangka jadi viral," katanya.
Malah, dia turut mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mengalami masalah sama sepertinya untuk mempraktikkan kaedah tersebut.
"Sesiapa sahaja boleh cuba, mana tahu ia mungkin berkesan juga untuk mereka. Namun yang pastinya anak-anak tetap mahukan ibu mereka yang original," katanya

Friday, November 3, 2017

Pura-Pura Tanya Arah Kemudian Rogol Mangsa

 

Pura-Pura Tanya Arah Kemudian Rogol Mangsa


PETALING JAYA: Seorang gadis yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam menjadi mangsa samun dan rogol seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan malam Khamis.
Menurut paparan skrin aplikasi WhatsApp yang tersebar di laman Facebook, mangsa dikatakan berseorangan ketika sedang menghala ke sebuah hentian bas sebelum didatangi suspek.
Menurut laporan sebuah portal berita, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat dipetik sebagai berkata, suspek berpura-pura bertanyakan arah jalan kepada mangsa sebelum mengacukan pisau dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Mangsa kemudiannya dibawa ke kawasan kilang berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 7, Shah Alam dan dirogol sebelum ditinggalkan bersendirian.

i
Antara mesej yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berhubung insiden itu.
Jelas Shafien, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 malam Khamis.
Selain merogol mangsa, Shafien berkata suspek turut merampas wang tunai RM100 dan telefon bimbit pelajar wanita itu.
"Mangsa turut dibawa ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaan lanjut dan satu pasukan khas kini sedang memburu suspek," katanya.
Shafien berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol, Seksyen 392 dan 397 kanun sama, iaitu merompak dengan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah.
Mangsa dengan dibantu kakaknya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam selepas kejadian.
Malah, insiden berkenaan turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak malam Khamis.

Sultan Selangor Murka Kenyataan Tun M



Sultan Selangor Murka Kenyataan Tun M



PETALING JAYA: Sultan Selangor murka dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis.
Dalam satu kenyataan, setiausaha Mahkamah Diraja Selangor, Hanafisah Jais berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertemy dengan majlis Diraja pada Khamis dan melihat kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu sebagai sesuatu yang serius.
Mahkamah Diraja berkata, satu siasatan mengenai hasutan berkaitan kenyataan yang menyebutkan Bugis sebagai lanun adalah wajar dilaksanakan.
Tun M pada acara Himpunan Sayangi Malaysia - Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober lalu didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mempunyai pemimpin yang berasal dari keturunan "lanun Bugis".

Thursday, November 2, 2017

Perghhh Dahsyatt !!! Kecoh Wanita Hayun Budak!



Kecoh Wanita Hayun Budak!


Paparan skrin daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak. - Facebook


PETALING JAYA: Tindakan seorang wanita mengasari seorang kanak-kanak dipercayai berumur sekitar lima tahun mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen selepas ia tular pada malam Isnin.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen, namun lokasi sebenar kejadian tidak didedahkan.
Rata-rata netizen menyelar perbuatan wanita tersebut yang berulang kali mengasari kanak-kanak malang itu apabila dia dilihat menampar, menghayun dan menendangnya.
Seorang pengguna Facebook, Nor Shamimy berkata, wanita tersebut bertindak demikian berkemungkinan kerana mempunyai masalah peribadi.
"Itulah orang semua nak salah ibu... bapa mana bapa? Kamu mana tau dia ibu tunggal dengan letih ke hulu hilir.
"Cari rezeki lagi, keluarga tiada nak beri sokongan," tulisnya di ruang komen.

Antara komen yang ditinggalkan oleh netizen.
Sementara itu, Fauziah Zie Madrasah pula berkata, kanak-kanak itu kelihatan nakal dan menyebabkan wanita tersebut berasa tertekan.
"Mak dia mungkin banyak masalah. Tengok mak dia dengan barang banyak nak dibawa dengan anaknya nakal sangat.
"Cuma, cara dia kasar sangat. Kalau tarik elok-elok, pujuk, mungkin boleh dengar kata budak itu."

Orang awam seolah-olah membiarkan kejadian itu berlaku di hadapan mereka. Bagaimanapun, seorang lagi pengguna, Eija Haiza tidak bersetuju dengan tindakan wanita tersebut dan beranggapan bahawa seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu.
"Jangan nak sokong sangat la kelakuan perempuan yang dera anak tu. Ini jenis manusia yang lupa anak itu amanah Allah.
"Seorang ibu tidak akan memperlakukan anaknya sebegitu. Ini jenis manusia takde iman. Syaitan beraja dihati," ujarnya.
Melalui video berdurasi 1 minit 33 saat itu, kelihatan wanita terbabit turut menggalas beg belakang dan plastik besar ketika ingin melepasi mesin pengimbas tersebut.
Orang awam yang lalu lalang di kawasan itu dilihat tidak mencampuri urusannya dan tidak cuba menghalangnya daripada mengasari si kecil berkenaan.


Wednesday, November 1, 2017

Perghhh!!! Nasi Campur RM100 Berpatutan - KPDNKK

Nasi Campur RM100 Berpatutan - KPDNKK

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan.
Pengarahnya Sharuddin Jali berkata siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.
"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100  mengikut hidangan," katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.
Sharuddin menambah siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.
Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

Pada minggu lalu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.
Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen. -Bernama



Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung