Nuffnang

Tuesday, September 30, 2014

Apabila Jurugambar Terlajak Berani Ambil 6 Gambar Anaconda Secara Dekat

Apabila Jurugambar Terlajak Berani Ambil 6 Gambar Anaconda Secara Dekat


Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.

Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,
Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....
Ia berada hanya beberapa inci di bawah permukaan air dan bersedia untuk menyerang - dan korang takkan sedar ia berada di bawah permukaan air.

Imej-imej yang luar biasa menunjukkan ular yang besar 26 kaki (lapan meter) anacondas Mato Grosso di Brazil mencari mangsa.

Dirakamkan oleh penyelam berani dan peminat ular iaitu Franco Banfi, 53, yang menyertai binatang ini dalam habitat semulajadinya dengan hanya bersenjatakan kamera.



Bersedia untuk menyerang : penyelam Berani dan ular peminat Franco Banfi menangkap imej ular Anaconda yang sangat besar mengintai di bawah permukaan sungai di Mato Grosso do Sul, Brazil 


Memburu: Anaconda Ini mengimbas permukaan air mencari mangsanya seperti tikus, ikan atau burung


Besar: Ini Anaconda dengan kira-kira lapan meter panjang. Franco Banfi penyelam Swiss menangkap gambar pada lawatan sepuluh hari untuk Grosso Mato Sul di Brazil.

VIDEO: Wanita Baru Habis Pantang Menceritakan Dir0g0l Polis, JPAM, RELA.Benarkah ?

VIDEO: Wanita Baru Habis Pantang Menceritakan Dir0g0l Polis, JPAM, RELA

Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, m Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki mer0g0l seorang wanita warga asing.

Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan se-ks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu -Lapor mynewshub.cc

Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya.


Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.

Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!

Apa pun itu dakwaan saksi.. sejauh mana kebenarannya pasti tertegak di mahkamah kelak.
Namun jika benar berlaku kes r0g0l ini, ia cuma satu titik hitam kecil dalam kalangan penjawat awam Malaysia.
Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya.

Sumber mynewshub.cc

Pencuri Ini Dibelasah Sehingga Meninggal Di Bukit Mertajam

Pencuri Ini Dibelasah Sehingga Meninggal Di Bukit Mertajam 


Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, awal Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.

"Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

"Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun," katanya pada sidang akhbar di sini Ahad.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

"Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa," katanya.


Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di sini bagi membantu siasatan.

"Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

"Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya. - BERNAMA

KOLEKSI GAMBAR KEJADIAN RIBUT DI TTDI JAYA, DAN BUKIT JELUTONG 29/9/2014


ada lagi gambar

(5 GAMBAR) Gadis 13 Tahun Terbakar Teruk Selamatkan Ibu

(5 GAMBAR) Gadis 13 Tahun Terbakar Teruk Selamatkan Ibu


Seorang gadis 13 tahun bernama Yan Qianyu dari Dengzhou City China,teruk terbakar kerana ingin menyelamatkan ibunya daripada kebakaran yang berlaku di rumah mereka pada 17 Mac, 2013.Kebakaran berpunca daripada puntung rokok yang terkena pada minyak yang terdapat dalam rumah tersebut.

Monday, September 29, 2014

Perghhh ..Inikah Dikatakan Proton Masih Sempoi..


Walaupun sudah buruk tetapi Proton tetap taiko dinegara ini ...

7 malam 26hb September 2014 Johor: Kemalangan yang berlaku diKulai. 

Lokasi kemalangan,depan Restoran Zam-Zam,dekat Flat Temenggung. Kereta Proton Saga yang gagal dikawal keluar dari jalan utama dan melayang ke atas bumbung kereta yang diletakkan di tepi jalan

Anwar: MB akan dedah siapa dapat jutaan ringgit dari Projek Air Selangor

Anwar: MB akan dedah siapa dapat jutaan ringgit


Menteri besar baru Selangor Azmin Ali diminta mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu.

Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya?

"Rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Sementara itu, Khalid berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya.

"Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan Canal City.

“Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,"tulisnya dalam Facebook sebentar tadi

Nasruddin tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang tiru gaya PAP


Nasruddin tuduh kerajaan DAP Pulau Pinang tiru gaya PAP

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS, Nasrudin Hassan Tantawi  hari ini mengecam kerajaan DAP Pulau Pinang susulan pemecatan ahli majlis mereka kerana kritikannya, serta menuduh parti itu meniru gaya pemerintahan PAP di Singapura.
Nasruddin, yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata kesal dengan tindakan pemecatan itu yang dibuat melulu tanpa sebarang surat tunjuk sebab.
“Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
“Kelihatan tindakan DAP mutakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal semasa Muktamar PAS minggu lepas.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata tindakan kerajaan negeri itu tidak menggambarkan ciri pemerintahan Islam yang sering digambarkan.
“Kritikan membina dibalas racun tuba sekali gus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan ketua menterinya,” katanya.
Nasrudin berkata, tindakan sedemikian seolah-olah kerajaan negeri menaruh dendam terhadap PAS.
“Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit.”
Nasrudin juga mempersoalkan kerajaan DAP yang bersikap cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik tindakan tersebut.
“Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum? Saya yakin isu yang dibangkitkan Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas,” katanya.
Beliau juga menggesa supaya Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu yang rapat dengan ketua menteri untuk campur tangan dalam isu tersebut.
“Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Iszuree,” katanya.
Iszuree pada 19 September lalu semasa berucap sebagai perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat berucap mengenai mengenai pengusiran penduduk tradisional untuk memberi laluan kepada projek pembangunan baru di negeri ini.
Beliau berkata, pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju daripada dalam mendengar suara rakyat.
Beliau ditegur rakannya dalam majlis perbandaran daripada DAP dan PKR yang berkata, kerajaan negeri mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas perkara itu.

Sunday, September 28, 2014

GURU DIBELASAH DENGAN TERUK OLEH PARA PELAJAR KERANA KANTOI AMBIL GAMBAR PELAJAR PEREMPUAN SEDANG MANDI.


GURU DIBELASAH DENGAN TERUK OLEH PARA PELAJAR KERANA KANTOI AMBIL GAMBAR PELAJAR PEREMPUAN SEDANG MANDI.



Gara-gara seorang guru lelaki yang mengajar di Shaanxi Insitute of Techology, China secara curi-curi mengambil gambar pelajar perempuan ketika mereka sedang mandi, telah menerima padah apabila dibelasah separuh mati.

Aktiviti tidak senonoh guru terbabit skhirnya terbongkar dan dia telah dibelasah teruk oleh pelajar di sekolah terbabit selepas dia terjatuh dari motosikal kerana ingin melarikan diri.

Kini, guru tersebut didalam keadaan kritikal nyawa-nyawa ikan kerana kecederaan yang teruk. Walaupun begitu, rata-rata komen dari orang ramai berkata guru tersebut telah mendapat balasan yang setimpal.

Dua pelajar perempuan yang menjadi mangsa rakaman guru berkenaan merupakan pelajar baru yang baru sahaja masuk pada awal bulan September ini, dan mereka tersangat kecewa dengan tindakan guru terbabit.

INILAH INDIVIDU YANG KENA TANGKAP KERANA HINA POLIS TRAFIK MENERUSI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.


INILAH INDIVIDU YANG KENA TANGKAP KERANA HINA POLIS TRAFIK MENERUSI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.



Polis menahan seorang jurujual kereta bagi membantu siasatan berhubung kes menghina polis trafik menerusi laman sosial Facebook, tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Cheng Utama di sini pukul 12.30 tengah malam susulan laporan polis yang dibuat berhubung status dimuat naik suspek.

"Siasatan awal mendapati status dimuat naik suspek dipercayai berpunca daripada dua anggota polis trafik yang menahan kereta dipandunya ketika melalui Taman Melaka Raya tengah hari kelmarin.

"Suspek kemudian dipercayai merakam gambar anggota polis trafik berkenaan menggunakan telefon bimbitnya dari jarak jauh sebelum memuat naik gambar itu beserta status menghina polis trafik," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas telefon bimbit yang disyaki digunakansuspek untuk memuat naik status itu.

Saturday, September 27, 2014

AHLI Majlis Perbandaran Pulau Pinang Di Pecat Kerana.Kutuk DAP Sama Macam UMNO??


KERANA MENGATAKAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG SAMA DENGAN UMNO/BN, MAKA SEORANG AHLI JAWATAN KUASA TETAP, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG DIPECAT.


Pada 19hb September 2014 yang lalu seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim dalam muktamar PAS di Batu Pahat telah mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Negeri adalah sama seperti Umno/BN.

Kenyataan beliau ini dianggap sebagai musuh dalam selimut kerana dikatakan dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

Akibat dari kenyataan beliau itu, Majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang (MMK) pada 25hb September 2014 telah bermesyuarat dan memutuskan mengeluarkan Sdr Iszuree Ibrahim dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta merta dan semua peruntukan dibekukan.

Sepucuk surat dikeluarkan tentang pemberitahuan keputusan itu.

Bahasa yang digunakan agak mild iaitu mengeluarkan tetapi hakikatnya beliau dipecat atau ditamatkan atau diberhentikan atau dibuang.

Tidaklah diketahui sama ada suatu penjelasan dipohon dari Sdr Iszuree Ibrahim ataupun tidak tetapi adalah tu kot sebab Kerajaan DAP Pulau Pinang mengamalkan sikap dan slogan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T)

Sebagai kerajaan CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS (C.A.T) sudah pasti surat tunjuk sebab dikeluarkan untuk mendapatkan penjelasan secara bertulis sebelum menjatuhkan hukuman pecat.

Oleh benarlah pihak yang terlibat memberikan respon dengan berfakta dan bukti demi pencerahan dan kebenaran mengenai surat ini.

Kerana Keciwa Lelaki Ini Menetak Kekasihnya 34 Kali Hingga Mati



Taipei: Seorang lelaki ditangkap semalam selepas menetak hingga mati teman wanitanya.

Media tempatan melaporkan, pelajar lulusan Universiti Taiwan, Zhang Yanwen menetak teman wanitanya sebanyak 34 kali selepas kecewa kekasihnya itu mahu memutuskan hubungan mereka. 

Kejadian berlaku selepas Zhang ke rumah wanita itu untuk memujuknya supaya membatalkan rancangan itu. 

Zhang turut mengugut mendedahkan gambar b0gel mangsa tetapi wanita itu tetap dengan keputusannya.

Zhang kemudian mengambil pisau dan menetak mangsa. Dia turut mengelar leher teman wanitanya, menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Zhang memberitahu polis dia tidak dapat menerima keputusan wanita itu. - AFP

Friday, September 26, 2014

AZMIN UMUMKAN BARISAN EXCO SELANGOR YANG BAHARU .. KOMPOSISI 4 PKR 3 PAS 3 DAP.


AZMIN UMUMKAN BARISAN EXCO SELANGOR YANG BAHARU .. KOMPOSISI 4 PKR 3 PAS 3 DAP.



Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan oleh YAB Azmin Ali pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut:

  • Amirudin Shari (PKR) *
  • Daroyah Alwi (PKR)
  • Elizabeth Wong (PKR)
  • Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)*

  • Ean Yong Hian Wah (DAP)
  • Teng Chang Khim (DAP)
  • V Ganabatirau (DAP)

  • Ahmad Yunus Hairi (PAS)
  • Iskandar Abdul Samad (PAS)
  • Zaidy Abdul Talib (PAS)*
* Muka baru

Difahamkan jawatan Timbalan Speaker yang disandang oleh Nik Nazmi akan diberikan kepada ADUN PAS apabila dewan bersidang November ini.

Kira jawatan Exco dan Timbalan Speaker bertukar tangan dari PAS ke PKR begitu sebaliknya.

Syabas Azmin Ali..Mahu Mengekalkan PAS Dalam Barisan Exconya.




Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata komposisi exco negeri kekal dengan empat exco PAS dan masing-masing tiga dari PKR dan DAP.

Beliau yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menerima semua 10 nama yang dicadangkan beliau.

"10 orang (exco), komposisi kekal 4-3-3, esok saya akan umumkan (senarai nama mereka)," kata beliau ketika ditemui di depan Istana Mestika, Shah Alam hari ini.

Semalam secara terbuka Ketua Wanita PKR Pusat  Zuraida Kamaruddin meminta komposisi exco dengan empat dari PAS dan masing-masing tiga dari DAP dan PKR disemak semula kerana PAS tidak menyokong langkah menukar Khalid ini.

"Pendapat peribadi saya, pembahagian kerusi exco perlu disemak semula.

"Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku," kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti semalam.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menambah lagi kemelut apabila menyifatkan empat exco PAS yang enggan meletak jawatan dan terus mentadbir negeri bersama bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Namun bekas exco Agama Sallehen Mukhyi membidas Lim yang tidak memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menyifatkan kenyataan ketua menteri itu ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.

Selepas mempertahankan kemenangan PR di Selangor bagi penggal kedua, 10 exco yang dilantik adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi.

Namun enam exco PKR dan DAP dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu selepas didapati melanggar ikrar 10 Akujanji apabila mengeluarkan kenyataan mahu mengehadkan kuasa pemutus menteri besar dalam mesyuarat.

ITULAH BEZANYA PEMIMPIN POLITIK BERSIFAT BUDIMAN DAN BIJAK DENGAN POLITIKUS YANG MENGELUARKAN KATA-KATA TANPA MEMIKIR PANJANG AKAN KESAN DAN IMPLIKASI PERTUTURANNYA.

SYABAS KEPADA YAB AZMIN ALI .. SUATU PERMULAAN YANG AMAT TEPAT DALAM MENCARI PENYELESAIAN DAN PEMULIHAN KEMELUT POLITIK DALAM GAGASAN PAKATAN RAKYAT.

MEMBUKTIKAN KEPADA DUNIA YANG MB SELANGOR BAHARU BUKAN JENIS PENDENDAM KESUMAT TETAPI MENGGUNAKAN AKAL DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN YANG MEMBERI MANAFAAT DAN KEUNTUNGAN KEPADA PR KHASNYA DAN RAKYAT SECARA KESELURUHANNYA.

SALUTE DAN TABIK SPRING KEPADA YAB AZMIN ALI.

SEJAK KEBELAKANGAN INI, DAP SUDAH DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK, TIDAK KENANG BUDI DAN LUPA DIRI!!!!!


SEJAK KEBELAKANGAN INI, DAP SUDAH DILIHAT SEBAGAI PARTI YANG ANGKUH, SOMBONG, BONGKAK, TIDAK KENANG BUDI DAN LUPA DIRI!!!!! Omakau



SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng telah memberikan signal jelas seolah-olah Pas bukan lagi rakannya.

Tanpa berselindung, Guan Eng bertegas dengan kenyataan DAP bahawa empat exco Pas yang kekal untuk mengelak Dun Selangor daripada dibubarkan itu khianat.

Malah di dalam kenyataannya yang dipetik Bernama, Guan Eng berkata, beliau mengharapkan Menteri Besar Selangor akan melaksanakan tugas mengikut prinsip Pakatan Rakyat yang dicapai bersama PKR dan DAP, dengan sengaja tidak menyebut nama Pas.

Dalam krisis Menteri Besar Selangor,  boleh dilihat DAP sedikit pun tidak menyalahkan PKR – malah kini, orang memerhatikan parti ini mencurahkan segala kemarahannya pada Pas – seolah-olah segalanya berpunca daripada Pas.

Adilkah itu? Demokratikkah itu? Pas tak boleh berlainan pandangan ke di dalam Pakatan Rakyat? Tak boleh ke setuju untuk tidak setuju?

Barangkali DAP harus merenung bagaimana ia gagal memainkan peranan sebagai pendamai antara PKR dan Pas.

Satu hari nanti, mungkin DAP akan memahami apa yang perlu dilalui Pas sebagai parti apabila ada dua wakil rakyat Melayunya yang menyokong perlaksanaan hudud atas nama Islam.

Dan dua wakil rakyat DAP ini memberikan hujah bahawa mereka terpaksa membuat demikian demi kebaikan agama Islam, yang melebihi kepentingan parti, dan menegaskan mereka tidak berbuat salah.

Kemungkinan pada masa itu, DAP baru akan tersedar bahawa apa yang DAP dan PKR lakukan terhadap Pas - itulah yang seharusnya dilabel sebagai khianat – dan bukannya pada empat orang exco Pas yang merelakan diri ditohmah dan dicaci oleh para penyokong DAP dan PKR semata-mata untuk memastikan kerajaan Pakatan Rakyat terus hidup, Dun Selangor tidak dibubarkan dan melumpuhkan segala perancangan Umno untuk mengambil kesempatan pada perpecahan Pakatan Rakyat akibat Langkah Kajang PKR.

Wahai DAP, janganlah terlalu angkuh dan berlagak macam kamu sahaja yang betul dan berprinsip dalam krisis MB Selangor ini.

Seteruk-teruk kamu menghentam Pas atas isu hudud, Pas bersama Presiden dan jenteranya turun membantu kempen PRK Teluk Intan dan mengambil sikap tidak berdendam dengan kamu, dan tetap menganggap kamu sebagai rakan. Bagaimana pula kamu melayan mereka di PRK Pengkalan Kubor?

Ingatlah, bumi ini bulat. Satu hari nanti, giliran kamu pula yang berdepan dengan kegelapan, kepayahan dan kesejukan.

Thursday, September 25, 2014

Untungnya Ada PRK,,PENDUDUK PENGKALAN KUBOR DAPAT KETUHAR RUNTUH????

RAHMAT ADANYA PRK ... PENDUDUK PENGKALAN KUBOR DAPAT KETUHAR RUNTUH????



Antara gambar-gambar yang sempat dirakam berhampiran Rumah UMNO Pahang di UPU Ketil, P.Kubur pagi ini antara 10.30 pagi - 11.15pagi.

Dikhabarkan dengan rakam gambar sebagai saksi berbicara , puluhan penunggang motosikal membawa ketuhar jenama Pensonic. Tidak mungkin semuanya membeli item dan jenama yang sama serentak.

Murah hati sungguh siapa yang mengagihkan ketuhar-ketuhar ini ek???? Kredit Omakau

KICAP KELUARAN KHAS UNTUK WARGA ANGKATAN TENTERA KITA, GUNA BOTOL KITAR SEMULA CARLSBERG TERSEBAR

KICAP KELUARAN KHAS UNTUK WARGA NEGARA ANGKATAN TENTERA KITA, GUNA BOTOL KITAR SEMULA CARLSBERG TERSEBAR DI ALAM MAYA.


Gambar kicap jenama Sofia keluaran khas untuk warga Angkatan Tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula dari botol minuman berasaskan arak Carlsberg mulai tersebar.

Menerusi applikasi laman sosial Whatsapp, kini tersebar sekeping foto yang mendakwa botol kicap khas untuk kegunaan warga angkatan tentera Malaysia menggunakan botol kitar semula daripada arak jenama terkemuka iaitu Carlsberg.

Jika apa yang dipaparkan ini perkara ini benar, rata-rata pengguna meluahkan rasa kecewa kerana pengilang langsung tidak menjaga aspek halal dalam proses pengeluaran kicap berkenaan.Tq Omakkau

Siapa Dia Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya

Apek Ini Hanya Naik MRT, Berpakain Seperti Biasa Sehingga Sebuah Akhbar Dedahkan Identitinya


APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat. Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah. Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim? 



Wednesday, September 24, 2014

HARI PERTAMA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR, YAB AZMIN ALI TIBA DI SUK SEBAGAI MB.

HARI PERTAMA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR, YAB AZMIN ALI TIBA DI SUK SEBAGAI MB.



Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Mohamed Azmin Ali tiba di Bangunan SUK, di Shah Alam jam 7.45pagi tadi. Tahniah ..YB MB Selangor yang Baru

Kisah Benar ! Mayat Bersila Dan Baca Surah Yasin Di Makkah


Kisah Benar ! Mayat Bersila Dan Baca Surah Yasin Di Makkah





Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser, penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Peristiwa ini berlaku pada suatu hari di musim haji yang lalu, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim hajiMakam tersebut terletak di Ma’la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Makkah.
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al-Quran, dan Al-Quran tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kafan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan, dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah. Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ. Sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya

Tuesday, September 23, 2014

EMMA MAERSK : Antara Kapal Yang Terbesar Di Atas Lautan ..

EMMA MAERSK – The Biggest on the Sea


The Emma Maersk is a true marine engineering marvel. The world largest container ship, longest ship currently in service and is propelled by the largest diesel engine ever manufactured. She is bigger than any aircraft carrier and manages to carry 15000 containers with only a crew of 13! She was designed for High Sea travels only and unable to negotiate the Suez or Panama canals. Her Command Bridge is located at 10-floors building height. She has a top speed of 55.8 km/h and will take her about 4 days to reach Asia from US. Below are the photos of the biggest man-made vehicle on the sea.
Longest Ship
Emma Maersk ship 1
Emma Maersk ship 2
Emma Maersk ship 3
Emma Maersk ship 4
Emma Maersk ship 5
Emma Maersk ship 6
Emma Maersk ship 7
Emma Maersk ship 8
Emma Maersk ship 9
Biggest Ship 1
Biggest Ship 2
Biggest Ship 3
Biggest Engine 1
Biggest Engine 2

Inilah Lapangan Terbang Paling Mencabar Sekali Di Dunia

Inilah Lapangan Terbang Paling Mencabar Sekali Di Dunia

Inilah Lapangan Terbang Paling Mencabar Sekali Di Dunia | Lapangan Terbang Gisborne adalah sebuah lapangan terbang kecil serantau yang terletak di pinggir barat Gisborne, Pantai Timur Pulau Utara New Zealand. Om-fabulous difahamkan lapangan terbang ini adalah salah satu daripada beberapa lapangan terbang di dunia yang mempunyai landasan keretapi bersilang landasan. Lapangan Terbang Gisborne yang meliputi tanah seluas 160 hektar mempunyai tiga landasan rumput dan satu landasan utama yang bersilang oleh Palmerston North - Gisborne Railway Line. 



Di Gisborne, di sisi lain, fungsi-fungsi laluan kereta api aktif dan begitu juga lapangan terbang setiap hari antara 6:30 pagi dan 8:30 pada waktu malam. Selepas itu, landasan itu ditutup sehingga pagi. Landasan keretapi berpecah hampir di tengah-tengah dan sangat sering kereta api atau pesawat berhenti sehingga salah satu daripada mereka bergerak. Ia merupakan satu tugas yang amat mencabar bagi pihak berkuasa lapangan terbang untuk menguruskan pendaratan di landasan silang di sepanjang laluan kereta api operasi yang telah dijadualkan berlepas dan ketibaan. 



Lapangan terbang ini adalah pautan utama untuk memasuki rantau kecil Gisborne dan menjadi tuan rumah lebih daripada 60 penerbangan domestik. Lebih daripada 150,0000 penumpang terbang melalui lapangan terbang ini setiap tahun

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung