Nuffnang

Friday, March 30, 2018

Huh Tedia !!! Suspek Rogol 'Diarak' Tanpa Seurat Benan





NEW DELHI: Dua lelaki yang didakwa memperkosa remaja berusia 17 tahun diarak dalam keadaan bogel dengan kedua tangan mereka terikat di belakang.
Perhatian masyarakat setempat tertumpu kepada kedua-dua lelaki itu apabila mereka juga ditampar dalam kalangan penduduk wanita.
Mereka dipaksa berjalan di sepanjang Jalan Yingkiong di timur laut India tanpa seurat benang sebelum diserahkan kepada polis.
"Orang awam yang berang dengan kedua-dua lelaki tersebut bertindak 'menghukum' mereka," kata Timbalan Inspektor Jeneral, John Neihlaia.
Menurutnya, mangsa bersetuju untuk keluar bersama salah seorang suspek selepas mengenalinya di media sosial.
"Dia dirogol oleh lelaki tersebut bersama tiga rakannya. Mangsa kemudiannya dihantar pulang pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) dan dia melaporkan perkara itu kepada polis pada keesokan harinya.
"Ahli keluarga dan jiran remaja perempuan itu bagaimanapun bertindak awal menangkap kedua-dua lelaki terbabit. Kami masih memburu dua lagi suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an," ujarnya.
Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan 'hukuman' seperti itu ke atas perogol sebelum ini.
Februari lalu, seorang lelaki yang memperkosa budak perempuan berumur lapan tahun turut diarak di sepanjang bandar Daporijo. - Daily Mail

Tuesday, March 27, 2018

Tediaa...Salji ‘oren’ landa Timur Eropah

  Salji ‘oren’ landa Timur Eropah

Salji ‘oren’ kali ini adalah yang paling terang.
  MOSCOW - RUSIA.  Femomena salji ‘oren’ yang melanda kawasan Timur Eropah menjadikan landskap pergunungan di Ukraine, Rusia, Bulgaria dan Romania seolah - olah permukaan planet Marikh.
Laporan BBC mengatakan, fenomena itu terjadi apabila ribut pasir yang melanda Gurun Sahara menerbangkan partikel halus pasir ke atmosfera lalu tersebar ke serata dunia sebelum bercampur dengan hujan dan salji.
Pakar meteorologi Britain, Steven Keates memberitahu, fenomena berkenaan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.
“Apabila pasir dibawa naik ke tahap paling atas atmosfera ia kemudiannya disebarkan ke lokasi lain.
“Daripada imej satelit menunjukkan banyak pasir dan debu di atmosfera bergerak menuju ke Mediterranean,” katanya.
Menurut beliau salji ‘oren’ kali ini adalah yang paling terang berbanding salji sebelumnya di Siberia pada 2007.
Pelancong yang teruja melihat salji ‘oren’ tersebut memuat naik gambar mereka di laman sosial bermain ski di kawasan pergunungan di Timur Eropah.
Rata-rata pengguna media sosial menyamakan pemandangan itu seperti berada di planet Marikh. - Agensi

Monday, March 26, 2018

Huh Dahsyattt Tediaa .. 'Pembuat sup' kejam


 'Pembuat sup' kejam
El Pozolero turut digelar ‘The Soup Maker’ (Pembuat Sup) dek kerana cara pembunuhannya yang kejam. - Foto Daily Star
MEXICO CITY - MEXICO. Polis menemui sisa mayat sekurang-kurangnya 240 orang yang dipercayai dibunuh pembunuh upahan yang menggunakan asid untuk melarutkan mangsanya di dalam tong sebelum membuangnya ke dalam kubur besar.
Pembunuhan kejam itu dilakukan Santiago Meza Lopez atau dikenali sebagai El Pozolero yang bekerja untuk kartel dadah Sinaloa di Mexico.
El Pozolero turut digelar ‘The Soup Maker’ (Pembuat Sup) dek kerana cara pembunuhannya yang kejam itu.
Siasatan mendapati kemungkinan terdapat 650 mangsa ditanam di sekitar kawasan dikenali The Chicken Coop yang terletak di Tijuana.
Menurut Daily Mail, Lopez ditahan pada 2009 selepas disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan sekurang-kurangnya 300 orang tetapi sehingga kini masih menunggu hukuman dijatuhkan. - Dailymail

Tuesday, March 20, 2018

Tediaa !!! Terjun “Bukan Tidak Boleh, Terjun Tetapi…”




Aksi seorang bapa melakukan terjunan tali hayun bersama anak lelakinya tular sejak dimuat naik pada Sabtu. - Instagram


PETALING JAYA: Aktiviti ekstrem terjunan rope swing atau tali hayun yang ditawarkan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor terpaksa dihentikan sementara berikutan dua video berasingan melibatkan pasangan anak beranak melakukan sukan lasak itu tular sejak Sabtu.
Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat di Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Nurulhuda Ahmad Khairuddin berkata, pihaknya terpaksa meminta operator sukan lasak tersebut untuk menghentikan aktiviti tali hayun itu sehingga ia mendapat kelulusan rasmi semua agensi berkaitan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Bawa Anak 2 Tahun Terjun Tali Hayun, Netizen Yang Kecut Perut
"Bukan aktiviti itu tidak boleh dijalankan, cuma perlu dapat kelulusan daripada semua agensi yang terlibat bagi memastikan ia betul-betul selamat untuk orang awam.
"Pihak kami telah selesai mengatur perjumpaan antara syarikat tersebut dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) dan sedang dalam proses mengumpul segala dokumen yang berkaitan untuk kelulusan aktiviti itu," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Jelasnya lagi, isu mengenai kelulusan sukan lasak itu juga akan dibawa untuk perhatian pentadbiran di peringkat negeri pada April ini.
"Pihak kami prihatin dengan faktor keselamatan dan memastikan setiap penerjun mengambil insurans yang disediakan pihak operator.
Sebelum ini, mStar Online pada Ahad melaporkan, dua rakaman video yang masing-masing menunjukkan seorang bapa dan anaknya melakukan aksi tali hayun pada ketinggian 60 meter dari paras sungai.
Video pertama menunjukkan aksi berani bekas pemenang bintang realiti, Fear Factor Malaysia dan anak perempuannya berusia lebih dua tahun melakukan terjunan membuatkan netizen lemah lutut dan ada yang meremang melihatnya.
Sementara itu, dalam sebuah lagi video menunjukkan seorang lagi bapa turut melakukan aktiviti tersebut bersama anak lelakinya di lokasi yang sama, tapi pada masa berlainan.

Tags / Kata Kunci:

Monday, March 19, 2018

Huh Tedia !!! Bapa Bawa Anak 2 Tahun Terjun Tali Hayun, Netizen Yang Kecut Perut Baca

/

Paparan skrin daripada Instagram Mat Redho.


PETALING JAYA: Aktiviti ekstrem terjunan rope swing atau tali hayun yang biasanya dilakukan orang dewasa kini bagai sudah 'menjangkiti' kanak-kanak apabila mereka turut teruja melakukan aksi tersebut.
Tarikan terkini aktiviti itu di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor tular gara-gara dua video yang menunjukkan seorang bapa dan anak kecil mereka melakukan aksi tali hayun itu.
Video pertama yang menunjukkan aksi berani bekas pemenang bintang realiti, Fear Factor Malaysia dan anak perempuannya berusia lebih dua tahun membuat terjunan membuatkan netizen lemah lutut dan ada yang meremang melihatnya.
Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho memuat naik video pengalamannya melakukan terjunan bersama anak sulungnya, Mecca Mikaela pada ketinggian 60 meter di sebuah jambatan mendapat perhatian netizen yang kagum dengan keberanian kanak-kanak itu.
Pengguna Instagram, @lea.olixz berkata: "Steady Mecca, Terkejut pada awalnya ingatkan tidak pakai peralatan keselamatan. Bergetar lutut melihatnya."
Sementara seorang lagi netizen, @marissa_ayuni_halim berkata: "Aku pula yang meremang."

Netizen mengagumi keberanian kanak-kanak berusia dua tahun itu kerana mencuba aktiviti tali hayun.
Bagi mengelak daripada berlaku kekeliruan, Mat Redho menjelaskan pada ruang kapsyen bahawa anaknya sendiri yang meminta untuk melakukan aktiviti tali hayun itu dan dia tidak pernah memaksa.
"Mecca sangat enjoy dengan terjunan pertama dan mahu lakukan sekali lagi tapi bapanya (Mat Redho) yang cuak.
"Mecca memakai safety harness (abah-abah keselamatan) yang lengkap. Restas Adventures adalah penganjur tali hayun yang bertauliah," ujarnya.
Dalam video berasingan, seorang lagi bapa turut melakukan aktiviti tersebut bersama anak lelakinya di lokasi yang sama.
Sementara itu, pengasas Restas Adventures, Mohd Shafiq Azmi, 31, berkata, Mat Redho telah pun mengisi borang indemniti (lepas tanggung) sebelum melakukan aktiviti itu bersama anaknya pada pagi Sabtu.

Mohd Shafiq memiliki 10 tahun pengalaman menjadi juru pandu alam sekitar.
"Aktiviti yang dilakukan oleh Mat Redho adalah selamat kerana ia sudahpun dinilai oleh beberapa agensi yang berkaitan dan ahli arbor bagi memastikan pokok yang ditambat benar-benar selamat digunakan.
"Tiada had umur dalam melakukan aktiviti ini, namun kami menetapkan berat minimum adalah 40 kilogram (kg) dan maksimum pula 120kg untuk seorang individu atau dengan pasangan," katanya kepada mStar Online.
Kata lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur itu, video tersebut tular sekelip mata mungkin kerana aktiviti tali hayun itu baru diperkenalkan di negara ini, tetapi ia sudah ditawarkan di beberapa negara seperti New Zealand dan Nepal.
Harga pengenalan bagi satu hayunan adalah RM250, tetapi bernilai hanya RM300 untuk dua kali hayunan.



Thursday, March 15, 2018

Kesihan ...Uji Rashid Diarahkan Keluar Rumah, Gagal Bayar Sewa


Uji Rashid Diarahkan Keluar Rumah, Gagal Bayar Sewa

Noh Omar (tengah) bersama Uji Rashid yang ditemani anak dan cucunya ketika membuat permohonan memohon rumah PPR. FOTO: Facebook Noh Omar.

PETALING  JAYA: Primadona Uji Rashid melalui detik yang sukar ketika ini apabila telah diarah mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang dekat sini dipercayai gagal membayar sewa.
Berita sedih itu dikongsi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar apabila penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico, 39, dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Noh berkata, disebabkan permohonan artis  itu menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas untuk Uji dan keluarga mendiami rumah berkenaan.


image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/14/uji-rashid-usir/~/media/62633aba0f6443d485050c22c811cb27.ashx?la=en
Uji Rashid
Uji Rashid
“Sempat berbual dengan penyanyi veteren yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.
“Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.
“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya seperti dikongsi dalam Facebook miliknya pada Rabu.
Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid yang popular pada era 1980-an difahamkan telah beberapa kali membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan namun semuanya tidak berjaya.
Selain kementerian berkenaan, sumber memberitahu mStar Online pelakon itu juga pernah memohon sumbangan  daripada Kementeriam Kewangan namun ia turut gagal.
Uji yang merupakan ibu tunggal bergantung sepenuhnya perbelanjaan kepada kerjaya seninya.

Wednesday, March 14, 2018

Huh Dahsyatt !!! Lelaki kerat isteri 'syaitan'


Lelaki kerat isteri 'syaitan'
Orlando Estrera (kanan) bersama Ketua Superintendan Guillermo Eleazar, ketika temubual pada 12 Mac 2018. - Foto: Philippine Daily Inquirer
 
QUEZON CITY -  Seorang lelaki membunuh dan mengerat anggota badan isterinya kerana percaya wanita itu adalah syaitan.
Orlando Estrera, 43, turut menyiat kulit muka, mengorek biji mata serta memakan sebahagian otak isterinya setelah menghentak kepala wanita itu dengan tukul.
Estrera percaya isterinya Heidi, adalah syaitan yang mesti dibunuh untuk menyelamatkan semua orang.
Lelaki itu juga tergamak membelah perut isterinya kerana mengesyaki wanita itu mengandungkan anak syaitan.
"Suspek akan menjalani pemeriksaan psikologi dan psikiatri bagi menentukan tahap mentalnya," kata Ketua Superintendan Guillermo Eleazar, Pengarah Polis Kota Quezon (QCPD) yang menambah bahawa Estrera menghadapi tuduhan membunuh ahli keluarga.
"Estrera tidak memperlihatkan sebarang penyesalan dan dia amat berbahaya kepada masyarakat," tambah Eleazar. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Tuesday, March 13, 2018

Fuh Tediaaa !!! Wanita Saman RM5.86 Juta Terkena Payudara Mak Nyah



Seorang wanita menyaman restoran Hamburger Mary dan mendakwa dia cedera teruk dalam persembahan oleh seorang ratu mak nyah. (Imej Google Earth)

SEORANG wanita di Florida, Amerika Syarikat menyaman sebuah restoran di Tampa AS$1.5 juta (RM5.86 juta) selepas mendakwa dia cedera akibat terkena payudara seorang mak nyah ketika sedang menikmati makan malam pada 2015.
Neldin Molina berkata, dia berada di Hamburger Mary's du Tampa pada 30 Mei 2015 kerana menyambut ulang tahun kelahiran rakannya sewaktu kemalangan itu berlaku, lapor Fox 4 Now.
Katanya, dia pertama kali makan malam di restoran tersebut.
Molina mendakwa dia sedang makan ketika insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 8.45 malam, alunan muzik pun bermula dan pelanggan turut bertepuk tangan selepas pengumuman persembahan ratu mak nyah dibuat.
Menurut laporan Orlando Sentinel, restoran berkenaan cukup popular dengan persembahan mak nyah.
Selepas beberapa ketika, Molina mendakwa penghibur, Amanda D'Hod datang ke mejanya, tetapi Molina mengendahkan D'Hod.
Kemudian, penari tersebut berpatah balik, 'menyambar' kepalanya dan 'mengoyang-goyangkan' payudaranya ke wajah dan kepala plaintif sebanyak lapan kali.
Selepas insiden itu, Molina membuat aduan kepada pengurus restoran mendakwa dia mengalami sakit yang 'mengazabkan'.
Dia juga mendakwa telah pergi ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan sakit kepala tidak boleh kawal dan kesakitan serviks yang teruk.
Jumlah saman yang dikemukakan itu adalah bagi membiayai kos perubatan lampau, semasa dan akan datang, termasuk kesakitan yang dialami secara fizikal dan mental yang terpaksa dilaluinya.
Aduan tersebut turut mendakwa pihak restoran gagal memaklumkan kepada pelanggan mereka tentang risiko bahaya yang mungkin dihadapi ketika makan di restoran berkenaan. - Foxnews

Monday, March 12, 2018

Fuh ,, Tedia : Fathia Latiff Mengaku Buat Silap, Mohon Padam Video Tarian Di Bigo


Fathia Latiff Mengaku Buat Silap, Mohon Padam Video Tarian Di Bigo


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/12/fathia-padam-bigo/#UMgCxuKAJ73m0mEt.99

PELAKON Fathia Latiff meminta mana-mana pihak yang pernah memuat naik video tariannya di laman Bigo sebelum ini agar memadam rakaman tersebut.
Fathia, 30, berkata, dia tidak mahu lagi mengenang kesilapan lalunya dan berharap mereka yang telah memuat naik video memalukan itu di laman sosial menurunkan semula video tersebut.
"Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.
"Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube.

"Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna," katanya kepada mStar Online.

Kesilapan lalu membuatkan dirinya menjadi lebih baik.
Fathia ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik 2018 yang berlangsung di ibu negara pada malam Sabtu lalu.
Dalam majlis tersebut, Fathia turut menerima anugerah untuk kategori Growing Bussiness of The Year.
Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose ini tidak mahu lagi mengenang kesilapan lalu dan terus bergerak ke hadapan dalam memajukan karier seninya.
Ujar Fathia, dia tidak mahu terus dibayangi kisah lalu dan mahu berubah menjadi seorang individu yang lebih baik selepas ini.

Fathia mahu fokus dengan karier lakonan dan nyanyian.
"Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang.
"Saya pun dah tak larat nak cakap tentang isu lama dan tak mahu kes itu membuatkan saya makin tenggelam.
"Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi," katanya.
Dalam perkembangan yang lain, Fathia bakal muncul dengan single baharu dan bakal memulakan penggambaran untuk drama tidak lama lagi.
Sebelum ini nama Fathia hangat dalam kalangan netizen apabila pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial


Friday, March 9, 2018

Huh Dahsyatt !!! Tular Penduduk Kampung Mandikan Pasangan Kekasih Dengan Air Kumbahan



Tular Penduduk Kampung Mandikan Pasangan Kekasih Dengan Air Kumbahan


MEDIA sosial sekali lagi gempar dengan hukuman yang dikenakan oleh orang ramai terhadap pasangan muda yang sedang berdua-duaan.
Dalam kejadian di Ingin Jaya, Aceh Besar, 'hukuman' itu dijatuhkan selepas pasangan berkenaan ditangkap sedang berdua-duaan di sebuah rumah.
Berdasarkan posting video yang tular, cecair hitam pekat yang digunakan untuk 'memandikan' pasangan muda tersebut adalah air kumbahan mentah.

Ketua Polis Ingin Jaya Nazarul Fitra mengesahkan kejadian itu berlaku di kampung Kayee Lee, petang Isnin selepas sekumpulan pemuda menyerbu rumah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikenal pasti sebagai Ar dan mendapati teman wanitanya yang dikenali sebagai H, 18 tahun, turut berada di dalam rumah tersebut.
"Rumah itu memang rumah Ar. Tetapi tidak begitu jelas apa yang mereka lakukan di rumah itu," kata Nazarul kepada portal berita Aceh, beritakini.co .

Apa yang jelas adalah apa yang berlaku selepas itu, yang mana pasangan terbabit dipaksa keluar dari rumah dan mereka dimalukan di khalayak ramai dengan dimandikan dengan air kumbahan, seperti yang dapat dilihat dalam video.
Nazarul berkata polis segera ke tempat kejadian apabila mendapat laporan mengenai insiden itu.

Pada masa itu, pasangan tersebut telah dibenarkan membersihkan diri mereka di sungai.
Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini polis kemudian menahan pasangan tersebut.
Kes itu kemudian diserahkan kepada Polis Aceh Besar, yang menyatakan mereka masih menyiasat pasangan itu kerana mungkin melanggar undang-undang syariah berdasarkan keterangan saksi.
Bergantung kepada hasil siasatan, pasangan muda itu mungkin berdepan hukuman lain, kemungkinan besar disebat di tempat awam, yang merupakan hukuman yang biasanya dikenakan kepada pelanggar hukum syariah di Aceh.
Pada akhir Januari, polis menahan dan memotong rambut 12 wanita transgender serta memaksa mereka memakai pakaian lelaki.

Wednesday, March 7, 2018

Huh Tedia !!! Penduduk Bunuh 'Harimau Kepala Manusia', Gambar Ngeri Tular

Penduduk Bunuh 'Harimau Kepala Manusia', Gambar Ngeri Tular



SEEKOR harimau Sumatera dibunuh dengan kejam oleh penduduk Kampung Bankelang di Kabupaten Mandailing Natal, Sumatera Utara.
Pembunuhan spesies yang dilindungi dan semakin terancam itu dilaporkan didorong oleh kepercayaan tahyul penduduk kampung.
Menurut pihak berkuasa, penduduk di Bankelang mengalami masalah dengan kehadiran harimau di kawasan itu, dengan khabar angin menyatakan harimau itu sebenarnya seekor harimau jadian dengan kepala manusia.
Dua minggu yang lalu, seorang penduduk kampung masuk ke hutan untuk mengesahkan khabar angin itu, yang mana dia kemudian cedera parah selepas digigit harimau tersebut.
Kemudian, pagi Isnin, harimau itu dilihat sedang tidur di bawah kolong sebuah rumah penduduk kampung berkenaan.
Penduduk kampung kemudian membunuh harimau itu sebelum ia ditembak oleh polis tempatan.
"Pegawai Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) Sumatera Utara sudah seminggu berada di Desa Bangkelang melakukan pemantauan.
"Petugas sudah berupaya menghalau harimau itu masuk ke perkampungan serta melarang penduduk membunuhnya. Namun ia tidak diendahkan," kata Ketua BBKSDA Sumatera Utara, Hotmauli Sianturi memetik Tempo.

Bedah siasat dilakukan. -foto Mongabay Indonesia
Penduduk kampung kemudian mengangkat bangkai harimau, menggantungnya di tiang di bawah siling balai awam kampung untuk dipamerkan kepada penduduk kampung.
Gambar mengerikan itu tular di media sosial.
BBSKDA menghubungi polis wilayah untuk membantu memastikan bangkai harimau tidak diapa-apakan dan untuk tujuan bedah siasat.
Mereka menyatakan bahawa beberapa organ harimau itu hilang.
Tiada tangkapan telah dibuat setakat ini. Di bawah undang-undang Indonesia, membunuh spesies yang dilindungi boleh dihukum hingga lima tahun penjara.
Harimau Sumatera dianggap sangat terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam, dengan hanya 400 hingga 500 ekor masih hidup. -coconuts

Huh Dahsyatt !!! Jiran Atas Rumah Buat Bising Kena Saman RM539,867


Jiran Atas Rumah Buat Bising Kena Saman RM539,867


Servanaz (kanan) berjaya memenangi kes saman ke atas Sarah (kiri) atas dakwaan melakukan bunyi bising. - Paul Keogh

SEORANG pegawai bank kaya yang menyaman jiran di tingkat atas kediamannya gara-gara bunyi bising yang dibuat oleh anak jirannya itu berjaya memenangi £100,000 (RM539,867).
Sarvenaz Fouladi, 38, mendakwa dia diganggu dengan bunyi bising berterusan dari rumah keluarga Sarah dan Ahmed El Kerrami yang terletak di atas kediaman mewahnya di barat London.
Wanita itu mendakwa anak-anak jiran berkenaan memperlakukan rumah mereka seperti taman permainan, termasuk berlair di atas lantai kayu selama berjam-jam.
Kediaman Sarvenaz di Kensington itu dianggarkan bernilai £2.6 juta (RM14.04 juta).
Bunyi bising itu didakwa telah merosakkan ketenteraman pada siang hari dan bersambung sehingga ke waktu malam, kata Sarvenaz.
Sarvenaz yang tinggal bersama ibunya menyaman pasangan suami isteri itu berjaya mendapatkan wang pampasan pada Isnin.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/03/06/saman-jiran-buat-bising/~/media/9ed6a8cff5fd404281ccc8a40a838a0f.ashx?la=en
Contoh rumah agam yang terdapat di High Kensinton Street. - Business Insider US
Hakim Nicholas Parfitt berkata, bunyi bising yang berlaku setiap hari itu menyebabkan masalah di blok rumah agam di High Street Kensington.
Namun, beliau menambah, El Kerramis sepatutnya memasang karpet di atas lantai kayu di ruang tamu rumah mereka.
"Saya dapati bunyi bising itu juga disebabkan oleh majlis yang dianjurkan sehingga lewat malam, termasuk bunyi nyanyian dan dram.
"Kesan bunyi bising itu amat kuat dan mengganggu orang lain," katanya.
Servanaz mengadu bunyi alat pemanas air, peti sejuk dan titisan air di rumah jirannya itu mula mengganggu waktu tidurnya dan waktu berehat pada siang hari.
Mereka telah hidup berjiran sejak 2010. - Mirror UK

Tuesday, March 6, 2018

Tediiaa !!! Kecoh Aktivis Separuh Bogel 'Beraksi' Depan Bekas PM Ital

Kecoh Aktivis Separuh Bogel 'Beraksi' Depan Bekas PM Itali




Seorang aktivis wanita tampil separuh bogel di hadapan Berlusconi. Foto WENN.com

SEORANG aktivis mencetuskan kekecohan apabila tampil separuh bogel di hadapan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi semasa mahu mengundi pada pilihan raya negara itu.
Ketika itu, Berlusconi baru masuk ke sebuah pusat mengundi dan wanita itu secara tiba-tiba melompat ke atas sebuah meja di hadapannya.
Pada badan wanita separuh bogel dicat dengan perkataan bantahan "Berlusconi, waktu anda dah berakhir.".
Di belakang badannya pula tertera perkataan Femen, nama sebuah kumpulan feminis radikal dari Ukraine.
Berlusconi yang terkejut dengan aksi wanita itu terus dibawa keluar oleh pengawal keselamatan.
Wanita kemudiannya berdiri memperagakan diri dan membiarkan sekumpulan jurugambar mengambil gambarnya sebelum dia dibawa keluar.
Ahli politik berusia 81 tahun itu menjadi perdana menteri Itali dari 2008 sehingga 2011.
Beliau sebelum ini meraih perhatian kerana kontroversi parti liar dan skandal seks serta sabitan kes penipuan cukai. - Mirror UK

Monday, March 5, 2018

Huh Tediaa...Terkejut Tambang Uber Lebih RM6,000, Penumpang Ini Tetap Beri Pemandu 5 Bintang

Terkejut Tambang Uber Lebih RM6,000, Penumpang Ini Tetap Beri Pemandu 5 Bintang


Kenny Bachman (kiri), -fotoBBC

SEORANG pengguna Uber terkejut dengan kadar tambang AS$1,635 (RM6,426) yang perlu dibayarnya setelah dia tertidur dan memulakan perjalanan sejauh 300 batu di tiga negeri.
Kenny Bachman membuat perjalanan tersebut dalam keadaan mabuk selepas keluar bersama rakan-rakannya di sebuah kelab di Morgantown, West Virginia.
Dia memutuskan untuk mendapatkan Uber bagi membawanya pulang ke kediaman rakannya, berhampiran kampus Universiti West Virginia yang terletak tidak jauh dari kelab dan sebaik sahaja masuk ke dalam kenderaan itu, dia terus tidak sedarkan diri.
Kira-kira lima jam kemudian, dia terjaga dan mendapati pemandu Uber telah membawanya ke rumahnya di Gloucester County, New Jersey, yang jaraknya lebih dari 300 batu.
Bachman tidak dapat mengingati tentang tempahan Uber yang dibuatnya.
Membuatkan situasi lebih teruk, dia telah menempah UberXL, yang boleh menampung hingga enam penumpang dan sudah pasti lebih mahal berbanding Uber bersaiz biasa.

"Selepas itu, saya betul-betul tak sedar apa-apa," Bachman memberitahu NJ Advance Media.
"Bila perjalanan itu berakhir dan saya tengok jumlahnya sebanyak itu saya hanya kata 'ini gila'."
Tambangnya berjumlah AS$1,635.93 (RM6,426), meliputi tambang dasar, yuran tempahan, bayaran jarak dan bayaran masa.
Kadarnya melonjak berganda-ganda kecuali bayaran tempahan, menurut NJ.com.
"Jelas sekali saya menghantar Uber...Saya tak tahu ke mana," katanya.
Dia juga mengesyaki pemandu Uber menggunakan telefonnya dan memberitahu dia juga perlu membayar duit tol kepada pemandu Uber untuk perjalanan pulang.
Bachman berkata dia telah membuat bantahan terhadap tambang Uber itu, menyatakan bahawa dia tidak pernah memasukkan alamat rumahnya sebagai destinasi, tetapi tidak berjaya.
Walau bagaimanapun, dia nampaknya masih memberi penarafan lima bintang kepada pemandu tersebut. -SkyNews

Friday, March 2, 2018

Huh Tediaa !! 031 Tular Lelaki Buat Seks Dengan Motosikal

/

SEBUAH klip video yang dirakamkan dari kamera litar tertutup muncul, menunjukkan seorang lelaki melakukan aksi sedang mengadakan hubungan seks dengan motosikal.
Video ini menunjukkan lelaki tersebut yang sedang berada di sebuah ruang, kelihatan seperti bilik pameran motosikal, duduk di atas sebuah motosikal dengan seluarnya dibuka.
Klip menjijikkan ini menunjukkan lelaki berkenaan membuka seluarnya beberapa kali.

Barangkali terdengar bunyi bising di bilik sebelah, dia dengan cepat berdiri dan memakai seluarnya semula.
Tetapi sebaik sahaja menyedari dia bersendirian, dia meneruskan perbuatan anehnya itu.
Bagaimanapun netizen melihat rakaman ini sebagai melucukan dengan ada yang menulis: "Namanya Sue Zuki".
Video ini telah dilihat 55,000 kali sejak ia dimuat naik ke laman video tular Live Leak lebih 24 jam yang lalu. -MirrorUK



Thursday, March 1, 2018

Fuhh Tediaaa !! Turban BeLofa 'Sold Out'

Turban BeLofa ‘Sold Out
Neelofa

BIARPUN usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa Mohd Noor dilanda kontroversi hebat sejak Isnin lalu, jualan koleksi tudung turban terbarunya, BeLofa dilaporkan habis terjual dalam tempoh 24 jam.
Kesemua 45 warna, yang dijual secara atas talian pada harga RM73 bagi semenanjung Malaysia, RM75 (Sabah dan Sarawak) dan SG$36 (Singapura dan Brunei), telah direkodkan sebagai ‘sold out’ di laman web Naelofar Hijab.
Situasi ini secara tidak langsung menggambarkan apa pun kontroversi yang melanda, ia sedikitpun tidak menjejaskan jualan koleksi terbaru ini, malah ramai yang berasa kecewa kerana tidak sempat mendapatkan turban BeLofa.
Dalam pada itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal memaklumkan ‘Be Lofa Turban’ telah habis terjual dalam tempoh dua minit selepas koleksi terbaru itu diperkenalkan.
“Ini team pos online. Alhamdulillah online turban dan shawl sold out! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima turban shawl yang dibeli online hari ni,” tulisnya pada Insta Story.
Bagaimanapun, Neelofa sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung jualan koleksi terbarunya itu.
Pun begitu, pada Selasa Neelofa telah memuat naik gambar ketika ketika majlis pelancaran koleksi ini dengan Instagram beserta  kapsyen, "Thank you Malaysia".
Terdahulu sebelum itu, Neelofa menerima kecaman hebat daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya melancarkan koleksi terbaru tudung BeLofa dari jenama Neelofar Hijab di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota, pada Isnin.
Dan hari ini Naelofar Hijab telah membuat permohonan maaf.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung