Nuffnang

Tuesday, October 31, 2017

Masyallah !!! Ustaz Haslin Baharim dilarang masuk Singapura

Ustaz Haslin Baharim dilarang masuk Singapura

Ustaz Haslin Baharim
(Ubah saiz teks)
SINGAPURA - Kementerian Dalam Negeri SIngapura (MHA) tidak akan membenarkan Ustaz Haslin Baharim untuk memasuki republik ini.
Seorang lagi yang tidak dibenarkan ialah Ismail Menk.
Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Dalam kenyataan  di laman Webnya, MHA berkata telah datang ke pengetahuan kerajaan, mereka terlibat berceramah di atas kapal kruis yang berlepas dan berakhir di Singapura dari 25 hingga 29 November lalu.
Ismail Menk dan Haslin sebelum ini ditolak permohonan Pas Kerja Pelbagai mereka bagi berceramah di Singapura, katanya.
Menurut kementerian itu, Ismail Menk diketahui berceramah ajaran yang memisah dan memecah  belah.
“Sebagai contoh, beliau berceramah bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali, yang secara ringkas orang Islam tidak dibenarkan mengucapkan perasaan gembira semasa perayaan agama orang bukan Islam,” katanya.
Haslin pula telah melahirkan pandangan yang menggalakkan ketidakharmonian antara orang Islam dan bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai ‘menyeleweng’.
Pandangan  memecah belah seperti itu menyemai amalan tidak bertoleransi dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian dan menyebabkan masyarakat  berpecah, kata kementerian tersebut.
MFA berkata kedua-duanya tidak boleh diterima  dalam  konteks masyarakat berbagai bangsa dan agama Singapura. –Bernama

Monday, October 30, 2017

Sedih !!! Nabil hilang kereta Toyota Vellfire

 

Nabil hilang kereta Toyota Vellfire



Nabil Ahmad

SELEBRIT popular, Nabil Ahmad mendedahkan dia kehilangan kereta jenis Toyota Vellfire warna putih, kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Menurut Nabil yang ditemui pada program Gegar Vaganza musim keempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil berkata, kejadian itu berlaku ketika dia menghadiri acara konsert anjuran tadika anaknya, Nayra Mikayla.
"Saya ke lokasi konsert di Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 1 petang dan sebaik keluar semula ke tempat saya meletakkan kereta pada jam 2.30 petang, kereta saya tiada.
"Mula-mula saya ingat salah letak, tapi bila sudah puas mencari saya tahu ia telah hilang. Jadi saya terus buat laporan di balai polis TTDI," ujarnya ringkas.
Tiga tahun lalu, Nabil pernah ditimpa malang apabila kereta Mitsubishi Lancer dipecah oleh penyamun dan mengalami kerugian.

Friday, October 27, 2017

Plaza Tol Ipoh Roboh Ditiup Angin Kencang


Plaza Tol Ipoh Roboh Ditiup Angin Kencang
















IPOH: Angin kuat dan ribut petir menyebabkan gangguan sementara kepada aliran trafik di Plaza Tol Ipoh Selatan di Lebuhraya Utara-Selatan di sini, Khamis.
Kejadian itu menyebabkan struktur beberapa kaunter tol roboh ditiup angin dan berterabur berhampiran plaza tol.
Jurucakap Plus Bhd berkata, empat lorong di lorong utara ditutup kepada lalu lintas berikutan peristiwa yang berlaku pada pukul 5.30 petang itu.
"Dua lorong dibuka semula kira-kira 90 minit kemudian," katanya ketika dihubungi kira-kira pukul 8.15 malam Khamis sambil memaklumkan bahawa kerja pembersihan masih dijalankan.

Thursday, October 26, 2017

Perghhh !!! Seret Budak Macam Anak Patung


Seret Budak Macam Anak Patung



 
Menerusi klip video itu, wanita berkenaan berpakaian warna hitam sambil memegang beg sandang.
Namun menggunakan tangan kanannya, wanita tersebut mengheret seorang budak di belakangnya.
Joe Cain yang berkongsi video itu di laman sosial Twitter pada Selasa menegaskan bahawa rakaman dalam satu insiden yang berlaku di Liverpool itu adalah tulen.

Cain cuba memberikan penjelasan susulan segelintir orang yang menontonnya menganggap kanak-kanak yang dimaksudkan hanyalah anak patung.
Bercakap kepada Echo, Cain memberitahu dia sedang berjalan di bandar dan ternampak kanak-kanak itu terjatuh.

"Wanita itu nampak budak tersebut jatuh tetapi dia terus berjalan.
"Budak itu nampak ok tapi jujurnya sesiapa yang melihatnya pasti merasakan keadaan dia tidak baik.
"Keadaan itu sudah tentunya menarik perhatian orang, tetapi tiada sesiapa yang hendak berkata atau melakukan sesuatu," katanya. - Mail Online

Tuesday, October 24, 2017

Perghhh !!! Kemaluan sangkut dalam botol air

Kemaluan sangkut dalam botol air

11.1K
Kemaluan sangkut dalam botol air
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan botol berkenaan.

TAIPING - Niat seorang isteri ingin membantu suaminya membuang air kecil menggunakan botol air bertukar cemas apabila bahagian atas botol tersebut tersangkut pada bahagian hujung kemaluan mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, mangsa yang berusia 29 tahun adalah orang kurang upaya (OKU).
Menurutnya, botol mineral 500 mililiter itu mula tersangkut sekitar jam 10 malam tadi.
Botol yang dipercayai tersangkut pada hujung kemaluan mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa hanya ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan sekitar jam 10.30 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Hasna berkata, akibat kejadian itu, mangsa dipercayai terpaksa menahan sakit lebih 14 jam sebelum botol berkenaan berjaya dikeluarkan.
"Anggota bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11.27 pagi.
"Sebaik tiba, anggota segera bertindak memotong bahagian botol berkenaan menggunakan peralatan khas hingga berjaya.
"Kita mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan botol terbabit dan operasi ini selesai kira-kira jam 12 tengahari," katanya.

Fuh Dahsyattt : Kemalangan Maut Bas Pekerja Kilang Seramai 10 orang


PLUS Highway 3km sebelum Tol Juru hala utara.
Kemalangan berlaku sekitar jam 640 pagi ini melibatkan 2 buah bus kilang yang membawa para pekerja Plexus & Sony. 8 orang disahkan meninggal manakala 18 orang di zon merah.
Siapa ada info lanjut boleh letak di ruangan komen.
*aliran trafik lebuhraya kedua-dua arah mengalami kesesakan teruk, sila gunakan laluan alternatif. Sumber Penang Kini













Monday, October 23, 2017

Perghh !! Jururawat Lelaki Ditahan Lakukan Seks Dengan Mayat


Jururawat Lelaki Ditahan Lakukan Seks Dengan Mayat


Pembantu jururawat, Grover Macuchapi (kiri) ditahan kerana melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita di bilik mayat di hospital. Foto Facebook O ACRE NOTICIA


LA PAZ (Bolivia): Seorang lelaki warga Bolivia berusia 27 tahun ditahan kerana melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita.
Menurut laporan media, pembantu jururawat, Grover Macuchapi ditahan di Hospital de Clinicas di La Paz, selepas dikesan suami kepada wanita itu di bilik mayat.
Menurut laporan akhbar Bolivia, El Deber, suami kepada wanita itu meninggalkan mayat isterinya buat sementara waktu pada tengah malam 16 Oktober lalu untuk menyelesaikan urusan bayaran dan dokumen.
Sekembalinya ke bilik mayat, dia mendapati Macuchapi berdiri pada mayat dengan keadaan seluarnya diturunkan sehingga ke buku lali.
Wanita itu dikatakan meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.
Ketua polis Bolivia, Douglas Uzquiano dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, mayat wanita itu baru sahaja dipindahkan ke bilik mayat.
"Pembantu jururawat itu melakukan kesalahan nekrophilia (melakukan hubungan seks dengan mayat).
"Dia (suami) memukul pembantu jururawat itu sehingga pasukan keselamatan tiba," katanya. – The Straits Times/Asia News Network

Friday, October 20, 2017

Perghhh !!! ‘Kucing Berkepala Manusia’ Didakwa Ditemukan Di Malaysia?


‘Kucing Berkepala Manusia’ Didakwa Ditemukan Di Malaysia?




KHABAR angin mengenai makhluk menyerupai kucing tetapi memiliki kepala manusia yang ditemui di Pahang mendapat liputan di United Kingdom (UK).
Laporan yang diterbitkan oleh The Mirror UK itu menyatakan bahawa khabar angin tersebut disahkan palsu oleh pihak polis.
Rakaman video mengenai makhluk yang berkulit merah jambu itu dilaporkan telah direkod di negeri pantai timur tersebut.
Ia mempunyai kuku tajam pada keempat-empat kaki, dua gigi yang tajam dan rambut hitam tipis.
Ketua Polis Pahang, Datuk Rosli Abdul Rahman berkata, gambar yang tersebar itu adalah palsu.
Tambahnya: "Semakan mendapati gambar itu telah dimuat turun daripada internet sebelum dikongsikan di laman sosial, mendakwa ia ditemukan di Pahang."
"Saya harap orang awam akan berhenti menyebarkan berita mengenai penemuan itu."
Gambar-gambar tersebut dipercayai patung silikon bayi serigala yang dijual secara dalam talian.


Thursday, October 19, 2017

Perghhh !!! LHDN Nafi Pengkritik Kerajaan Adalah Pegawainya


Paparan profil individu yang didakwa merupakan kakitangan LHDN dan aktif mengkritik kerajaan di laman sosial. - Facebook

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan individu yang tular di media sosial ketika ini kerana aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan adalah pegawainya.
LHDN dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.
Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.
"Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN," katanya.
LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya dengan LHDN memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan organisasi itu. - Bernama




Tuesday, October 17, 2017

Perghhh !!! Secawan Kopi espreso Esmerelda Geisha Harga Ratusan Ringgit



Secawan Kopi Ratusan Ringgit

/




SINGAPURA: Sejenis kopi yang dihasilkan dari kawasan pergunungan di Panama dikatakan sebagai 'jarang-jarang' dan paling mahal di dunia, bakal didapati di Singapura tidak lama lagi.
Kopi tersebut ditanam pada ketinggian 1,800 meter dari paras laut di bandar Boqueta di barat Panama, sebuah negara di Amerika Tengah.

Secawan kopi espreso Esmerelda Geisha berharga S$85 (RM265).
Kopi tersebut akan dijual di dua rangkaian kopi khas The Coffee Academics di Scotts Square dan Raffles City bermula 6 November depan.
Hanya 80 cawan boleh didapati sementara stok masih ada.
Singapura bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk merasai minuman kopi tersebut.
Ia turut akan dipasarkan di Hong Kong. - The Straits Times/Asia News Network

Monday, October 16, 2017

Pergghhh !!! Tony Fernandes Kahwin Gadis Korea


Tony Fernandes Kahwin Gadis Korea


-Gambar Tony Fernandes dan Chloe yang dikongsi di media sosial dan aplikasi Whatsapp
PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Tan Sri Tony Fernandes telah mengahwini teman wanitanya dari Korea, Chloe.
Fernandes dilaporkan telah berkahwin di Cote d'Azur, Perancis, bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila perkahwinan tersebut berlangsung.
Gambar perkahwinan Fernandes bersama Chole yang berusia sekitar 20-an telah tersebar di internet apabila ia dikongsi menerusi media sosial serta di aplikasi WhatsApp.

Difahamkan, pemilik penerbangan syarikat tambang murah negara ini memutuskan untuk mengikat hubungan sebagai pasangan suami isteri selepas dua tahun bercinta dengan Chloe.
Menerusi gambar-gambar yang tersebar, Fernandes kelihatan tersenyum bahagia di samping wanita berkenaan yang bertubuh tinggi lampai di sisinya.
Antara yang dilaporkan hadir pada majlis penuh bermakna itu termasuklah keluarga dan teman rapat serta Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz

Friday, October 13, 2017

Subhanalllah !!! Mesin Tebu 'Makan' Tuan


Mesin Tebu 'Makan' Tuan

Keadaan tangan mangsa yang hampir hancur selepas tersepit dalam mesin tebu. Foto Sinar Online


GERIK: Seorang lelaki warga emas cedera parah di tangan akibat tersepit mesin tebu semasa mahu memulakan perniagaan di Bandariang di sini, petang Khamis.
Mangsa, Abdul Majid Beran, 70an, kini berada di Hospital Taiping dan difahamkan pembedahan ke atas tangannya akan dilakukan malam Khamis juga.
Anak mangsa, Nuratina Abdul Majid, 42, berkata ayahnya kini dalam keadaan baik namun agak lemah kerana menahan sakit akibat insiden itu.
Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.00 petang tadi semasa ayahnya bersiap-siap untuk memulakan perniagaan di Pasar Malam Bandariang.
“Biasanya dia memang buat kerja dengan cermat, tidak pernah buat laju-laju pun. Tadi jarinya tersepit masa masukkan tebu yang pertama.
“Masa masuk tiada apa berlaku tapi masa kepakkan tebu itu, satu jari termasuk dalam mesin, terus mesin sedut sampai pergelangan tangan.
“Teruk juga keadaan tangannya. Adik bongsu saya yang tolong buka mesin itu dan keluarkan tangan ayah kemudian terus hantar ke Hospital Gerik,” katanya kepada Sinar Harian.
Setakat pukul 9.45malam, Nuratina memaklumkan ayahnya dalam keadaan stabil dan hanya menunggu masa untuk pembedahan.
“Harapnya semua berjalan dengan baik. Kami sangat terkejut bila dengar berita ini. Doakan ayah saya selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh,” ujarnya. - Sinar Online


Thursday, October 12, 2017

Perghh !!! Wang Beckham Selepas Pencen Sukar Dipercaya! Sebulan 1 Juta Pound




David Beckham. -fotoAFP


KEBANYAKAN kita akan berasa bimbang memikirkan tentang wang pencen yang mungkin tidak cukup untuk menampung keperluan hidup selepas bersara kelak.

Tetapi kebimbangan ini mustahil difikirkan oleh bekas pemain bola sepak David Beckham!
Dia bukan sahaja masih kacak, mempunyai isteri yang cantik dan sebuah keluarga bahagia serta koleksi motosikal idaman ramai, tetapi dia juga mempunyai pakej pendapatan selepas bersara yang jumlahnya sukar dipercaya.

Beckham bersara dari arena bola sepak pada tahun 2013 ketika berusia 38 tahun, tetapi ia tidak menghalangnya daripada memperoleh pencen kira-kira £1 juta sebulan.
Semua itu diperolehinya dari syarikat hak cipta imej, Footwork Productions Ltd yang dilaporkan memperoleh £35,000 sehari untuk dirinya.

Ya, jumlah pendapatannya sehari adalah sama dengan jumlah pendapatan kita dalam setahun!
Menurut akhbar The Sun, Beckham yang kini berusia 42 tahun meraih pendapatan £12.7 juta tahun lalu selepas menandatangani perjanjian dengan H & M, Adidas dan Haig Club Whisky.
Dan jangan dilupakan tentang pendapatan tahunannya selama lima tahun yang lalu sebanyak £45 juta.

Wednesday, October 11, 2017

Perghhh !!! ‘I Memang Suka Polis Tapi...’ Tak Mengaku Pula Bukan Gambar Dia ?


Gadis yang menggunakan akaun Instagram Bebyluerena ini menafikan dirinya sebagai individu dalam gambar viral tersebut.

PETALING JAYA: Seorang gadis yang didakwa sebagai individu dalam gambar viral yang tangannya dipegang anggota polis di Segamat baru-baru ini tampil mempertahankan dirinya.
Gadis tersebut yang menggunakan akaun Instagram @bebyluerena menafikan gadis dalam gambar itu adalah dirinya.
Malah gadis berkenaan turut memuat naik gambar kontroversi itu di laman Instagramnya pada Isnin.
"I memang suka police. Tapi bang tangan tu lepaslah, saya nak balik. Actually guys. This is not me.
"Sebab ramai sangat kawan-kawan I DM (direct message), WS (WhatsApp) I, Wechat I sent this picture. And ask me “ is it me “ and sorry again she's not me. That’s all," tulisnya.
Menurut Bebyluerena, dia membuat penafian itu setelah dihubungi ramai rakan-rakannya yang ingin mengesahkan sama ada gadis dalam gambar tersebut adalah dirinya.



Gambar adegan mesra seorang anggota polis dengan wanita yang dipercayai pelacur menjadi tular di media sosial.
Malah, dalam satu posting berasingan, gadis itu menjelaskan bahawa semasa hari kejadian, dia berada di Kuala Lumpur.
"Pada hari itu, aku pula dekat KL baru lepas teman mama kursus dekat Bangi," tulisnya.
Posting gadis itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.
Ada dalam kalangan netizen mempertikaikan tindakan gadis itu memuat naik gambar tular itu di Instagramnya.
@Spoisajew berkata:"Kenapa up gambar dengan caption macam tu? Gambar tu pun tak de orang up selain kau. Kan? Sendiri cari penyakit dah kantoi habis sana sini berbelit. Hahaha kelakar.
@cikfimie berkata:"Salah awak juga sis... yang awak gi post gambar tuh kenapa? macam cari publisiti murah je. Tak pasal-pasal polis kena tindakan."
Selepas tersebarnya gambar adegan mesra itu, anggota unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat tersebut ditukarkan serta merta.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan perkara tersebut.
Menerusi gambar yang ditularkan itu, anggota polis berkenaan kelihatan memegang tangan seorang wanita yang hanya berpakaian seluar pendek dan bersinglet yang dipercayai pelacur di daerah itu pada Ahad.



Tuesday, October 10, 2017

Perghh !!! Polis 'Mesra Pelacur' Bakal Berdepan Tindakan


Polis 'Mesra Pelacur' Bakal Berdepan Tindakan




JOHOR BAHRU: Tindakan akan diambil terhadap anggota polis yang kelihatan 'mesra' dengan seorang wanita dipercayai pelacur, ketika bertugas di Segamat.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd berkata, beliau telah membaca komen-komen netizen mengenai tingkah laku anggota polis di dalam gambar yang tular itu dan tindakan sewajarnya akan dikenakan termasuk kemungkinan dibuang kerja, setelah selesai siasatan.
"Terdapat dua anggota polis di dalam kereta tersebut dan kita sedang menyiasat kedua-duanya," katanya sambil menambah bahawa kedua-dua anggota polis itu telah ditukarkan dari tugas rondaan, serta-merta.
Mohd Khalil berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan rasmi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, Selasa.
Insiden tersebut timbul sejurus selepas isu membabitkan tujuh anggota polis yang dirakamkan berada di sebuah kelab malam di Muar.
Terdahulu, sebuah video tular di Facebook didakwa menunjukkan beberapa anggota polis yang dipercayai dari unit D7 dari ibu pejabat polis daerah Muar 'berhibur' di sebuah pusat hiburan.


Monday, October 9, 2017

Perghhh !!! Budak Dirantai Pada Tong Gas Jumpa Bapa Kandung





Budak Dirantai Pada Tong Gas Jumpa Bapa Kandung


Mangsa diselamatkan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan setelah memecah masuk bahagian belakang rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 1, Kuantan.

KUANTAN: Hasrat budak lelaki berusia 10 tahun, yang dirantai pada sebuah tong gas baru-baru ini, untuk bertemu bapa kandungnya tercapai pada Ahad.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata lelaki berusia 36 tahun itu, yang menetap di Melaka, tiba di sini lewat petang tadi untuk bertemu dengan anaknya.
Sebagai menghormati hak peribadi kedua beranak itu, beliau berkata perjumpaan mereka diadakan secara tertutup.
"Bapa kandung kanak-kanak itu kemudian menyatakan kesediaannya menjaga anaknya selepas ini. Mangsa juga menangis kerana ingin mengikut ayahnya pulang ke Melaka.

Shahaniza (kiri) menziarahi kanak-kanak berusia 10 tahun yang kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Sabtu.
"Namun, saya menjelaskan bahawa perkara itu akan ditentukan oleh mahkamah selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selesai membuat laporan," katanya di sini, Ahad.
Shahaniza memberitahu budak lelaki itu akan diletakkan di bawah jagaan JKM sehingga isu itu selesai.
Semasa melawat budak lelaki itu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, Sabtu, Shahaniza berkata dia memaklumkan hasratnya untuk bertemu bapa kandungnya yang bekerja sebagai pencuci kereta di Pantai Klebang, Melaka selepas lama tidak berjumpa.
Mangsa, yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik, ditemui dalam keadaan lehernya diikat pada tong gas menggunakan rantai dan kunci mangga selepas polis memecah masuk sebuah rumah di Indera Mahkota 1 di sini pada Jumaat.
Mangsa dikatakan diperlakukan begitu oleh bapa tirinya yang merupakan seorang anggota tentera, kerana pulang lewat. - Bernama

Friday, October 6, 2017

Perghhh !!! Gadis Jelita Rakam Swafoto ‘Catcaller’



Gadis Jelita Rakam Swafoto ‘Catcaller’


Noa berswafoto selama sebulan dengan 'catcaller' yang mengganggunya. - Instagram


TIADA apa yang boleh membuat kaum wanita rasa menjengkelkan selain diganggu oleh lelaki di jalanan (catcaller).
Seorang pelajar di Amsterdam, Noa Jansma yang sudah tidak tahan dengan situasi itu bertindak untuk melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah tersebut.
Sepanjang September lalu, gadis berusia 20 tahun itu mengambil swafoto dengan setiap lelaki yang mengganggunya dan memuat naik gambar mereka di Instagram.

Dia turut meletakkan kapsyen pada gambar tersebut menggunakan ayat yang diucapkan oleh lelaki-lelaki terbabit.
Gambar-gambar itu membuktikan betapa kerap kaum wanita diganggu dan berlaku di semua tempat.
Noa menunjukkan ekpresi wajah yang penat dan meluat pada swafoto berkenaan, sementara lelaki yang mengganggunya tersenyum riang.
Biarpun eksperimen yang dijalankannya sudah berakhir, Noa membuka akaun Instagram @dearcatcallers kepada sesiapa yang ingin menghantar gambar mereka.


Noa membuka akaun @dearcatcallers bagi meningkatkan kesedaran tentang kekerapan golongan wanita siperlakukan seperti objek dalam kehidupan seharian.
Ia bertujuan untuk membuka dialog secara global untuk mengumpulkan wajah wanita yang bergelut untuk menghadapi gangguan seperti itu.
Pada 1 Januari 2018, perbuatan memanggil orang dengan tujuan mengganggu mereka (catcalling) akan dihukum di Belanda dan pesalah akan didenda hampir 190 euro (RM942).
Sekiranya projek Noa terus tular, kemungkinan besar lebih banyak negara yang akan mengikuti jejak langkah Belanda. - Bored Panda

Perghhh !!! Jamal 'Berpesta Arak' Depan Pejabat Azmin Ali


PENGERUSI Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos 'berpesta arak' dengan memecahkan lebih 100 botol minuman keras itu di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam pada Khamis.


Thursday, October 5, 2017

Pergg !!! Gerai Nasi Kerabu Perkenal Bayaran Guna Bitcoin



Gerai Nasi Kerabu Perkenal Bayaran Guna Bitcoin 

KOTA BHARU: Sebuah gerai nasi kerabu di sini antara yang terkini memperkenalkan kaedah bayaran menggunakan mata wang maya Bitcoin.
Gerai Jijah NK di Kampung Pauh, Badang yang terletak kira-kira 25 kilometer (km) dari bandar ini berada dalam peta para pedagang yang menerima mata wang krypto digital itu.
Pesara tentera, Safihin Mohammed,65, memperkenalkan sistem pembayaran digital itu di gerai isterinya Azizah Derahman baru-baru ini.
Safihin berkata, Bitcoin akan menjadi alat petukaran nilai mata wang digital pada masa akan datang.
Menurutnya, Bitcoin belum diterima oleh pelanggan di gerainya, dia hanya menerima lapan transaksi dalam masa tempoh dua bulan.
"Nilai Bitcoins naik mendadak" katanya sambil menambah bahawa satu unit Bitcoins berjumlah RM18,701 berbanding 23 tahun dahulu.
"Walaupun, pelanggan hanya perlu membayar 0.00025 dalam Bitcoin untuk membeli sebungkus nasi kerabu yang bernilai RM5, mereka lebih gemar membayar secara tunai" kata Safihin.
Selain itu,pengguna Bitcoin tidak perlu bimbang risiko menjadi mangsa ragut atau perompak.
Pengguna Bitcoin tidak perlu bawa wang tunai, mereka hanya pengimbas QR kod melalui peranti mudah alih untuk membuat bayaran.
Peniaga tersebut mempelajari tentang Bitcoin melalui Google.
"Jika kita tidak mengikut perkembangan semasa, kita akan ketinggalan," tambah Safihin.
Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa, Christine Lagarde berkata, bahawa mata wang digital berpotensi menggantikan mata wang tunai lama tidak lama lagi.

 

Wednesday, October 4, 2017

Perghh !!! Padah Jurulatih Renang Ditahan, Disyaki Rogol Pelatih



Jurulatih Renang Ditahan, Disyaki Rogol Pelatih




KUALA LUMPUR: Polis menahan jurulatih renang negara kerana didakwa merogol pelatih skuad kebangsaan.
Difahamkan penahanan suspek yang berusia dalam lingkungan 30an itu dibuat di Bukit Jalil pada Isnin.
Dipercayai ibu bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada Ahad.
Suspek bersama pasukan negara sejak 2012 dan mangsa tidak menyertai pasukan kebangsaan pada Sukan SEA baru-baru ini.
Ketua Polis Bandaraya, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan penahanan jurulatih berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam proses siasatan.


Tuesday, October 3, 2017

Perghhh !!! “Buruk Sangat Ke Muka Yang Guna Highway Ni?”


“Buruk Sangat Ke Muka Yang Guna Highway Ni?”


Lambakan papan iklan di kebanyakan lebuh raya.


PETALING JAYA: Seorang lelaki meraih perhatian selepas mempersoalkan adakah lebuh raya di negara ini kini dilabel sebagai ‘lebuh raya kosmetik’.
“Dik abang nak tanya dik, kenapa lebuh raya penuh dengan iklan kosmetik dik? Buruk sangat ke muka kami yang pakai highway ni dik?
“Iklan biasanya ditempatkan di lokasi sasaran, maka kami adalah sasaran penguna setiap hari. Abang tanya je, jangan kecam pulak,” katanya di laman sosial pada Ahad.
Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi termasuk pandangan yang memberikan hujah masing-masing.

'Posting' Azizul di laman sosial mengenai lambakan papan iklan kosmetik di lebuh raya.
Seorang netizen membalas: “Bukan buruk tapi pengguna lebuh raya perasan dia buruk.”
“Pastu semua nak claim (dakwa) nombor satu di Malaysia,” kata seorang netizen yang merujuk kepada segelintir iklan yang menjadikan ia sebagai pelaris.
“Bisnes kosmetik tengah trending sekarang ni, sebab tu ramai yang nak jadi pengasas produk,” kata seorang lagi netizen.
Bagaimanapun pemilik akaun Facebook tersebut, Dr Azizul Azli Ahmad, 40, berkata, kenyataan yang dibuat adalah mewakili pandangan ‘alter ego’ dengan nada bergurau.
Sebaliknya, perunding kewangan dan hartanah itu cuba menyampaikan maksud yang tersirat mengenai lambakan papan iklan produk kosmetik di sepanjang lebuh raya.
“Iklan kosmetik terlalu banyak, sehingga saya rasa ia berlebihan di lebuh raya. Sekejap-sekejap ada iklan, dengan jarak antara 500 meter dan satu kilometer.
“Selain lambakan, kebanyakan iklan berkenaan juga tidak berkualiti dari segi grafik dan penggunaan tagline yang merendahkan pemikiran pengguna,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Antara komen netizen mengenai 'lebuh raya kosmetik'.
Hanya kerana mahu tampil cantik, Azizul mendedahkan bahawa seorang pelanggannya sanggup membuat pinjaman peribadi sehingga puluhan ribu ringgit semata-mata untuk membiayai kos rawatan kecantikan.
Azizul yang juga pensyarah kanan di Fakuliti Senibina, Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak berharap terdapat garis panduan dalam pemilihan iklan bersesuaian dan tahap keselamatan pemasangannya di lebuh raya.
Dalam pada itu, beliau meminta semua pengusaha produk kosmetik termasuk ejen dan pengedar supaya tidak melatah dengan kenyataannya yang tersirat itu.
“Mohon semua 'read between the lines' sebab saya beri pandangan untuk kebaikan bersama, tapi dibuat secara santai.
“Saya faham lambakan iklan ini sebab adanya permintaan, tetapi perlulah ada sikap bertanggungjawab terhadap produk yang ingin dipasarkan,” katanya


Monday, October 2, 2017

Perghh Sempoiii !!! Gadis Traktor Kini Bergelar Duta

Gadis Traktor Kini Bergelar Duta

Nurul Syifa berkesempatan bertemu dengan selebriti tanah air, Mat Dan dan pemain bola sepak, Safee Sali. - Instagram/ Syifa Majid
  (Ubah saiz teks)
SERDANG: Biarpun pernah dikecam gara-gara videonya membawa traktor di sawah tular di laman sosial, gadis jelita ini kini mencuri tumpuan pengunjung di Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK).
Selepas mendapat jolokan 'gadis traktor', tuah berpihak kepadanya apabila diberi kepercayaan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) untuk menjadi 'duta kecil' agensi tersebut.
Nurul Syifa Mat Dzahid, 22, berkata, netizen mula menerima kebolehannya mengendalikan jentera berat sebagai perkara positif dan bukannya sekadar berpura-pura untuk meraih populariti.
"Tidak sangka pula ada yang mula menegur saya di HPPNK 2017 dan mereka bertanya adakah saya 'gadis traktor' yang tular baru-baru ini.
"Segan pun ada apabila mereka ajak bergambar. Tapi, saya ambil kesempatan tersebut untuk menerangkan mengenai peranan Mada dalam memajukan institusi peladang kepada pengunjung," katanya ketika ditemui mStar Online pada sambutan HPPNK 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.


Nurul Syifa beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke tapak pameran Mada sempena sambutan HPPNK 2017.
Tambah gadis yang berasal dari Jitra itu, sejak video tersebut mendapat perhatian netizen, ramai golongan wanita muda tampil mendedahkan bahawa mereka juga berkebolehan mengendalikan traktor.
Nurul Syifa yang bertugas selaku pembantu tadbir komunikasi korporat di Mada berharap lebih ramai golongan muda sama ada lelaki atau wanita menceburi bidang perladangan kerana ia bukan sahaja mendatangkan hasil lumayan, malahan membantu menjana ekonomi negara.
"Ada yang kata pakaian yang saya pakai tidak sesuai. Janganlah pula jadikan ia sebagai alasan untuk tidak mencuba bidang ini.
"Ini bukan kerjaya yang kotor atau sesuai untuk golongan berusia sahaja, tapi sebenarnya ramai yang sudah bergelar jutawan dengan mengusahakan ladang," jelasnya.

Rakaman Nurul Syifa mengendalikan sebuah jentera berat ketika menjalani latihan di Kompleks Latihan Mada, Alor Serdang di Kedah.
Sementara itu, Ketua Cawangan Komunikasi Korporat Mada, Mohd. Hafizi Zakaria berkata, populariti yang diraih Nurul Syifa sedikit sebanyak membuka mata golongan muda mengenai latihan yang ditawarkan institusi itu.
"Golongan muda sebenarnya sudah nampak potensi bidang perladangan ini sebagai kerjaya masa depan, tapi lepas video dia tular, semakin ramai gadis yang tidak lagi segan mengaku mereka bekerja di bendang.
"Mungkin ia bukan kerjaya glamor, tapi anak muda sudah semakin bijak menilai potensi yang boleh dikembangkan daripada sektor perladangan," katanya.
Menurut Mohd. Hafizi, agensi tersebut turut menubuhkan Pusat Latihan Beras Mada (MRTC) sebagai pusat latihan kemahiran dalam mentransformasi industri padi negara.
Kumpulan sasaran MRTC adalah mereka yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi mempunyai minat tinggi dalam industri padi.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung