Nuffnang

Tuesday, May 31, 2016

Padah Merogol gadis Rayuan pegawai pemasaran ditolak

mahkamah
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan terhadap seorang pegawai pemasaran kerana merogol seorang remaja perempuan bawah umur.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf dalam keputusannya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman itu ke atas Ahmat Fitra Bustami, 26.
"Mahkamah juga percaya dengan keterangan yang diberikan oleh mangsa, oleh itu mahkamah menolak rayuan perayu (Ahmat Fitra), sabitan dan hukuman dikekalkan," katanya.
Pada 20 Oktober 2014, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan terhadap Ahmat Fitra selepas mendapatinya bersalah terhadap pertuduhan merogol gadis berusia 15 tahun itu, pada akhir kes pembelaan.
Dia yang merupakan kenalan kepada mangsa didakwa merogol remaja itu di ruang tamu sebuah rumah di Setapak di sini pada 2.30 petang, 25 Februari 2013 mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan

Perghhh Isu 'Makan Durian Di KLIA, Datuk Aliff Syukri dikecam di media sosial.



SEPANG - Gara-gara memuat naik gambar makan durian bersama ahli keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Datuk Aliff Syukri dikecam di media sosial. 

Gambar yang dimuat naik dengan kapsyen:

"Sebelum terbang di Auckland Swezeland, kami sekeluarga lepaskan gian makan durian musang king dulu di KLIA. Maklumlah kami orang kampung memang stail begini. Nasib baik tak kena tegur dengan pegawai KLIA. Korang pernah macam ini juga ke??" katanya. 

Tindakan Usahawan jutawan itu dikecam hebat oleh netizen di media sosial. 

"Umum tahu durian itu kuat baunya. Dah kenapa makan di KLIA yang sah-sah tempat terlarang makan durian? 

"Orang kampung makan durian, takde pun nak rakam gambar bagai tunjuk kat orang diri itu kekampungan. Ini nak berkongsi kononnya diri itu humble atau riak nak menunjuk-nunjuk? Inilah penyakit pengguna media sosial zaman sekarang," kata Siti Halwa. 

"Durian baunya kuat, kena jaga sensitiviti, lebih-lebih lagi di international airport. Lagi ramai yang tak boleh hidu bau durian. Sivik perlu dijaga, sensitiviti orang lain juga perlu dijaga.

"Masa kaum lain bawa anjing masuk hypermarket, tahu pula bising pasal sensitiviti. Kita di Malaysia bukan hanya satu kaum sahaja. Tolonglah," kata Deli Shariffuddin. 


"Aku tahulah dia kaya dan banyak harta. Tetapi perlu ke nak makan durian di airport? Apa motif dia? Nak tunjuk dia low profile ke? Serius aku tak jeles, tetapi aku hairan," kata Norshaz Zainudin.

Menyedari dirinya dikecam di media sosial, Datuk Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf. 

"Saya mohon maaf kalau salah saya," katanya ringkas.

Monday, May 30, 2016

Ride sempoiii Kembara Musafir : Ber_Kapcai N BMW Touring : Hari ke 39 KMU Dubai

Hari ke 39
KMU
Dubai
Hari ni kami berusaha utk follow up status Visa Umrah Saudi kami. Sahabat biker dr Madinah.. Mr Hani Owaidah tlh dtg all the way dr Madinah Saudi utk bertemu kami. Dia mengambil cuti tahunannya semata2 utk bersama kami & membantu kami di sini. Allahu Akbar.Mulia sungguh hatinya. Dia membawa kami ke Konsul Saudi di Dubai utk check status permohonan kami. Nasib baik beliau ada. Beliau dpt masuk ke dlm konsul utk bertanya status permohonan kami & lebih mudah berkomunikasi dlm Bahasa Arab.Kami diminta menunggu diluar . Status terkini.. pihak Dubai tak boleh buat apa selagi tak dpt apa2 arahan dr Riyadh.



Badrul Di Hadapan Pejabat kedutaan Arab Saudi







4 Orang sahabat Di Hadapan Banguan Burj Khalifa


Di Rumaha Sahabat Badruzaman D Dubai


Bersama gang Dubai BIkers


Tuan CG Malaysia di Dubai Tuan Yubazlan Yusof juga membantu kami dipihaknya dgn menghubungi CG Saudi di Dubai & menghubungi Embassador Malaysia di Saudi.T.ksh byk2 Tuan CG atas bantuan kpd kami tanpa jemu.
Nampak gayanya..kami akan berada di Dubai lg mlm ni. Sampai bila pun tak tahu lg. Bergantung kpd bila Visa akan diperolehi.
Semoga permohonan Visa Umrah Saudi kami diperolehi secepat mungkin supaya kami dpt sambung ride & menghabiskan negara terakhir kami iaitu Saudi. Harapan kami ialah dpt completekan misi kami & dpt menunaikan umrah Ramadhan di tanah suci. Semoga doa kami di makbulkan & segala urusan dipermudah olehNya. Aamiin

Polis Ambil Keterangan Adun Didakwa Belasah Pasangan Kekasih

  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Polis Kedah telah mengambil keterangan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang didakwa memukul seorang lelaki pada 15 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata Adun terbabit telah memberi kenyataan pada malam Jumaat lepas dan mengakui berada di lokasi kejadian di hadapan sebuah kompleks membeli belah Aman Central, di sini.

Katanya melalui keterangan itu, Adun terbabit menafikan bertindak memukul lelaki berkenaan bersama teman wanitanya seperti yang didakwa dalam laman sosial Facebookbaru-baru ini.

"Kejadian tersebut lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak dan mungkin ada unsur tidak puas hati. Kita akan teruskan siasatan ini dan jika Adun itu rasa dia difitnah, terpulang kepadanya untuk ambil tindakan selanjutnya.

Kita telah mengambil keterangan beberapa saksi kejadian dan akan mengambil keterangan teman wanita lelaki terbabit yang kini berada di ibu negara, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang pada 15 Mei lepas, seorang lelaki dikenali sebagai Alif Adam Mohd Munaim mendakwa dipukul oleh tiga individu termasuk seorang Adun yang bertindak menariknya keluar dari kenderaan sebelum dipukul.

Dalam laman sosial Facebook, lelaki itu mendakwa teman wanitanya yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut turut dipukul sehingga terpaksa mendapatkan rawatan 
di sebuah hospital swasta.

Gambar Sempoii.. Rider Kapcai n BMW Touring Berada d Dubai , Hari ke 38 KMU Dubai

Hari ke 38 KMU
Dubai

Hari ini.. kami masih di Dubai. Hari sabtu, pejabat kerajaan tak dibuka. Cuti week end.

Pagi td, kami.bersarapan dgn sahabat lama saya sewaktu kami sama2 belajar di UIA dulu Yubazlan Yusof. Skrg Yubazlan adalah Consul General ( CG ) di Dubai & beliau jg seorg biker @ bawa Harley Davidson.

Lepas breakfast..kami proceed hantar motor kami utk servis / baiki. Zouk yg arrange semua appointment & tunggu kami di sana.














Kami tinggalkan motor di work shop & motor hanya akan siap esok.

Mr CG ride bersama kami ke work shop & p  ambil pula kereta utk bawa kami lunch di rumahnya. Jamu kami mkn nasi mandi. Lepas tu bw kami round Bandaraya Dubai & set kami jumpa dgn bikers UAE yg lain di hotel.

Selepas itu, pd waktu mlm..Mr CG ambil pula kami di hotel dgn keretanya utk bawa kami dinner di rumah Busri, seorg  Pilot Emirates, jg seorg biker. Busri jamu nasi ayam pula.

Lepas mkn.. Mr CG hantar kami balik hotel.

Allahu Akbar. Baik sungguh layanan sahabat2 Malaysia di UAE ni. T.ksh tak terhingga kpd Yubazlan @ Mr CG & isteri, Busri & isteri, Zouk & sahabat2 bikers UAE yg sudi jengok2 kami & rai kami di sini.

Mr CG jg akan bantu kami tgok2 proses Visa Umrah  Saudi kami esok.

Kami jg dimaklumkan bahawa Madinah Bikers tlh tiba di Dubai. InsyaaAllah kami akan jumpa depa esok.

Kami berdoa supaya Visa Umrah Saudi akan kami dpt secepat mgkin utk meneruskan misi kami ride sampai ke tanah suci & seterusnya menunaikan umrah. Semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.

Sekian catatan saya utk kali ini. Wassalam.

Sunday, May 29, 2016

Perghh..Benarkah BN akan.Kalah Teruk d PRK Sungai Besar

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM,Md Shukri Shuib
Md Shukri
SHAH ALAM - BN mungkin kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang mengandaikan demikian berkata, kebarangkalian itu sukar dinafikan berdasarkan pada situasi semasa dan juga isu-isu di Selangor.
"Saya menjangkakan calon daripada Amanah (Parti Amanah Negara) akan diletak untuk berdepan dengan calon BN. Calon ini akan mewakili Pakatan Harapan dan pertembungan ini nanti akan dilihat sebagai pertembungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkata, meskipun Amanah masih baharu dan kawasan itu pula dilihat kawasan yang didominasi oleh Pas sebagai parti pembangkang yang terkuat, pakatan pembangkang dilihat lebih cenderung untuk meletakkan calon daripada Amanah.
"Pas kini bukan lagi anggota pakatan meskipun Sungai Besar kubu kuat parti itu. Jika Amanah bertanding, saya andaikan Pakatan Harapan akan lebih mendokong parti berkenaan berbanding Pas.
“Pas mungkin akan berhadapan dengan pertembungan hebat daripada Pakatan Harapan terutama Amanah yang ramai melihat sebagai proksi DAP,” katanya.
Beliau berkata, faktor kerjasama antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat juga menambah lagi kebarangkalian kekalahan BN di kerusi berkenaan.
“Pakatan Harapan (dijangka) akan cuba meminggirkan Pas dalam pakatan dan bekerjasama dengan Tun Mahathir bagi menewaskan BN.
“Kerjasama mereka itu dijangka akan lebih mengganas menjelang PRK di Sungai Besar nanti,” katanya.
Md Shukri berkata, BN perlu ketengahkan calon berwibawa dan dihormati ramai untuk merealisasikan peluang mereka.
“Soal populariti calon dan kewibawaan penting pada PRK kali ini.
“Jangan hanya ambil kira soal jawatan dalam Umno bagi seseorang calon tapi fokus pada soal calon kerana ia akan menjadi faktor yang menambat hati penduduk atau pun tidak,” katanya.
Pada PRU13, wakil BN, Datuk Noriah Kasnon menewaskan calon Pas, Mohamed Salleh M. Husin dengan majoriti 399 undi.
Noriah, yang meninggal dalam tragedi helikopter 5 Mei lalu, juga memenangi kerusi itu pada PRU 2004 dan 2008

Bergaduh Dengan Kekasih Sampai Terjun Bunuh Diri








Foto sebelum meninggal


GEORGETOWN - Seorang gadis berusia 21 tahun mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang di Jalan Gangsa itu, mangsa, Darshwim Premkumar, pelajar kolej swasta sebelum itu telah bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak. 

Lapor Harian Metro, siasatan awal polis mendapati, mangsa dipercayai kecewa lalu naik ke tingkat 16 dan meninggalkan seliparnya di kawasan koridor. 


Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut

Saturday, May 28, 2016

Berita Sempoii Kembara Musafir ..Pengalaman Ber _kapcai dan BMW bikers d Padang Pasir.

KMU 2016 (Day 32): Bam - Bandar Abbas (400km)

Penat semalam masih lagi terasa, tapi Allahamdullilah harini tiada escort polis diperlukan.

Kami bertolak pada pukul 8 pagi. Pada plan awal, aku ingin mencari mechanic di Bandar Bam tapi agak lewat sekiranya kami menunggu shgga siap. Setelah mendapat persetujuan ramai, maka sekali lagi motor aku ditunda merentasi gurun yg kering yg tidak berpenghuni.








Alhamdullilah terima kasih tidak terhingga buat Hj Bard yg sanggup menarik motor ku. Laju betul harini motorku meluncur utama ex-5 berenjin 1200cc. Mmg deep in side aku mmg aku takut, sistem brek ex-5 bukanlah brek disc. Jarak tali adalah 2m, aku perlu berhati2.

Sampai bandar kermanshah (200km dari Bandar Abbas) motor Hj Jihad pula ditunda oleh Haji Amin kerana masalah overheat. Jadi macam 2 couple main tarik tali ditengah2 gurun.

Kami melalui lereng2 bukit yg tinggi dgn corner2 yg tajam. Part menaik aku tak begitu gerun. Hati mmg terasa kecut apabila menuruni bukit. Terdapat tompokan minyak dan pasir di tepi jalan apa lagi apabila ditarik, banyak benda yg tidak dpt control..

Allahuakbar akhirnya aku tewas apabila menuruni bukit yg berpasir, aku terjatuh dan slight beberapa meter dan kulepaskan motor perlahan2 Alhamdullilah mujur Hj Bard bawa motor perlahan2 masa tu..tapi tong minyak telah tercampak 100m dari ku.

Aku hanya mengalami sedikit luka pada lutut dan siku. Motor tidak ada apa2 yg terjejas.

Alhamdullilah...Alhamdullilah...Alhamdullilah...itu saja yg terkeluar dari mulut ku..

Kami berhenti seketika ditepi jalan utk menenangkan sedikit perasan..

Kami meneruskan perjalanan yg berbaki lagi 120km. Kali ni Hj Bard mmg bwk perlahan sgt 40-60km/j. Kami berhenti seketika di station minyak utk melihat keadaan lukaku. Hj Bard mengeluarkan semua ubat-ubatannya dan handyplas. Terima kasih buat Hj Bard, mmg seorang sahabat yg baik..dibaginya ku pain killer dgn pill Muscle Relaxation..

Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Bandar Abbas dan sampai pada pkl 6.00ptg. Kami telah diberitahu oleh Mohsen, agent kami di Iran bahawa malam ni ada ferry tapi malang, masa tidak sempat utk urusan motor khamis. Ferry yg ada pada hari Isnin dan Rabu..kami terpaksa menunggu lusa utk ke Sharjah dgn ferry. Disetiap pekara yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Kami keluar makan malam disekitar hotel.

Perghhh..Sempoii Kapcai n BMW bikers sampai di Burj Khalifa Sebelum Ke Tanah Suci Mekah.

Perghh.Aku respek depa ni..naik motor kapchai.n bmw bikes sampai dubai..semoga selamat sampai KMU ke Tanah suci









Friday, May 27, 2016

Lelaki Dakwa Dipukul 3 Samseng Berpangkat VVIP, Termasuk Orang Kuat DUN Kedah ?




Pada 15 Mei 2016, Ahad, jam 5.45 petang, semasa saya keluar dari Aman Central, kemudian saya terus memandu kereta saya memasuki lorong tengah di persimpangan lampu isyarat di hadapan Aman Central. 

Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berusia 20'an bersama dengan dua penumpang lelaki Melayu berusia 20'an dan 50'an. 

Pemandu terbabit telah membunyikan hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu, lampu isyarat berwarna merah.

Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata,

"Kenapa? Kenapa? Hang tak kenal lagi aku siapa!" katanya berulang kali dan meminta saya keluar dari kenderaan. 

Tetapi saya enggan berbuat demikian, Tiba-tiba lelaki 50'an keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta saya, merampas kunci kereta. Dia telah menumbuk saya di bahagian mulut. Akibatnya, mulut saya mengalami luka.

Kemudian, lelaki yang sama juga telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta. Apabila saya keluar dari kereta, saya membalas tumbukan lelaki itu.

Datang pula dua lelaki 20'an itu dan mereka bertiga berganding bahu memukul saya. Teman wanita saya keluar dari kereta cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Namun, teman wanita saya telah ditarik dan ditumbuk di bahagian dada dan kedua-dua tangannya. 

Orang ramai yang menyaksi kejadian itu datang cuba meleraikan pergaduhan itu. Kemudian ketiga-tiga mereka masuk semula ke dalam kereta dan terus meninggalkan tempat kejadian. 

Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Setar, Kedah, kerana dia mengalami kesesakan nafas yang sangat teruk. 

Beberapa hari selepas kejadian, saya mendapat tahu daripada rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah bahawa lelaki yang berusia 50'an itu adalah Dato Azmi Che Husain, Timbalan Speaker Negeri Kedah. 

Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah mahu beliau tampil memberikan keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita telah dipukul oleh 3 orang samseng jalanan yang berpangkat VVIP. Sekian. - Adam Hoonigan | PIXEL MEDIA

Perghhh..RM15,000 Lesap! Punah Harapan Melancong Ke Jepun





KUALA LUMPUR - Hajat seorang wanita melancong ke Jepun dengan wang simpanan RM15,000 yang dikumpul selama setahun, terpaksa dilupakan selepas mendapati dia dan rakannya telah ditipu oleh ejen pelancongan dari Singapura. 

Shila, 29, mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas ditipu oleh ejen terbabit yang menggunakan alamat palsu di negara jiran itu, lapor Harian Metro.

"Kami menyimpan wang semenjak setahun lalu untuk percutian impian di Jepun. Hajat di hati mahu melihat keindahan negara orang terutamanya Taman Tema Disneyland dan Gunung Fuji. Namun semua impian itu terkubur menyedari ditipu oleh ejen berkenaan. 

"Pembayaran penuh telah dibuat, namun hanya sempat menjejakkan kaki di negara matahari terbit itu selama 19 jam sahaja," luahnya.

Difahamkan, Shila dan rakan-rakannya sepatutnya menikmati percutian selama 10 hari 9 malam di Osaka, tetapi terpaksa pulang selepas pemandu pelancong yang dijanjikan untuk menjemput mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai tidak kunjung tiba. 

"Kami beli tiket penerbangan sendiri tidak termasuk pakej yang ditawarkan, RM4,999 seorang dan tiba di lapangan terbang itu pada jam 10.20 malam, 16 Mei lalu. 

"Selepas menunggu beberapa jam, pemandu pelancong yang dijanjikan tidak muncul. Kami terpaksa keluarkan wang sendiri, RM848 untuk menginap sementara di sebuah hotel dan dalam masa yang sama mengharapkan ada orang yang akan menjemput kami," katanya. 

Malangnya, penantian itu sia-sia. Panggilan dan SMS juga tidak dijawab menyebabkan mereka nekad pulang ke Malaysia. 

"Kami terpaksa bayar RM1,000 denda untuk tiket penerbangan pulang pada 5 petang, 17 Mei," katanya. 

Menurut Shila, dia mula berurusan dengan ejen tersebut menerusi WhatsApp pada 14 Mac lalu dan bertanya mengenai tawaran perkhidmatan syarikat ejen berkenaan. 

"Dia tawarkan harga yang lebih murah, RM4,999 seorang berbanding pakej ejen pelancongan lain yang rata-ratanya RM7,000 - RM8,000. Tertarik dengan pakej murah itu, kami membuat pembayaran separuh harga menerusi akaun bank yang diberikan. 

"Dalam tempoh 2 hari, dia meminta kami menjelaskan separuh lagi bayaran. Selesai membuat pembayaran RM9,998, ejen itu sekali lagi meminta bayaran insurans RM3,670 sebagai jaminan keselamatan kerana Jepun baru dilanda gempa bumi," katanya. 

Mangsa juga turut diyakinkan oleh ejen tersebut mengenai pakej yang dipersetujui apabila menerima jadual perjalanan yang cukup lengkap menerusi emel pada 15 Mac dan tawaran pemberian beg bagasi percuma setiap seorang. 

"Kali terakhir saya berhubung dengan dia ialah pada 19 Mei. Ejen itu memaklumkan bahawa semuanya telah selesai dan kami akan dijemput oleh seseorang di Jepun kelak. 

"Namun kami mula sangsi apabila pesanan yang dihantar tiga hari sebelum berlepas ke Jepun tidak dijawab. Namun kami tetap meneruskan perjalanan dengan harapan percutian impian itu menjadi kenyataan," katanya. 

Kecewa ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu, Shila dan Idah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung