Nuffnang

Showing posts with label Himpunan Hijau. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Hijau. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

Hot !! Ini Yang Merisaukan B_END [gambar ] Himpunan Hijau dan Oren Yang mencemaskan BN 1 M



Penyokong Pas Melakukan Solat hajat..


Himpunan Hijau Di Selangor

Sunday, July 1, 2012

Gempar !!!!: Fenomena [Gambar] yang tak pernah berlaku di Butterworth .Jom Tengok


Peristiwa solat beramai ramai di Atas Padang Bworth


Tempat Mengambil wuduk disediakan


Banner Gergasi


Konvoi bermotosikal..kalau dulu kompom kena saman nya

Untuk makluman semua , padang bandaran inilah tempat peristiharan PAS pada mulanya, dan semenjak BN memerintah tiada apa 2 solat diadakan, setelah pakatan memerintah inilah solat munajat diadakan...takbir..

Wednesday, June 27, 2012

Perrghhh!!! Macam nak pitam Amano / BN tengok gambar nie...hampa pun janganlah mai ramai 2..hehe

Ini yang tak tahan..Banner bergerak pakai lori


Konvoi anak muda dari seberang Jaya ke Bagan, Bworth. 1000 biji motosikal

sebahagian peserta yang sampai


Abang Badut ,pun ikut serta..jual belon di malam himpunan hijau Penang.
Maaf Gambar Kelabu.. kamera .Hp je ..

Terima kasih kepada sahabat Lie GJ yang kirim gambar dari Fb ..dan blogger sendiri yang ke sana..kalau momentum macam ni..insyaallah Penang PAS boleh tambah dua kerusi lagi jadi 3 kut..PAS for all kena buat keja kuat la...Haria  Penang  Haria...

Tuesday, June 26, 2012

Fulamak !!! kalau macam nie .kompom UMNO/BN Penang gigit Jari lagi la....hampir 15,000 orang hadir di Hijau Penang


 Terkejut orang Bagan : Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth

  Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth

Tiada Ruang Kosong di tengah

Maaf Gambar Kelabu.. kamera .Hp je ..

 Malam tadi ..Butterworth dipenuhi oleh Ramai Golongan Muda



Sempat Lagi Bro Kita Membeli Belah 

Gambar Bukan Melayu Pun Mai Himpunan HIjau , PAS

malam tadi 24/6/12 aku kesempatan..ke dataran dewan bandaran Buterworth..anggaran kehadiran adalah  seramai hampir 15,000 orang hadir ke Himpunan hijau negeri Pulau Pinang..terima kasih kepada pegawai polis kerana tiada sekatan jalan raya. 
Maaf Gambar Kelabu.. kamera .Hp je ..

Monday, June 4, 2012

Fulamak : PAS mampu Tranfomasikan gelombang Hijau , Politik Malaysia masakini...!!! apa rahsianya ? jom baca..



Dalam apa jua kekalutan berpolitik..sempat juga kita berkempen..selepas berakhirnya gelombang hijau yang pertama, gelombang hijau selanjutnya akan diteruskan ke seluruh negara ..menurut ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasarudin Tantawi kita akan menggerakkan seluruh tenaga muda untuk merealisasikan hasrat Parti, manakala laungan takbir telah di laungkan disetiap penjuru Stadium Darul Aman yang 1 jun lalu..

Kita Berharap ianya dapat men_tranfomasikan gelombang hijau di seluruh negara dalam mendominasikan politik tanah air..diharap rakan rakan semua dapat bersedia untuk gelombang yang seterusnya di tempat anda...jom kita beri sokongan padu ..Takbir Allah Hu Akhbar, 3 x

Sahabat PAS !!!..Nak Tanya Sikit Hampa Pi Ke Alor Staq..Pas Bayar Ke..?.


Muhyiddin: Peserta Himpunan Hijau mungkin dibayar

Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir. Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya. PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun. Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.

Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang. PAS mengadakan perhimpunan itu kira-kira tiga minggu selepas perhimpunan Umno di Stadium Nasional Kuala Lumpur dengan kehadiran didakwa seramai 100,000 orang.

Apa la punya..tak reti..ahli PAS dari dulu lagi pi tang mana pun pakai duit sendiri, sapa pun tak bagi , kalau gang lain tak bagi duit sory la..kami tak pi, Buat demo tunjuk bontot pun minta duit kopi...Tahniah kepada ahli PAS..kita dari dulu sampai kini dan selamanya insyallah duit sendiri kut...

Sunday, June 3, 2012

Fulamak !!!Terharu : Aishah Mohon PAS Mentarbiah dan membimbing Artis ke arah Kebaikan, Di Malam Himpunan Hijau.


Pada Malam himpunan Hijau ..Aishah sunggoh terharu dan perasaan hiba dan menangis seketika dengan sambutan yang hebat dalam himpunan hijau. Beliau menceritakan bahawa dalam program bersama PAS menjelajah seluruh negara ,semenjak menjadi ahli PAS . Selama 25 tahun dalam bidang seni inilah sambutan yang paling hebat dan beliau rasa gementar dan ketaq kata orang utara.

Di satu ketika semasa ceramah beliau yang diberikan masa hanya 8 minit untuk setiap penceramah , beliau memohon supaya PAS menjaga dan mentarbiah artis supaya lebih baik dari dulu dalam keadaan menangis terharu.. Dalam dunia artis ini banyak laluan liku dan duri ranjau. Beliau hanya melihat PAS sahaja yang dapat mengubah cara hidup dan gaya golongan ARTIS..Takbir boleh di lihat ceramahnya dalam youtube. http://youtu.be/rERfO-HeW7w

Ternow..Terkini Gambar Solat Munajat Pertama Kali Di Stadium Darul Aman

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awnag Sedang Berbual dengan Tuan Guru Ustaz Saleh Sik sementara Tan Sri Abdul Kadir Memerhati sahaja.
Barisan Ulamak kedah dalam program munajat kehadrat ilahi memohon perkenan.
Kelihatan Orang ramai bersiap sedia untuk mennunaikan solat Hajat Buat Pertama kali di Stadium Darul Aman..Allah hu Akhbar Semua gambar diambil sendiri oleh blogger Abu Loqman yang berkampung di Stadium Darul Aman semenjak selepas solat Jumaat sampai jam 1.00 pagi..

Saturday, June 2, 2012

Gambar Terkini..Terhot.. Tangkap Nangis Macam Ni Kalau Gang AMANO Tengok Tau...Huhu.

Peserta Baru MAsuk Memenuhi Stadium
Peserta Menagmbil tempat masing masing
Ruang ruang kosong telah dipenuhi oleh Peserta Himpunan hijau
Kelihatan Ustaz Azhar Idrus Berkaca Mata Hitam Di Skrin Besar..Berjaya memukau..hadirin dengan loghat Kedahnya. Hampa mai ramai ramai buat apa nie..depa bagi sorang RM 30 kut..hehe.. sekali dengan duit minyak kut hehe
Semua gambar ini diambil sebelah petang semasa kuliah USTAZ AZhar Idrus memberi Kuliah

Allah hu Akhbar !!! Laungan Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman..Tak pernah berlaku selama ini

ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ. Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.

Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya. "Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.

Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube. "Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar. Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.

Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana. "Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus. Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan. Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi. Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya. Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS. Harakahdailly

Allah Hu akhbar .!!!!.Lautan Manusia di Himpunan Hijau ke Putrajaya (Gambar).Dianggarkan 100,000 orang menghadirinya

Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.
Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium.
Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Penulis ada dari petang sehingga malam di stadium darul aman..dianggarkan hampir 100,000 orang membanjiri stadium dan luar stadium. Kesesakan sehingga 10 KM ..menurut ustaz azhar..Ustaz Azhar Terlewat Sejam untuk memberi kuliah.sepatutnya selepas solat asar

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung