Nuffnang

Thursday, June 30, 2016

Perghhh Dahsyat !!! Langar lari, mayat melekat pada kereta

Langar lari, mayat melekat pada kereta
Pihak berkuasa memeriksa kereta milik Esteysi Sanchez.
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Akibat mabuk, seorang wanita tidak menyedari beliau terlanggar seorang pejalan kaki sehingga maut dan mengheret mayatnya sehingga ke rumahnya.
Laporan CNN mengatakan Esteysi Sanchez, 29 melanggar mangsa, seorang warga emas berusia 69 tahun pada malam Isnin selepas meminum arak.
Akibat pelanggaran tersebut, mangsa maut serta merta dan tersangkut pada cermin hadapan kereta jenis Pontiac yang dipandu Esteysi.
Mayat mangsa disedari oleh teman lelaki Esteysi selepas kereta di parkir.
Sementara itu, pihak berkuasa mengesahkan Esteysi berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.
Esteysi bakal didakwa atas kesalahan memandu ketika mabuk, langgar lari dan membunuh mangsa.

Panas : LELAKI KENA 5 DAS TEMBAKAN KETIKA KE TEMPAT KERJA

LELAKI KENA 5 DAS TEMBAKAN KETIKA KE TEMPAT KERJA




KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima das tembakan ketika memandu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran pasar raya Giant Desa Petaling di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun, yang memandu sendirian kereta jenis NISSAN Teanna dalam perjalanan ke tempat kerja di Damansara sebelum dihampiri sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki lalu melepaskan enam das tembakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lima daripada tembakan itu mengenai tangan, dada dan leher mangsa.
"Dua tembakan mengenai tangan kanan dan leher, manakala satu tembakan mengenai dada mangsa.
"Kita masih menyiasat motif kejadian dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Sumber: BH

Wednesday, June 29, 2016

Gambar Gambar Kren Tumbang Hampir Hempap Bas..







Kejadian kren tumbang di alamat berhampiran BHP Jalan Pahang Kuala Lumpur. Tiada mangsa yang terlibat dan hanya melibatkan 2 buah kereta dan sebuah bas. Kecemasan di hadiri oleh anggota dari BP Setapak.

Bergambar : Tahniah KRU KMU Telah Sampai Ke Madinah ..














KMU 2016: Part II
Day 04
Riyadh - Madinah Munawarrah (850km)
Hj Amin dan Hj Jihad harini bergerak 2 jam lebih dari kami, kerana motor hj Jihad masih lagi terpaksa ditarik. Cuaca sangat panas shggakan spare tong minyak mengembang. Aku dan Hj Bard bergerak pada pukul 3.30ptg. Suhu masih lagi tinggi dalam 45 deg C.
Trafik keluar dari Riyadh agak jamm jgk. Hj Bard memecut laju di highway 65 dan Highway 60. Kami berhenti di sebuah R&R di Unayzah 300km dari Riyadh pada pkl 6.15ptg.
Kami berempat bersama2 berbuka dan solat jammak disini.
Kami bergerak pada pkl 8mlm menuju ke Madinah. Kami nyaris terputus bekalan minyak hanya boleh bergerak 7km jer lagi..mujurlah haji bard membawa spare minyak 5liter boleh lah bertahan utk 15km lagi utk smp ke next station minyak.
Kami sampai di Madinah pada pkl 11.59mlm. Kami terus ke masjid nabawi utk bergambar. Asyik berkejar dgn polis jer..
Kami sampai di hotel pkl 2pgi. Setelah check in, kami bersahur di restaurant berhampiran.

Tuesday, June 28, 2016

Berita Sempoii : Tip Untuk Mengenal Jantina Ketam




Tadi pergi ke pasar mencari ketam. Pakcik itu ajar bagaimana nak bezakan ketam jantan atau betina. Hari ini, baru tahu bagaimana nak bezakan jantina ketam. Ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan. 

Monday, June 27, 2016

Tragis..Di Bulan Ramadhan Maut kena besi jatuh dari treler

 Maut kena besi jatuh dari treler
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.
GUA MUSANG - Malang tidak berbau apabila seorang pemandu kereta maut setelah sebatang besi padu terjatuh daripada sebuah treler di Kilometer (KM) 57, Jalan Lojing - Gua Musang, di sini.
Kemalangan yang berlaku pada jam 1.15 tengah hari tadi, mengakibatkan mangsa, Mohammad Ameerul Asyraf Abd Aziz, 26, beralamat di Meru Permai, Ipoh Perak, meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurut bapa mangsa yang juga penumpang, Abd Aziz Zakaria, 54, besi padu yang jatuh dari treler di hadapan kenderaan jenis BMW itu terkena cermin kereta di bahagian tempat duduk pemandu.
"Setelah besi itu mengenai anak saya, saya terus memegang stereng dan mengawal kenderaan sehingga berhenti di bahu jalan.
"Bagaimanapun, treler berkenaan tidak berhenti dan meneruskan perjalanan," katanya yang dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Gua Musang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian berkenaan dan usaha mengesan lori treler berkenaan akan diteruskan.
"Mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan kita akan mengesan lori treler terbabit," katanya lagi.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 oleh Penyiasat Trafik, Inspektor Petriamirah

Berita baik.KMU 2016 Part 2 Hari ke 2 Abu Dhabi - Ghwaifat( Border UAE ) - Al Batha ( Border Saudi ) - Al Sharqiah 468km

KMU 2016 Part 2
Hari ke 2
Abu Dhabi - Ghwaifat( Border UAE ) - Al Batha ( Border Saudi ) - Al Sharqiah
468km

Memandangkan KMU Part 2 jatuh pd bulan Ramadhan & cuaca teramat panas & kering, kami terpaksa tukar program ride pd waktu mlm.

Utk menjimatkan masa, kami cuba jg keluar awal dr rumah Mr Janna di Abu Dhabi pd pkl 5.30 ptg setelah cuaca turun pd 33 Celcius. 

Memandangkan motor EX 5 Aswade tlh rosak & terpaksa ditinggalkan di Dubai, aturan yg tlh diatur ialah Aswade menjadi pillion saya & beg saya di bawa oleh Amin & beg Aswade dibawa oleh Jihad.









Agak pelik apabila susah sungguh utk jumpa stesen minyak di UAE ni. Sepanjang gurun, kami tak jumpa stesen minyak. Masing2 minyak dah nak habis & muka masing2 dah mula berkerut risau. Setelah minyak kami hampir betul2 habis..Alhamdulillah.. ada sebuah stesen minyak di Tarif.

Kami berhenti isi minyak di sini & masing2 beli tong extra utk di bawa sbg tambahan ( risau jg kot2 x jumpa stesen minyak di tgh2 gurun..masak kami ). Jihad skrg dah ada 2 extra tong minyak utk GS 800nya ..huhuhu.

Kami sampai di Tarif dah hampir maghrib. Kami tunggu di sana utk buka puasa & seterusnya solat jamak maghrib & isya'

Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Al Ghwaifat ( Border UAE ) & sampai dlm pkl 11 mlm UAE. Proses imigresen & kastam di sini ambil masa dlm 1 stgh jam. Dlm pkl 12.30 UAE..semua proses selesai & kami bergerak ke Al Batha ( Border Saudi ). Di sini proses ambil masa dlm 2 stg jam. Total urusan dokumentasi kedua2 border ambil lebih kurang 4 jam. Saya boleh katakan urusan berjalan agak mudah & lancar. Cuma 1 saja yg susah iaitu utk mendptkan cop Saudi di Borang Carnet sbb di Saudi tak perlu Carnet.

Jenuh jg kami meminta cop. Kami ditolak ke sana ke mari sbb tiap2 dept tak mau cop & kata di Saudi tak perlu. Akhirnya kami patah balik ke pejabat Kastam & saya minta tolong kpd pegawai berkenaan dgn mengatakan kalau tak cop diborang Carnet tersebut..motor kami nanti tak dibenarkan utk masuk ke Msia. Akhirnya di cop jg borang carnet kami. 

Duit depost harga motor GSLC saya Boss..Kalau x dpt cop..Burn duit deposit tu..menangis x berlagu la jwb nya. 

Cuma agak risau jg..Di Jedah masa nak ship balik motor nanti, mcm mana nak Auta utk dptkan cop tu nanti. Musa Kutti Mkm Mohammad ( pls take note ..hu3 ).

Utk masuk ke Saudi, kami dikehendaki membeli Insuran.Utk 2 minggu, 70 Riyal dikenakan.

Selesai saja di Al Batha dlm pkl 2 pagi UAE atau 1 pagi Saudi, kami pun mula kan ride kami di bumi Saudi.

Kami berhenti di Petro Shahab Al Batha utk isi minyak. Kami decide sahur terus di situ & seterusnya solat Terawikh. Nasib baik kami sahur di situ. Rupanya di Al Batha..subuh pd pkl 3.15 pagi. Elok kami settle solat terawikh & bersiap nak ride..tiba2 terkejut kami bunyi azan subuh. Kami pun solat Subuh dulu & teruskan perjalanan.

Dlm perjalanan tersebut, Amin & Aswade tak tahan mengantuk. Jd..kami pun berhenti di stesen minyak Al Sharqiah yg ada masjid kecil utk berehat & tidur di sini.

Semasa di Al Batha ( border Saudi ), motor Jihad overheat & terpaksa di tow. Amin ambil tugas tow motor jihad.

InsyaaAllah..selepas solat asar nanti, sekiranya cuaca dah agak tak panas, kami akan meneruskan perjalanan ke Riyadh. Semoga perjalanan kami selamat & dipermudahkan olehNya. Aamiin.

Sunday, June 26, 2016

Pihak Taska Bagi Ubat Batuk Agar Anak² Asuhan Tidur Lena' - Bekas Pekerja

'



Geramnya bila baca. Sempat screenshot untuk menyedarkan orang ramai. Baru tahu, rupa-rupanya ada sesetengah tempat asuhan yang beri ubat batuk kepada bayi dan kanak-kanak semata-mata untuk memudahkan kerja mereka.

Mungkin ibu bapa di luar sana berasa lega dan menyangka tempat pengasuh 'menjaga' elok anak-anak mereka. Setiap kali ibu bapa ini mengambil anak, mereka akan check jika terdapat kesan benjolan atau luka akibat didera mahupun disebabkan kelalaian. 

Tetapi hakikatnya, ramai yang belum tahu bahawa anak mereka tidur sepanjang hari di tempat asuhan tersebut selepas diberikan ubat batuk. Supaya mereka lebih 'behave' dan tidak menganggu tugas-tugas pengasuh.

Dan mungkin kerana itulah, mereka tidak didera secara fizikal. Tetapi ianya lebih kepada penderaan jangka masa panjang terhadap pertumbuhan kanak-kanak tersebut. 








Ubat batuk atau selsema mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil. Secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. 

Ubat batuk yang mengandung ubat narkotik seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Bayangkan jika tempat asuhan ini berikan kepada anak-anak anda setiap hari, terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, ianya boleh menyebabkan kanak-kanak ini berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus serta membawa maut. 

Sayangilah anak-anak anda. Selidik dahulu tempat asuhan anak anda sebelum memberi kepercayaan 100% kepada mereka. Semoga anak-anak kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya. InshaAllah. Sebarkan untuk kebaikan bersama. - Zaza | PIXEL MEDIA

Saturday, June 25, 2016

Budak Nyaris Maut Akibat Bermain Pemetik Api Di Stesen Minyak


KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak melecur teruk di bahagian muka selepas dirinya disambar api akibat bermain dengan pemitik api ketika ibunya sedang mengisi minyak, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Caltex Guchil, mangsa, Saifuddin, 7, menghidupkan pemetik api ketika ibunya sedang mengisi minyak menyebabkan kebakaran dalam kereta tersebut. 


Ibunya yang panik, terus berhenti mengisi minyak dan cuba menyelamatkan anaknya itu. Namun, kekalutan yang melanda menyebabkan mangsa turut disambar api sebelum ditarik ibunya keluar dari kereta berkenaan.

Kakitangan stesen yang melihat kebakaran itu, segera bertindak memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam api, bagi mengelakkan kebakaran bertambah buruk. 

Mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. -

Sempoi..Gambar Penjaja Yang Begitu Kreatif Untul Laris Jualan Di Bulan Ramadhan



Dulu Pakei Kancil


SEkarang Pakei Myvi

Dulu kancil, sekarang myvi.. macam2 cara nak tarik pelanggan..kreatif di bulan ramadhan untuk menarik pelanggan ..

Friday, June 24, 2016

Gambar Kemalangan Dahsyat 2 Maut , libatkan 14 buah kenderaan.

*Salam Media*
Laporan kemalangan maut bersabit Trafik Hulu Selangor Rpt: 4014 /16. Di Km 405.8 LRUS arah Selatan.
1⃣Tarikh/Waktu rpt :
23/6/2016 @ 0945 hrs.
2⃣ Tarikh/Waktu kejadian
23/06/2016 @ 0915 hrs
3⃣ Tempat kejadian:
Km 405.8 LRUS arah Selatan.
4⃣ Kenderaan terlibat:
K1) m/Treler WTX1528
K2)m/Treler AKB1661
K3)m/kar AJU9163
K4)m/kar PJU101
K5)m/kar AFE7867
K6)m/kar AKE545
K7)m/kar WA8483S
K8)m/teksi AEJ333
K9)m/kar AJG332
K10)m/kar PKK7666
K11)m/kar AJM57
K12)m/van WNF3183
K13)m/kar PKV4861
K14)m/treler BED8521
K15)m/van WRN7149
K16)m/treler NCJ4054
5⃣ Simati
1)Nama: Nurul Syazeila Iryani Binti Suhaimi
No KP: 870427-35-5150
Umur : 28 tahun
Alamat : No.1155 Permatang Tok Jaya Sungai Dua 13800 Butterworth Pulau Pinang.
Kecederaan : Cedera dada dan kepala
2)Nama: Hanna Humaira Binti Mohd Hasnun
MyKid:150104-07-0294
Umur:1tahun 5 bulan.
Alamat: No.1155 Permatang Tok Jaya Sungai Dua 13800 Butterworth Pulau Pinang.
Fakta kes:
Pada 23/06/2016@0915
Berlaku satu kemalangan melibatkan 16 buah kenderaan yang mana menyebabkan 2 kematian iaitu penumpang m/kar PKK7666(K10).
Kemalangan berpunca daripada m/treler WTX1528 (K1)yang terbabas dari lorong kanan ke lorong tengah dan merempuh 5 buah m/kar termasuk kereta K10.
Akibat rempujan tersebut K10 telah tersepit antara mtreler NCJ4054(K16) dengan K1. Akibat perlanggaran ini,kenderaan lain tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran seterusnya. 2 Mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Keadaan jalan sesak kerana lorong kiri di lokasi kejadian ditutup kerana ada kemalangan sebelum lokasi kemalangan ini.
Kes disiasat di bawah Sek. 41(1) APJ 1987
Pemandu M/Treller di tahan utk siasatan lanjut dan Ujian Air Kencing
Siasatan lanjut masih dijalankan.
Sekian, Untuk makluman Media. Tk








Thursday, June 23, 2016

Perghh :: Buaya tembaga di Lihat muncul di Sungai Klang

Buaya tembaga muncul di Sungai  Klang
Kelibat buaya tembaga yang sempat dirakamkan.
PUCHONG - Kampung Seri Aman di sini menjadi tumpuan seketika petang tadi apabila muncul kelibat seekor buaya tembaga di permukaan Sungai Klang berhampiran landasan transit aliran ringan (LRT) di Jalan Jurutera.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, reptilia tersebut dikatakan timbul di celah batu di bawah landasan LRT.
Penduduk,Kamsani Kamarudin,35, berkata, dia menyedari kehadiran buaya itu ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Seri Aman Hilir menuju ke sebuah kompleks beli- belah.
Katanya, dia berhenti di tepi jalan apabila melihat kenderaan penuh di tebing sungai.
Dia terkejut melihat seekor buaya sedang  elok bersantai dan mendapati haiwan tersebut berada di celah permukaan  batu berdekatan tapak binaan landasan.
"Memang ada buaya di kawasan sekitar situ namun ia jarang muncul dan kali terakhir dilihat berhampiran Kampung Tengah baru-baru ini.
"Saiz haiwan itu nampak lebih besar lebih kurang tiga meter panjang berbanding yang pernah diviral dan dilihat kampung berhampiran sebelum ini.
"Haiwan itu tidak  membahayakan penduduk  ramai yang pernah terserempak dengannya  di sungai itu," katanya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung