Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, June 30, 2016

Panas : LELAKI KENA 5 DAS TEMBAKAN KETIKA KE TEMPAT KERJA

LELAKI KENA 5 DAS TEMBAKAN KETIKA KE TEMPAT KERJA




KUALA LUMPUR: Seorang eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas terkena lima das tembakan ketika memandu di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban berhampiran pasar raya Giant Desa Petaling di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, mangsa, seorang lelaki berusia 40 tahun, yang memandu sendirian kereta jenis NISSAN Teanna dalam perjalanan ke tempat kerja di Damansara sebelum dihampiri sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki lalu melepaskan enam das tembakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata lima daripada tembakan itu mengenai tangan, dada dan leher mangsa.
"Dua tembakan mengenai tangan kanan dan leher, manakala satu tembakan mengenai dada mangsa.
"Kita masih menyiasat motif kejadian dan usaha mengesan suspek sedang dilakukan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
Sumber: BH

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung