Nuffnang

Friday, November 29, 2019

Perghhh !!! Jururawat lelaki dipecat, dipenjara 15 tahun atas dakwaan rogol pesakit hingga alami kemurungan



Jururawat lelaki dipecat, dipenjara 15 tahun atas dakwaan rogol pesakit hingga alami kemurungan

Mohamed Kamara merogol seorang pesakit wanita dengan memaksanya memakan ubat tidur sebelum melakukan perbuatan tersebut. Foto: Central News
SEORANG jururawat lelaki dipecat selepas dia dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun atas dakwaan merogol seorang pesakit.
Mohamed Kamara, 48, melakukan perbuatan tersebut pada 15 Mei 2017 di Hospital Royal London, Whitechapel.
Dia pada mulanya memaksa pesakit wanita itu memakan pil tidur sebelum merogolnya.
Ketika itu Kamara ditugaskan untuk memantau pesakit berkenaan.
Pesakit itu mengalami gangguan personaliti yang tidak stabil dan kemurungan emosi akibat diperkosa.
Dilaporkan, Kamara memaksa pesakit wanita itu untuk mandi dan menukar cadar katilnya untuk membuang sebarang bukti.
Dia juga mengancam pesakit itu untuk menghalangnya daripada membuat laporan polis.
Bagaimanapun, mangsa memberitahu anak perempuannya dan Kamara ditangkap sebelum dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Mahkamah Snaresbrook pada Julai 2018.
Majlis Jururawat dan Perbidanan mengadakan pendengaran di mana mereka memutuskan Kamara patut dipecat.
Pengerusi Panel Paul Morris berkata: "Kamara telah disabitkan merogol seorang pesakit yang tidak berdaya di katilnya.
"Panel menganggap bahawa ini bukan sekadar satu kesalahan jenayah yang sangat serius, tetapi ia juga merupakan pelanggaran kepercayaan dan penyalahgunaan kedudukan" - Metro.co.uk
Tags/Kata Kunci:rogol , pesakit , jururawat , emosi












Wednesday, November 27, 2019

Wow !!! Bekas kapten TUDM dapat ganti rugi RM235,000



Bekas kapten TUDM dapat ganti rugi RM235,000

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya seorang bekas Kapten Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dibayar ganti rugi berjumlah RM235,000 selepas beliau menang dalam saman terhadap polis dan kerajaan kerana pelanggaran kawajipan statutori dan penahanan yang salah pada tahun 2017.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril mengarahkan Deputi Superintendan Norzamani Mat Zim, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan membayar ganti rugi itu selepas membenarkan saman Azrul Hardav Abdullah, 58.


Mahkamah juga mengarahkan defendan yang diwakili oleh peguam kanan persekutuan Nik Mohd Noor Nik Kar membayar kos RM40,000 kepada plaintif.

Azrul Hardav, yang diwakili peguam Muniandy Vestanathan dan Fiona Aurelia Culas memfailkan saman itu pada Disember 2017.

Dalam penghakimannya, Mohd Firuz berkata plaintif, yang ketika ini adalah pengarah di sebuah syarikat pembangunan hartanah Sun Sky Property Sdn Bhd ditahan pada 9 Januari 2017 dan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah tahanan reman, namun ia tidak diberikan oleh majistret.

“Majistret tidak membenarkan penahanan reman dan mengarahkan supaya plaintif dibebaskan, namun pembebasan itu tidak berlaku, dan plaintif dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor dan ditahan semula, namun tiada sebab-sebab penahanan diberikan.

“Selepas menahan plaintif sekali lagi, defendan pertama (Norzamani) memohon perintah reman kedua, dan hakim juga enggan memberikan perintah reman, dan mengarahkan plaintif dibebaskan,” katanya.

Mohd Firuz menambah selepas perintah reman diketepikan, plaintif tetap ditahan dan dibawa ke Kuantan, Pahang bagi mendapatkan perintah tahanan reman buat kali ketiga, namun permohonan itu juga diketepikan oleh Mahkamah Majistret Kuantan.

Beliau berkata, dalam percubaan keempat Azrul Hardav dibawa ke Sepang untuk memohon perintah reman, dan sekali lagi ia diketepikan.

“Saya berpendapat penahanan itu tidak sah. Plaintif tidak seharusnya ditahan tanpa arahan majistret. Menurut defendan pertama, beliau hanya mengikut arahan dari pegawai atasannya “Supt Siva”, malangnya ‘Supt Siva’ tidak dipanggil sebagai saksi semasa perbicaraan,” katanya.

Mohd Firuz membenarkan pemberian ganti rugi RM75,000 kepada Azrul Hardav bagi kehilangan kebebasan dan RM15,000 tiap sehari semasa dalam tahanan atau jumlah penuhnya RM60,000.

Mahkamah turut mengarahkan pemberian RM100,000 kepada plaintif sebagai ganti rugi teladan. - Bernama

Tuesday, November 26, 2019

Fuh Tediaa !!! Perompak larikan barang perhiasan antik bernilai sehingga RM4.6 bilion dari muzium Jerman


Perompak larikan barang perhiasan antik bernilai sehingga RM4.6 bilion dari muzium Jerman
Perhiasan antik yang dipercayai bernilai lebih daripada 1 bilion Euro (RM4.6 bilion) telah dilarikan daripada sebuah Muzium Green Vault di Dresden, Jerman. Foto: Getty
BARANG perhiasan antik yang dipercayai bernilai lebih daripada 1 bilion Euro (RM4.6 bilion) telah dicuri dalam satu serbuan di sebuah muzium di Jerman.
Menurut detektif, Muzium Green Vault di Dresden menjadi sasaran penyamun pada awal pagi Isnin.
Menurut laporan lagi, penyamun memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum menyelinap masuk melalui tingkap pada pukul 5 pagi.
Mereka dikatakan menyasarkan barang perhiasan, berlian dan batu permata.
Jurucakap polis Thomas Geithner mengesahkan kejadian itu.
Green Vault menyimpan koleksi khazanah terbesar di Eropah dan diasaskan oleh Prince Elector Frederick Augustus I, atau Augustus the Strong, pada tahun 1723.
Ia ditempatkan di Istana Dresden dan menjadi sebahagian daripada Koleksi Seni Negeri Dresden. - Metro.co.uk

Monday, November 25, 2019

Perghhh !! Isteri trauma! Suami di sebelah, 3 warga asing masih berani buka pintu kereta - “Nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je”


Isteri trauma! Suami di sebelah, 3 warga asing masih berani buka pintu kereta - “Nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je”
Ain sekeluarga berdepan pengalaman ngeri itu pada Jumaat lalu.
"MASUK kereta, kunci pintu dahulu sebelum hidupkan enjin."
Demikian pesan seorang wanita setelah dia sekeluarga nyaris menjadi mangsa kepada tiga lelaki tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Batu Feringhi, Pulau Pinang Jumaat lalu.
Menerusi kejadian sekitar pukul 7.30 malam itu, Ain Syafiqa Azmi, 29, berada di dalam kereta bersama suami, Muhammad Haziq Mohd Salman, 29, dan anak mereka yang berusia tiga tahun.
"Masa tu suami baru masuk kereta selepas keluarkan duit. Kami parking betul-betul depan pintu stesen minyak. Saya pula masa tu tengah tengok phone, dari ekor mata saya macam perasan ada orang datang dekat luar pintu.
"Muka dia tengok kiri kanan, tapi tangan dia nak buka pintu sebelah saya. Seorang lagi cuba buka pintu belakang.
"Saya jerit suruh suami lock pintu. Tapi nasib baik dia dah lock, suami terus tekan minyak selepas itu," ujarnya kepada mStar.
Malam tu konon nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je, balik makan kat hotel.
AIN SYAFIQA AZMI
Mesra disapa Ain, dia berkata tiga lelaki itu kelihatan seperti orang dari Timur Tengah atau Amerika Latin.
Susulan kejadian berkenaan, dia juga sudah membuat laporan di Balai Polis Batu Feringhi.
Menurut Ain, dia berada di negeri itu selama tiga hari untuk bercuti bersama keluarga.
Tambahnya, dia mengakui trauma dan mood bercuti juga seolah-olah lenyap sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada Sabtu.

Perkongsian kisah itu di Twitter adik kepada Ain.
"Malam tu konon nak cari nasi kandar, akhir sekali beli burger tepi jalan je, balik makan kat hotel.
"Tak adalah sampai trauma tak nak datang Pulau Pinang, tapi lepas ni akan beringat walau di mana sahaja. Masuk kereta, pertama sekali kena kunci pintu. Jangan main phone, tapi perhati keadaan sekeliling.
"Saya trauma sampai termimpi-mimpi. Tak tahu senjata apa mereka bawa, mujurlah tak sempat buka pintu," katanya lagi.
Kisah mengenai Ain dikongsi di laman Twitter oleh adiknya sehingga tular.
Selain Twitter, Ain sendiri turut berkongsi kisah itu di Facebook miliknya sebagai peringatan bersama buat orang ramai.

Friday, November 22, 2019

Perghhh !!! Pesakit mengadu hidung sering berdarah, rupa-rupanya ada lintah tiga inci ‘bersarang’


Pesakit mengadu hidung sering berdarah, rupa-rupanya ada lintah tiga inci ‘bersarang’
Dr Wang menemui seekor lintah di dalam rongga hidung pesakitnya. Foto AsiaWire
SEORANG lelaki yang mengadu sering mengalami hidung berdarah terkejut apabila menemui seekor lintas sepanjang tiga inci berada di dalam hidungnya selama setengah bulan.
Lelaki berusia 24 tahun itu berkata, dia mengalami pendarahan hidung selama dua minggu sebelum memutuskan untuk mendapatkan bantuan di Hospital Sanhe di Huizhou, Guangdong di China.
Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Wang Yangfeng mengesyaki terdapat lintah yang hidup dalam rongga hidung pesakit semasa membuat pemeriksaan awal.
ARTIKEL BERKAITAN: Gempar cacing tujuh sentimeter ditemui dalam mata, 12 tahun selepas digigit anjing
Spekulasi itu kemudian terjawab apabila dia melakukan pemeriksaan lebih terperinci dalam rongga hidung pesakitnya, dan menemui parasit itu.
Seekor lintah hidup di dalam hidung pesakit selama dua minggu. Foto AsiaWire
Rakaman video menunjukkan Dr Wang menyembut anestetik ke dalam rongga hidung pesakit sebelum mengeluarkan lintah sepanjang 3.15 inci.
Menurut pihak hospital, pesakit kemudian mendedahkan air sungai semasa mendaki bersama rakan-rakannya di Yunnan dua minggu lalu, memasuki hidungnya.
Dr Wang mengesyaki pesakit itu tidak sengaja menyedut larva lintah ke dalam hidungnya, sebelum membesar di dalamnya sehingga mengakibatkan pendarahan akibat disedut parasit itu. - Mirror

Thursday, November 21, 2019

Perghhh !!! Gadis nyaris dirogol lelaki bogel



Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa dikejar seorang lelaki dalam keadaan bogel.
SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila nyaris menjadi mangsa rogol selepas dikejar seorang lelaki dalam keadaan bogel.
Kisah menimpa wanita malang itu hangat diperkatakan selepas rakaman video detik cemas tersebut tular di media sosial.
Wanita itu yang identitinya tidak didedahkan dilihat sedang berjalan seorang diri di sebuah pusat peranginan di Rio de Janeiro ketika insiden berlaku pada pagi Selasa lalu.
Mangsa dilihat menyedari kehadiran sebuah kereta yang dipandu secara perlahan sebelum seorang lelaki dalam keadaan berbogel tiba-tiba keluar dari kereta tersebut.
Dia bagaimanapun terus berjalan tanpa menghiraukan lelaki itu.
Namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu bertindak mengejar mangsa dari arah belakang.
Mangsa mendakwa cuba melarikan diri dan menjerit meminta tolong daripada orang awam.
Menurut polis, suspek cuba memaut pinggang gadis itu tetapi dia dapat melarikan diri.
Memandangkan waktu itu hujan, suspek terpaksa membatalkan niat tidak senonohnya itu kerana pintu keretanya tidak bertutup. - Dailystar.co.uk
Tags/Kata Kunci:rogol , lelaki bogel

Wednesday, November 20, 2019

wow !!! “Saya masih suka kentang goreng!” - Luna Maya hampir termuntah gara-gara sumbat 3 biji kentang dalam...



“Saya masih suka kentang goreng!” - Luna Maya hampir termuntah gara-gara sumbat 3 biji kentang dalam mulut
Luna akui hampir termuntah ketika tersedak kentang.
SELEBRITI terkenal Indonesia, Luna Maya mengakui hampir termuntah apabila dia tersedak kentang ketika cuba menjayakan salah satu babak dalam filem Rumah Kentang: The Biginning.
Memetik laporan Tribun News, Luna yang memegang watak Sofie terpaksa memasukkan tiga biji kentang sekaligus dalam mulutnya supaya dia berjaya memuntahkan kentang tersebut bagi menjayakan karakter yang dilakonkan.
Meskipun terpaksa melakukan adegan itu berulang kali, Luna, 36, berkata dia tidak mengalami sebarang trauma terhadap kentang.
"Tersedak kentang tu scene paling mencabar. Prosesnya apabila kentang tu dimasukkan ke dalam mulut, dan luahkan selepas menerima arahan.

Luna akui sukar lakukan adegan muntahkan kentang.
"Bayangkan tiga biji kentang bulat-bulat sekaligus. Rasa tersedak, pening kepala macam nak muntah sebab kentang tu dah dekat hujung tekak.
"Tapi, so far tak ada lagi trauma dengan kentang. Saya masih sukakan kentang goreng... suka sangat," katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Luna memberitahu bahawa faktor cuaca yang terlalu sejuk juga merupakan cabaran dalam menjayakan filem seram itu.
Filem Rumah Kentang: The Beginning bakal ditayangkan di pawagam pada 21 November 2019 gandingan Luna Maya dan Christian Sugiono.

Tuesday, November 19, 2019

Wow !!! Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM!,Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia-Indonesia


Hanya 24 jam sebelum aksi Malaysia-Indonesia, Mufti WP temui sesuatu semasa spot check ke Wisma FAM!
Zulkifli (kiri) sewaktu mengadakan lawatan mengejutkan ke Wisma FAM. Foto twitter drzul_albakri
BAHANG perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang menyaksikan pasukan Malaysia dan Indonesia bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Selasa malam semakin dirasai.
Kehangatan aksi yang dinanti-nantikan itu terbukti apabila semua tiket bagi perlawanan itu habis dijual secara dalam talian pada Ahad.
Namun, apa yang mengejutkan apabila seorang individu cukup berpengaruh membuat spot check ketika melakukan lawatan mengejut ke Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Beliau yang cukup dikenali kerana minatnya dalam bola sepak dan sentiasa mengikuti perkembangan sukan itu di dalam dan luar negara adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
“Lawatan mengejut ke Wisma FAM menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia lawan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil,” tulis mufti di laman Twitter rasmi miliknya, petang Isnin.
Menurut Zulkifli, lawatan ringkas ke Wisma FAM semata-mata ingin mengetahui perkembangan berkaitan arena bola sepak tempatan.
“Tujuannya semata-mata ingin mengetahui segala-galanya mengenai bola sepak bermula daripada pejabat hingga ke padang bola,” katanya sambil menambah mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan FAM terutama presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Antara perkongsian Zulkifli sewaktu mengadakan lawatan ringaks ke Wisma FAM pada Isnin.
Dalam pada itu, kunjungan ke Wisma FAM turut menyaksikan Zulkifli tertarik dengan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang beraksi di padang.
“Gambar KBDYMM SPB YDPA paling menarik perhatian saya. Ayuh semua #EkorHarimauMalaya. Kita pemain ke-12 wajib beri sokongan penuh kepada Harimau Malaya,” tambah Mufti.
Terdahulu, dalam perjalanan ke Wisma FAM, Zulkifli turut mengalu-alukan sebarang pesanan yang boleh disampaikan kepada pasukan Harimau Malaya bagi memberi semangat.
“Solat maghrib dulu, baca doa… jangan lupa. Nak harumkan nama negara biarlah berserta keberkatanNya,” tulis seorang warganet.
“Pesan pada mereka… main macam Liverpool,” komen seorang lagi yang merujuk kepada kenyataan mufti sebelum ini berkongsi mengenai pasukan kegemarannya.
Khamis lalu, tiga imam ditugaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) bagi membantu penonton mengerjakan solat Isyak berjemaah di stadium berkenaan, sebelum perlawanan aksi keempat Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand.
Skuad Harimau Malaya melakar kejutan apabila menewaskan gergasi Asia Tenggara itu dengan 2-1 dalam aksi tersebut.

Monday, November 18, 2019

Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur - “Tak ada orang teman lagi lepas ni”


Sebak! Susah senang bersama, warga emas tak sanggup usung keranda isteri ke kubur - “Tak ada orang teman lagi lepas ni”

Suami tidak ikut serta mengusung jenazah isterinya ke tanah perkuburan kerana terlalu sebak.
SETIA hingga ke hujung nyawa.
Begitulah yang dapat menggambarkan rasa cinta lelaki warga emas ini terhadap isterinya yang baru meningggal dunia beberapa hari lalu.
Biarpun hidup serba daif di Kampung Tanah Merah, Sandakan, pasangan ini mampu mempertahankan cinta dan rumah tangga mereka sehingga ke akhir hayat.
Kisah meruntun hati ini dikongsi Yunizam Yusop yang menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma di Sandakan, Sabah di Facebooknya sehingga mengundang sebak netizen.
Malah Yunizam mengakui dia sendiri gagal menahan sebak sebaik melihat kehidupan pasangan itu.
"Memang saya terkejut pada masa sama sayu dan sedih. Bila saya tanya jiran mereka pasal anak-anak, jiran beritahu mereka hanya hidup berdua.
Kelengkapan kain kafan turut disediakan Yunizam untuk arwah isteri lelaki warga emas itu kerana mereka kurang berkemampuan.
"Tiada anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan. Maknanya siapa meninggal awal dialah yang akan uruskan jenazah yang pergi dulu.
"Mereka berdua menyewa di sebuah bilik dengan bayaran RM100 sebulan. Kalau ada seringgit di tangan, maka seringgitlah yang akan dibayar kepada tuan rumah," katanya kepada mStar.
Jelas pemuda berusia 31 tahun itu, dia tergamam apabila melihat keadaan dapur yang dijadikan tempat untuk memandikan jenazah isteri warga emas itu yang menghembuskan nafas terakhir pada 12 November baru ini.
Masa nak pergi kebumi jenazah isteri dia, suami cakap tak dapat ikut sekali. Dia kata betul-betul sedih sebab tak ada orang teman dia lagi lepas ni.
YUNIZAM YUSOP.
Pemilik van jenazah percuma.
"Saya lega bila suami kata jenazah isteri akan dimandikan dan ada jiran kampung yang akan uruskan jenazah. Alhamdulillah segalanya sudah diatur dan tinggal tunggu urusan pengebumian.
"Sebaik si suami menunjuk bahagian dapur saya terdiam. Dia beritahu kau tengoklah dapurku apa pun tiada. Gas memasak pun tiada. Semua kosong.
"Ya Allah dapur bertampal-tampal dengan papan. Memang menyedihkan tapi tetap teruskan mandikan jenazah sebab kalau bawa ke masjid takut merumitkan lagi keadaan," katanya.
Ruang dapur tempat memandikan jenazah.
Yusnizam turut mendedahkan pasangan itu hanya makan nasi putih yang dibeli di pasar berdekatan setiap hari.
"Bila saya tanya masak macam mana, suami beritahu dia hanya beli nasi kosong 50 sen dekat pasar berdekatan. Kalau ada duit lebih barulah beli lauk untuk dimakan dengan isterinya.
"Mendengar dia cakap begitu air mata saya terus mengalir laju. Dulu suami bekerja di sebuah pasar raya tetapi bila jatuh sakit dia terpaksa berhenti kerja," katanya.
Lebih menyedihkan, Yunizam berkata lelaki itu tidak sanggup mengiringi jenazah isterinya sehingga ke tanah perkuburan kerana terlalu sedih.
"Masa nak pergi kebumi jenazah isteri dia, suami cakap tak dapat ikut sekali. Dia kata betul-betul sedih sebab tak ada orang teman dia lagi lepas ni.
"Masa tu saya pun ikut nangis sekali. Ya Allah sedih. Begitu kuatnya cinta mereka. Tapi saya bersyukur kerana urusan pengebumian jenazah dipermudahkan," katanya.
Perkongsian Yunizam atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Botak itu menjadi tular di Facebook.
Urusan pengebumian isteri warga emas itu yang meninggal dunia akibat sakit tua dipermudahkan.
Rata-rata netizen meluahkan simpati dan sebak dengan nasib pasangan itu.
Mengenai perkongsian itu, Yunizam berkata ada mesej yang cuba disampaikan melalui kisah tersebut.
Katanya lagi, meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri mereka tetap hidup bersama.
"Apa yang membanggakan saya dan menjadi pengajaran buat semua adalah mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa. Hari ini banyak kita dengar kes penceraian rumah tangga berlaku kerana masalah kewangan.
"Namun dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumah tangga mereka sehingga akhir hayat. Meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya.

Friday, November 15, 2019

Perghhh !!! Kecoh kedai emas pamer cincin pada ‘kemaluan’


Kecoh kedai emas pamer cincin pada ‘kemaluan’
Gambar Hiasan untuk tontonan anda
Bentuk paparan cincin di sebuah kedai kemas kelihatan seperti kemaluan. Foto Facebook / The Sun
SEBENTUK cincin menjadi bahan jenaka secara dalam talian gara-gara cara ia dipamer di sebuah kedai.
Sekeping gambar cincin dikongsi di laman Facebook, dan warganet menganggap pemegang cincin itu kelihatan seperti kemaluan lelaki.
Gambar tersebut dikongsikan di grub Facebook 'That's It, I'm Ring Shaming', di mana sebentuk cincin disarungkan dalam satu bekas tiub dengan dilipat pada bahagian hujung.
Menurut kapsyen: "Saya tak suka cincin itu, tapi saya benci persembahan tu."
Rata-rata warganet bersetuju dengan keterangan gambar tersebut yang menyifatkan rekaan untuk mempamerkan cincin itu sebagai biadab.
"Maksud saya, anda tidak boleh mengatakan ia tidak romantik," ujar seorang warganet secara berseloroh. - The Sun

Thursday, November 14, 2019

WoW !!! Ribuan ringgit lesap dari akaun, Aiman Tino serik dikhianati rakan baik - “Bukan mengungkit tapi kesal ditikam belakang”



Ribuan ringgit lesap dari akaun, Aiman Tino serik dikhianati rakan baik - “Bukan mengungkit tapi kesal ditikam belakang”
GARA-GARA terlalu mempercayai rakan baik, penyanyi Aiman Tino mendedahkan pernah menjadi mangsa khianat sehingga membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling
Cerita Aiman, 21, individu yang dikenali sejak zaman persekolahan itu telah mengeluarkan duit berjumlah ribuan ringgit dari akaun peribadi miliknya tanpa disedari.
"Sebenarnya saya tak tahu lagi dah nak buat baik macam mana, sebelum ni saya tak pernah berkira, bantu kawan-kawan... bukan nak mengungkit tapi kesal akhirnya ditikam belakang.
"Ada kawan yang rapat dengan saya tergamak curi duit dari akaun bank saya sehingga ribuan ringgit. Dia ambil kad bank saya diam-diam dan keluarkan duit tanpa pengetahuan saya, dari mana dia tahu nombor PIN itu pun saya tak pasti.
"Bila semak semula, baru nampak transaksi tersebut, sebelum itu saya tak perasan duit semakin berkurang sehinggalah ia terbongkar," katanya kepada mStar.
Aiman Tino jadikan pengalaman dan lebih berhati-hati dalam meletakkan kepercayaan kepada seseorang.
Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini ditemui semasa pelancaran single terbaharu berjudul Benci yang diadakan di Magika Event Hall, Star Avenue Mall, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Dalam majlis tersebut, syarikat rakaman Aries Music turut melancarkan album berjudul Anugerah Terbaik yang mengandungi sembilan buah lagu nyanyian Aiman Tino.
Cumanya sekarang ini saya jadi lebih berhati-hati, sampaikan kadang-kadang fikiran jadi negatif sebelum nak percayakan orang!
Sementara itu, Aiman berkata pengalaman lampau itu membuatkan dia lebih matang dan berhati-hati dalam mempercayai seseorang.
"Saya tak marah dekat kawan tersebut dan dia pun dah bayar balik duit yang diambil. Sebolehnya saya tak nak memperbesarkan perkara ini sebabnya dia kawan saya dari sekolah rendah.
Aiman bersama Pengarah Urusan Aries Music, Dexter Koh.
"Cumanya sekarang ini saya jadi lebih berhati-hati, sampaikan kadang-kadang fikiran jadi negatif sebelum nak percayakan orang.
"Saya anggap ini perkara normal dalam hidup dan saya dah merasa, iyalah sebelum ni jiwa remaja cepat nak memberontak dengan ibu bapa... akhirnya apabila berlaku sesuatu ujian kita kembali semula kepada mereka," ujarnya.
Bercakap mengenai lagu terbaharu berjudul Benci, Aiman berkata lagu tersebut merupakan ciptaan Apit dan Kelinci.
"Lagu Benci ini boleh dikaitkan dalam apa saja situasi sama ada kawan tikam belakang atau cinta dikhianati. Tetapi, untuk klip lagu saya pilih cinta sebab ia lebih mudah untuk dilakonkan.
"Saya harap lagu ini diterima ramai selepas lama menyepikan diri, Insya-Allah saya akan muncul dengan lagu baharu setiap tiga bulan," katanya.mstar

Wednesday, November 13, 2019

Tudia !!! Hisap vape untuk berhenti merokok bawa padah - “Saya hampir mati”


Hisap vape untuk berhenti merokok bawa padah - “Saya hampir mati”

Ewan sewaktu dirawat di sebuah hospital.
SEORANG remaja lelaki hampir menemui ajal dan memerlukan paru-paru tiruan selepas menghisap vape selama lima bulan.
Ewan Fisher mula menggunakan rokok elektronik itu sebagai alternatif untuk berhenti merokok pada 2017.
Namun warga Britain itu dimasukkan ke sebuah hospital pada tahun yang sama kerana mengalami masalah kesihatan.
Dia disahkan menghidap pneumonitis hipersensitif (HP) yang juga reaksi alergi terhadap sesuatu yang dihirup sehingga menyebabkan keradangan tisu paru-paru.
Keadaan Ewan kritikal sehingga dia juga memperlukan mesin sokongan hidup.
Remaja dari Arnold, Nottingham itu menghisap vape selama empat atau lima bulan sebelum jatuh sakit.
"Saya bertukar kepada vape kerana fikir ia lebih bagus. Namun saya kerap batuk dan mengalami kesukaran bernafas.
"Ibu saya jadi risau dan membawa saya ke sebuah hospital. Saya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan dua jenis mesin sokongan hidup. Saya hampir mati," katanya.
Ewan kini menasihati orang ramai supaya berhenti menggunakan vape.
"Vape membuatkan saya sakit. Kepada mereka yang sudah menggunakan rokok elektronik itu, bertemulah segera dengan doktor.
"Bertukar kepada vape dengan niat untuk berhenti merokok sebenarnya mengundang padah," katanya. - Dailystar

Tuesday, November 12, 2019

Pembantu rumah buat rakaman dakwa diseksa, dikurung majikan, disimbah minyak panas - “Tak akan hidup lama, tolong selamatkan saya!”


Pembantu rumah buat rakaman dakwa diseksa, dikurung majikan, disimbah minyak panas - “Tak akan hidup lama, tolong selamatkan saya!”
SEORANG pembantu rumah meminta bantuan selepas mendakwa majikannya menyimbahnya dengan minyak panas, menyerangnya secara seksual dan mengurungnya selama 15 hari.
Pembantu rumah warga Bangladesh itu mendakwa majikannya warga Arab Saudi itu membuatkan dirinya kebuluran selama beberapa minggu.
Rayuannya untuk diselamatkan dan mahu pulang ke kampung halaman itu dibuat dalam video yang dimuat naiknya secara dalam talian.
Dalam rakaman itu, wanita tersebut mendakwa dia telah menjadi mangsa serangan seksual tanpa belas kasihan oleh majikannya.
Semasa membuat rakaman itu, dia juga menunjukkan lenggannya yang didakwa dicederakan oleh majikan.
"Saya mungkin tidak akan hidup lama. Tolong selamatkan saya!" katanya dengan penuh emosi.
"Mereka mengurung saya selama 15 hari dan hampir tidak memberikan saya apa-apa makanan. Mereka melecurkan tangan saya dengan minyak panas dan ikat saya," tambahnya.
Wanita itu, dipercayai berumur 25 tahun dilihat membuat rakaman dengan jarak dekat bagi meminta bantuan.
"Saya tak fikir saya akan hidup. Saya fikir saya akan mati.
"Mereka pukul dan seksa saya. Tolong selamatkan saya, lepaskan saya dari sini," katanya.
Video tersebut menjadi tular di media sosial, sekali gus mendedahkan eksploitasi segelintir warga Asia yang bekerja di luar negara. - Mirror

Monday, November 11, 2019

wow !!!! Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”


Shuib pernah putus asa, tiga perniagaan gagal - “Kurma sampai berulat, kopi pun tak jual!”

Shuib pernah hampir putus asa kerana perniagaan diusahakan gagal.
PELAWAK Shuib mengakui pernah hampir berputus asa apabila beberapa jenis perniagaan yang diusahakan sebelum ini gagal.
Shuib, 35, bagaimanapun berkata dia tidak menyerah kalah dan terus berusaha meneroka perniagaan lain sehinggalah matlamatnya itu membuahkan hasil.
"Tiga tahun lalu, saya pernah rasa nak give up apabila satu demi satu perniagaan saya gagal. Bermula dengan bisnes kopi sampai satu tahap produk terlalu banyak tak terjual, nak sedekah pun orang dah tak nak... sudahnya terpaksa buang kerana sudah tarikh luput.
"Selepas itu saya cuba bisnes kurma pun tak menjadi, gagal lagi sampai berulat kurma dan terpaksa dibuang. Cabaran itu memang sangat besar tapi saya kuatkan diri untuk terus mencuba sehinggalah hari ini perniagaan madu.
"Alhamdulillah, perniagaan hari ini mungkin bukan paling berjaya tapi saya dapat rasakan kejayaan itu dan sepanjang tujuh tahun mencuba dalam perniagaan, perjalanan dan pengalaman itu yang paling mahal bagi saya," katanya kepada mStar.
Isteri, Siti Sarah menjadi tulang belakang kejayaan Shuib.
Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad ditemui semasa majlis penyampaian anugerah Malaysia Prestigious Industry Award 2019 (MPIA) yang berlangsung di Putrajaya Marriot Hotel, baru-baru ini.
Pada majlis itu, Shuib dianugerahkan Prestigious Leader In Retail Chain & Lifestyle Industry menerusi perniagaan madu, Bee Factory yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.
Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!
SHUIB
Pelawak
Selain Shuib, beberapa selebriti lain seperti Datuk Ramli MS, Datuk Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, Datuk Alha Alfa, Erra Fazira dan Zara Zya turut menerima anugerah masing-masing menerusi kategori berbeza.
Ditanya kunci kejayaannya dalam menguruskan perniagaan, suami kepada penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini memberitahu dia mengamalkan bacaan surah al-Waqiah serta memperbanyakkan amalan bersedekah dalam kehidupan.
Shuib menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin (dua dari kiri) disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Organisasi Pengarah Syarikat Malaysia (MOCAD), Datuk Seri Dr Ibrahim Ahmad (kiri sekali) dan Pengerusi Penganjur, Datuk Mohd Ali Abdul Majis (kanan sekali).
"Setiap awal pagi dan malam mendengar surah tersebut, sebab saya percaya kita bukan orang yang hebat tapi Allah hantarkan orang lain yang lebih hebat itu kepada kita.
"Sebelum ini, kita ingat boleh buat semua benda, tapi ada suatu masa kita rasa putus asa dan tak boleh pergi. Cumanya bila Allah hantar orang-orang yang hebat pada kita, ia naikkan semangat.
"Pesanan saya kepada yang nak mulakan bisnes, jangan putus asa dan ingatlah pengalaman itu lebih mahal harganya daripada kejayaan yang kita akan capai nanti!," ujarnya. Mstar
Tags/Kata Kunci:Shuib , Siti Sarah

Friday, November 8, 2019

Pergghh !!! Hebat abang bomba! Hanya seru ‘mai mai’ kucing terbiar lari pecut terkam pagar rumah – “Saya buka peti ais pun depa dah cam”


Hebat abang bomba! Hanya seru ‘mai mai’ kucing terbiar lari pecut terkam pagar rumah – “Saya buka peti ais pun depa dah cam”

Video yang dimuatnaik di Twitter oleh adik kepada Zulfadhli menjadi tular.
“BILA saya panggil ‘mai mai’ (mari mari), semua pakat serbu pintu pagar belakang rumah,” demikian kata seorang lelaki yang videonya memberi makan kucing-kucing terbiar berhampiran rumahnya tular di laman sosial.
Berkongsi cerita dengan mStar, Mohamed Zulfadhli Azmi berkata, rutin memberi makan kepada kucing-kucing berkenaan dilakukannya setiap pagi sejak hampir setahun yang lalu sebelum pergi kerja.
Bertugas sebagai seorang pegawai bomba, dia yang lebih dikenali dengan panggilan Zulfadhli berkata, kucing-kucing berkenaan akan dijamu dengan ikan yang dibeli setiap hujung minggu di pasar.
“Mula-mula hanya dua ekor saja yang datang makan, sekarang sudah bertambah sehingga sepuluh ekor yang datang ke rumah saya. Mungkin dah beranak pinak.
“Memandangkan bilangan kucing-kucing ini makin bertambah, saya akan beli ikan di pasar setiap hujung minggu. Biasanya saya akan beli dua hingga tiga kilo setiap minggu. Jenis ikan yang saya beli tak tentu juga, kadang-kadang ikan kembong, kadang-kadang ikan selayang.
“Kos yang dibelanjakan tidak menentu, bergantung kepada harga ikan. Secara purata saya hanya keluarkan kira-kira RM19 setiap kali membeli,” ujarnya.
Selain memberi makan kucing terbiar, Zulfadhli turut memelihara lima ekor kucing di rumahnya.
Tambah Zulfadhli lagi, kucing-kucing terbiar tersebut seolah-olah sudah terbiasa dengan rutin ‘dijamu’ selepas waktu subuh setiap hari.
“Disebabkan sudah kenal siapa yang suka beri mereka makan, kadang-kadang tu masa saya keluarkan ikan dari peti ais pun mereka dah cam. Ada yang nakal sedikit, siap panjat tingkap.
“Bila dah tiba masa nak beri makan, saya panggil ‘mai mai’ (loghat utara), masing-masing yang sedang bermain atau berkeliaran secara automatik serbu pagar belakang rumah saya,” ujar pemuda berusia 31 tahun ini.
Video yang dimuatnaik adik Zulfadhli di Twitter menjadi tular sehingga meraih lebih 18,000 retweet.
Dalam pada itu ujar anak kelahiran Tasek Gelugor, Pulau Pinang ini, dia amat bersyukur kerana jiran sekeliling amat memahami tabiatnya itu.
“Apa yang penting, saya tetap menitikberatkan kebersihan. Setiap kali beri makan, saya pastikan kucing-kucing ini diberi makan di satu tempat dalam satu bekas. Tak mahulah nanti jiran-jiran terganggu dengan bau atau sisa ikan dan sebagainya,” ujar Zulfadhli.
Bila dah tiba masa nak beri makan, saya panggil ‘mai mai’ (loghat utara), masing-masing yang sedang bermain atau berkeliaran secara automatik serbu pagar belakang rumah saya.
MOHAMED ZULFADHLI AZMI
Sebelum ini video yang memaparkan sekumpulan kucing berlari pecut tatkala dipanggil untuk dijamu makan, mengundang perhatian netizen.
Video yang dimuatnaik di Twitter oleh seorang pelayar yang juga merupakan adik kepada Zulfadhli itu sehingga kini meraih lebih 18,700 retweet selain ditonton sehingga 190,000 kali.
Video berkenaan turut mengundang komen positif netizen yang memuji tindakan lelaki berkenaan, malah turut mendoakannya dimurahkan rezeki kerana sifat mulianya itu.

Antara komen netizen yang memuji tindakan Zulfadhli memberi makan kucing terbiar.
“Sebenarnya saya hanya masukkan video tersebut dalam WhatsApp group keluarga, tapi adik saya, Nurzaimah yang muatnaik di Twitter.
“Langsung tak terfikir ia akan jadi tular. Cuma apabila membaca komen-komen positif netizen, saya rasa terharu. Sekurang-kurangnya ia boleh menghantar mesej kepada orang di luar sana.
“Saya rasa sangat puas dapat beri kucing-kucing makan. Apabila melihat mereka kekenyangan, saya rasa lega. Moga-moga ini menjadi amal jariah saya kerana kita tak sedar, mungkin Allah akan balas dalam bentuk rezeki yang lain kepada kita,” katanya lagi.

Thursday, November 7, 2019

Tak sanggup tenung lalang, wanita ini ‘kerah’ satu family bina swimming pool untuk anaknya – “Buat kolam renang boleh cecah RM50,000, kos kami cuma...”


Tak sanggup tenung lalang, wanita ini ‘kerah’ satu family bina swimming pool untuk anaknya – “Buat kolam renang boleh cecah RM50,000, kos kami cuma...”
Proses sebelum dan selepas binaan sebuah kolam renang buatan sendiri. Foto ihsan Facebook Hezline Atherra
KANAK-kanak mana yang tidak suka mandi di kolam renang? Bagi mereka, itulah saat yang paling menyeronokkan.
Menyedari hakikat itu, seorang ibu mengambil inisiatif untuk memenuhi impian anak-anaknya dengan membina kolam renang di rumah mereka.
Paling istimewa ia dibuat dengan tangan dan keringat ibu dua anak ini, bersama suami dan adik-beradik demi merealisasikan kolam renang dilengkapi taman buatan sendiri.
Ibu berkenaan, Zulieda Hezline Atherra Mohd Zulkifli memberitahu, kolam renang berserta taman itu siap sepenuhnya dua minggu lalu, tetapi berita gembira itu baru dikongsikan di laman sosialnya pada Ahad lalu, sebelum ia menjadi tular.
Kerja-kerja mengorek tanah dan menyimen batu-bata.
Wanita berusia 26 tahun itu berkata, ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk disiapkan dan segala proses pembinaan dilakukan sendiri tanpa bantuan orang luar.
“Anak sulung saya, Mohammad Darryl Abrar yang berusia tiga tahun begitu suka mandi di kolam renang. Tapi rumah kami tak ada kolam renang.
“Sudahnya, hampir setiap bulan saya dan suami akan bawa Darryl dan adik dia, Mohammad Dayyan yang baru setahun ke mana-mana hotel yang mempunyai kemudahan kolam renang untuk beristirehat,” katanya kepada mStar.
Keadaan projek belum siap dengan takungan air akibat hujan.
Lebih mesra dengan panggilan Hezline Atherra, dia yang menetap di Kemaman, Terengganu berkata, aktiviti bulanan itu turut memberi cabaran kepada mereka untuk merasai pengalaman yang berbeza.
“Dari Kemaman, kami sanggup melalui perjalanan beratus kilometer ke Port Dickson, Negeri Sembilan bagi menikmati kolam renang di hotel yang lain.
“Bayangkan sejak dua tahun kami sekeluarga berpindah ke rumah di Kampung Penunjuk Kijal di Kemaman, saya asyik tenung halaman rumah yang kosong sampai kadang-kadang penuh dengan lalang,” katanya.
Proses mengecat pada bahagian dalam kolam.
Hezline Atherra yang merupakan jurusolek sambilan berkata, dia dan keluarganya kemudian mencetuskan idea untuk membina kolam renang di halaman rumahnya, sebagai hadiah untuk anak-anaknya sempena hari ulang tahunnya ke-26 pada 19 Oktober lalu.
“Bersungguh-sungguh saya, suami dan adik-beradik korek tanah, ikat bata, buat simen, untuk siapkan taman dan sebuah kolam renang sedalam kira-kira 5 kaki.
“Tanya pihak luar, kos buat kolam renang boleh mencecah RM50,000! Kos kami cuma kira-kira RM5,000 sekali dengan taman,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan kedai makan bersama keluarga.
Bayangkan sejak dua tahun kami sekeluarga berpindah ke rumah di Kampung Penunjuk Kijal di Kemaman, saya asyik tenung halaman rumah yang kosong sampai kadang-kadang penuh dengan lalang.
HEZLINE ATHERRA
Sebagai anak sulung, dia turut digelar ‘rimau’ dalam kalangan lima adiknya kerana sikapnya yang garang tetapi penyayang.
“Adik-adik saya ni rajin menolong, tapi malas nak buat waktu siang sebab panas. Masing-masing tak nak terbakar kulit, semua puteri lilin!” katanya secara berseloroh.
Hezline Atherra bersyukur mendapat kerjasama keluarga terutama suami dan adik-beradiknya dalam merealisasikan kolam bertaman.
Walaupun kebanyakan masa projek dibuat pada waktu malam sehingga pukul 3 pagi, tapi kata Hezline Atherra, cabaran untuk merealisasikan kolam renang bertaman itu tetap ada.
“Ada dua kali hujan masa kami tengah buat kerja. Masa tu masing-masing kelam-kabut berlari cari tempat berteduh dan masuk rumah, habis semua basah kuyup.
“Sebab musim hujan juga menyebabkan projek terpaksa ditangguhkan selama seminggu. Tapi, itulah keseronokannya bila membinanya dengan tangan sendiri dan kemudian digunakan bersama keluarga dan adik-beradik bila dah siap.
“Sekarang ni dah tak payah jalan jauh semata-mata nak cari kolam renang, sebab dah ada sekarang bak kata adik-adik kolam dan taman kami macam ‘Little Bali’ dan Cameron Highlands sebab ada banyak pokok bunga,” ujar Hezline Atherra.

Wednesday, November 6, 2019

Tediaa !!! Maradona sangkal kenyataan anak - “Saya tidak mati”


Maradona sangkal kenyataan anak - “Saya tidak mati”


Diego Maradona.
LEGENDA bola sepak Argentina, Diego Maradona berteka-teki mengenai keadaan kesihatannya dengan menegaskan 'saya tidak mati'.

Maradona berkata demikian selepas anak perempuannya, Giannina Maradona menggesa penyokong untuk mendoakan kesihatan bapanya itu.

Giannina menerusi Instagramnya menulis bapanya itu 'dibunuh dari dalam secara senyap'.

Maradona yang membantu Argentina memenangi Piala dunia 1986 mengalami masalah ketagihan kokain.

Namun bekas bintang Barcelona itu menerusi satu video di Instagramnya memberitahu:"Saya tidak mati sama sekali."

Video itu dimuatnaik dengan kapsyen "Lebih bernyawa berbanding sebelum ini..."

"Dan saya masih menunggu segala-galanya milik saya untuk dikembalikan kepada saya."

Maradona juga berkata dirinya tidur lena kerana dia bekerja.

"Saya tidak tahu apa Gianinna maksudkan. Saya sihat," katanya. - Dailystar

T

Wow !!! Empat Orang Sahabat Jelajah Eropah dan 57 Buah Negara Dengan Menaiki Kereta Perodua Kelisa


Assalamualaikum Semua, Tahniah kepada Saudara Saya Aimpro Samudra dan anak tunggal beliau , dan sahabat saya Mohamad Alifshahrin , Ride Ke London dengan Isteri tahun 2017
telah berpakat untuk ke Eropah dengan menaiki kereta Perodua Kelisa. Mereka akan menjelajah ke 57 buah Negara katanya. manakala
Mohamad Aminuudi pernak berkonvoi ke Mekah dengan menaiki motosikal akan menjelajah 4 Negara awmpadan Thailand
Sudara Mior Azhari Berpengalaman sekitar Thailand akan menjelajah 4 Negara awmpadan Thailand


Bermula Di The Port Damansara bersama Riders yang lain


Bergambar Di Hadapan Kedai The Port Sebelum Bertolak Ke Utara


Singgah sebentar Di Jitra berjumpa dengan sahabat sahabat Bikers sebelum bertolah ke Sempadan Thailand ..kelihatan Perodua Kelisa begerak lancar.

Mereka berangkat dengan sahabat berbekalkan pengalaman yang lalu.

Aimpp samudra (nama samaran ) telah ke Mekah dengan menaiki Vespa pada tahun 2011 yang lalu
Mohamad Aliffdharin mempunyai rekod ke London dan Rusia menaiki motosikal Honda bersma Isterinya pada tahun 2017 yang lalu
Mohamad Aminuudi pernak berkonvoi ke Mekah dengan menaiki motosikal akan menjelajah 4 Negara awmpadan Thailand
Sudara Mior Azhari Berpengalaman sekitar Thailand akan menjelajah 4 Negara awmpadan Thailand

Tuesday, November 5, 2019

Pergg!!! Ayat “when I was in...” bandingkan UK-Malaysia bikin ramai panas hati – “Lantaklah nak pergi mana pun... jangan downgrade negara sendiri”


Ayat “when I was in...” bandingkan UK-Malaysia bikin ramai panas hati – “Lantaklah nak pergi mana pun... jangan downgrade negara sendiri”
Farah dikritik gara-gara sindiran mengenai tulisan seorang pengguna Twitter yang membandingkan Malaysia dan United Kingdom. Foto twitter _farahfauzi/IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
BERKUNJUNG ke luar negara pastinya melalui pengamalan yang mengujakan, termasuk berkongsi sesuatu yang dilihat sendiri di negara orang.
Namun, ada kalanya ia menimbulkan rasa kurang senang orang lain apabila segala benda yang disebut perlu mengaitkan negara asing yang dilawati itu.
“Pergi UK sekali je untuk lima hari. Tapi semua benda pun ‘When I was in UK’...,” menurut perkongsian seorang gadis berbaur sindiran merujuk kepada United Kingdom (UK) di laman sosial sehingga mendapat kritikan ramai warganet.
Tulisan Farah diambil di luar konteks oleh segelintir warganet.
“Kenapa perlu kecam orang... bersihkan hati ye,” tulis seorang warganet.
“Bersihkan hati sendiri. Biarlah orang nak when i was in UK ke apa. Jangan busuk hati boleh kan. Make a world a better place,” ujar seorang lagi.
“Wow bitternya you. You mana je dah sampai? Ulu Klang?,” sindir seorang pengguna Twitter.
Antara komen warganet mengkritik tulisan Farah.
Wanita berkenaan tampil menjelaskan bahawa sindirannya difahami di luar konteks sebenar seolah-olah dia iri hati dengan mereka yang pernah berkunjung ke UK.
Menurut Farah Fauzi, dia sebenarnya merujuk kepada tulisan seorang pengguna Twitter yang membandingkan kemudahan troli di pasar raya di UK dan Malaysia.
“Saya merujuk kepada tulisan dia mengenai menggunakan troli di pasar raya di UK, kena masukkan duit syiling, dan Malaysia kena ikut buat yang sama nak elak sikap tinggalkan troli merata-rata terutama di kawasan parkir selepas membeli barang.
“Sebenarnya, Malaysia dah lama amalkan konsep ni di kebanyakan pasar raya. Seingat saya dah bertahun-tahun lama dah, malah sejak saya kanak-kanak lagi,” ujar wanita berusia 29 tahun itu kepada mStar.

Farah memberikan penjelasan berhubung isu yang berbangkit.
Farah berkata, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkongsi pengalaman berkunjung ke luar negara tetapi perlu berpada-pada terutama apabila membuat perbandingan.
“Kalau mereka teruja berkongsi pengalaman melancong, silakan. Itu hak masing-masing. Tapi janganlah kerana ketaksuban terhadap negara asing itu, sehingga downgrade negara sendiri.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengenali negara sendiri dahulu sebelum membuat perbandingan dengan negara luar
FARAH
“Mungkin budak tu muda lagi dan tak pernah ikut mak pergi pasar raya. Jadi mungkin dia tak perasan kat Malaysia pun dah ada konsep letak duit syiling kat troli tu.
“Tapi kes seumpama ini dah banyak kali berlaku. Kalau nak cerita pergi situ pergi sini, pergilah. Tak ada siapa halang, tapi kena tahu dulu apa yang ada dan tak ada di negara kita sebelum nak bandingkan negara lain jauh lebih baik,” tambahnya.
Pandangan seorang gadis menjadi perhatian selepas membandingkan kemudahan di Malaysia dan UK.
Guru yang berkhidmat di sebuah sekolah antarabangsa di Subang, Selangor itu turut mendedahkan bahawa dia juga pernah berkunjung ke UK sebelum ini dan tidak dinafikan teruja semasa berada di negara itu.
“Bagi mereka yang dah pernah berkunjung ke UK terutama London, sudah tentu mereka teruja berada di sana. Lantaklah mereka nak pergi manapun.
“Tapi pada masa sama, kena juga tahu pasal negara sendiri. Contoh kat UK ada mesin layan diri untuk buat pembayaran, dan Malaysia pun dah sediakan kemudahan tu di sesetengah premis.
“Jadi, bukannya sebab saya busuk hati orang pergi melancong sana sini tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengenali negara sendiri dahulu sebelum membuat perbandingan dengan negara luar,” katanya.

Monday, November 4, 2019

Perghhh !!! Kes curi di MotoGP: Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan




Kes curi di MotoGP: Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan

Pasukan Moto3 Gaviota Angel Nieto mengalami nasib malang apabila kem mereka dimasuki pencuri pada Shell Malaysia MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Jumaat lalu. - Foto Bernama


SEPANG - Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan polis awal pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian peralatan bernilai lebih RM200,000 yang berlaku di MotoGP.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, tangkapan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dibuat kira-kira jam 1 pagi.

"Permohonan reman akan dibuat terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


"Kita masih menjalankan siasatan sebelum mengesahkan sama ada ketiga-tiga pekerja keselamatan itu terlibat atau tidak kerana semasa kejadian berlaku mereka sedang bertugas di sekitar lokasi. Polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kejadian curi itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan kawasan itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Katanya, kawasan itu adalah di luar kawasan rondaan polis.

"Selepas kejadian itu pihak SIC telah mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan tanggungjawab mereka," katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima satu laporan daripada Ketua Bahagian Keselamatan SIC kira-kira jam 12.22 tengah malam semalam.

Semalam sebuah portal melaporkan kem pasukan perlumbaan Angel Nieto dimasuki pencuri.

Portal berkenaan memetik laporan daripada laman web Lalasport menyatakan komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

Pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi dipetik berkata, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55373/BERITA/Jenayah/Kes-curi-di-MotoGP-Tiga-pekerja-syarikat-keselamatan-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Friday, November 1, 2019

Perghh !!! Pemuda albino terima maaf jejaka sado, siap nak belanja minum kopi – “Saya bukan budak gim, kalau nak kongsi tip modeling OK je”



Pemuda albino terima maaf jejaka sado, siap nak belanja minum kopi – “Saya bukan budak gim, kalau nak kongsi tip modeling OK je”
Azfar (kiri) menyambut baik permohonan maaf daripada Shazwan (kanan).
RAMAI tidak menyangka berlaku insiden di mana seorang mangsa buli siber bertindak berani membuat konfrontasi terhadap pembulinya menerusi program bual bicara yang disiarkan secara langsung.
Konfrontasi antara model albino, Azfar Firdaus dan jejaka sado, Shazwan Zafran sememangnya menggemparkan, ada yang menyokong dan menyifatkannya sebagai pengajaran buat semua pembuli siber terutama berkaitan isu body shaming.
Shazwan kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka pada Rabu dan mengaku kesilapannya melakukan serangan buli siber dan body shaming di media sosial.
(dari kiri) Shazwan, Azfar dan Zuli menjadi tetamu jemputan dalam program MHI.
Kebanyakan warganet menyokong tindakan pemudia berusia 22 tahun itu kerana berani mengaku kesilapan dan memperbaiki dirinya.
Mangsa buli, Azfar pula menerima permohonan maaf terbuka Shazwan dan menyambut baik pengakuan serta penjelasan jejaka sado itu.
“Aww. This is sweet. Terima kasih di atas permohonan maaf kamu. Kita sudah tentu boleh terus menjadi orang yang lebih baik selagi kita belajar dan memperbaikinya.
“Saya harap kamu boleh terus memberikan motivasi kepada orang lain supaya pergi bersenam di gim,” menurut tulisan Azfar di Twitter pada Rabu.
Aww. This is sweet. Terima kasih di atas permohonan maaf kamu. Kita sudah tentu boleh terus menjadi orang yang lebih baik selagi kita belajar dan memperbaikinya
AZFAR
Malahan, Azfar yang merupakan model sambilan turut mempelawa Shazwan untuk berjumpa dengannya.
“And if you would still have me, nanti boleh lepak minum kopi sama. Saya belanja!” ujar pemuda berusia 25 tahun itu.

Tulisan Azfar di laman Twitter susulan permohonan maaf Shazwan.
Bercakap kepada mStar, Azfar berkata, pelawaannya itu sebagai tanda berdamai kerana dia mahu menerapkan persekitaran yang positif dengan sesiapa sahaja.
Ditanya sama ada akan mendapatkan tip mengenai senaman di gim, Azfar berkata: “Hahaha, saya bukan budak gim. Tapi kalau hendak berkongsi tip mengenai modeling, apa salahnya... saya ok.”
Pada Isnin, Azfar dan Shazwan termasuk pelakon, Zulin Aziz dijemput ke program Malaysia Hari ini terbitan TV3 untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa body shaming.
Menerusi topik ‘Hapuskan Sindir Badan, body shaming tak kelakar’, Azfar mengimbas mengenai dirinya pernah diserang di media sosial berikutan satu tweet berunsur ancaman terhadapnya.
Keadaan menjadi tegang apabila Azfar kemudian merujuk Shazwan yang secara kebetulan merupakan individu yang menghantar tweet itu, mengaitkan dirinya dengan artikel mengenai golongan albino yang dikerat untuk ritual sihir.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung