Nuffnang

Monday, November 4, 2019

Perghhh !!! Kes curi di MotoGP: Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan




Kes curi di MotoGP: Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan

Pasukan Moto3 Gaviota Angel Nieto mengalami nasib malang apabila kem mereka dimasuki pencuri pada Shell Malaysia MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Jumaat lalu. - Foto Bernama


SEPANG - Tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan polis awal pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian peralatan bernilai lebih RM200,000 yang berlaku di MotoGP.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah berkata, tangkapan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu dibuat kira-kira jam 1 pagi.

"Permohonan reman akan dibuat terhadap ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


"Kita masih menjalankan siasatan sebelum mengesahkan sama ada ketiga-tiga pekerja keselamatan itu terlibat atau tidak kerana semasa kejadian berlaku mereka sedang bertugas di sekitar lokasi. Polis juga sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, kejadian curi itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan kawasan itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Katanya, kawasan itu adalah di luar kawasan rondaan polis.

"Selepas kejadian itu pihak SIC telah mempertingkat kawalan keselamatan di kawasan tanggungjawab mereka," katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan menerima satu laporan daripada Ketua Bahagian Keselamatan SIC kira-kira jam 12.22 tengah malam semalam.

Semalam sebuah portal melaporkan kem pasukan perlumbaan Angel Nieto dimasuki pencuri.

Portal berkenaan memetik laporan daripada laman web Lalasport menyatakan komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

Pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi dipetik berkata, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/55373/BERITA/Jenayah/Kes-curi-di-MotoGP-Tiga-pekerja-syarikat-keselamatan-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

2 comments:

I said...

enjin jet pun boleh dicuri, apa barang dengan alat ganti moto gp....

Anonymous said...

Kejadian curi ni berlaku, masa hujan lebat. Memang tak de iman tiga ekor ni, tak tahukah Allah S.W.T tetap nampak apa kamu lakukan pada masa itu, walaupun "dicover" dengan air hujan!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung