Nuffnang

Tuesday, July 7, 2020

Jiran dedah kehidupan Ronaldo dan keluarga - “Sunyi… tiada parti”


Jiran dedah kehidupan Ronaldo dan keluarga - “Sunyi… tiada parti”

Ronaldo tinggal bersama kekasih dan empat anaknya di Turin, Ita 

JIRAN Cristiano Ronaldo mendedahkan pengalaman sepanjang tinggal berdekatan dengan bintang Juventus itu.

Ronaldo tinggal bersama kekasihnya, Georgina Rodriguez di Turin selepas bintang Portugal itu menyarung jersi Juventus pada 2018.

Menurut Elizabeth Borel, Ronaldo menjalani kehidupan serba sederhana.

"Sunyi, tiada parti. Saya tidak pernah melihat kereta lalu lalang di jalan utama dekat kawasan perumahan kami.

"Saya sering melihatnya memandu sebuah kereta Rolls-Royce bercermin gelap setiap hari.

"Namun di dalam garajnya juga terdapat kereta sports lain seperti sebuah Lotus," katanya.

Jelas Borel lagi, dia juga sering melihat anak sulung Ronaldo, Cristiano Junior bermain papan luncur dekat jalan kawasan rumah mereka sambil ditemani pengawal peribadi.

"Georgina pula sering dibantu seorang pengasuh untuk menguruskan anak-anak mereka yang masih kecil," katanya.

Terdahulu, Ronaldo berkata:"Menjadi bapa dan melihat keluarga saya membesar adalah satu pengalaman berharga."

"Mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup saya," katanya. - Dailystar..mstar


Monday, July 6, 2020

Janda jadi orang ke-3, wanita ini makin keliru antara berpisah atau tidak... suami try hard pikat semula hati isteri - “Benci, geli dengan sentuhan perempuan itu dalam rumah”

Janda jadi orang ke-3, wanita ini makin keliru antara berpisah atau tidak... suami try hard pikat semula hati isteri - “Benci, geli dengan sentuhan perempuan itu dalam rumah”

Kata wanita itu, dia masih ragu-ragu untuk menerima suaminya biarpun sudah banyak perubahan yang ditunjukkan. (Gambar Hiasan).

DAKWAAN wanita ini bahawa suaminya berzina dengan seorang janda di kediaman mereka ternyata mengejutkan pelayar media sosial.

Menerusi perkongsian luahan di Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu bagaimanapun mengakui suaminya kini sudah berubah.

Namun katanya, dia masih ragu-ragu dan tidak dapat melupakan apa yang berlaku, sekaligus menyukarkan proses untuk berbaik semula.

"Niat hati memang melonjak-lonjak nak tuntut fasakh. Suami berzina dengan janda dalam rumah masa saya tiada dan ketika saya mengandung.

"Sekarang suami ajak saya usaha mulakan hidup baharu dan dia tak mahu berpisah. Saya pun cuba terima dia kerana simpati dan disebabkan anak.

"Dia (suami) hari-hari menangis minta ampun pada saya. Sudah tentu rasa cinta itu dah pudar bagi saya, dan saya pun banyak berubah kerana tiada cinta lagi," kata wanita itu.

Wanita itu mendakwa suaminya bersekedudukan dengan seorang janda di dalam kediaman mereka. (Gambar Hiasan).

Ujar wanita itu lagi, dia yang sebelum ini periang turut berubah menjadi pendiam kerana terluka dengan perbuatan suaminya.

Tambahnya, dia bukanlah jenis wanita yang suka menyiasat tingkah laku suaminya namun bersyukur apabila semuanya terbongkar dengan sendiri.

"Saya jenis tak cari, saya yakin dengan kuasa Allah. Dengan izin-Nya saya dapat tahu satu persatu perbuatan dua manusia. Dia dan janda tu saya ajar cukup-cukup.


"Janda tu tak mengaku, kononnya dia ada maruah yang tinggi. Tapi effort dia (suami) nak berubah memang saya nampak dan 10 tahun saya kenal dia, kali ini betul-betul lain," ujarnya.

kata wanita itu, suaminya turut membeli banyak kelengkapan baharu untuk rumah mereka.

Malah, sikap termasuk pertuturannya juga banyak berubah demi memikat semula hati si isteri.

"Barang-barang rumah semua baharu dek kerana saya benci dan geli dengan setiap sentuhan perempuan tu dalam rumah saya.

Wanita itu berkongsi kisah kehidupannya menerusi Facebook kerana buntu mahu membuat keputusan. (Gambar Hiasan).

"Cara percakapan pun dah lain, lembut dan teratur. Tapi hati saya masih berniat nak berpisah walaupun dah cuba terima. Berbulan saya cuba.

"Seandainya suami kita betul-betul berubah, sanggup buat apa sahaja, turut kata kita, turut kehendak kita, sabar dengan kita, berkorban demi kita selepas kesalahan berat yang dia lakukan seperti perbuatan suami saya.

"Patut ke kita usaha terima semula. Beri peluang kedua? Hari-hari saya menangis dan saya keliru," luah wanita itu lagi.

Malah katanya, dia bagaikan hampir gila kerana berfikir akan hal itu setiap hari.

Sehingga kini, posting luahan wanita itu menerima lebih 1,000 tanda suka dan turut dihujani hampir 400 komen netizen..Mstar


Sunday, July 5, 2020

“MasyaAllah lawanya...” - Ingatkan cetakan dari kilang, rupa-rupanya siswa UIAM ini ada keunikan tersendiri

“MasyaAllah lawanya...” - Ingatkan cetakan dari kilang, rupa-rupanya siswa UIAM ini ada keunikan tersendiri...

Perkongsian Acan mengenai tulisan tangannya menjadi tular di laman Twitter.

MEMILIKI tulisan tangan yang kemas boleh dianggap sebagai satu kelebihan pada diri sesetengah individu.

Mana tidaknya, pelajar yang memiliki tulisan tangan yang tersusun rapi pasti akan menyenangkan guru setiap kali menyemak tugasan serta menanda kertas jawapan peperiksaan.

Terbaharu, seorang pelajar mengundang perhatian ramai di Twitter apabila dia berkongsi foto ayat suci al-Quran yang ditulisnya.

Menurut Ahsanul Fikri, 21, bukan sekejap masa yang diambil untuk menguasai teknik itu malah ia sudah bermula sejak di bangku sekolah lagi.

"Setiap kali kami hafal al-Quran, kami kena tulis. Kaedah ini disebut sebagai penulisan tahriri. Untuk bagi lagi ingat ayat yang dihafal.

"Cuma foto yang dikongsi tu, tulisannya tiada baris sebab nak menyenangkan pelajar. Tapi kalau guru yang tegas, biasanya mereka akan suruh buat baris.

Acan mula mengaji al-Quran sejak berusia enam tahun.

"Saya belajar sendiri je. Saya tiru satu persatu, sejak umur 13 tahun lagi. Sebab di sekolah menengah dulu pun ada tahriri," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Acan, penuntut bidang Audiologi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pahang itu mengakui acap kali melakukan kesilapan sewaktu awal pembabitannya dalam penulisan tahriri.

Namun katanya, usaha serta kerja keras yang diterapkan selama ini membolehkan dia menghasilkan tulisan tangan yang kemas pada hari ini.


AHSANUL FIKRI

PELAJAR

"Kena berlatih banyak kali. Masa mula-mula dulu banyak kali silap. Tertukar ayatlah, terlangkau ayat dan sebagainya.

"Saya juga buat penulisan tahriri masa ambil program persijilan tahfiz di Darul Quran pada tahun 2017 dan 2018," katanya lagi.

Mengulas posting viral di Twitter, Acan mengakui terharu dengan komen positif yang diberikan netizen.

Malah katanya, dia mahu memberi inspirasi agar lebih ramai lagi mempelajari teknik penulisan itu sekaligus memudahkan usaha untuk menghafal al-Quran.

"Saya rasa terharu sebab ramai kongsi. Moga dapat jadi inspirasi buat netizen yang masih belajar menulis tahriri.

Acan (kanan) mengakui penulisan tahriri sangat efektif untuk dia menghafal al-Quran.

"Ia efektif, makin ingat ayat untuk dihafal. Benda yang kita baca, lihat, dan sebut... kita akan ingat. Apatah lagi jika kita tuliskan," ujarnya yang mula mempelajari al-Quran sejak berusia enam tahun.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih 7,700 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen daripada pelayar Twitter yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan bangga dengan kebolehan Acan.

"Kusangkakan tadi itu al-Quran yang dicetak dari kilang, tapi bila buka, MasyaAllah lawanya tulisan.

"Lawanya tahriri Acan, kalau aku dulu buat tahriri tak semangat nak baca sebab buruk.

"Cantiknya! Ni kalau compare dengan tahriri aku mahu nangis beb tengok balik," tulis beberapa individu.Mstar


Friday, July 3, 2020

Galih Ginanjar dipenjara hina kemaluan bekas isteri... Barbie Kumalasari mahu cerai kerana tiada nafkah!


Galih Ginanjar dipenjara hina kemaluan bekas isteri... Barbie Kumalasari mahu cerai kerana tiada nafkah

Barbie dan Galih berkahwin secara rahsia.

PELAKON Barbie Kumalasari memaklumkan rumah tangganya dengan Galih Ginanjar tidak dapat diselamatkan lagi dan akan berakhir dengan penceraian.

Menurut laporan Solopos, Barbie berkata perpisahannya dengan Galih tidak perlu melalui proses di jabatan agama kerana pernikahan mereka diadakan secara rahsia tanpa sebarang pendaftaran formal.

"Iya kalau mahu berpisah, berpisah saja sebab nikah pun secara rahsia. Kita nikah sudah satu tahun.


"Kalau kita mahu berpisah saya hanya perlu cakap pada Galih.

"Iyalah kalau kahwin rahsia macam itulah... sekarang sudah tidak dapat nafkah!," katanya.

Sementara itu, Barbie mengakui masih belum menerima persetujuan daripada Galih untuk bercerai, namun dia nekad untuk tidak lagi meneruskan hubungan perkahwinan itu.

"Belum ada jatuh talak lagi tapi ibaratnya sekarang terserah saya.

"Sama ada mahu mahu terus bersama atau saya ada pilihan lain. Itu semua terpulang pada saya!," ujarnya.

Pada 13 April lalu, Mahkamah Jakarta Selatan Indonesia menjatuhkan hukuman kepada Galih Ginanjar kerana menghina kemaluan bekas isteri.

Bekas suami kepada Fairuz A Rafiq itu dijatuhkan hukuman penjara dua tahun empat bulan.

Manakala dua lagi YouTuber iaitu Rey Tami dan Pablo Benua menerima hukuman setahun empat bulan dan setahun lapan bulan. MSATR

Thursday, July 2, 2020

Gadis mengaku ketagih porno sejak darjah 5, tidur dengan 10 lelaki! Penceramah motivasi anggap puncanya ‘tak dapat cinta lelaki disayangi di rumah’


Gadis mengaku ketagih porno sejak darjah 5, tidur dengan 10 lelaki! Penceramah motivasi anggap puncanya ‘tak dapat cinta lelaki disayangi di rumah’

Seorang gadis bernama Leen berkongsi kisahnya yang pernah ketagih pornografi sehingga akhirnya terlanjur. Gambar hiasan.

"SAYA pun tak sangka saya akan beremosi saat tonton video ini," demikian kata seorang penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu menerusi video yang dimuatnaik di saluran YouTube miliknya.

Mohd Fairuz atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi dilihat menyapu air matanya berkali-kali selepas menonton video pengakuan seorang gadis yang terjebak dengan maksiat selepas ketagih pornografi.

Video bertajuk 'Cerita Dalam Kain' terbitan Mingguan Wanita itu memaparkan pengakuan seorang gadis yang terlanjur beberapa kali sehingga pernah hamil, sebelum dia bertindak menggugurkan kandungannya untuk mengelakkan perkara itu sampai ke pengetahuan keluarganya.

"Saat saya tersentuh apabila dia kata hubungan dengan ayahnya tak begitu baik.

"Situasi yang sering berlaku di kalangan gadis-gadis bila mana dia tak dapat cinta atau figure seorang lelaki disayangi di rumah, dia akan cari cinta itu di tempat lain.

"Keseronokan itu berkali ganda membawa kepada kejahatan apabila terlibat dengan pornografi," ulasnya selepas selesai menonton video pengakuan gadis tersebut.



Mohd Fairuz tidak dapat menahan sebak apabila mendengar kisah gadis yang bernama Leen itu.

Menerusi video berdurasi 15 minit itu, gadis itu yang ditemubual oleh seorang hos mengakui dia mula terjebak dengan ketagihan pornografi seawal usia 11 tahun.

Gadis yang bernama Leen (bukan nama sebenar) ini juga berkata, dia akan curi-curi menonton video porno daripada telefon bimbit adiknya pada waktu malam.

Mengakui hubungannya dengan bapa tidak begitu baik sejak dia bersekolah rendah, gadis ini berkata kedua-dua orang tuanya sememangnya tegas justeru dia akan sedaya upaya mencari jalan untuk keluar bersuka ria bersama rakan berlainan jantina.

"Saya pernah tidur dengan 10 lelaki sejak dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5.

"Takut juga mengandung. Pernah ada sekali period tak betul dan buat ujian kehamilan, keputusannya positif. Saya makan itu, makan ini, minum air Coke.



Gadis bernama Leen (kiri) ketika ditemubual dalam segmen Cerita Dalam Kain (Episod 3) terbitan Mingguan Wanita.

"Saya duduk di rumah nenek masa tu. Satu hari tu, perut sakit sangat lalu saya tidur. Bila sedar nampak atas katil ada darah. Pergi tandas dan nampak ada seketul (daging)," cerita gadis berkenaan di dalam video tersebut.

Ujar gadis berkenaan, 'kegiatannya' diketahui oleh ibu bapa apabila kedua-duanya dipanggil dan dimaklumkan oleh guru kaunselor sebelum akhirnya dia dihantar ke pusat perlindungan Rumah Puteri Arafiah.


Dia yang kini berusia 19 tahun, sudah hampir dua tahun menghuni rumah tersebut yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor itu.

Mengulas lebih lanjut kisah Leen, Mohd Fairuz berkata apa yang menimpa gadis ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa untuk mendidik anak mereka mengenai pendidikan seks.



Ibu bapa wajar memainkan peranan penting bukan hanya memberikan perlindungan, malah menerangkan serba sedikit mengenai pendidikan seks kepada anak-anak mereka.

"Kebanyakan kes remaja terlibat porno, mereka tertanya-tanya... Kalau ibu bapa dah terangkan dari awal, apa itu hubungan seks, apa itu hubungan lelaki dan perempuan, dosa pahala, apa itu sentuhan selamat dan tak selamat, dan anak akan mudah faham.

"Diharapkan video ini dapat berikan sedikit ilham untuk bertindak lebih awal tentang pornografi yang bukan saja kepada gadis muda ini tapi kepada budak lelaki, mahasiswa, yang dah berkahwin semua terlibat dengan pandemik pornografi.

"Kita ubah dari rumah kita, sekolah, guru, ibu bapa, komuniti dan influencer. Ini peranan kita bersama," katanya mengakhirnya bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Wednesday, July 1, 2020

Isu konsert di zon merah Covid-19, Rhoma Irama jelaskan perkara sebenar - “Pada awalnya kami setuju persembahan dibatalkan...”


Isu konsert di zon merah Covid-19, Rhoma Irama jelaskan perkara sebenar - “Pada awalnya kami setuju persembahan dibatalkan...”


Penyanyi dangdut Indonesia Rhoma Irama menjelaskan dia membuat persembahan atas permintaan orang ramai.

PENYANYI dangdut Indonesia Rhoma Irama mencetuskan kontroversi selepas melanggar Pembatasan Sosial Berkala Besar (PSBB) dengan mengadakan persembahan di kawasan zon merah Covid-19 pada Ahad.

Rhoma yang berusia 73 tahun itu muncul dalam sebuah majlis berkhatan yang diadakan di Desa Cibunian, Kabupaten Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Menurut laporan liputan6, Rhoma menjelaskan bahawa dia telah membatalkan tawaran untuk menyanyi dengan kumpulannya, Soneta, pada acara tersebut.

"Pada awalnya kami bersetuju bahawa tiada persembahan, selepas itu tuan rumah mengatakan kepada saya yang Ketua Polis Nasional dan Gabenor Jawa Barat telah beri kelonggaran, jadi acara itu tetap diteruskan.



Rhoma Irama mengadakan persembahan demi memenuhi permintaan tetamu yang datang.

"Cuma, saya katakan kami tidak dapat membuat persembahan sebelum PSBB betul-betul selesai," katanya.

Justeru itu, penganjur majlis tersebut hanya mengundang Rhoma sebagai tetamu dan dipersetujui penyanyi itu.

Dalam pada itu, Rhoma turut diminta memberikan sedikit ucapan pada acara tersebut.

"Saya pun ke sana dan melihat ada ramai orang serta beberapa artis lokal turut mengadakan persembahan.

"Majlis itu merupakan sebuah majlis berkhatan, jadi penganjur meminta saya beri sedikit ucapan pendek," jelasnya.

Bagaimanapun, orang ramai di situ memintanya untuk mendendangkan sebuah lagu sebagai meraikan mereka.

"Saya tidak mahu menghampakan mereka yang meminta saya untuk menyanyi, itu saja. Saya juga ditemani pihak berkuasa sepanjang di ruang menunggu, bilik tetamu mahupun di atas pentas," katanya. Mstar


Tuesday, June 30, 2020

Sukar dipercaya! Pelajar berhenti di highway, kongsi IG Story mengenai microsleep sebelum maut terbabas - “Dia dah dua kali tertidur”


Sukar dipercaya! Pelajar berhenti di highway, kongsi IG Story mengenai microsleep sebelum maut terbabas - “Dia dah dua kali tertidur”

Allahyarham ada berkongsi Instagram Story berkaitan microsleep sebelum maut terbabas pada Ahad petang.

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan.

Begitulah kisah melibatkan seorang pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, apabila dia dikejutkan dengan berita kematian rakannya pada Ahad petang.

Menurut Mohd Fazli Abd Rashid, dia dimaklumkan bahawa Amin Faiz Nohani meninggal dunia selepas terbabas sewaktu menunggang motosikal dari Kluang, Johor untuk kembali ke kampus bagi melengkapkan tugasan tahun akhir (FYP).

Mesra disapa Fazli, dia memberitahu rakannya itu ada membuat satu perkongsian di Instagram Story beberapa jam sebelum kejadian.

"Instagarm Story tu arwah post dalam tengah hari, sebelum kemalangan. Dia kata tak mahu berlaku microsleep, dia dah dua kali berhenti sebab tertidur atas motor.

"Dalam pukul 3 petang saya dapat mesej dalam grup, kata dia dah meninggal dunia akibat kemalangan. Terbabas di Kilometer 224, Lebuhraya Plus arah ke Kuala Lumpur, susur Pedas Linggi.

Kejadian melibatkan pelajar itu berlaku pada Ahad petang. (foto: Negeri Sembilan Kini).

"Mula-mula baca tu, saya tertanya-tanya, Amin yang mana satu ni? Saya cuba call kawan-kawan. Tak percaya sebab member sendiri kan," ujarnya kepada mStar.

Masing-masing berusia 23 tahun, Fazli mengakui tumpah air mata mengenangkan pemergian mengejut rakannya itu selepas hampir tiga tahun mengenali antara satu sama lain.

Malah katanya, mereka kali terakhir bertemu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu.

.

"Dia seorang yang sangat baik. Last contact pun kat Instagram sebab dia selalu share pasal fitness dan sebagainya.

Instagram Story yang dikongsi sebelum berlakunya kemalangan.

"Paling terkilan tak sempat beli kek yang arwah buat. Terkilan tak sempat rasa. Macam-macam variasi kek, arwah buat sendiri.

"Dia ada buat perniagan sampingan, cream puff pun ada," kata penuntut bidang kejuruteraan awam yang menetap Negeri Sembilan itu.

Fazli akui hiba mengenangkan pemergian rakannya itu.

Menurut Fazli, dia dimaklumkan Allahyarham dibawa ke Hospital Tampin selepas kejadian dan dibawa pulang ke kediaman keluarga pada Isnin sebelum dikebumikan pada hari sama.

Dalam pada itu, Fazli turut berkongsi kisah pemergian rakannya di Twitter sehingga ia menjadi tular dan mengundang sebak netizen.

Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa sedih dan mengirimkan ucapan takziah atas berita yang dikongsi Fazli.

Menurut laman web Majalah Sains, microsleep merupakan satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh beberapa saat.

Ia terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.


Monday, June 29, 2020

Remaja terkejut lihat baju raya impiannya selepas terima bungkusan jam 10 malam – “Saya rasa macam pontianak”






                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

(kiri) Baju yang diimpikan oleh seorang remaja. (kanan) Baju yang diterimanya selepas membuat pembelian secara dalam talian.

NIAT di hati mahu berbaju baharu sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, tapi nasib malang menimpa seorang remaja.

Manakan tidak, baju yang dipesan menerusi pembelian secara dalam talian tidak kelihatan seperti yang diimpikan.

"Tak tahulah, dah macam pontianak ada, macam kelawar ada, macam hantu bungkus pun ada. Elok aku jadi burung jelah. Senang orang lain balik kampung naik kereta aku balik terbang sendiri je," tulisnya sehingga luahan tersebut menjadi tular di media sosial.

Remaja berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lela berkata, dia sebenarnya berkongsi luahan itu menerusi status story di aplikasi WhatsApp untuk dilihat dalam kalangan teman rapat.

Namun dia tidak menyangka kisahnya menjadi tular apabila ia dikongsi oleh seorang rakannya di laman Twitter. Dia dalam masa sama, mengakui terkejut sebaik saja melihat baju tersebut.

"Saya terima bungkusan yang mengandungi baju pada pukul 10 malam 26 Jun lalu. Saya beli baju tu secara online daripada seorang ejen kepada sebuah instagram butik (IG shop).

"Tema keluarga saya tahun ni warna baby blue. Memandangkan masa Hari Raya Aidilfitri sebelum ini tak dapat beli, maka saya rancang untuk pakai pada raya haji nanti," ujar remaja berusia 18 tahun itu kepada mStar.



Luahan seorang remaja menerusi status di WhatsApp.

Lela yang berasal dari Cheras, Selangor mengakui amat teruja sebaik menerima bungkusan tersebut kerana dia perlu membuat pra-pesanan terlebih dahulu sebelum ini.

"Bila pegang kain baju tu rasa best je sebab lembut dan licin, warna pun cantik. Tapi bila nak sarung terus rasa kelakar dan pelik sebab baju tu kena ikat dari dalam.

"Masa beli saya tak rujuk butik sebenar baju tu, jadi saya memang tak tahu tutorial macam mana nak pakai baju tu. Saya fikirkan baju tu dah siap jahit semua tinggal sarung dekat badan je.

"Mak dan kawan tak berhenti gelakkan saya. Mak tanya baju apa yang kau pakai ni? Mak cakap macam hantu penanggal sebab kain pada bahagian lengan memanjang sampai ke bawah. Saya pula rasa macam pontianak," ujarnya secara berseloroh.

Anak bongsu daripada lima beradik itu juga mengakui badannya agak berisi dan kebiasaannya memakai baju bersaiz L atau XL.



Antara contoh pelanggan yang memakai baju rekaan yang sama.

Memandangkan ia adalah pembelian dalam talian yang pertama, maka dia disarankan untuk memilih saiz yang lebih besar kerana pengubahsuaian boleh dibuat sekiranya baju tersebut longgar.

"Memang saya pakai nampak tak kemas, antara sebabnya salah saiz terlebih besar. Tapi kalau nak alter, nanti jadi lagi tak kemas pula baju tu.

"Jadi, saya buat keputusan untuk jual baju tu kepada orang lain yang berminat. Niat saya hanya bergurau, bukan marahkan IG shop atau complain sebab salah saya juga tak tanya lebih terperinci dekat penjual tentang baju tu," ujarnya yang kini bekerja secara sambilan.


Lela berkata, dia bagaimanapun tidak serik untuk membeli baju secara dalam talian pada masa akan datang tetapi menjadikan pengalamannya itu sebagai pengajaran.

"Saya nak minta maaf kepada butik tu andai kata mereka rasa saya mengutuk baju mereka. Saya tengok baju-baju yang mereka jual semua cantik-cantik.

"Pengajaran untuk semua kalau nak beli baju online sila rujuk dengan penjual tu lebih detail tentang cara pakai baju tu atau saiz," katanya.



Penjelasan daripada IG shop berhubung posting yang tular.

Sementara itu, IG shop tersebut tampil memberi penjelasan dengan memuatnaik foto beberapa pelanggan yang memakai baju camela yang sama dengan pelbagai saiz.

"Kami dah jual camela ni lama tau, dah banyak terjual lebih 50,000 pasang. Jadi kalau sebab gambar viral tu nak claim baju ni teruk, kenapa yang pakai ni cantik?

"Sebab awak salah pilih saiz. Baju ni kena pakai ngam-ngam. Potongannya longgar jadi jangan ambil saiz besar. Kami tengok pelanggan tu saiz kecil je, yang ambil saiz besar sangat kenapa?" menurut IG Shop itu yang berpangkalan di Pahang.

mstar

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung