Nuffnang

Tuesday, October 31, 2023

Teh pam minyak laku keras

 


Meskipun menggunakan balang menyerupai pam minyak, ia sebenarnya bekas bergred makanan. – Detik

JAKARTA – Sebuah gerai minuman di Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian kerana menjual minuman yang disimpan di dalam balang menyerupai pam minyak, lapor laman berita Detik semalam.

Gerai teh di Jalan Ciwastra itu mengetengahkan konsep stesen minyak selain turut dikenali sebagai Pertehmina. 

Ia menyerupai nama syarikat minyak dan gas milik pemerintah Indonesia, Pertamina.

Ads by Kiosked

Penjual pula memakai pakaian menyerupai pekerja stesen minyak, lengkap dengan topi.

Menurut pemilik Pertehmina, Rahadika, idea untuk menggunakan konsep tersebut timbul selepas melihatkan keadaan cuaca yang semakin panas.

“Air teh sememanmgnya menjadi minuman kegemaran orang ramai dan diminum setiap hari. Dalam masa sama, kami mahu mengetengahkan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah,” katanya.

Tambah Rahadika, meskipun menggunakan balang menyerupai pam minyak, ia sebenarnya bekas bergred makanan, dan bukannya diubah suai daripada pam minyak sebenar.

“Konsepnya sahaja pam minyak tetapi semua peralatan yang digunakan mempunyai gred makanan,” ujarnya.

Mengetengahkan lima jenis minuman, pekerja akan mengisi air ke dalam bungkusan mengikut sukatan yang diminta oleh  pengguna.

Ads by Kiosked

Ia dijual pada harga antara 3,000 rupiah hingga 9,000 rupiah (RM0.90 dan RM2.70), manakala teh yang digunakan 100 peratus berasal dari Jawa Barat. – AGENSI 

Video kambing perap Wan Ismail Golok, Lucy lebih ‘laku’ dari KJ

 

Share on linkedin
Tangkap layar klip video terbaharu pasangan Sabri dan Angeline.

PETALING JAYA – Pasangan pengantin baharu, Sabri Yunus dan isterinya Nur Ardini Angeline Tan terus mendapat perhatian ramai apabila tampil dalam klip video terbaru yang mempromosikan satu jenama kambing perap tempatan.

Klip video yang dilakonkan oleh pasangan tersebut dikatakan lebih ‘laku’ jika dibandingkan dengan pelakon sebelum ini iaitu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Difahamkan, hanya satu jam dikeluarkan hari ini, klip video tersebut telah mendapat tanda suka lebih daripada 10,000.

Ads by Kiosked

Ternyata, lakonan pasangan tersebut masih lagi ‘menjadi’ dan kemesraan pasangan pengantin baharu itu juga dirasai para peminat mereka menerusi klip video tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial memuji kehebatan dua pelakon veteran tersebut dan ada yang menyifatkan aura sitkom yang pernah dilakonkan pasangan tersebut, Pi Mai Pi Mai Tang Tu masih kuat.

“Ingat KJ (Khairy Jamaluddin) punya yang paling ‘power’, ini lagi ‘win’,” jelas Mahasrey Muhamad.

“Ternyata lakonan abang Sabri dan kak Angeline Tan lagi hebat, betul lah lakonan mereka berdua masih ada aura dia. Teringat pula dekat rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu dulu,” kata Adzhar Suliman.- KOSMO! ONLINE.

Saturday, October 28, 2023

[VIDEO] Pemandu Audi panik punca langgar ambulans di Putrajaya

 


Tangkap layar video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sebuah ambulans terbalik selepas dirempuh sebuah kereta di Putrajaya tengah malam semalam.

PUTRAJAYA – Polis menafikan dakwaan yang dibuat dalam satu video tular yang mengaitkan insiden sebuah ambulans terbalik akibat dirempuh pemandu mabuk dalam satu kemalangan di Lebuh Bestari berdekatan Menara Usahawan di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati, ambulans dinaiki tiga kakitangan Hospital Putrajaya itu dalam perjalanan ke hospital selepas mengambil seorang pesakit di Presint 18.

Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian, ambulans itu sedang melalui persimpangan lampu isyarat sambil menyembunyikan hon dan siren sebelum tiba-tiba dilanggar kereta mewah jenis Audi TT FSI.

ADVERTISING

“Siasatan mendapati, pemandu kereta panik dan tidak sempat menekan brek seterusnya melanggar ambulans yang ketika itu melalui persimpangan lampu isyarat yang bertukar hijau.

“Kereta berkenaan dari arah Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra, manakala ambulans itu pula dari arah Presint 18 menuju ke Hospital Putrajaya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, ambulans itu terbalik dan tiga mangsa termasuk dua penumpang ambulans serta seorang pesakit mengalami kecederaan.

Jelasnya, pemandu kereta dan penumpangnya pula tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Ketika kejadian permukaan jalan rata dan tidak licin. Kes kini masih disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kami turut memohon rakaman televisyen litar tertutup di lokasi kejadian dan saksi kejadian juga diminta tampil untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di laman media sosial memaparkan video kemalangan memaparkan sebuah ambulans terbalik selepas dirempuh sebuah kereta hingga mencetuskan pelbagai reaksi orang awam. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramYoutube, & TikTok

Thursday, October 26, 2023

Warga emas ditemui maut atas motosikal di kawasan bengkel

 


Seorang lelaki warga emas ditemui mati di atas sebuah motosikal di kawasan bengkel di Kawasan Perindustrian di Gua Musang semalam. FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di atas motosikal di sebuah bengkel di Kawasan Perindustrian di sini, semalam.

Mayat Chow Sai Seng, 64, dijumpai dalam keadaan terkulai di atas motosikal jenis Honda Wave di kawasan bengkel tempat kerjanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.25 pagi daripada seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang melihat seorang lelaki berada di atas sebuah motosikal dalam keadaan berlumuran darah.

Menurutnya, pekerja TNB itu mengesyaki mangsa sudah meninggal dunia semasa dia hendak melakukan pemeriksaan meter elektrik di bengkel tersebut.

“Siasatan awal mendapati, pemilik bengkel tersebut tinggal di Raub, Pahang dan pagar berkunci dari dalam.

“Pintu pagar bengkel itu kemudian dibuka dengan cara memotong selaknya menggunakan pemotong besi. Jarak pintu pagar dengan motosikal mangsa dianggarkan kira-kira 25 meter,” katanya.

Choon Foo memberitahu, siasatan di lokasi kejadian mendapati ada kesan darah kering pada paha dan tangan mangsa.

Sunday, October 22, 2023

Remaja berpesta tuang bir dalam mulut ular sawa

 


Kumpulan remaja itu menganiaya ular tersebut ketika sedang berpesta di dalam semak. - Facebook

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Sekumpulan remaja di Afrika Selatan diburu pihak berkuasa kerana menganiaya haiwan selepas mereka memasukkan bir ke dalam mulut seekor ular sawa ketika sedang berpesta. 

Portal berita MailOnline melaporkan, suspek-suspek didakwa ular sawa sepanjang 1.8 meter yang dilindungi itu ketika berpesta di dalam semak sebelum membuka rahangnya untuk menuangkan bir.

Pakar-pakar ular menyatakan bahawa organ dalaman reptilia tidak mampu menyesuaikan diri dengan alkohol dan ia akan membakar tisu dalamannya selain menyebabkan kerosakan teruk atau kematian.

Dalam sebuah klip video, dua lelaki dilihat memegang ular itu sebelum seorang lagi lelaki menuangkan sebotol bir ke dalam mulut reptilia tersebut.

Orang ramai di sekeliling mereka dilihat ketawa sebelum lelaki tersebut cuba menuangkan sebotol lagi bir ke dalam mulut ular tersebut.

Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (NSPCA) telah memuat naik video itu ke laman webnya untuk mendapatkan maklumat.

Seorang jurucakap NSPCA berkata: “Ia adalah spesies ular sawa batu Afrika yang terancam atau dilindungi dan kami akan mengambil tindakan undang-undang.

“Siasatan penuh sedang dijalankan dan sebarang maklumat penting akan membantu kami kerana sukar untuk mengesan pelaku dalam video yang disiarkan dalam talian,” katanya. – Agensi

Tuesday, October 17, 2023

Lelaki asingkan diri 55 tahun kerana takut perempuan

 


Nzamwita tidak pernah keluar dari rumahnya kerana takut untuk berhadapan dengan wanita. – Oddity Central

KIGALI, RWANDA – Seorang lelaki dari Rwanda baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas didapati mengasingkan diri di sebuah rumah terpencil selama lebih setengah abad kerana takut kepada wanita, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Callitxe Nzamwita, 71, berumur 16 tahun apabila dia menyedari bahawa ketakutannya terhadap wanita sukar dibendung.

Dia takut untuk dikelilingi wanita dan bercakap dengan mereka. Ia membuatkan lelaki itu membina pagar setinggi 4.5 meter di rumahnya dan tidak pernah menjejakkan kaki ke luar kediaman tersebut.

Namun, meskipun takut kepada golongan berkenaan, penduduk wanita di komuniti di mana dia tinggal ialah individu yang membantu memberikan makanan dan pakaian kepadanya.

“Apabila kami membantunya, dia tidak mahu kami mendekati atau bercakap dengannya. 

“Sebaliknya, kami memberi sesuatu barangan dengan melemparkan (barangan) ke dalam rumahnya sebelum Nzamwita datang mengambilnya.

“Dia tidak membenarkan kami mendekatinya tetapi masih mengambil apa yang kami tawarkan dari jauh,” kata seorang penduduk wanita.

Meskipun tidak pernah didiagnosis, Nzamwita dipercayai mengalami gynophobia, iaitu keadaan yang disifatkan sebagai ketakutan yang tidak masuk akal dan tidak rasional terhadap wanita.

“Saya tidak mahu wanita berada di sekeliling saya kerana mereka amat menakutkan,” kata Nzamwita. – AGENSI 

Sunday, October 15, 2023

Kesan kecederaan seluruh badan, dubur Ayyash Aulian

 


Ayyash Aulian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pukul 5.20 petang hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera oleh teman lelaki ibunya dengan kesan melecur dan kecederaan di beberapa bahagian tubuh badannya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff berkata, susulan kejadian itu, pihak polis telah melakukan penangkapan pasangan suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka.

“Kita telah mendapat laporan daripada pihak Klinik Kesihatan Bagan Serai tentang keadaan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan mempunyai kesan kecederaan dan melecur di beberapa bahagian tubuh badannya.

“Mangsa dihantar ke klinik itu oleh pasangan warga emas pada pukul kira-kira 7 malam semalam bagi tujuan rawatan setelah mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

Menurut Juna, hasil siasatan awal mendapati, mangsa merupakan anak jiran di kawasan Taman Serai Permai telah dibawa pulang untuk diasuh sementara oleh anak lelaki mereka berusia 26 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Pegawai Perubatan, kanak-kanak itu telah pun meninggal dunia dengan mempunyai kesan kecederaan ditubuh badannya,” katanya.

“Dalam masa sama, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada pendarahan teruk dibahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Selain itu, terdapat kecederaan teruk pada seluruh anggota tubuh badan dengan kesan luka melecur dipercayai akibat daripada objek panas dan kecederaan pada lubang dubur mangsa,” katanya.

Sementara itu, jenazah Ayyash Aulian Muhamad Faizul telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pada jam kira -kira 5.20 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung