11 Februari 2006 BBC menuliskan keadaan Perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon.
Kesihatan Sharon sangat teruk. Dia menjalani pembedahan kecemasan selepas pasukan doktor bimbang nyawanya terancam. Sharon dalam keadaan koma di RS Hadassa, Jerusalem sejak 4 Januari 2006 ketika dia mengalami stroke kritikal dan menjalani beberapa siri operasi.
Pasukan doktor berkata, komplikasi pada saluran pencernaan memerlukan operasi serta merta dan mereka memasukkan infus ke perut pemimpin Israel itu.
Diberitakan bahawa doktor di Hospital Hadassa telah memasukkan Ariel Sharon ke ruang operasi khas. Dia mempunyai kesan luka teruk dan tidak sedarkan diri dalam jangka waktu yang lama. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah rosak dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.
“Nyawa Sharon terancam,” kata jurucakap hospital, Yael Bossem-Levy kepada agensi berita Associated Press ketika itu.
Selepas empat tahun kemudian, harian terkemuka Israel melaporkan keadaan terkini mantan Perdana Menteri Israel Ariel Sharon pada 23 Oktober 2009.
Akhbar terbitan Israel “Hume Israel” mengutip maklumat ini dari salah sebuah majalah elektronik harian terkemuka di Israel. Media ini melaporkan keadaan kesihatan mantan PM Israel itu yang kini masih menderita strok dan terbaring koma di hospital selama lebih dari enam tahun.
Majalah ini menuliskan bahawa keluarga Sharon masih menjenguk dan berinteraksi dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa Sharon masih hidup. Salah seorang dari anggota keluarganya kerap membacakan akhbar harian di sampingnya dan memberitahu perkembangan ternakan lembu yang dia miliki di daerah Selatan Israel. Disamping itu dia juga dibacakan beberapa buku dan diperdengarkan muzik-muzik klasik.
Ketika ditanya lebih lanjut sampai bila keadaan Sharon akan terus jadi seperti ini, Solomo Segev doktor senior yang merawatnya berkata, “Kalau dikaji dari usia rata-rata dalam keluarga Sharon, ibu dan neneknya mati di atas usia 90 tahun”. Solomo pun kemudian menganggarkan Sharon akan tetap dengan keadaannya seperti ini sehingga usianya melepasi 90 tahun.
16 comments:
sama sama kita doakan moga mahathir,pak lah najib mayudin dan semua menteri dan bekas menteri yang buat salah terhadap rakyat jelata ditimpa lebih teruk pada ini amin yab rabulalamin
Errrrrr..... Boleh tau apa salah mereka? Dan darimana sumber atau nas yang mengatakan org islam boleh berdoa bala kpd sesama islam? Bukankah mencintai saudara seagama adalah satu tuntutan dlm islam? Awak belajar kat sapa semua benda2 karut tu?
Semoga..orang yang berbuat tak baik bertaubat,,termasuk saya
to nonbal.
Kalau hang mengaku Islam,hang tak nampak apa yang mamak kutty menghuru- harakan sistem dan peradaban islam.
Nilai moral dan akhlak yang nazak,pembunuhan bayi yang berleluasa,anak luar nikah melebihi 300,000 orang hingga kini,orang yang mengaku mahafiraun.... hang nak kata dia islam ka?
Sebab tu ada hadis nabi yang saheh,mafhumnya, menuntut ilmu tu wajib utk muslim lelaki dan wanita.
kalau tak dak ilmu ini la jadinya.
mengaku islam konon!
Semoga Kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan diakhirat Amin
areal saron, g mampos kao!!! aku bersyukur jika kao mampos cepat!!!
Itulah nasib seorang BUTCHER OF SABRA DAN SHATILA.
Itulah nasib seorang BUTCHER OF SABRA DAN SHATILA.
Keadaan yang menimpa ia, belum boleh dikatakan sesuatu yang adil. Dia terlalu banyak jenayah terhadap umat Islam. Dia harus dapat sedar suatu masa nanti dan menyaksikan sendiri tenteranya ditewaskan dan rakyatnya disembelih.
Dia harus mati dengan rasa yang sangat murka.
Daripada duk mengutuk menteri,baik kite duk nilai diri kite sendiri.baik sangat ke kite ni?ape yang kite dah buat untuk pembangunan umat islam khususnya..jangan pandai duk menilai orang je.Islam itu indah..tak perlu di buat susah..baik berdoa untuk kebaikan..dapat pahala jugak..
untuk semarakkan islam di malaysia, BN perlu di kuburkan. mencegah lebih baik dari merawat..
yelaaaaaaaaa
semua bodoh...mengaku Islam ada ilmu tapi suka juga keluar kata-kata kasar..sikit2 berttopengkan Islam padahal diri sendiri tada ilmu....cakap pasal parti konon..agama Islam yang dah sempurna pun tak bleh ikut nak ikut lagi wwadah lain konon2 berjuang puihh...
dok sibuk berparti la berpersatuan la berpertubuhan la semua berlagak nak jadi hero poyo...agama Islam tak dihayati..entah-entah perbezaan antara agam, Islam dan penganut pun tak faham tapi berlagak..ni la jadahnya kalau mak bapak tada ilmu junub cara Islam..anak2 lahir jadi dajjal moden..agama Islam jadi mangsa...
..UMNO la..PR la... semua politik sama je...selagi orang Melayu makan nasi selagi tu la perangai tetap sama...sapa pun yg memerintah tetap sama perangai depa..itu pun susah nk fikiaq...yang bodoh para penyokong fanatik tak guna otak...sikit2 kaitkan perjuangan Islam padahal diri sendiri pun tak faham hukum hakam
sokong dengan kata² wong pei hong malaysia..jgn asyik sgt dgn politik..berpolitik la cara berakal, bukan kepala lutut..Islam x ajar kita berkata² kesat, maki hamun,doakan org mati..tu semua Islam munafik..
Post a Comment