Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, September 30, 2015

Hebat Inilah rahsia Kejayaan Pemain Bolasepak 13 tahun Di England

"Cuba tengok apa yang adik ini pegang"‎

SHAH ALAM - "Cuba tengok apa yang adik ini pegang," demikian kapsyen gambar yang ditulis finalis Pendakwah Daie Musim Kedua, Izzhar Nazri berkenaan gambar yang menunjukan seorang pemain  bola sepak Malaysia bawah 13 tahun memegang al-Quran tatkala berada dalam kapal terbang.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Bercerita lagi Izzhar berkata, dia sering mengikuti perkembangan skuad ini dan dia menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian 'adik-adik ini.

"Saya antara yang ikuti perkembangan pasukan bola sepak Malaysia Bawah 13. Mereka belasah hampir semua pasukan di England!

"Semalam mereka selamat sampai ke Malaysia selepas tamat #JelajahUK2015. Selain latihan memantapkan fizikal dan mental, antara faktor mereka digeruni adalah punyai rohani yang mantap," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Izzhar berkata pemain-pemain ini juga  'pandai menjaga agama' ketika bersukan.

"Adik-adik ini menutup aurat setiap kali perlawanan dan melazimi bacaan quran untuk menguatkan spritual mereka. Cenggini!," tulisnya.

Terdahulu dalam perkembangan  #JelajahUK2015 #TeamNFDP menunjukan pencapaian yang sangat membanggakan.

Anak buah Lim Teong Kim itu membelasah Crystal Palace B13 7-0 pada Jumaat lepas.
Keputusan yang sama dicatat dalam perlawanan pertama jelajah UK menentang Barnsley Schools FA B13.

Jelajah UK tahun ini menyaksikan Malaysia berpeluang bertemu dengan pasukan di luar London seperti Manchester City, Sheffield Wednesday, Barnsley dan Liverpool.

Dalam sepuluh perlawanan yang diadakan, Malaysia hanya tewas sekali kepada City (0-2) dan seri dengan Reading (1-1).

Jelajah UK buat pemain bawah 13 tahun negara kali ini amat mencabar berbanding tahun lalu.

Mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca sejuk namun tetap mencapai keputusan yang membanggakan.

Skuad Bawah 13 Malaysia dianggotai oleh Penyerang: Asman Asrul nombor 8, Luqman Hakim  10 ; Arif Aiman   13; Danial Amali 33;  Pemain Tengah: Amirul Ashrafiq  23

Haikal Rosdi nombor 26; Pemain Tengah: Alif Daniel 14 ; Haikal Alif  15 ; Alias Alan  17 - Ketua Pasukan; Pemain Tengah 2: Ikhwan Hafizo 6; Aleff Haedi 7;  Alif 'Kancil' Mutalib 9;  Naven Raj 11Pertahanan: Firdaus Ramli  20 ; Danial Romizan  24; Amir Ariffin  16; Amran Abd Jamil  18 ; Fahmi Daniel 19; Pertahanan 2; Danish Ishak 4; Hariz Mansor ;5 ; Raimi Shamsul 12; Penjaga Gol: Sikh Izhan Nazrel 1; Daniel Akmal 22;  Abdul Alim Al-Amri 32
.

Subhanallah : Penjual ikan ditemui mati dalam keadaan sujud

Penjual ikan ditemui mati dalam keadaan sujud
Zakaria meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat Zohor, semalam. Gambar kecil: Zakaria.

KOTA BHARU - Seorang penjual ikan, ditemui mati dalam keadaan sujud rakaat kedua ketika menunaikan solat Zohor di Masjid Dewan Beta di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira, 1.20 petang itu, mangsa dikatakan berada di saf bahagian tengah dan dipercayai tidak bangun dari sujud sebelum rebah secara tiba-tiba dan diangkat jemaah lain ke bahagian tepi masjid.

\Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Mangsa, Zakaria Che Soh, 59, dikatakan sering ke masjid berkenaan dengan menunggang motosikal miliknya dari rumah yang terletak lebih kurang 100 meter dari masjid berkenaan.

Isteri mangsa, Wan Saudah Wan Teh, 54, berkata, arwah suaminya tidak mengalami sebarang penyakit kronik, hanya darah tinggi dan sering berulang alik mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

“Lagipun arwah suami tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian dan dia hanya balik awal dari kedai runcit yang diuruskannya dan bersiap-siap untuk pergi ke masjid menunaikan solat Zohor di masjid.

“Sebelum itu, suami ada minta hendak makan nasi di rumah dan dia berperangai seperti biasa serta tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai kematian suaminya, selepas diberitahu jemaah masjid yang datang ke rumah memberitahu suaminya itu mati ketika sujud dalam masjid.

“Memang pada mulanya saya agak terkejut, namun saya terima kematiannya dengan reda dan mendoakan kesejahteraan suami agar ditempatkan di kalangan golongan beriman,” katanya.

Sementara itu, anak kelima mangsa, Hakim Zakaria, 27, berkata, dia tidak menyangka bapanya dikhabarkan meninggal dalam keadaan sujud.

“Ayah tidak ada penyakit kronik, namun pemergiannya amat dirasai memandangkan ayah rapat dengan anak-anak dan dia disenangi penduduk kampung, " katanya
.

Tuesday, September 29, 2015

Sempoi.. Inilah Cara Berniaga Yang Kreatif Boleh Cuba Ya Sahabat..

Lelaki muda ini berniaga cara tersendiri. Tidak menanti pelanggan tapi berlari ke sana sini bila ada pelanggan yang panggil. Semoga diperluaskan rezeki untuk beliau dan anda juga.

Rasulullah saw bersabda, ”Barangsiapa yang merasa payah (penat) kerana bekerja sehari suntuk untuk mencari rezeki yang halal, nescaya akan diampuni segala dosanya”.

Lokasi : Tepi jalan besar berhadapan Petronas Ampang Jaya

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini



Perghhh : Dek kerana nak bunuh labah-labah

Dek kerana nak bunuh labah-labah

MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan seorang lelaki yang ingin menghalau seekor labah-labah dengan mengunakan pemetik api mengundang padah selepas tindakannya itu telah menyebabkan pam di sebuah stesen minyak terbakar.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Rakaman CCTV menunjukkan, seorang lelaki yang sedang mengisi minyak cuba menghalau labah-labah yang berada di keretanya dengan menyalakan api, namun, secara tiba -tiba api tersebut menyambar pam berkenaan.

Lelaki itu kemudian bertindak pantas dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Api berjaya dikawal dan dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya satu pam yang terbakar.

Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak berkenaan, Susan Adam memberitahu Fox2detroit.com, lelaki berkenaan memohon maaf atas insiden berkenaan dan tidak menyangka perbuatannya itu mengundang perkara yang lebih buruk.

"Diharap kejadian seumpama ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya yang boleh mengudang kebakaran stesen minyak,"katany
a

Gempar Kapal Selam Australia Timbul D Penang




Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini





Monday, September 28, 2015

Subhanallah .Video Presiden Rusia Merasmikan Masjid Baru Moskow


Perdana Menteri rusia sedang melakukan  perasmian Masjid Besar Moskow.. Alhamdulillah..Islam telah tertegak di Rusia. Baru baru ini Solat  Aidul adha  dihadiri seramai 150 ribu Umat Islam Moskow.. semoga Rahmat Allah terus melimpahi disana.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini



Perghh !! Babak nenek gatal viral di China










Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Aksi nenek yang gatal itu dilaporkan dirakam kamera keselamatan di dalam lif di 
sebuah kediaman di China. Menurut portal berita Sina News, budak lelaki
berkenaan masuk ke dalam lif itu bersama seorang wanita tua berusia dalam lingkungan 70-an.
Ketika di dalam lif, wanita itu tiba-tiba dilihat menghampiri budak lelaki berkenaan 
dan terus mencium bibirnya.Budak itu yang terkejut dengan tindakan berkenaan
 cuba menjauhkan diri, tetapi wanita itu terus menghampirinya.
Wanita berkenaan beberapa kali dilihat cuba memeluk dan mencium budak lelaki itu.
Kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu, budak lelaki itu kemudiannya menolaknya
 dengan kuat sebelum keluar dari lif.
Kejadian itu mencetuskan pelbagai reaksi pengguna laman sosial yang menggelar wanita 
itu sebagai nenek yang gatal.
“Mungkin nenek ini jatuh cinta dengan budak lelaki itu,” kata seorang pengguna. - Agensi

-

Sunday, September 27, 2015

Cabul Wanita Tempatan.Warga Nigeria Maut Di Pukul AJK .Pangsapuri..



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara Nigeria maut dibelasah orang awam selepas didakwa cuba mencabul seorang wanita tempatan di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, Rabu itu, mangsa menaiki lif yang sama dengan suspek bernama Ikechukwu Bright Ogundu yang berusia 28 tahun.

Menurut mangsa, suspek cuba menganggunya sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul.

Ekoran itu, suspek ditahan oleh orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pangsapuri ketika sedang keluar dari lif selain dari memukul suspek bertubi-tubi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 8.10 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, 30 orang awam sedang mengelilingi suspek. 

Pada jam 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawatnya.

Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam kerana cedera teruk di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah. - THEHYPEMEDIA.COM

Hendak Tahu, Inilah Rahhsia Kenapa Wanita HIdup Lama Lebih Dari Lelaki.



Mama dan papa sedang menonton televisyen.

"I dah letih la, dah lewat ni. I nak tidur lah," kata mama.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Mama pun pergi ke dapur, nak tutup tingkap dapur. Nanti masuk pula lipas, leceh pula nanti. Dah tu, ada pula rice cooker dalam sink. Rendam selepas makan tadi, basuh kejap. Susun pinggan di rak, lap dapur, terpercik kena sambal semasa memasak tadi. Check air panas dalam flusk. Takut habis pula nanti malam anak nak menyusu. Memang dah kering pun flusk ni. Jeranglah air sekejap.

Sementara menunggu air masak, nampak pula bekas gula dah kosong. Isi la gula. Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ada lagi. Ini lauk bila ni? Semalam? Besok sajalah basuh. Sidai kain lap sajalah.

'Tik!' Bunyi air dah masak. Salin air dalam flusk. Okay, settle. 

Baru teringat nak sembahyang isyak. On the way nak pergi bilik, papa masih tengok televisyen lagi. Nampak pula beg anak untuk dihantar ke taska. Check! Baju dua pasang, tuala kecil untuk selsema. Calamince lotion untuk sapu ruam, diapers empat keping. Alamak! Terlupa masukkan botol. Basuhlah botol sekejap. Okay, selesai.

Ternampak pula beg pergi kerja. Besok nak pakai beg Polo coklatlah. Asyik-asyik pakai beg hitam ini saja. Salin jap barang-barang ke beg coklat. Check semua, 6 poket beg. Takutlah tertinggal apa-apa. Leceh  pula. Selalunya barang yang tertinggal itulah yang nak dipakai nanti.

Hishh! Sempitlah beg ini. Hangin je. Nak kena beli beg baru. Rasanya 25hb ni Sogo ada buat sale. Mana flyers tadi? Okay, catit kejap di pelekat kuning, bimbang terlupa. Okay, settle.

Tiba-tiba terdengar suara papa. 

"You buat apa lagi? Tadi kata nak tidur?"

"Yelah, nak tidurlah ni. Nak sembahyang kejap,"

Masuk toilet, buat apa-apa yang patut. Cuci muka dulu. Dua jenis pula tu. Adoi. Gosok gigi, sembahyang. Pakai toner, pakai treatment cream. Nak lawa dan maintain punya pasallah ni. Nanti orang kata baru anak seorang dan macam anak empat orang pula.

Buka almari, pakai baju hijau untuk esok. Gosok kejap, check baju papa. Baju papa pun kena gosok juga ni, kat bilik belakang. 

La, kenapa komputer tak tutup lagi ni? Gelas kopi pun masih ada lagi. Bersemut! Pergi dapur dan basuh. Sambung gosok baju, gantung elok-elok. Kemaskan baju gantung-gantung. Masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor. Okay, settle. 

Dengar suara papa lagi.

"I dah mengantuk ni," katanya.

Masuk dalam bilik, tengok pokok dah nak mati. Lupa dah 3 hari tak siram. Siram kejap. Check kejap pintu, tak kunci lagi. Haih! Grill pun tak tutup lagi. Kalau tak check, senang-senang saja perompak masuk rumah. Buka lampu luar, mainan anak bersepah-sepah. Kena kemas pula. Banyaknya, sampai ke bawah meja makan pun ada. Settle.

Dah selesai semua baru dapat baring. Adoinya, sakitnya pinggang. Cium si comel kejap, selimutkan dia. Diapers pula dah penuh, kena tukar.

"Okay sayang, tidur ye. Kalau boleh, janganlah bangun tengah malam eh. Tidur sampai pagi. Selamat malam,"

Ahh! Sedapnya dapat baring. Mana pula lotion sapu kurus ni? Sapu lagi lotion kurus. Set alarm, set program kerja untuk esok. Jam 9:30 ada meeting. Bosannya.

Panas pula lotion ni.

Sebelum lelapkan mata, ucap terima kasih pada Allah di atas segala rezekiNya hari ini. Mohon keberkatan dari Allah. Papa pun bangun tutupkan televisyen.
"I dah mengantuk sangat dah ni. Nak tidurlah. Cerita pun tak best malam ni. Bola pun tak ada," katanya.

Selang seminit, kedengaran bunyi berdengkur.

"Dah agak dah,".

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? Sebab wanita ada banyak kerja yang kena buat. Itulah yang tak boleh nak 'pergi' cepat. Kongsikan artikel ini pada 5 wanita yang anda rasa mereka hebat. Pasti anda akan disayangi kerana memahami mereka. Kongsikan juga pada rakan-rakan lelaki agar mereka menghargai ibu, isteri dan kawan-kawan dengan lebih. - Pok Din

Saturday, September 26, 2015

Jamie Aida : Benar Rasa Naluri Suami Akan Di Tahan Semula..


Umi Aida dan suami

SHAH ALAM – “Tidak sampai lima minit, abang telah ditahan semula,” demikian luahan isteri Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Umie Aida Rahmad menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Khairuddin yang merupakan bekas Timbalan Ketua Umno Batu Kawan ditahan semula oleh polis petang Khamis sejurus selepas dia dibebaskan oleh mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari yang sama.

Khairuddin, yang memfailkan laporan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di beberapa negara, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) sekitar jam 4.40 petang.

Dia juga boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari di bawah akta itu.

Bagaimanapun Umie Aida yang juga seorang selebriti berkata, dia sudah menjangkakan perkara tersebut sejak awal lagi.

“Benar sungguh naluriku (tentang) apa yang bakal terjadi. Abang telah dibebaskan dari Akta 124C, (namun) tak sampai lima minit, abang telah ditahan semula untuk Akta 124K & 124L,” luahnya lagi.

Khairuddin pada mulanya ditahan kerana disyaki bertindak untuk menggulingkan kerajaan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan perbuatan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Khairuddin telah ditahan pada hari Jumaat, iaitu pada hari dia dilaporkan akan membuat penerbangan ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Dia ditahan reman enam hari bermula hari Sabtu.

Sebelum ditangkap, Khairuddin mendakwa dia dihalang daripada meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen
.

Subhanallah .Imam Meninggal Ketika Tahiyat..Akhir Solat Sunat Aidil Adha


Imam meninggal dunia ketika tahiyat akhir

SHAH ALAM - Seorang Imam dari Masjid Kampung Temeris, di Kuala Pilah Negeri Sembilan meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat Sunat Aidiladha pagi tadi.

A. Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat tersebut dikatakan batuk sebelum rebah pada tahiyat akhir solat itu.

Kejadian  berlaku kira-kira jam 8:30 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah stesen televisyen tempatan, anak lelaki imam tersebut yang dikenali sebagai Amran berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapanya yang sudah tidak sedarkan diri dan kemudian membawanya ke hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk pemeriksaan lanjut.

"Bagaimanapun doktor yang merawat ayah mengesahkan bahawa ayah sudah meninggal dunia," katanya
.

Friday, September 25, 2015

Jemaah Tidak Mengikut Arahan Puncanya Terajedi


rempuhan Mina
Insiden rempuhan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi (waktu tempatan) ketika jemaah haji sedang melakukan ibadah melontar di Jamrah hari ini. - Sumber Foto Jabatan Pertahanan Awam Saudi

MINA - Menteri Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Falih dalam satu kenyataan menyalahkan jemaah haji yang tidak berdisiplin sebagai punca insiden rempuhan yang sehingga kini mengorbankan 717 orang.

Menurutnya, tragedi malang itu tidak akan berlaku sekiranya jemaah mengikuti arahan yang telah ditetapkan.

 "Banyak jemaah bergerak tanpa menghormati jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini adalah punca utama tragedi rempuhan itu.

"Jika mereka mengikuti arahan, kemalangan sebegini dapat dielakkan," katanya.

Sementara itu, Ketua Rombongan Jemaah Haji Iran, Saeed Ohadi dipetik AFP pula menyalahkan pengurusan Arab Saudi yang bertindak menutup banyak laluan di Mina sehingga memaksa ratusan ribu jemaah terpaksa mengikuti satu laluan yang sama secara serentak.

Ohadi berkata, penutupan laluan menyebabkan tinggal hanya tiga laluan ke kawasan melontar.

"Kejadian hari ini menunjukkan salah urus dan kurangnya perhatian yang serius terhadap keselamatan jemaah. Tidak ada penjelasan lain. Pihak berkuasa Arab Saudi harus bertanggungjawab," katanya.

Jemaah Iran antara yang paling ramai terkorban dalam tragedi rempuhan itu dan sehingga kini, seramai 43 jemaah Iran dilaporkan maut, manakala 60 lagi cedera
.

Allahu akhbar Lebih 400 orang Maut di Mina Akibat Rempuhan

 Subhanallah. Kelihatan mayat mayat yang terbujur kaku, akubat bersesak sesak untik melontar jamrah. D mina.


LAPORAN AWAL TIADA JEMAAH HAJI MALAYSIA TERLIBAT

 Laporan dari Mina yang memaklumkan terdapat tragedi rempuhan yang menyebabkan kematian seramai 310 jemaah haji meninggal dunia dan 450 cedera ( maklumat rasmi dari Kerajaan Arab Saudi). Kejadian ini dilaporkan berlaku pada 1130 pagi. Lokasi sebenar berlaku di Jalan 223 dan 204, l iaitu lokasi penempatan dan perkhemahan JH negara arab dan bukannya di Kompleks Jamrat.

Setakat ini, tiada JH Malaysia terlibat,  pihak Tabung Haji masih membuat headcount bagi memastikan sekiranya ada jemaah dari Malaysia yg hilang. Pihak Peronda TH dari semasa ke semasa sedang membuat semakan secara terperinci. Untuk pengetahuan,  pihak TH sememangnya menempatkan 8 post PERONDA dengan 2 orang peronda di setiap pos yang telah ditugaskan bagi memastikan pergerakan JH Malaysia dari tempat penginapan di Muassim hingga ke Kompleks Jamarat (tempat melontar). Ini bagi memastikan tiada jemaah yg tersesat memasuki laluan jemaah haji dari negara lain.

Lagipun bagi JH Malaysia waktu melontar telah ditetapkan antara pukul 530 petang dan 8.00 malam.

Secara prinsipnya pergerakan JH Malaysia tidak akan melalui laluan JH Arab iaitu jalan 223 dan 204 lokasi tragedi; ini kerana  mereka akan melalui laluan yang berbeza dengan lokasi kemalangan. Bahkan dihadang dengan pagar sehingga ke Kompleks Jamarat.

Insya Allah jika JH Malaysia mengikut peraturan, laluan dan masa yang ditetapkan, kemalangan ini tidak akan melibatkan JH Malaysia.

Semoga Allah menjauhi kita semua dari bala bencana dan sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan jemaah kita disana dan umat Islam keseluruhannya.

-YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki-
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Thursday, September 24, 2015

Perghhh !, Kecuh Hantu Penaggal Makan Bayi..



MIRI - Beberapa hari yang lalu, warga Miri digemparkan dengan penemuan Hantu Penanggal yang berjaya ditangkap oleh orang kampung. 

Norzley Ziey yang berkongsikan gambar dari Mohammad Rizal Razali itu mendakwa, Hantu Penanggal itu ditemui di sekitar kawasan Permyjaya dan Kampung Tudan. 

"Awas! Di Miri sekarang ada hantu penanggal. Harap ibu-ibu yang sedang mengandung dan telah bersalin berhati-hati dan banyakkan membaca surah-surah. Jangan keluar malam-malam. Gambar yang saya post ini memang wujud. Hantu Penanggal ini ditangkap di Permyjaya bersama dengan seorang bayi yang menjadi makanannya. Kasihan bayi itu," kata Nozley Ziey. 

Gambar-gambar yang dimuat naik pada 22 September itu mendapat 226 shares di laman Facebook.

Malangnya, dua gambar yang dimuat naik itu sebenarnya adalah gambar dari filem Penanggal, arahan Ellie Suriaty, yang ditayangkan pada tahun 2013. 

Individu yang menyebarkan gambar-gambar berkenaan berniat menimbul rasa takut warga Miri. Ditambah pula dengan golongan netizen yang cepat mempercayai sesebuah berita tanpa melakukan pencarian terlebih dahulu.



Golongan yang suka mengada-adakan cerita yang tidak ada adalah berniat suka-suka atau inginkan perhatian dari orang ramai. Sehingga tidak menyedari apa yang dilakukan itu boleh mencetuskan kebimbangan rakyat setempat. - THEHYPEMEDIA.COM

Sayu Bila Dengar Takbir HARI Raya..


Sayu bila dengar takbir raya
Mohd Irwan dan Mohd Akmal ketika ditemubual wartawan.
POKOK SENA - "Bila dengar takbir raya, hati saya sangat sayu kerana teringatkan ahli keluarga, namun apakan daya semua ini adalah balasan di atas apa yang saya lakukan ketika berada di luar sana."

Luah salah seorang penghuni asrama akhlak lelaki di sini, ketika menceritakan pengalamannya menyambut Hari Raya Aidilfitri lalu jauh daripada keluarganya buat pertama kali.

Mohd Akmal, 15, (bukan nama sebenar) berkata, sejak tinggal di situ pada awal Januari lalu, kedatangan hari raya paling mencabar kerana tidak dapat menahan kerinduan kepada keluarganya yang berada di Sik, Kedah.

Menurutnya, pada Aidilfitri lalu setiap kali takbir hatinya terasa sayu mengingat ibu bapanya serta adiknya kerana pada hari itulah mereka sekeluarga berkumpul.

“Kini tinggal beberapa hari lagi dan kita akan menyambut pula Aidiladha dan sekali lagi saya akan merasa sayu.

"Apabila mendengar takbir hari raya, saya akan teringatkan ketupat dan lemang yang dibuat oleh emak," katanya dengan nada sedih.

Mohd Akmal ditempatkan di asrama itu selepas dijatuhi hukuman selama setahun kerana mencuri motosikal.

Katanya, dia terlibat dalam kes mencuri motosikal itu selepas tercicir dari persekolahan.

“Setiap kali saya mencuri dan menjualnya kepada pihak berkenaan, saya mampu mendapat wang antara RM500 hingga RM800.

"Nilai itu sangat besar kepada saya dan ini menyebabkan saya terus mencubanya tetapi pada kali ketiga saya ditangkap,” katanya yang sudah insaf dengan perbuatannya itu.

Sementara itu, Mohd Irwan, 15, (bukan nama sebenar) pula berkata, dia dimasukkan ke asrama itu selepas terlibat dalam aktiviti penagihan dadah.

Menurutnya, dia terlibat dalam aktiviti itu ketika berusia 13 tahun.

"Saya dimasukkan ke sini selepas ibu saya membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatkan saya di sini. Memang pada awalnya saya sangat sedih tetapi hari ini saya sudah sedar," katanya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik itu.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung