MICHIGAN - AMERIKA SYARIKAT. Tindakan seorang lelaki yang ingin menghalau seekor labah-labah dengan mengunakan pemetik api mengundang padah selepas tindakannya itu telah menyebabkan pam di sebuah stesen minyak terbakar.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Rakaman CCTV menunjukkan, seorang lelaki yang sedang mengisi minyak cuba menghalau labah-labah yang berada di keretanya dengan menyalakan api, namun, secara tiba -tiba api tersebut menyambar pam berkenaan.

Lelaki itu kemudian bertindak pantas dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

Api berjaya dikawal dan dia bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya satu pam yang terbakar.

Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak berkenaan, Susan Adam memberitahu Fox2detroit.com, lelaki berkenaan memohon maaf atas insiden berkenaan dan tidak menyangka perbuatannya itu mengundang perkara yang lebih buruk.

"Diharap kejadian seumpama ini akan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya yang boleh mengudang kebakaran stesen minyak,"katany
a