Nuffnang

Friday, June 28, 2019

Perghhh !!! 'Messi' dari Iran nafi perdaya lebih 20 wanita

'Messi celup' - yang semalam dilaporkan kepada polis atas dakwaan mempermainkan lebih 20 wanita - tampil membela diri.
Melalui klip video pendek Reza Paratesh menafikan dia terbabit seperti apa yang dilaporkan media antarabangsa mengenainya.
Kata Reza, jika benar diadukan kepada polis, ketika ini sudah tentu dia mendekam di penjara dan bukannya bebas seperti biasa.
"Jangan percaya, ia tak betul," katanya melalui media sosial kira-kira 15 jam lalu.
Semalam media antarabangsa mendakwa Reza - yang mempunyai perawakan seperti Lionel Messi - sudah diadukan kepada polis Iran.


Puncanya, dia dituduh menggunakan penampilan seperti Messi untuk menggoda ramai wanita dan meniduri mereka.
Media mendakwa seramai 23 wanita sudah menjadi 'mangsa' Reza.
Dalam kenyataannya Reza, 26, berkata tidak wajar bagi mana-mana pihak mempermainkan reputasi serta kredibiliti seseorang.
Kata Reza, dia juga akan mengambil apa saja langkah yang wajar untuk menyanggah laporan tersebut secara undang-undang.
"Saya harap polis dapat mencari punca berita palsu ini dan mendedahkannya kepada orang ramai," katanya.

Thursday, June 27, 2019

Maaflah dah 19 tahun tiada tangan! Terima pakwe OKU bukan sebab harta, rupa... GF kata “dia tiada kekurangan”


Nuha dan Eby merupakan kawan rapat sebelum menjadi pasangan kekasih.
BENARLAH kata orang cinta tidak mengenal paras rupa. Kalau hati sudah berkenan, kekurangan itu dianggap sebagai satu keistimewaan. Tq Mstar
Ungkapan ini tepat bagi menggambarkan situasi yang dialami Wan Nuriha Wan Adenan, 19, yang tidak malu memilih Nadzriel Shazran sebagai teman lelakinya meskipun jejaka itu dilahirkan tanpa tangan kiri.
Kisah percintaan pasangan ini tular di media sosial selepas Wan Nuriha atau lebih mesra disapa Nuha berkongsi video momen indah sambutan hari lahirnya yang ke-19 pada Sabtu lalu.
Nuha ketika dihubungi mStar mengakui dia dan Nadzriel yang dikenali sebagai Eby merupakan kawan rapat sebelum menjadi pasangan kekasih.
"Kami satu fakulti di Universiti Teknologi Mara (UiTM Dungun) jadi dah kenal lama. Memang kami selalu WhatsApp pun sebelum ni sebab kawan-kawan. Kami cakap pun gurau-gurau kasar.
"Tiba-tiba masa birthday Nuha 5 April lalu dia cakap dia suka dekat Nuha. Ingat dia bergurau je sebab sebelum tu pun dia selalu buat pickup line. Tapi dia cakap dia dah lama suka dan baru berani nak beritahu," katanya.

Nuha membuat kejutan hari lahir kepada Eby pada Sabtu lalu.
Nuha yang mengambil jurusan Diploma Pengurusan Pejabat mengakui dia menerima cinta Eby selepas melihat kesungguhan dan keikhlasan jejaka berusia 19 tahun itu.
"Bila dah lama berkawan kita boleh nilai dia jenis orang macam mana. Dia layan kita baik dan lebih menghargai orang di sekelilingnya. Dia juga kelakar, rajin dan bersemangat untuk belajar.
"Saya tak malu setiap kali apabila keluar dengan dia. Bagi saya dia tiada kekurangan. Saya terima dia seadanya. Walaupun dia kurang upaya dia boleh buat semua benda macam orang normal," katanya.
Bercerita lebih lanjut mengenai diri Eby, gadis berasal dari Kemaman, Terengganu itu berkata teman lelakinya itu seorang yang suka merendah diri dan aktif bersukan.
"Disebabkan keadaannya tanpa tangan kiri sejak lahir dia lebih suka merendah diri. Tapi saya bangga dengan dia kerana dia ada kelebihan berbanding kita yang normal ini.
"Dia aktif bermain bola tampar di universiti. Dia juga main futsal dan bola sepak macam biasa. Saya sendiri pun tak boleh terfikir macam mana dia nak main semua tu.

Antara komen netizen yang sebak melihat video tersebut.
"Eby juga boleh memandu. Dia akan menggunakan tangan palsu. Tapi dia beritahu lebih selesa menggunakan tangan sedia ada jika melakukan perkara lain," katanya.
Nuha turut terkilan dengan kritikan netizen yang menganggap dia menerima Eby disebabkan paras rupa dan berharta.
"Bila baca komen negatif kami berdua macam tak sedap hati nanti apa orang cakap dekat family kami.
Saya tak malu setiap kali apabila keluar dengan dia. Bagi saya dia tiada kekurangan. Saya terima dia seadanya. Walaupun dia kurang upaya dia boleh buat semua benda macam orang normal.

WAN NURIHA WAN ADENAN.

"Saya pelik jugalah mereka (netizen) tak kenal pun kami tapi cakap seolah-olah macam kenal kami. Terkejut jugalah sebab mereka buat andaian sendiri.
"Kalau dia ada paras rupa pun kalau layan kita tak baik, sudah tentu kita tak boleh terima juga kan," katanya.
Bagaimanapun Nuha berkata Eby menasihatinya supaya tidak mengendahkan komen negatif tersebut.
"Dia sebenarnya dah biasa orang cakap macam-macam dekat dia. Dia kata dah lali. Biarlah mereka nak kata apa pun. Lagipun mereka tak kenal kami siapa," katanya.


Nuha dan Eby merupakan pelajar di UiTM Dungun, Terengganu.
Ditanya mengenai jodoh mereka, anak ketiga daripada lima beradik itu enggan terlalu memikirkan perkara itu buat masa ini.
"Kami nak fokus belajar dulu dan mahu banggakan keluarga kami. Pasal jodoh tu biar Allah tentukan.
"Lagipun kami baru sahaja berusia 19 tahun. Perjalanan pun masih jauh lagi. Kami tengah final exam sekarang. Jadi minta anda semua doakan agar kejayaan kami," katanya.
Video berdurasi dua minit 20 saat yang dimuat naik Nuha di Twitternya mengundang sebak netizen dan rata-rata mereka mendoakan hubungan mereka berkekalan.
Sejak dimuat naik Sabtu lalu, posting Nuha dengan kapsyen ‘Happy Birthday Love, katanya "maaflah dah 19 tahun tiada tangan" mendapat 33,800 ulang kicau dan 38,400 tanda suka.

Wednesday, June 26, 2019

Viral !!! Tiada siapa basah! Rakan dukung, murid istimewa pegang payung dalam hujan lebat... Ini mesej guru yang ibu bapa perlu tahu!

Tiada siapa basah! Rakan dukung, murid istimewa pegang payung dalam hujan lebat... Ini mesej guru yang ibu bapa perlu tahu!

Seorang pelajar perempuan mendukung seorang rakan perempuannya yang merupakan pelajar pendidikan khas.
BUKAN mudah untuk melayan anak-anak istimewa seperti penghidap autisme, justeru apabila individu bukan darah daging bersikap prihatin terhadap mereka, ia begitu menyentuh emosi. Berita Mstar
Menerusi sebuah video pendek yang tular di media sosial, seorang pelajar dilihat sedang berjalan bersama seorang rakannya ketika hujan lebat.
Hati seorang guru tersentuh apabila perempuan itu, yang juga pelajarnya gigih mendukung rakannya itu yang merupakan pelajar pendidikan khas.
Lebih menyentuh hati, pelajar keperluan khas itu pula dilihat memegang payung bagi melindungi mereka berdua daripada terkena hujan lebat.
Keakraban itu bukan sahaja menunjukkan nilai murni yang baik, malah memberi pemahaman kepada ibu bapa kepada anak-anak istimewa bahawa masih ada insan yang prihatin terhadap anak mereka.
“Kejadian sewaktu hujan lebat awal pagi tadi, yang didukung itu murid saya, murid pendidikan khas, tapi yang mendukung tu murid kelas arus perdana.
“Saya berkongsi video ini kerana saya mahu ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas yakin dan percaya bahawa masih ramai insan yang prihatin pada anak-anak tuan puan.
“Sesungguhnya mereka adalah anugerah Allah untuk kita semua, menyantuni mereka dalam apa jua cara,” ujar Maslika Ramli yang berkongsi video tersebut di halaman Facebook ‘Autisme Malaysia’ pada minggu lalu.


Perkongsian seorang guru pendidikan khas yang menyentuh emosinya.
Menerusi perkongsian berasingan di halaman Facebook miliknya, Maslika memberitahu sebagai guru pendidikan khas, dia berasa bahagia mengajar anak-anak istimewa yang sering dipandang sepi oleh segelintir masyarakat.
“Kami tak mampu melahirkan anak didik yang setiap tahun menggemparkan sejarah sekolah dengan kejayaan cemerlang, tapi kami bangga andai anak didik kami mampu memegang pensil untuk menulis, mampu membaca setelah cikgu-cikgu lain merungut tentang murid-murid sudah berumur belasan tahun tidak mampu membaca.
“Malah kami bangga dengan kejayaan kecil anak-anak didik, yang asalnya tidak tahu memegang senduk, pisau, gunting malah lain-lain alatan dengan betul,” ujarnya.

Menurut Maslika, dia merupakan sebahagian daripada komuniti kecil, dalam kalangan pengetua, guru-guru kanan, guru akademik, guru hal ehwal murid (HEM), guru kokurikulum, guru disiplin, penjaga, pengasuh, ibu bapa dan saudara-mara kepada anak-anak istimewa.
“Malah kamilah teman bergaduh anak-anak didik kami. Tak perlu pandang hina pada anak-anak istimewa kerana kita tak tahu di mana penghujung jalan cerita kita.
“Jangan dibangga dengan kesempurnaan kita, andai Allah menarik nikmat yang diberi sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran malah percakapan, kita pun tergolong dalam kalangan orang istimewa,” katanya sambil menambah dirinya berbangga menjadi guru pendidikan khas.

Tuesday, June 25, 2019

“Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis

“Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita” - Tahi lalat disamakan dengan 'boba' yang sedang trending, gadis mengaku pernah menangis



Adilah Ayeisha Qisteena menjadi mangsa ejekan di media sosial gara-gara tahi lalat di atas bibirnya.

SIAPA yang tidak kecewa seandainya wajah sendiri menjadi bahan jenaka di media sosial?
Itulah yang dilalui Adilah Ayeisha Qisteena apabila tahi lalat di atas bibirnya disamakan dengan bebola jeli atau boba yang dalam minuman yang sedang trending oleh beberapa individu.
Mesra disapa Eiisha, dia turut memuat naik paparan skrin komen penghinaan dua individu terhadapnya menerusi Twitter sehingga ia menjadi tular pada Sabtu.
"Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita? Ia satu perbuatan yang tidak wajar.
Eiisha menggesa orang ramai agar berhemah dalam mengeluarkan sebarang kata-kata di media sosial.
"Semua orang kena tahu, tak normal untuk kutuk penampilan orang, apatah lagi sesuatu yang kita tak boleh ubah.
"Mula-mula tengok rasa kecil hati, orang yang tak kenal pun boleh cakap macam tu. Kawan sendiri pun ada batasnya, apatah lagi orang luar," ujar gadis berusia 19 tahun itu sewaktu dihubungi mStar.

Pernah masa zaman sekolah dulu, cikgu pun bergurau pasal tahi lalat saya. Rasa terkedu dan malu depan kawan-kawan. Saya kecil hati dan menangis.

ADILAH AYEISHA QISTEENA

Tidak berniat membuka aib pemuda berkenaan, namun kata Eiisha, dia berkongsi paparan skrin itu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.
Ia menunjukkan dua individu yang tidak dikenalinya menulis 'ada boba terlekat tu' dan 'ada bubble bawah hidung' yang dianggapnya biadab.
Tambahnya lagi, setiap indvidu harus menggunakan laman sosial dengan berhemah dan tidak menyakiti hati orang lain.
Mengimbas perjalanan hidupnya, Eiisha mengakui sudah lali dengan penghinaan terhadap tahi lalat di wajahnya.
Paparan skrin yang dimuat naik ke Twitter oleh Eiisha.
Namun, menginjak ke usia dewasa, dia kini semakin yakin dengan dirinya.
"Pernah masa zaman sekolah dulu, cikgu pun bergurau pasal tahi lalat saya. Rasa terkedu dan malu depan kawan-kawan. Saya kecil hati dan menangis.
"Tapi sekarang saya yakin pada diri sendiri, saya terima seadanya wajah saya," katanya lagi.
Dalam pada itu, posting pendedahan Eiisha sehingga kini menerima lebih 13,400 ulang kicau (Retweet).
Selain menerima sokongan menerusi direct message (DM), ramai netizen turut meninggalkan kata-kata semangat buat gadis kelahiran Kuala Lumpur itu.

Monday, June 24, 2019

Virall !! Guna Ducati hantar makanan, sanggup ikat lemang di badan “Caj tak tinggi, cover duit minyak dah OK”




Herry membuat pekerjaan sambilan menghantar makanan memandangkan permintaan yang tinggi daripada rakan-rakannya.

PENDAPATAN sampingan boleh dijana dengan melakukan servis penghantar makanan yang mempunyai permintaan ramai dan kian popular.
Jarang sekali kita lihat penghantar makanan menggunakan motor berjenama mewah namun lain pula kisahnya apabila Khairi Fazil Abdullah atau mesra dipanggil Herry sanggup menggunakan motor kesayangannya berjenama Ducati untuk membuat servis penghantaran makanan.

Sunday, June 23, 2019

Wow.. Pemuda terkejut ular kapak masuk dalam seluar pendek, terpaksa jadi 'patung' agar tidak dipatuk


Seekor ular kapak masuk ke dalam seluar pendek yang dipakai oleh mangsa.
DETIK ngeri melibatkan seorang jejaka sempat dirakam menerusi satu kejadian di perkampungan Ustikolina, Bosnia.
Menerusi rakaman itu, mangsa, Ajanovic dilihat sedang duduk sambil memegang gergaji.
Secara tiba-tiba, rakannya menjerit agar dia tidak menggerakkan badannya.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––

Ia kerana seekor ular telah masuk ke dalam seluar pendek yang dipakai lelaki itu.
Ajanovic yang terkejut dan ketakutan mengikuti arahan rakannya kerana bimbang dipatuk haiwan berbisa itu.
Dengan bantuan rakannya, ular itu berjaya keluar dan Ajanovic juga selamat.
"Saya berterima kasih kepada rakan saya yang sudah membunuh ular itu," ujarnya. - Daily Star.

Saturday, June 22, 2019

Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi”



Paparan skrin rakaman CCTV sewaktu kejadian berkenaan.
DALAM kesibukan menghadapi peperiksaan akhir, tiga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor diuji dengan kehilangan barang peribadi. Mstar
Lebih mengejutkan, beg milik mangsa yang berisi wang, laptop, telefon bimbit dan nota dicuri dalam sebuah masjid di kampus berkenaan sewaktu mereka sedang mengerjakan solat Asar secara berjemaah pada Isnin minggu lepas.
Salah seorang mangsa, Amelia Natasha Zainudin, 20, berkata, dia sama sekali tidak menyangka kejadian itu akan menimpa dirinya dan rakan-rakan.

"Kami sebenarnya tengah study, selepas itu kami solat Asar sama-sama kat masjid. Ingatkan member simpan beg atau ada yang prank.
"Bila cari-cari tak jumpa, kami ke bahagian Pusat Islam dan minta untuk tengok rakaman CCTV.


Rakan kepada tiga mangsa berkenaan turut memuat naik maklumat kejadian sebagai peringatan bersama di Twitter.
"Memang terkejut, rupa-rupanya mak cik tu yang mencuri beg kami tu dah bersembang dengan kawan saya kat tempat ambil wuduk," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Selain sedih dan geram, Amelia Natasha mengakui peristiwa itu sedikit sebanyak mengganggu fokusnya untuk menghadapi peperiksaan.
Malah, dia juga terpaksa mengorbankan malam sebelum peperiksaan yang sepatutnya dimanfaatkan dengan ulang kaji untuk pergi ke Balai Polis Bangi.
"Sangat mengganggu. Sepatutnya malam tu study, tapi kena pergi buat laporan polis.
"Dah la esoknya exam. Dengan nota sekali kena curi," jelasnya lagi.


Suspek kes berkenaan yang berjaya dirakam CCTV.
Selain Amelia Natasha, dua lagi mangsa iaitu Nur Adila Mohd Zaini dan Natasha Natashazlin Mohd Shafie turut terkesan dengan kejadian itu.
Mereka bagaimanapun mengakui reda dengan apa yang berlaku dan ada menitipkan pesanan buat pencuri berkenaan.
"Saya tak marah, benda dah berlaku. Harap dia guna duit tu ke arah yang sepatutnya.
"Saya rasa dia nak guna untuk keperluan, dia terdesak. Moga dia diberi hidayah. Janganlah ambil tapi carilah jalan lain untuk dapatkan duit," kata Nur Adila.
Dalam pada itu, rakaman berkenaan turut dimuat naik ke Twitter oleh Saffa Mohhidin yang juga rakan kepada tiga pelajar itu.
Video berkenaan sehingga kini menerima hampir 16,000 ulang kicau (Retweet).
Menerusi thread berkenaan, indvidu tersebut turut menjelaskan bahawa pencuri berkenaan merupakan wanita berusia lingkungan 40-an yang menaiki Myvi berwarna merah.

Thursday, June 20, 2019

'Haziq boleh dihukum sebat' ..Mufti N 9

'Haziq boleh dihukum sebat'





Haziq Abdullah Abdul Aziz (Gambar kecil: Mohd Yusof Ahmad)

SEREMBAN – Individu yang mengaku dengan rela hati melakukan dosa termasuk berzina sudah boleh dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang Syariah.


Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata jika si pelaku sendiri sudah membuat pengakuan dengan fikiran yang waras dan rela hati, sepatutnya hukuman mengikut undang-undang Syariah sudah boleh dilaksanakan.

“Kita melihat kepada situasi semasa, seperti apa yang tersebar sekarang ini video pengakuan yang dilakukan sendiri oleh tuan punya badan, dia mengaku telah melakukan perbuatan tersebut, dan jika mengikut Islam sudah boleh disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman.


“Hukuman adalah sebatan bagi yang bujang dan rejam kepada mereka yang telah berkahwin, tetapi dari segi undang-undang sivil kenalah tunggu hasil siasatan pihak berkuasa.

“Jika dia secara terus menerus mengaku melakukan dosa itu, memang sudah boleh dijatuhkan hukuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas susulan dakwaan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu bersama seorang mirip menteri Kabinet dalam video intim yang tersebar baru-baru ini.

Tambahnya, menurut hukum syarak individu yang mengaku melakukan kemungkaran perlu dihukum, dan jika siasatan yang dilakukan terhadapnya secara berterusan mengaku masih melakukan perkara tersebut, maka hukuman sudah boleh dijatuhkan.

Pada 12 Jun lalu, bekas pegawai kanan kepada seorang Timbalan Menteri itu membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu terlibat dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.


Haziq memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.



Wednesday, June 19, 2019

Viral !!! “Saya doktor, boleh saya tengok?” - Pelajar beranikan diri 'menipu' demi bantu aunty Cina pengsan, kagum sikap rakyat Malaysia


Dharshinee ketika berusaha menyelamatkan wanita warga emas yang pengsan di hadapan sebuah kedai di Ipoh.
SEMANGAT perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum sangat penting bagi memastikan hubungan baik sesama masyarakat berlainan bangsa dapat dikekalkan.
Sebagai tanda prihatin, seorang gadis berbangsa India memuat naik status di Twitter berharap agar kuasa viral mampu membantunya berjumpa semula dengan wanita warga emas berbangsa Cina yang pernah diselamatkan akibat pengsan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Ipoh, Perak.
Dharshinee Suresh Kumar atau mesra disapa Dharshinee ketika dihubungi mStar menceritakan peristiwa tersebut yang berlaku pada 2 Jun, beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri.
Ketika kejadian, saya dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Ipoh. Kebetulan rakan saya singgah kedai runcit untuk beli air kemudian selepas dia masuk ke dalam kereta, dia beritahu ada mak cik pengsan di depan kedai.


Dharshinee kagum dengan kerjasama rakyat Malaysia yang sedia membantu tidak mengira bangsa dan agama.
"Saya yang berada dalam kereta terus keluar untuk tolong mak cik tu. Mula-mula saya tawarkan diri untuk tolong, tak ada yang hiraukan. Saya cuba juga beranikan diri dan keadaan memaksa saya menggunakan ayat 'saya seorang doktor, boleh saya tengok?'. Barulah orang-orang di situ bagi saya peluang buat basic emergency aid yang saya pernah belajar memandangkan saya sebenarnya masih lagi bergelar pelajar perubatan.
"Perlahan-lahan saya betulkan posisi badan mak cik itu dan saya periksa nadi dia. Saya kejutkan dia dalam lebih kurang tiga minit dan akhirnya dia sedar," ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Tambah gadis berumur 22 tahun ini, dia berterima kasih kepada beberapa individu yang sudi membantunya dengan memanggil ambulans dan menunggu mak cik tersebut sementara bantuan tiba memandangkan dia dan rakan-rakan terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur ketika itu.
Darshinee turut mengakui, peristiwa itu juga menunjukkan masih wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia serta sikap saling membantu antara satu sama lain.
"Masa saya cuba nak selamatkan mak cik tu, sebelum saya sampai di tempat kejadian pun dah ramai orang berbilang kaum di situ.


Posting yang dimuat naik Dharshinee di laman Twitter.
"Walaupun nak dekat raya ketika itu, saya lihat masih ada pak cik Melayu yang sudi tolong dan ada seorang mak cik India yang berusaha buat panggilan ambulans.
"Saya tidak rasa rakyat Malaysia dalam keadaan yang bermasalah, rakyat Malaysia kebanyakannya suka menolong antara satu sama lain tidak mengira warna kulit," katanya.
Dalam pada itu, Dharshinee yang merupakan pelajar tahun kedua jurusan perubatan di Universitas Udayana, Bali, Indonesia bersama rakan-rakannya sedaya upaya usaha mencari semula wanita warga emas berkenaan untuk bertanya khabar serta ingin membantunya sekiranya dia memerlukan bantuan.
Posting yang dimuat naik Dharshinee di laman Twitter telah diulang kicau sebanyak 1,207 dan 529 tanda suka.

Tuesday, June 18, 2019

Tedia!!!Muka pucat duit RM2,000 tertinggal dalam troli... Jangankan terdetik nak ambil, pekerja Tesco kata “saya tak buka langsung”

Muka pucat duit RM2,000 tertinggal dalam troli... Jangankan terdetik nak ambil, pekerja Tesco kata “saya tak buka langsung”


Kejujuran Azhar menerima pujian ramai.
TERTINGGAL dompet yang berisi wang tunai sebanyak RM2,000 memberi igauan ngeri buat pasangan suami isteri dari Pendang, Kedah.
Namun, kejujuran petugas pasaraya Tesco cawangan Stargate, Alor Setar, Azhar Abdul Hamid, 26, telah menghilangkan kegusaran di hati mereka.
Menerusi kejadian pada Sabtu lalu, Nor Afifullah tertinggal dompet miliknya dalam sebuah troli di lokasi berkenaan.

Kisah mengenai kejujuran Azhar sehingga Nor Afifullah berjaya mendapatkan semula dompetnya tular di Facebook apabila ia dikongsi isterinya, Ain Fatin Lyana.
Bercerita kepada mStar, pengusaha produk kecantikan yang mesra disapa Fatin itu mengakui berdebar dan takut apabila mengimbas semula kejadian tersebut.
"Masa sampai tu, Tesco Stargate dah nak tutup. Jadi kami pergi ke Tesco Mergong sebab Tesco tu tutup lambat sikit.
"Sampai sana tengok beg duit tak ada. Pucat muka kami masa tu, rupa-rupanya tertinggal dalam troli kat Tesco Stargate. Terus pecut, dalam 10 minit perjalanan macam tu.
"Sampai-sampai je, saya tengok orang tengah simpan troli. Saya tanya petugas di situ, terus si Azhar cakap memang ada orang tertinggal dompet dalam troli," ujar Fatin sewaktu dihubungi pada Isnin.

A

Jelas wanita berusia 29 tahun itu, dia cukup terpegun dengan kejujuran Azhar.
Malah, dia juga memanjatkan kesyukuran apabila duit dalam dompet suaminya langsung tidak terusik.
"Masa tu lega, macam nak sujud syukur. Rasa nak menangis, tak sangka ada lagi orang jujur, zaman sekarang susah nak jumpa.
"Azhar tak buka, tak usik pun beg duit tu. Saya ucapkan terima kasih kepada dia. Saya dan suami juga ada hulurkan sedikit wang saguhati untuk dia.
"Kami pun masih berhubung dengan dia. Mana tahu kalau dia perlukan bantuan selepas ini, InsyaAllah kami bantu," ujar Fatin.


Fatin dan suaminya, Nor Afifullah, masing-masing berusia 29 tahun.
Sementara itu, Azhar sewaktu dihubungi mengakui terharu dengan reaksi orang ramai berhubung penularan kisahnya itu.
Jelas Azhar, biarpun bekerja dengan gaji kurang RM1,500 sebulan, dia langsung tidak berniat untuk mengambil kesempatan atas kejadian itu.
"Saya terjumpa beg tu masa tengah simpan troli. Memang nak pergi hantar dekat kaunter khidmat pelanggan.
"Tapi pemilik dompet tu sempat sampai dulu, saya terus bagi pada dia. Masa jumpa tu, memang saya tak buka langsung. Tak berani, takut disalahkan kalau hilang apa-apa," ujarnya yang sudah dua tahun bekerja di Tesco Stargate.


Azhar sudah dua tahun berkhidmat di Tesco Stargate.
Difahamkan, pihak Tesco Stargate juga sudah mengetahui penularan kisah melibatkan Azhar.
Kata Fatin, pihak pengurusan pasaraya itu juga akan memberi penghargaan buat Azhar.
Malah, dia juga berterima kasih kepada Tesco kerana berjaya melahirkan kakitangan yang jujur dan amanah.

Monday, June 17, 2019

Viral !!! Berderai air mata pengantin lelaki ketika ditanya tok kadi soalan ini, “Saya bagi dia tisu, selepas nikah saya menangis juga"

Berderai air mata pengantin lelaki ketika ditanya tok kadi soalan ini, “Saya bagi dia tisu, selepas nikah saya menangis juga"


Foto Nor Saiful Syazwan Abdullah yang tular di Twitter.
BABAK air mata melibatkan seorang pengantin lelaki sewaktu majlis akad nikahnya ternyata menyentuh hati ramai.
Menerusi satu perkongsian gambar, Nor Saiful Syazwan Abdullah dilihat tidak dapat menahan sebak sebelum dia dinikahkan dengan pasangannya, Asyikin Rozi pada April lalu.
Foto itu mula tular pada minggu lalu sebelum Asyikin tampil berkongsi kisah di sebaliknya menerusi laman Twitter.

"Suami saya sebak sebab dia teringat kedua ibu bapa dia. Dia anak tunggal yatim piatu.
"Sebelum akad nikah tu, tok kadi tanya latar belakang pengantin, tanya mana ibu bapa dia? Sebab tu dia sebak dan menangis.
"Saya pun bagi dia tisu, saya tahan sebak. Tapi selepas akad nikah tu, saya pun menangis juga," ujar Asyikin sewaktu dihubungi mStar pada Ahad.


Pasangan ini mula berkenalan sejak 2015.
Kata Asyikin, majlis itu berlangsung di kediamannya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.
Bercerita mengenai suaminya, Asyikin menyifatkan jejaka itu sebagai individu yang cukup tabah dan berdikari.

Suami saya sebak sebab dia teringat kedua ibu bapa dia. Dia anak tunggal yatim piatu.

ASYIKIN ROZI

"Saya tak rasa apa yang dia rasa, saya kenal dia pun masa dia dah yatim piatu.
"Tapi dia seorang yang kuat. Masa zaman belajar, dia sanggup buat kerja sambilan untuk tanggung kos pengajian," ujarnya yang bertemu dengan suami di sebuah institut pengajian tinggi di Perlis, sekitar 2015.


Asyikin menyifatkan suaminya seorang yang cukup tabah dan berdikari.
Masing-masing berusia 24 tahun, Asyikin berkata, dia juga terharu dengan komen-komen positif yang diterimanya menerusi laman Twitter.
Dalam pada itu, posting berkenaan sehingga kini menerima lebih 18,500 ulang kicau (Retweet).
"Sama macam husband saya. Dia anak yatim piatu since usia dia 13 tahun. Dia kata sebak sangat nak panggil mak saya dengan panggilan 'mak' sebab dah lama tak sebut perkataan tu. By the way selamat pengantin baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat," tulis @cuwaya_.
"Tetiba aku jadi sebak. Even parents aku nak balik dah lepas aku sanding pun aku dah peluk mak ayah aku nangis-nangis ini kan pulak dia anak yatim piatu," tulis @yusofhsnn.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung