Nuffnang

Monday, September 30, 2019

Perghh !!! Warga emas rebah sebelum meninggal dunia semasa menonton filem lucah




Warga emas rebah sebelum meninggal dunia semasa menonton filem lucah
Polis Itali menyiasat punca kematian seorang warga emas.
SEORANG lelaki warga emas rebah sebelum meninggal dunia di sebuah kedai di Itali semasa menonton filem lucah, menurut beberapa laporan.
Polis mengesahkan mereka sedang menyiasat punca kejadian membabitkan kematian seorang pelumba basikal berusia 60 tahun.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, warga Britain itu meninggalkan basikalnya di luar kedai di Marghera, Venice, dan membuat bayaran untuk menonton filem.
Pekerja kedai mendakwa mereka mula mencurigai sesuatu apabila pelanggan terbabit tidak muncul selepas 30 minit, sebelum menemuinya rebah di atas lantai.
Pasukan paramedik kemudian mengesahkan warga emas itu meninggal dunia di lokasi kejadian. - Mirror UK

Friday, September 27, 2019

Waspada Dan Jaga Tingkahlaku !! Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid bapuk



Seorang wanita terpaksa bayar ganti rugi panggil anak Jasmin Hamid bapuk
Individu yang menghina anak angkat Jasmin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media yang diadakan pada Khamis.
GARA-GARA menulis hantaran dengan mendakwa anak angkat pelakon Jasmin Hamid iaitu Rohhana berwajah umpama bapuk, seorang wanita menerima padah apabila terpaksa membayar ganti rugi terhadap perbuatan buruknya itu.
Perkara itu dijelaskan oleh peguam Nasser Yusof, mewakili Jasmin yang antara lain turut menuntut individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media serta secara lisan di akhbar dan menarik semula tohmahan yang dilemparkan.
Nasser berkata, masalah itu berjaya diselesaikan di luar mahkamah dengan syarat dan terma tertentu selepas saman sivil dikeluarkan terhadapnya selain dia juga mengakui kesilapan dibuat.
Kes berkenaan diselesaikan secara baik di luar mahkamah.
“Dalam kes ini, ia diselesaikan di luar mahkamah secara baik melalui beberapa proses rundingan berdasarkan terma-terma yang dipersetujui. Individu tersebut juga telah mengaku kesalahannya.
“Dia bersetuju dengan tuntutan permohonan maaf secara terbuka, secara lisan di surat khabar, menarik semula tohmahan dan membayar ganti rugi atas perbincangan bersama,” ujarnya.
Nasser dan Jasmin, 45, ditemui di Cafe Finas, Petaling Jaya, berhubung kes saman fitnah terhadap seorang netizen.
Sebelum ini, Jasmin pernah memuat naik paparan skrin komen individu tersebut yang sering mengutuk wajah anak angkatnya yang turut mesra dengan panggilan Cicik, berusia 32 tahun.

Individu berkenaan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kata Jasmin, dia bertindak untuk mengemukakan tuntutan saman disebabkan perkataan bapuk yang digunakan individu tersebut terhadap anaknya.
“Saya failkan saman sebab individu tersebut berulang kali mengelarkan anak saya ‘bapok’ (ejaan sebenar ialah bapuk), jadi perkataan itu yang membuatkan saya mahu ambil tindakan undang-undang.
“Disebabkan perkataan itu juga, kehidupan anak saya menjadi terganggu dan dia menerima tohmahan daripada orang luar juga. Dia sangat terkesan dengan komen tersebut.
Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain.
JASMIN HAMID
Pelakon
“Walaupun keadaan fizikal anak saya macam mana sekalipun, tiada siapa berhak untuk mencela fizikal orang lain,” katanya.
Dalam pada itu Jasmin turut mendedahkan dia turut membuat tuntutan saman sivil terhadap dua individu lain yang meninggalkan fitnah sama pada anaknya di laman sosial.
Rohhana yang bekerja di sebuah klinik dijadikan sebagai anak angkat sejak Jasmin berusia 20 tahun lagi.
Selain Rohhana, Jasmin juga mempunyai seorang anak angkat lain bernama Lukhman Hakim, 25, dan anak kandung, Ian Haziq, 18, yang kini mengikut jejak langkahnya dalam bidang lakonan.
Sementara itu, individu tersebut iaitu Izzatul Hairiyah Abdullah yang turut hadir dalam sidang media berkenaan meminta maaf atas perbuatannya melemparkan tomahan terhadap Rohhana. MSTAR

Thursday, September 26, 2019

Perghhh !!! Berita wanita saman penghantar kondom kerana lambat tak benar


Berita wanita saman penghantar kondom kerana lambat tak benar


Berita seorang wanita mengandung dari China yang kononnya menyaman seorang penghantar kondom kerana lambat sebenarnya tidak benar.
China Press melaporkan, selepas menyemak dengan beberapa agensi berkaitan, mereka mendapati maklumat itu adalah palsu.
Ia sebenarnya, lapor akhbar Cina itu, dipetik daripada maklumat tidak disahkan dari media sosial China Baidu pada 19 September.
Iklan
“Gambar lelaki penghantar barang dan wanita itu sebenarnya diambil daripada Internet,” menurut laporan itu.
Dalam laporan palsu itu, yang dipetik pelbagai media semalam, seorang wanita dari Suzhou, China menyaman seorang pengantar barang kerana lambat lapan minit menghantar kondom dipesannya.
Akibat kelewatan itu, menurut laporan itu, wanita dikenali sebagai Su itu telah mengadakan hubungan seks terlebih dahulu dengan kekasihnya dan akhirnya mengandung.
Sementara itu, China Press juga memetik peringatan daripada Pejabat Internet Negara China pada Julai 2016 yang meminta semua portal tidak menyiarkan laporan yang tidak disahkan terlebih dahulu.
“Diharapkan semua media dan personaliti media sosial menyemak kandungan terlebih dahulu dan tidak menyebarkan khabar angin dan fakta yang diputar belit.
“Warga maya juga diminta mempertingkat keupayaan menilai fakta dibentangkan,” menurut laporan itu.

Wednesday, September 25, 2019

“Asalkan muka saya bersepah” - Janna Nick suka kaut semua ‘job’ depan mata, tak kisah bayar rendah


“Asalkan muka saya bersepah” - Janna Nick suka kaut semua ‘job’ depan mata, tak kisah bayar rendah
Janna Nick diumumkan sebagai Aris Versatil Popular ABPBH32. -Foto SHAARI CHEMAT
REBUT semua peluang tanpa berkira dalam soal bayaran menjadi antara kunci pelakon Janna Nick mengekalkan populariti dalam industri seni.
Menurut Janna, atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 24, dia tidak pernah meletakkan nilai yang tinggi bagi setiap tawaran yang diterima.
ARTIKEL BERKAITAN: “Sebab tu malas nak kongsi benda baik”- Janna Nick kesal video taranum pun kena kecam
"Kemungkinan kemenangan kali ini disebabkan saya tamak merebut semua peluang yang ada selain tak pernah 'demand' dengan harga tawaran lakonan.
powered by Rubicon Project
"Walau tidak dibayar dengan harga yang tinggi, asalkan muka saya banyak dan bersepah," kata Janna kepada mStar.
Janna mahu perbaiki kekurangannya dalam bidang seni.
Janna ditemui ketika malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 pada Ahad lalu.
Pada acara itu Janna menang dalam kategori Artis Versatil Popular menewaskan empat calon lain iaitu Alif Satar, Mira Filzah, Siti Nordiana dan Zizan Razak.
Selain bagi kategori Artis Versatil Popular, Janna turut tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.
Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.
Janna Nick
Pelakon
Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Cinta Aku ini berkata dia belum mencapai prestasi yang cukup membanggakan dalam kerjayanya dalam bidang seni.
"Walaupun dah menang tapi tak rasa kualiti saya dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan pada tahap yang membanggakan diri.
"Apa yang saya boleh lakukan ialah memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik," ujarnya.

Tuesday, September 24, 2019

Allahuakhbar !! “Doktor suruh pergi hospital sebab abah dah nazak” - Paru-paru koyak ditusuk tulang rusuk, anak dedah bapa koma 45 hari nampak syurga, neraka



“Doktor suruh pergi hospital sebab abah dah nazak” - Paru-paru koyak ditusuk tulang rusuk, anak dedah bapa koma 45 hari nampak syurga, neraka
Kisah mengenai bapa Huzairy ternyata menimbulkan rasa keinsafan dalam kalangan netizen.
TAK semua orang dapat peluang kedua dari Allah, demikian kata seorang anak mengenai kisah bapanya yang cukup menginsafkan.
Menurut Huzairy Hasry, 24, bapanya, Hasry Harun berada dalam keadaan koma selama satu bulan, 15 hari selepas terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi pada penghujung Mac tahun lalu.
Pada Sabtu lalu, bapanya yang berusia 51 tahun bercerita mengenai gambaran yang dilihatnya sepanjang berada dalam keadaan koma.

"Sebelum ni tengok dalam TV, baca dalam al-Quran atau buku. Tapi kali ni terjadi pada abah sendiri. Saya sendiri tertanya-tanya, betul ke apa abah aku nampak?
"Memang terkejut dan rasa insaf, mungkin Allah nak tunjuk. Abah kata ada 'orang' bawa dia ke padang Mahsyar.
Posting Huzairy mengenai kemalangan bapanya.
"Abah kata dia nampak syurga dan neraka. Panas sangat dan mereka yang masuk neraka kena humban macam tu je sampai kulit hangus terbakar.
"Dia juga nampak syurga. Dia kata taman kat syurga tu semua cantik dan luas," imbas Huzairy mengenai cerita bapanya sewaktu dihubungi mStar.
Ada sekali tu doktor call suruh pergi hospital sebab abah dah nazak. Semua terkejut. Saya pun menangis masa tu. Tapi dia stabil semula.
HUZAIRY HASRY
Kata pelajar bidang Keselamatan dan Kesihatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu, kisah mengenai manusia dihisab di padang Mahsyar paling memberi kesan buat dirinya.
Malah, dia juga terharu apabila niatnya berkongsi kisah itu di Twitter turut memberi kesedaran kepada orang lain.
"Yang paling beri kesan bila abah cerita ramai tunggu giliran dihisab amalan serta ramai beratur sebelum dihumban dalam neraka.
"Ada juga kawan abah yang cadangkan supaya dia tulis buku. Apa-apapun, saya syukur apa yang saya kongsi di Twitter, boleh buat orang lain rasa terbuka hati," katanya lagi.
Menurut Huzairy, dia juga sukar percaya namun bersyukur apabila bapanya kini hampir pulih sepenuhnya.
Huzairy (kanan) bersama bapa (tengah) dan adiknya.
Sewaktu koma, bapanya berada dalam keadaan kritikal dan dimaklumkan mempunyai peluang tipis untuk terus hidup.
"Ada sekali tu doktor call suruh pergi hospital sebab abah dah nazak. Semua terkejut. Saya pun menangis masa tu, tapi dia stabil semula.
"Abah banyak cedera, paru-paru dia terkoyak. Tulang rusuk tertikam paru-paru. Berlaku kecederaan dalaman.
"Saraf tangan juga putus. Alhamdulillah, abah dah makin sihat walaupun tak seratus peratus sembuh," ujarnya.
Dalam pada itu, siri perkongsian Huzairy di Twitter sehingga kini menerima lebih 21,200 ulang kicau (Retweet).
Malah, ramai netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.
"Aku tertarik dengar cerita orang koma dan dapat peluang kedua dapat tengok syurga neraka boleh insaf terus kat dunia ni.
"Subhanallah. Rezeki dipanjangkan usia. Rezeki melihat segala rahsia Allah.
"Salam bro, thanks for this sharing. Kirim salam dekat abah. Semoga dia sembuh sepenuhnya," tulis beberapa netizen.Tq Mstar

Monday, September 23, 2019

Perghhh !!! “Report polis je senang, tak payah nak viral” - Netizen ‘sound’ Fad Bocey sibuk cari suspek curi telefon di Instagram


“Report polis je senang, tak payah nak viral” - Netizen ‘sound’ Fad Bocey sibuk cari suspek curi telefon di Instagram
TINDAKAN pelawak Fad Bocey membantu seorang kenalannya menjejaki suspek yang didakwa menipu ketika proses jual beli telefon bimbit mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen.
Terdapat beberapa netizen berpendapat, Fad atau penjual telefon berkenaan seharusnya membuat laporan polis memandangkan mereka mempunyai maklumat seperti nama dan gambar suspek.
“Alahai... nama ada, gambar ada, report polis je senang, tak payah nak viral-viral.
“Tak apa, itu semua dunia je bang,” tulis beberapa netizen di Instagram.
Terdahulu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Nizam, 28, memuat naik beberapa keping gambar meminta pertolongan netizen memberikan maklumat berhubung seorang individu yang didakwa mencuri telefon bimbit rakannya.
i
Individu yang didakwa mencuri telefon bimbit milik rakan Fad.
"Tolong kami untuk cari budak ni, dia dah curi handphone kawan kami.
"Ada ganjaran untuk sesiapa yang dapat beri maklumat sehingga dapat jumpa budak ini," tulis Fad.
Sementara itu penyampai radio Era FM ini dilihat menegur kembali individu yang menulis komen berkenaan.
"Cuba barang kau yang kena curi.
"Adakah kau akan cakap macam ni juga?," tulis Fad.
Komen Fad itu menerima sokongan daripada pengikutnya yang lain kerana menyifatkan kuasa viral mungkin boleh membantu menjejaki suspek.
Kejadian dipercayai berlaku apabila rakan Fad yang dikenali sebagai Noor Inora mendedahkan telefon bimbit suaminya dilarikan individu tertuduh semasa urusan jual beli di Shah Alam. Kredit Mstar

Sunday, September 22, 2019

Luahan hati tak dilayan gadis idaman, kawan lelaki tak nak kalah... terus telefon emak! - “Mereka sembang lama, tau-tau dah sejam”



Luahan hati tak dilayan gadis idaman, kawan lelaki tak nak kalah... terus telefon emak! - “Mereka sembang lama, tau-tau dah sejam”
fiq dan Nadia selamat disatukan sebagai suami-isteri pada 24 Ogos lalu.
DULU benci sekarang sayang. Begitulah kisah cinta pasangan yang berkawan sejak enam tahun lalu sebelum mereka disatukan sebagai suami isteri baru-baru ini.
Menerusi perkongsian Noor Shahidatun Nadia Mohd Zuki, dia memuatnaik foto berbaju pengantin bersama suaminya Arfiqanie Ahmad Anshori, 23, atau Afiq yang dikenali sejak 2013.
Posting tersebut mendapat 3,300 ulang kicau dan 4,900 tanda suka.
Noor Shahidatun Nadia atau lebih mesra disapa Nadia ketika dihubungi mStar tidak menduga bertemu jodoh dengan pemuda yang tiada ciri-ciri lelaki idamannya.
"Kami kenal 2013 masa Kem Palapes Kebangsaan dan Palapes Serantau untuk sekolah-sekolah sukan di Malaysia dekat Pahang. Sejak dari tu kami kawan macam biasa.

Pasangan ini sudah berkawan lama sejak 2013.
"Saya sebenarnya tak ada hati pun dekat dia. Saya juga tak pernah terfikir akan kahwin dengan dia. Kiranya dia tak ada dalam list lelaki pilihan pun," kata wanita berusia 23 tahun itu.
Namun hubungan sekadar kawan itu bertukar kepada rasa sayang pada hujung tahun 2018.
"Sebelum tu kami lost contact tapi bila dia tahu saya kembali single dia mesej saya direct minta nombor telefon mak ayah saya. Saya pun bagi je lah sebab sebelum ni ada je lelaki minta tapi mereka tak call pun.
"Tiba-tiba mak call tanya, 'Nadia siapa Afiq ni? Saya sendiri terkejut. Mak cakap mereka sembang lama... tau-tau dah sejam. Start dari situ mak mula berkenan dekat dia," katanya yang tidak mengendahkan luahan hati suaminya itu sebelum ini.
Nadia turut mendedahkan dia juga terkejut dengan tindakan suaminya yang mahu mengikat hubungan mereka dengan segera selepas mereka kembali berhubung.
"Lepas dia jumpa mak abah saya beberapa bulan kemudian dia terus nak 'ikat' saya. Dia beritahu abah 'pakcik kalau boleh saya nak ambil anak pakcik dengan cara elok.'

Nadia dan Afiq merupakan bekas pelajar sekolah sukan.
"Abah saya pun kata OK terus setuju tak tunggu lama sebab Afiq pernah kata 'aku dah tunggu enam tahun sekali aku dapat peluang aku takkan lepaskan kau," katanya.
Jelas atlet lompat jauh negara ini, dia terpaut hati melihat usaha keras suaminya untuk menambat hatinya sejak enam tahun lalu.
"Perasaan sayang tu timbul selepas tengok effort dia. Sebelum ni saya bercinta dengan lelaki lain tapi mereka tak tunjuk pun effort berani nak jumpa family. Ada pun jumpa abang saja.
Namun kita juga harus sentiasa percaya Allah akan beri kebahagiaan kepada orang yang berusaha untuk menghalalkan orang yang kita sayang.
ARFIQANIE AHMAD ANSHORI
"Bila dia minta nombor phone mak ayah tu dalam hati saya kata 'eh dia ni betul-betul serius ni'. Itu yang buat saya terpikat. Time saya putus tu saya ambil masa sekejap je untuk move on.
"Saya rasa gembira sebab kakak, abang, ayah dan mak memang berkenaan dekat suami. Kiranya semua family pun suka. Mereka siap puji 'pandai hang cari calon suami'," kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.
Mengenai posting di Twitternya, Nadia berkata dia sekadar mahu berkongsi kisah percintaannya itu untuk suka- suka.


Nadia terpikat selepas melihat usaha keras Afiq yang tidak pernah berputus-asa memikat hatinya.
"Saya tak expect pun tweet tu akan blow up. Saya just tweet untuk share dengan kawan-kawan. Terkejut juga bila ramai beri respons.
"Apa pun saya nak nasihatkan wanita supaya jangan tak suka seseorang. Benda yang tak suka tu nanti akan terbalik jadi suka. Macam pengalaman saya sendiri," katanya.
Sementara itu Afiq turut menasihati mana-mana lelaki supaya tidak berputus-asa sekiranya cinta mereka ditolak.
"Kalau sayang jangan terlalu memaksa, kalau cinta kena reda. Kalau dah reda tu Insya-Allah segalanya akan dipermudahkan. Kalau kita jadi diri kita Insya-Allah kita akan diterima keluarganya.
"Namun kita juga harus sentiasa percaya Allah akan beri kebahagiaan kepada orang yang berusaha untuk menghalalkan orang yang kita sayang," kata pemuda yang berkhidmat bersama pasukan khas udara (PASKAU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu.

Saturday, September 21, 2019

Naik bukit, turun bukit usung jenazah wanita meninggal bersalin... suami tunjuk reaksi tak senang - “Masa nak turunkan keranda tu...”



Naik bukit, turun bukit usung jenazah wanita meninggal bersalin... suami tunjuk reaksi tak senang - “Masa nak turunkan keranda tu...”
Dua anak yang masih kecil ini masih tidak mengerti tentang kematian ibunya.
NAIK bukit, turun bukit sambil mengusung keranda selama 10 minit sebelum sampai ke rumah arwah.
Begitulah situasi getir yang perlu dilalui Yunizam Yusop, pemuda yang menyediakan perkhidmatan van jenazah percuma sejak tahun lalu bersama seorang lagi rakannya sebelum tiba di sebuah kediaman di Bukit Taman Mutiara dekat Sandakan, Sabah, petang Khamis.
Namun sebelum menuju ke rumah waris, Yunizam berkata seorang lelaki yang juga suami kepada wanita yang meninggal dunia itu sudah sedia menunggu di lorong jalan masuk ke rumah mereka.
"Sebenarnya saya terima panggilan daripada orang lain bukan waris sendiri. Masa tu kami cari-cari rumah... semua lorong kami masuk. Last sekali barulah nampak ada seorang lelaki melambai panggil kami.
Bayi perempuan dilahirkan selamat tetapi ibunya meninggal dunia akibat komplikasi semasa bersalin.
"Masa nak turunkan keranda tu, dia sempat tanya berapa upah sewa van sambil tahan tangan saya.
"Saya beritahu saya tak minta sesen pun sebab ni van jenazah percuma. Lepas tu reaksi muka dia pun berubah nampaklah dia senang hati," katanya kepada mStar.
Semasa dalam perjalanan ke rumahnya, pemuda berusia 31 tahun itu tersentak apabila dimaklumkan lelaki itu bahawa isterinya meninggal dunia semasa bersalin anak ketiga mereka.
Bila saya tanya anak kedua arwah mana mamamu, dia jawab sedang tidur pakcik. Perasaan saya waktu tu sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Tiba-tiba air mata saya mengalir.
YUNIZAM YUSOF
"Suami beritahu dia tak ada duit nak hantar isteri dia bersalin dekat hospital kerajaan. Jadi isterinya bersalin dengan bantuan bidan kampung.
"Isterinya meninggal akibat komplikasi semasa kelahiran kerana uri masih tertinggal dalam rahim. Namun bayi perempuan yang dilahirkannya selamat," katanya.
Jelas Yunizam, kes kematian ibu semasa bersalin bukan kes pertama dikendalikannya.
Yusnizam bersama dua anak arwah.
"Banyak kali saya kendali kes begini. Ikutkan ini kes ke-20. Kadang tu ibu selamat anak pula meninggal, ada kes tu dua-dua sekali meninggal dan ada juga bayi meninggal masa dalam perut.
"Kes seperti ini kerap berlaku kerana penduduk di sini sebenarnya ada masalah dokumentasi. Bila masuk hospital kerajaan perlukan dokumentasi. Jika tak ada perlukan deposit yang agak tinggi.
"Jadi ada yang tak mampu dan pilih untuk bersalin di rumah dengan bantuan bidan. Bila ada komplikasi timbul masalah sehingga membawa kepada kematian," katanya.
Bagaimanapun Yunizam turut berkongsi kisah sedih dua anak wanita yang meninggal dunia itu.
"Bila saya tanya anak kedua arwah mana mamamu, dia jawab sedang tidur pakcik. Perasaan saya waktu tu sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Tiba-tiba air mata saya mengalir.


Jenazah siap sedia untuk dibawa ke kawasan perkuburan bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Orang Islam, Jalan Aman, Sandakan.
"Dia macam tak ada perasaan... ya lah budak-budak umur pun baharu nak masuk tiga tahun. Mungkin dia fikir mama dia memang tidur betul-betul.
"Kebetulan saya pun baru je balik dari rumah mereka tadi (Jumaat) hantar barang keperluan baby dan barangan dapur sikit. Saya tengok si abang pula cari mama dia. Bapa dia beritahu dia nangis semalam," katanya.
Kisah tersebut dikongsi Yunizam di Facebooknya sehingga mendapat perhatian ramai.
Rata-rata meluahkan simpati terhadap keluarga itu dan berterima kasih di atas keprihatinan Yunizam.
Mengenai perkongsian itu, Yunizam berkata dia kerap berkongsi pengalamannya semasa menguruskan kes kematian yang dikendalikannya.
"Ada mesej yang ingin saya sampaikan dalam setiap posting saya. Sebenarnya masih ramai lagi yang susah di luar sana. Jadi kita patut bersyukur yang apa yang kita ada hari ini," katanya.

Friday, September 20, 2019

Viral !!!!! Lelaki tidur tepi jalan di Itali sekat individu tanya soalan ‘betul ke ada lagi empat orang anak, tinggal bagi orang jaga?’


Lelaki tidur tepi jalan di Itali sekat individu tanya soalan ‘betul ke ada lagi empat orang anak, tinggal bagi orang jaga?’
Tweet mengenai Zakuan yang meninggalkan anaknya selama dua bulan ketika melancong ke luar negara menjadi tular di media sosial.
SELEPAS kisah seorang lelaki menceritakan pengalamannya tidur di tepi jalan ketika bercuti ke Itali bersama isteri dan bayi mereka dikecam netizen, timbul pelbagai pendedahan terbaharu mengenai dirinya.
Beberapa individu tampil membuka cerita mengenai lelaki tersebut, Zakuan Faiz yang didakwa merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Jordan.
Menerusi pendedahan di Twitter, seorang gadis yang turut belajar di universiti sama dengan pemuda itu mendakwa Zakuan meninggalkan empat lagi anaknya ketika dia melancong bersama isteri dan bayinya.
"Tinggal anak empat orang dekat Jordan suruh orang jaga. Tahap si penjaga annoyed gila **** kena bangun pukul 3 pagi buat susu untuk anak-anak dia.
"Bapanya pula travel lepas tu buat benda b**** Kalau kau kena tangkap ke apa dekat negara orang, siapa nak bertanggungjawab jaga anak kau ni," soalnya.
Zakuan menceritakan kisah mereka tiga beranak tidur di tepi jalan ketika bercuti di Itali di Facebooknya.
Jelasnya lagi, empat anak lelaki tersebut yang ditinggalkan bersama orang lain masih kecil.
"Masih kecil, under seven years old. Bini dia jenis beranak setahun seorang," katanya sambil mendakwa semua anak lelaki itu tidak mendapat suntikan vaksin.
Malahan Zakuan menurut sumber, Zakuan juga didakwa membuka sebuah kedai makan di Irbid, Jordan menggunakan nama 'pakcik ohsem'.
"Budak Jordan batch bawah tapi umur dah tua, dia buka bisnes kedai makan dekat Irbid.
"Dia memang tak makan tegur sebab umur dah tua, lepas tu dulu dia kata belajar di Afrika agaknya, so dia rasa ilmu dia hebat," dakwanya.
Dalam pada itu, beberapa posting Zakuan pada 2017 menunjukkan dia meminta tajaan untuk menampung pengajiannya di Jordan.

Zakuan turut menggunakan nama Ibnu Batoota.
Katanya, dia menampung kos kehidupan pada waktu itu dengan pendapatan jualan madu dan Stevia sebanyak RM3,500 sebulan.
"Assalamualaikum, korang ada kenal tak sesiapa yang berhajat untuk sponsor pelajar aliran agama?
"Tolong rekemen saya boleh? Saya perlukan sponsor untuk pengajian saya..." tulisnya.
Kisah pengembaraan Zakuan turut dikritik ramai di laman sosial setelah dia memadam posting asal pada Khamis.
Saya just screenshot tweet tanya dia, Zakuan Faiz, betul ke ada lagi 4 org anak? Lepas tu tinggalkan bagi orang jaga? Kemudian tak sampai 10 minit kena block.
SARA.
"Dalam Islam ada adab bermusafir. Doing this, you not only embarrass yourselves, you also tarnish the good names of things you represent- your religion, your culture, your country.
"Traveling is a want, not a need. If you can't afford it, save up and do it once you have enough," kata seorang pelayar Twitter.
Dalam pada itu, seorang bekas penuntut di Jordan yang enggan namanya didedahkan berkata dia sudah menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di Amman bagi menyiasat perkara itu.


Zakuan semasa percutian dengan isteri dan anaknya di Belanda.
"Saya sudah hubungi Kedutaan di Amman (Jordan) dan melaporkan mengenai lelaki ini dan minta mereka siasat perkara itu.
"Saya marah apabila persepsi tentang Islam sudah cukup buruk di sana dan lelaki ini dan isterinya menganggap kehidupan sebagai pengemis jalanan di Eropah sebagai perkara terbaik," katanya.
Beberapa individu turut bertanya sama ada dia mempunyai empat orang anak lain di ruangan komen Facebooknya tetapi malangnya terus disekat Zakuan.
"Saya just screenshot tweet tanya dia, Zakuan Faiz, betul ke ada lagi 4 orang anak? Lepas tu tinggalkan bagi orang jaga? Kemudian tak sampai 10 minit kena block.
"Mungkin dia tak nak lagi orang tahu perangai buruk dia tu," kata Sara.

Komen individu yang mendakwa disekat Zakuan di Facebooknya apabila ditanya mengenai empat lagi anaknya.
Terdahulu mStar melaporkan kisah pengalaman Zakuan tidur di tepi jalan bersama isteri dan anaknya ketika bercuti di Itali kerana mahu berjimat.
Namun posting asalnya itu sudah dipadamkan dan menerusi posting terbaharunya, Zakuan mendakwa dia terlupa untuk memaklumkan bahawa dia turut menginap di Airbnb selama empat hari kerana lebih murah berbanding hotel.


Thursday, September 19, 2019

Perghh !!! Selepas 5 tahun, tanduk di kepala lelaki ini akhirnya berjaya dibuang



Selepas 5 tahun, tanduk di kepala lelaki ini akhirnya berjaya dibuang

Ketumbuhan yang menyerupai tanduk di kepala lelaki itu. FOTO: Goal Post Media / SWNS.
SEORANG lelaki akhirnya dibedah untuk membuang tanduk sepanjang empat inci di bahagian atas kepalanya.
Shyam Lal Yadav, 74, berkata, tanduk itu tumbuh di kepalanya sejak lima tahun lalu.
Ujar bekas petani itu, dia pergi bertemu doktor di hospital apabila tanduk berkenaan semakin membesar.
Dikenali sebagai tanduk sebaceous, ia diperbuat daripada keratin, bahan sama dalam pembentukan rambut dan kuku kaki manusia.
Dia menjalani pembedahan untuk membuang tanduk itu di Hospital Bhagyoday Tirth di Sagar, India.
"Sekitar lima tahun lalu, pesakit alami sakit kepala sebelum ia tumbuh.
"Dia tak hiraukan pada mulanya sebab ia tak memberi kesan.
"Dia akhirnya ke hospital apabila ia semakin membesar," ujar pakar bedah, Dr Vishal Gajbhiye. - Daily Star.

Wednesday, September 18, 2019

Subhanallah !!!! Dua pemain rebah disambar petir ketika aksi persahabatan


Dua pemain rebah disambar petir ketika aksi persahabatan
Dua pemain dikejarkan ke hospital berdekatan selepas mengalami kecederaan serius.
SEBUAH video menunjukkan momen tragis dua pemain bola sepak rebah disambar petir dalam satu perlawanan persahabatan di Jamaica.
Dua pemain muda itu dikejarkan ke hospital selepas rebah disambar petir pada minit ke-84 ketika pertembungan membabitkan Sekolah Lelaki Wolmer dan Kolej Jamaica di padang Stadium East, Kingston pada Isnin.
Dua pemain terbabit, Terrence Francis dan Dwayne Allen mengalami kecederaan serius dengan Francis diusung keluar padang selepas tidak memberi respons balas.
Kedua-duanya dibawa ke Hospital Universiti West Indies (UHWI) tetapi keadaan mereka masih belum diketahui.
Kesemua pemain meneruskan permainan tanpa menyedari dua pemain rebah sehinggalah pengadil membunyikan wisel.
Orang ramai berlari ke dalam padang untuk membantu dua pemain itu.
Selepas insiden itu, pengadil Karl Tyrell membatalkan perlawanan tersebut. - Metro.co.uk

Tuesday, September 17, 2019

Wow !!! Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia, tauke kedai buntu...macam mana nak kongsi resepi ni?



Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia, tauke kedai buntu...macam mana nak kongsi resepi ni?

Tunku Azizah yang mahu resepi mi bandung di Kedai Makan Wan Masturah di Sungai Lembing di Kuantan, Pahang.
MI bandung di Sungai Lembing di Pahang laris apabila periuk besar berisi kuahnya licin, semuanya penangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menikmati hidangan itu.
Terletak di tepi jalan di Kampung Kuala Kenau, Kedai Makan Wan Masturah yang menerima kunjungan Agong dan Tunku Azizah pada Sabtu lalu, mendapat jolokan mi bandung paling sedap.
“Saya orang Johor biasa makan mi bandung, tetapi mi bandung di Sungai Lembing paling sedap sekali di dunia... dan tauke kedai janji nak beri saya resepi.
“Tuanku (Agong) pun cakap sedap sangat mi bandung Sungai Lembing,” tulis Tuanku menerusi akaun Instagram @tunkuazizah di ruangan komen pada salah satu posting di laman Instagram rasmi mStar @mstaronlineofficial, yang menunjukkan video ketibaan Agong dan Permaisuri ke kedai makan tersebut.
Komen Tunku Azizah mengenai mi bandung di Sungai Lembing.
Sementara itu, Nur Madihah Ahmad Rosdi yang memuat naik video berkenaan sehingga tular berkata, keistimewaan mi bandung di kedai makan yang diusahakan keluarganya sejak 20 tahun lalu kerana kuahnya yang pekat.
“Resepinya sama dengan mi bandung yang lain tapi cara masakannya mengikut cara masakan daripada arwah mak saudara kami iaitu Allahyarham Wan Masturah.
“Kenangan manis kami adalah ada orang sanggup datang ke Sungai Lembing semata-mata untuk makan mi bandung dan mi jawa kami, ia akan disusuli dengan respons positif daripada mereka,” katanya kepada mStar.
Resepi ni tak bagi lagi kepada Tunku Azizah. Pihak kami tak pasti nak bagi macam mana sebab ramai berkerumun di kedai kami ketika itu dan (pihak Tuanku) tak sempat ambil nombor telefon.
NUR MADIHAH
Malah, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu ada pelanggan yang berulang kali datang semata-mata penangan kehebatan kedua-dua menu tersebut.
“Tetapi kenangan paling manis adalah dapat menghidang sendiri mi bandung untuk disantap Agong dan Permaisuri,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan Kampus 1 di Kota Samarahan, Sarawak.

Agong dan Permaisuri bersama rakyat di Kedai Makan Wan Masturah.
Nur Madihah memberitahu, resepi mi bandung itu bagaimanapun masih belum disampaikan kepada Tunku Azizah kerana tiada nombor telefon yang diambil.
“Resepi ni tak bagi lagi kepada Tunku Azizah. Pihak kami tak pasti nak bagi macam mana sebab hari tu ramai berkerumun di kedai kami ketika itu dan (pihak Tuanku) tak sempat ambil nombor telefon.
“Kami tak kisah bila-bila pun boleh kongsikan resepi dengan Tuanku,” katanya yang membantu keluarganya mengusahakan kedai makan tersebut sementara mencari peluang pekerjaan.
Agong dan Tunku Azizah berkenan mencemar duli menikmati mi bandung.
Jelas Nur Madihah, keluarganya sedia menunjukkan cara-cara memasak mi bandung mengikut resepi turun-temurun itu di premis mereka sekiranya diberikan peluang.
Terdahulu, menerusi salah satu video yang dikongsi Nur Madihah, Tunku Azizah mahu mendapatkan resepi mi bandung yang dijual digerainya.
“Janji tau, ambil nombor telefon dia,” titah Tunku Azizah yang mahu resepi hidangan tersebut dikongsi oleh pemilik kedai makan berkenaan.

Friday, September 13, 2019

Tediaaa !! Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka!


Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka!
Seorang guru di SK Sungai Bakap sanggup meredah hujan demi mahu pelajarnya menduduki UPSR.
"KAMI sudah anggap semua anak murid seperti anak sendiri," demikian kata guru wanita yang dipuji netizen kerana sanggup meredah hujan untuk menjemput seorang anak muridnya di rumah semata-mata untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Guru berkenaan, Siti Nadira Zainal ketika dihubungi mStar berkata, sudah menjadi tanggungjawab setiap guru mengambil berat dan mengetahui setiap permasalahan yang dihadapi murid.
"Kami dah anggap macam anak sendiri. Jika tak datang periksa, pentadbir dan guru semua risau, jadi kena cari mereka. Tanggungjawab guru dah jadi seperti ibu bapa," katanya.
Terdahulu, gambar tayar kereta guru berkenaan yang terbenam di kawasan tanah lembut berhampiran rumah pelajar berkenaan menjadi viral di laman sosial.
Menceritakan kembali kejadian itu, Siti Nadira yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pinang itu berkata, ia merupakan hari terakhir bagi kertas subjek Sains.

l
Beberapa orang membantu mengaihkan kereta guru berkenaan.
"Saya nak undur kereta dari rumah waris pelajar tersebut untuk membawanya ke sekolah, tapi tiba-tiba tayar terbenam. Jadi guru besar datang ke lokasi bersama seorang lagi guru lelaki untuk bawa murid itu ke sekolah.
"Guru besar kemudian datang semula bersama pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan untuk keluarkan tayar namun tak berjaya. Jadi saya hubungi suami yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk tarik kereta saya. Pukul 1.00 tengah hari suami datang bersama kawannya untuk keluarkan tayar," ujarnya.
Rata-rata netizen memuji tindakan terpuji guru berkenaan yang sanggup berkorban demi melihat anak didiknya berjaya.
"Terbaik cikgu, jasa tetap dikenang kerana kepayahanmu membuat anak bangsa kagum denganmu," tulis seorang pelayar Facebook, Sarjen Sham.
Antara komen netizen yang memuji tindakan guru berkenaan.
"Terbaik la cikgu sekolah Sungai Bakap... semoga Allah permudahkan dan balas jasa guru-guru di sekolah itu," tulis Serina Hussain pula.
Sehingga kini posting itu mendapat ratusan perkongsian dan dibanjiri dengan komen positif netizen.
Mengulas lanjut, Siti Nadira berkata dia tidak menyangka tindakannya itu mendapat perhatian netizen.
"Bagi saya semua guru akan buat perkara sama untuk anak muridnya jika mereka tak hadir peperiksaan. Anak murid umpama anak kami sendiri," ujarnya lagi. Kredit Mstar

Thursday, September 12, 2019

Perghhh !! Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, netizen naik menyampah manja tak bertempat



Teman lelaki Ruhainies suap nasi kandar dalam Ferrari, netizen naik menyampah manja tak bertempat
Posting yang dimuat naik Ruhainies pada 3 September lalu di akuan twitter miliknya @NurRuhainies.
KETIKA hangat dilamun cinta, apa sahaja yang terdaya pasti akan dilakukan bagi menarik perhatian pasangan kekasih masing-masing.
Begitu juga halnya dengan teman lelaki kepada pelakon Ruhainies apabila sanggup membawa sepinggan nasi kandar masuk ke dalam kereta bagi memenuhi hasrat teman wanitanya itu yang enggan makan di dalam kedai.
"Saya lapar tetapi tak nak makan kat kedai sebab saya selekeh. Akhirnya, dia memesan nasi kandar dan membawa masuk pinggan ke dalam kereta untuk suapkan saya.
"Oh tuhan, kadang-kadang dia sangat kelakar. Macam mana saya tidak jatuh cinta dengan lelaki ini," kata pelakon kelahiran Pulau Pinang itu.
Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah berkongsi momen berkenaan bersama sekeping gambar di Twitter.
Netizen dan Ruhainies berbalas komen di Twitter.
Namun netizen tidak senang hati dengan cara pasangan itu menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain kerana disifatkan terlalu berlebihan.
"Jarang perempuan tak menyusahkan lelaki, tak fasal kena bawa nasi tu dalam kereta.
"Boleh je bungkuskan? Gedik tahap master ni," tulis beberapa netizen.
Selain kecaman yang mempertikaikan kewajaran membawa masuk pinggan ke dalam kereta, ada juga beberapa netizen yang melihat perkongsian Ruhainies itu dalam perspektif berbeza.
Ada antara mereka lebih tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki misteri Ruhainies itu.
"Makan nasi kandar dalam Ferrari. Dia pakai (pandu) Ferrari tu, kau tak nampak ke?
"Jarang tak sayang kalau dah pakai Ferrari," sindir beberapa netizen lain.
Netizen juga tertarik dengan model kereta yang dipandu teman lelaki Ruhainies.
Ruhainies nampak tidak duduk diam selepas menerima pelbagai kecaman kerana menyifatkan netizen sering mencemburui kebahagian yang cuba dikongsi.
"Ramainya yang bitter. Sakit hati sangat ke tu... Pertama, bersihkan hati anda. Kedua, lelaki yang bitter tu, anda layan teman wanita atau isteri anda macam mana? Nak tahu juga.
"Ketiga, perempuan yang bitter, asalkan saya tak makan dengan teman lelaki anda. Keempat, saya tak makan dalam kereta anda. Kelima, tak pernah buat kerja gila dengan pasangan anda ke?" tanya Ruhainies.
Bukan itu sahaja, Ruhainies turut menempelak netizen yang mendakwa dia dan teman lelakinya berkelakuan seperti orang tidak berakal apabila membawa masuk pinggan nasi kandar ke dalam kereta.
"Jika anda sangat bodoh, tolong simpan sedikit. Jangan guna semua. Saya boleh makan di mana-mana sahaja saya mahu.
"Tepi tasik ke, tepi laut ke, dalam kereta saya ke, dalam kereta dia ke. Asalkan saya tak makan dalam kereta anda. Tak pernah lagi lihat orang keracunan makanan jika makan dalam kereta," kata Ruhainies.
Bagi membalas tindakan Ruhainies yang sering dilihat cepat melatah dengan kata-kata netizen, seorang pengguna Twitter tampil menyuarakan pendapatnya.
"Netizen boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. Jadi, kalau anda bitter dengan semua komen netizen, awak hanya perlu jauhkan diri anda daripada apa-apa media sosial. Hanya memberi pendapat. Maaf," katanya. Kredit Mstar

Wednesday, September 11, 2019

Perghh !!! Umur 64 tahun baru merasa masuk mall, wanita ini enggan keluar kereta... alasannya buat ramai bergenang air mata



Umur 64 tahun baru merasa masuk mall, wanita ini enggan keluar kereta... alasannya buat ramai bergenang air mata
(kiri) Intan dan ibu kesayangan. Foto ihsan Intan Maisharah Husiani (kanan) Pusat beli-belah Aeon Mall Ipoh Klebang. Foto Emily2u.com
TIADA detik yang paling indah melainkan menggembirakan ibu bapa dan menghargai mereka dalam apa juga cara selagi insan tersayang itu masih hidup.
Dan siapa sangka kejutan daripada anak-anak untuk seorang insan bergelar ibu memberikan satu pengalaman baharu tetapi amat bermakna buat dirinya.
“This is very first time, my mom jalan-jalan dekat mall sepanjang 64 tahun beliau hidup,” menurut perkongsian seorang gadis di laman sosial Twitter.
Gadis berkenaan, Intan Maisharah Husiani berkata, kejadian berlaku dua minggu lalu tetapi momen indah itu baru dikongsinya di laman sosial sehingga menjadi tular.
Perkongsian Intan di laman sosial mengenai pengalaman pertama ibunya menjejakkan kaki ke pusat beli-belah.
Lebih dikenali sebagai Intan, dia yang berusia 23 tahun mengaku bahawa ibunya, Sabariah Abdullah, 64, tidak pernah ke pusat beli-belah sepanjang hidupnya.
“Mak kata mak tak suka sebenarnya nak pergi mall sebab barang-barang mahal, mak tak ada duit. Mak kata mak tak ada baju cantik, gaya orang kampung tak sesuai ke mall.
“Kami bukan hidup senang. Mak pula ada sakit tua jadi kebanyakan masanya berehat di rumah, tidak boleh banyak bergerak mahupun buat kerja-kerja berat,” katanya kepada mStar.
Abang Intan (kanan) membuat kejutan membawa ibunya ke pusat beli-belah.
Intan berkata, semuanya bermula apabila ibunya berhasrat untuk membeli perkakas dapur, dan abang mengambil peluang untuk membuat kejutan dengan membawa ibu ke pusat beli-belah.
“Pada mulanya, mak sangka saya dan abang bawa mak pergi ke kedai-kedai biasa di tepi jalan untuk beli barang yang dihajatinya, kami pun senyap-senyap bawa mak ke Aeon Mall Ipoh Klebang di Chemor, Perak.
Kami bukan hidup senang. Mak pula ada sakit tua jadi kebanyakan masanya berehat di rumah, tidak boleh banyak bergerak mahupun buat kerja-kerja berat.
INTAN
“Masa baru sampai tu, mak terkejut dan mula-mulanya tak nak keluar dari kereta. Kami kemudian guna kerusi roda untuk pujuk bawa mak masuk ke dalam mall.
“Mak siap kata jomlah balik. Tapi bila abang dah masuk mall lepas letak kereta di parkir, mak akur dan kami bawa mak makan dalam mall,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Ibu Intan (kiri) amat terkejut tetapi teruja merasai pengalaman baharu.
Intan yang merupakan anak yatim selepas pemergian bapanya akibat kanser prostat dan sakit jantung lima tahun lalu berkata, dia kini tinggal bersama ibu di Felda Keratong di Muadzam Shah, Pahang atau di rumah nenek di Sungai Siput, Perak.
Menurut Intan, dia terpaksa berhenti belajar di kolej dan berhenti kerja sebagai pengasuh kerana masalah kewangan selain perlu menjaga ibunya yang sakit tua.
“Alhamdulillah, saya ada abang-abang yang membantu meringankan beban saya dan ibu. Saya juga mengambil tempahan membuat kuih sebagai pendapatan sampingan.
“Hidup kami sederhana, kalau makan pucuk ubi dengan nasi pun dah bersyukur,” katanya yang membuat kuih tradisional seperti tepung pelita, kaswi, karipap dan sagu merah.
Intan kini menjaga ibunya yang sakit tua.
Mengenai pengalaman pertama ibunya mengunjungi pusat beli-belah, Intan berkata, ibunya sememangnya terkejut tetapi amat teruja.
“Paling mak teruja bila mak kata banyak baju dijual pada harga murah. Anak-anak nak belikan mak baju, tapi mak kata tak perlu sebab mak faham anak-anak yang lain dah berkahwin, dan ada komitmen masing-masing.
“Mak memang macam tu, dia tak nak susahkan anak-anak dia. Jadi, kami sebagai anak-anak berusaha yang terbaik untuk menggembirakan hati mak,” katanya.

Tuesday, September 10, 2019

Perghh !!! Kemaluan perogol 'dikerjakan' pitbull sebagai hukuman



Kemaluan perogol 'dikerjakan' pitbull sebagai hukuman
Lelaki diserang pitbull sebagai hukuman merogol seorang wanita di Mexico bulan lalu.
SEORANG perogol menerima balasan kejam apabila kemaluannya diserang seekor pitbull.
Lelaki yang berusia 30-an diperlaku sedemikian selepas dituduh merogol seorang wanita di bandar Mexico bulan lalu.
Rakaman hukuman tersebut disebarkan selepas lelaki itu dikerjakan pitbull sebagai peringatkan kepada penyerang seks yang lain.


Tangan lelaki tersebut diikat dalam keadaan berbogel dan dijatuhkan oleh lima orang lelaki.
Dalam rakaman tersebut, lelaki itu kelihatan menjerit dalam bahasa Sepanyol: "Berhenti, tinggalkan saya sekarang, lepaskan saya," sambil diperhatikan sekumpulan lelaki.
Salah seorang kumpulan lelaki dipercayai anggota kumpulan kartel dadah yang beroperasi di bandar Mexico itu cuba menghentikan jeritan mangsa dengan menutup mulut menggunakan baju.
Berdasarkan laporan media tempatan, beberapa tahun ini kaedah yang digunakan oleh organisasi jenayah semakin kejam.
Malah serangan seksual juga semakin meningkat dan dilaporkan sedozen wanita dirogol setiap hari.
Bulan lalu beratus-ratus wanita berarak di jalan bandar Mexico meminta perlindungan daripada polis selepas jumlah serangan seks berprofil tinggi melibatkan pegawai semakin meningkat.
Perarakan itu dibuat selepas dua kes terbaharu melihatan dua remaja perempuan yang dirogol oleh pegawai-pegawai polis. -metro.co.uk
Tags/Kata Kunci:Pitbull , perogol

Friday, September 6, 2019

Viral !!! Siapa lelaki misteri gigih hayun cangkul kebumi pelajar pondok? Pengakuannya buat keluarga arwah terkejut, “Saya minta maaf banyak-banyak”



Siapa lelaki misteri gigih hayun cangkul kebumi pelajar pondok? Pengakuannya buat keluarga arwah terkejut, “Saya minta maaf banyak-banyak”
Siapa sangka, lelaki misteri yang hadir sewaktu pengebumian seorang pelajar pondok merupakan doktor yang merawat arwah di Hospital Besar Kuala Terengganu, baru-baru ini.
PEMERGIAN seorang pelajar pondok berusia 14 tahun pada Selasa akibat kegagalan injap jantung pastinya diratapi kaum keluarga dan sahabat handai.
Namun, majlis pengebumian Alif Fikri Abd Rahim yang juga pelajar Madrasah Darul Ansor, Marang, Terengganu turut dihadiri seorang individu misteri.
Bapa saudara arwah, Hanapi Jusoh, 34, mengakui sedikit hairan memandangkan dia tidak mengenali pemuda itu yang kelihatan bersungguh-sungguh menguruskan majlis pengebumian berkenaan.
"Sewaktu berada di kubur, saya perasan seorang lelaki berbaju merah jambu, saf paling hadapan. Saya nampak mulut dia tak henti-henti berdoa dan berzikir.
"Dia bertungkus lumus membantu semadikan jenazah Alif hingga bajunya basah berpeluh. Pada mulanya saya fikir dia guru atau kakitangan pengurusan pondok tempat Alif belajar.
Salah satu posting Hanapi mengenai kematian anak saudaranya.
"Sebenarnya masa jenazah kat rumah pun dia dah ada. Masa di kubur, tak berhenti dia hayun cangkul," kata Hanapi sewaktu dihubungi mStar.
Menurut Hanapi, bapa kepada arwah yang mesra disapa Pok Him ada menyapa lelaki misteri itu sejurus pengebumian selesai.

Inilah contoh orang bertaqwa. Jawatan tinggi berakhlak mulia.. Alhamdulillah.
NETIZEN
Jawapan yang diberi ternyata mengejutkan Pok Him dan Hanapi kerana beliau merupakan salah seorang doktor yang merawat Alif sepanjang Alif Fikri dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu, baru-baru ini.
"Pakcik, sayalah doktor yang merawat Alif sepanjang dia di hospital. Saya datang sini tengok alamat pada rekod Alif.
Doktor berkenaan (dua dari kiri) bersama bapa arwah (dua dari kanan).
"Saya minta maaf banyak-banyak. Saya dah lakukan yang terbaik. Allah lebih sayangkan dia. Dia muda lagi tak ada dosa. Saya tak ada kuasa. Allah maha kuasa. Saya doktor pun akan mati," imbas Hanapi mengenai jawapan doktor itu.
Alif meninggal dunia pada jam 3.30 pagi 3 September lalu akibat kegagalan fungsi injap jantungnya yang dikesan dijangkiti kuman. Jenazahnya dibawa pulang ke rumah keluargannya di Kampung Jerong Surau, Marang untuk dimandi dan dikafankan serta seterusnya urusan pengebumian.
Kata-katanya ternyata menimbulkan rasa sebak sehingga mereka saling berpelukan dan menangis.

Hanafi pada mulanya menyangka doktor berkenaan merupakan kakitangan pondok tempat arwah belajar.
Doktor itu juga ada menghulurkan sumbangan kepada bapa arwah sebelum dia berangkat pulang.
Dalam pada itu, posting Hanapi turut mengundang rasa sebak netizen dan turut dikongsi ramai pelayar Facebook.
Rata-rata komen yang ditinggalkan menzahirkan kesedihan atas pemergian Alif, tidak kurang juga yang memuji keperibadian mulia doktor berkenaan.


Ramai netizen memuji sikap mulia doktor ini yang sanggup hadir dan bertungkus-lumus menguruskan pengebumian pesakitnya.
"Inilah contoh orang bertaqwa. Jawatan tinggi berakhlak mulia... Alhamdulillah.
"Semoga Allah melindungi dan memberkati jasa-jasanya.
"Alhamdulillah. Orang yang berilmu. Beriman, beramal, semoga kita juga akan seperti beliau... Walau apa pun kerja kita," tulis beberapa netizen.

Thursday, September 5, 2019

Hadirin, media terkejut demonstrasi berakhir tragedi! Ini detik cemas sebelum anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan



Hadirin, media terkejut demonstrasi berakhir tragedi! Ini detik cemas sebelum anak AR Badul meninggal dunia terkena tembakan

Pasukan perubatan anggota tentera ketika memberi rawatan awal kepada pegawai tentera Grup Gerak Khas, yang dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah, Rabu. -fotoBERNAMA
HADIRIN termasuk media yang menyaksikan pelancaran Divisyen Kelima Infantri dan Briged ke-13 Infantri di Kem Lok Kawi di Kota Kinabalu, pagi tadi tidak menyangka acara demonstrasi di majlis itu berakhir dengan tragedi meragut nyawa seorang pegawai komando.
Seperti yang diumumkan oleh pengacara majlis, aksi gimik itu menyaksikan pertembungan antara ‘kumpulan pengganas’ dengan tentera menggunakan peluru hidup merupakan acara akhir pada majlis tersebut bagi menunjukkan anggota pasukan keselamatan menumpaskan kumpulan pengganas.
Kesemua mereka memakai jaket kalis peluru semasa melakonkan aksi-aksi tersebut.
Pegawai Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas Mej Mohd Zahir Armaya memainkan peranan sebagai ‘ketua kumpulan pengganas’ dalam demonstrasi tersebut.
Mohd Zahir merupakan anak kepada pengarah dan pelakon AR Badul atau Armaya Aman Ramlie.
Bernama yang membuat liputan acara pelancaran itu melihat gimik dengan Mohd Zahir secara berhadapan melepaskan sedas tembakan menggunakan pistol terhadap seorang pegawai tentera menyebabkan pegawai tentera itu dilihat menahan kesakitan dan berlutut.
Selepas itu, pegawai berkenaan bangun semula dan melepaskan sedas tembakan menggunakan pistol ke arah Mohd Zahir yang berdiri dalam jarak dekat secara membelakang dengan sasaran satu botol berisi cecair merah di jaket kalis peluru dipakai Mohd Zahir.
Tembakan itu menyebabkan Mohd Zahir terus rebah dan tidak bangun semula lalu dua anggota tentera menariknya ke tepi padang kawad.
Mohd Zahir kelihatan tidak sedarkan diri dan dipercayai mengalami kecederaan serius.
Anggota perubatan tentera yang berada di majlis pelancaran itu kemudian memberi rawatan awal sebelum mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) 1 Kota Kinabalu.
Mohd Zahir disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi di hospital itu. -Bernama

Wednesday, September 4, 2019

Perghhh !!! Bakal pelakon filem lucah mati lemas selepas uji bakat



Bakal pelakon filem lucah mati lemas selepas uji bakat


Mangsa mati lemas di kolam di sebuah vila merah selepas menjalani uji bakat. Foto Mirror UK
SEORANG lelaki yang mahu menjadi pelakon filem lucah ditemui lemas di kolam renang di sebuah vila mewah, selepas menjalani uji bakat.
Polis melancarkan siasatan terhadap kematian seorang pelayan berusia 20 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Mairena del Aljarafe dekat Seville, Sepanyol, pada Ahad lalu.
Mangsa ditemui terbaring di dasar kolam renang, selepas meminta kebenaran daripada pengarah filem untuk berenang sementara menunggu dijemput seorang rakan.
Pasukan polis dan paramedik dipanggil ke lokasi kejadian selepas mangsa tidak bernafas sebaik dibawa naik ke darat. - Mirror UK

Tuesday, September 3, 2019

Sedih !!! “Sampai mati aku akan ingat” - Wanita kongsi zaman miskin teruk, pakai tisu tak mampu beli tuala wanita


“Sampai mati aku akan ingat” - Wanita kongsi zaman miskin teruk, pakai tisu tak mampu beli tuala wanita
Antara perkongsian netizen mengenai kesusahan hidup mereka.
MENJADI lumrah kehidupan manusia, untung, rezeki dan malang silih berganti.
Benarlah juga kata pepatah, hidup tak selalunya indah, langit tidak selalu cerah!
Begitulah yang dapat menggambarkan perjalanan setiap insan yang mana kita semua tidak terlepas menerima pelbagai ujian.
Terbaharu, perkongsian di Twitter yang berkisar mengenai hal itu ternyata menimbulkan rasa insaf dalam kalangan netizen.
"Kongsikan pengalaman hidup yang paling 'miskin' korang pernah hadap," tulis jurufoto popular, Abeden atau Hishamudin Hashim.
Selain menerima lebih 2,400 ulang kicau (Retweet), posting itu dihujani pelbagai komen netizen yang berkongsi kisah 'miskin' mereka.
Tweet Abeden yang dihujani pelbagai kisah duka pelayar Twitter.
Paling banyak diceritakan tentunya kisah kekurangan wang sehingga terpaksa menahan lapar selama berhari-hari, khususnya dalam kalangan pelajar universiti.
"Tak ada duit langsung time study. Dua hari tak makan apa-apa. Mesej abah cakap tak ada duit nak makan. Abah datang bawak rambutan dengan buah salak. Abah cakap abah tak ada duit juga nak bagi. Buah ni je ada. Sampai mati aku ingat," kongsi seorang netizen.
"Cicah roti pakai air masak untuk ekstra kenyang. Berjalan dari rumah ke fakulti yang ambil masa sejam berjalan sebab nak jimat duit transport. Makan nasi berlaukkan lada sulah. Makan ulam untuk breakfast. Lunch guna coklat 20 sen," luah seorang lagi pengguna laman sosial.
Tak ada duit nak pakai pad (tuala wanita). Pakai tisu je waktu tu. Sampai mati aku akan ingat dan semoga takkan lalui lagi zaman kesusahan macam tu.
NETIZEN
Seorang lagi pelayar berkata: "Dulu masa study kebetulan depan rumah sewa ni macam hutan. Masuk hutan dengan housemate cari burung wak wak buat makan sampai tiga hari."
"Baru masuk UiTM. Arwah ayah tak ada duit masa tu. Nak minta duit belanja segan. Dalam poket ada RM5. Tak makan apa-apa selama tiga hari. Khamis baru pergi pasar malam beli nasi ayam RM4.50. Allah je tahu gigil lutut naik tangga kolej," kongsi seorang lagi individu.
Selain kisah kesempitan hidup dalam kalangan pelajar, ada juga yang bercerita mengenai nasib malang mereka yang berlaku kerana masalah kerja.

Kesempitan hidup, kekurangan wang menjadi punca ramai individu terpaksa berjimat cermat sehingga ada yang tidak makan.
"Diberhentikan kerja sebab company bankrupt. Buat Grab nak sara diri. Beli makanan sehari sekali untuk lunch dan dinner. Sehari tak boleh spend lebih dari RM5. Selalu bungkus nasi bukit, kuah, sambal, sayur, telur.
"Dua hari sebelum gaji duit ada RM14. Share RM7 seorang dengan wife pergi kerja. Nampak macam tak logik tapi cukup makan dengan RM7 tu.
"Jalan kaki pergi kerja everyday selama tujuh bulan sebab takda transport. Kalau hari-hari naik Grab lingkup poket.
"Tak ada duit nak pakai pad (tuala wanita). Pakai tisu je waktu tu. Sampai mati aku akan ingat dan semoga takkan lalui lagi zaman kesusahan macam tu," tulis beberapa netizen lagi.
Rata-rata pelayar Twitter lain yang membaca siri perkongsian berkenaan mengakui kagum dengan ketabahan individu yang melalui detik-detik sukar berkenaan.
Malah, perkongsian itu disifatkan cukup 'membuka mata' mereka untuk mensyukuri sekecil-kecil nikmat yang diperolehi dalam kehidupan. Mstar

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung