Nuffnang
Thursday, September 26, 2019
Perghhh !!! Berita wanita saman penghantar kondom kerana lambat tak benar
Berita wanita saman penghantar kondom kerana lambat tak benar
Berita seorang wanita mengandung dari China yang kononnya menyaman seorang penghantar kondom kerana lambat sebenarnya tidak benar.
China Press melaporkan, selepas menyemak dengan beberapa agensi berkaitan, mereka mendapati maklumat itu adalah palsu.
Ia sebenarnya, lapor akhbar Cina itu, dipetik daripada maklumat tidak disahkan dari media sosial China Baidu pada 19 September.
Iklan
“Gambar lelaki penghantar barang dan wanita itu sebenarnya diambil daripada Internet,” menurut laporan itu.
Dalam laporan palsu itu, yang dipetik pelbagai media semalam, seorang wanita dari Suzhou, China menyaman seorang pengantar barang kerana lambat lapan minit menghantar kondom dipesannya.
Akibat kelewatan itu, menurut laporan itu, wanita dikenali sebagai Su itu telah mengadakan hubungan seks terlebih dahulu dengan kekasihnya dan akhirnya mengandung.
Sementara itu, China Press juga memetik peringatan daripada Pejabat Internet Negara China pada Julai 2016 yang meminta semua portal tidak menyiarkan laporan yang tidak disahkan terlebih dahulu.
“Diharapkan semua media dan personaliti media sosial menyemak kandungan terlebih dahulu dan tidak menyebarkan khabar angin dan fakta yang diputar belit.
“Warga maya juga diminta mempertingkat keupayaan menilai fakta dibentangkan,” menurut laporan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
Baguih Punya Balun Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan ...
-
NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam. Empat sekeluarga disimbah asid KUALA TE...
-
Video seks siapa yang dijadikan bahan untuk memfitnah Nurul Izzah, muslimah yang sentiasa menutup aurat dan menjaga tatasusilanya?...

No comments:
Post a Comment