Empat sekeluarga disimbah asid
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita tidak menyangka suaminya sanggup membawa asid untuk mengugutnya mendapat wang sehingga menyebabkan dia tiga beranak dan ibunya melecur di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi itu, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang dengan keputusan mangsa yang telah berpindah pulang ke rumah ibunya dan dalam proses memohon penceraian dengan suspek.
Semasa kejadian suspek didakwa memecah masuk rumah ibu mangsa dengan membawa bersama sebungkus plastik mengandungi cecair asid.
Kehadiran suspek mencetuskan pertengkaran dengan mangsa sebelum mangsa cuba merebut bungkusan asid itu dan menyebabkan cecair itu terkena mangsa.
Tindakan suspek itu menyebabkan mangsa Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan.
Turut melecur dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.
Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid.
Semalam Suami melibas isteri dan anak dengan parang...Ya Allah jauhakan lah kami dari dugaan ini di dalam bulan ramadhan yang mulia.
21 comments:
masyaallah...dugaan di bulan Ramadhan..Di Malaysia Suami dan bapak dah tak siuman... Di Palestin Mereka syahid lawan dgn Israel
salam..
Ya Allah.....kesiannya...kenapa lakukan mcm ni.? lebih2 lagi dlm bulan puasa yg mulia ni..?
mmg zalim ye suami zaman skang nih...
yg jadi mangsa paling tak bersalah, anak2 la kan..
sampainya hati seorang ayah..semoga ayah2 di Malaysia yang lain tidak buat mcm ni..nak raya plk tu...
darah daging sendiri tuu buat macamtu..
penyakit yang teruk selepas x siuman
Seorg yg sepatutnya melindungi namun apakan daya akal tidak lagi waras mengimbangi...Kasihan anak..gelap masa depan...
ish.. takut betul larh zaman sekarang nih
apa da nk jd dgn institusi keluarga arini...da jd tunggang langgang...tekanan emosi meluap2 & faktor ekonomi adlh sedkit sbyk menyumbang gejala spt ni...nauzubillah...
salam buat semua..lps nie nak cari suami kenal kenal mereka sekurang kurangnya setahun..termasuh asal usulnya
mak aiiiihhh~~~~ gilaaaa~~~
bukan hilang pegangan..memang xde pegangan...huh
Ya Allah, kenapa banyak sangat kes suami mengamuk lately ..hmm..semua ni dugaan di bulan Ramadhan..semoga kita mendapat keampunan dariNya di bulan yang mulia ini.
Kesiannya...kenapa ramai lelaki melayu sekarang suka bertindak kejam macam tu? kesian kaum perempuan dan kanak2
kejam..ape la nk jd ngan manusia ni
apa dah jadi dengan manusia zaman sekarang...sepatutnya bapak,seorang lelaki patut jadi pelindung dan role model kepada keluarga....
www.awan-fantasia.blogspot.com
>>KOLEKSI KISAH2 KELAKAR
salam, manusia bila dah dikuasai marah (nafsu amarah) apa saja sanggup lakukan walaupun pada zuriat sendiri.
astagfirullah..tkotnya tgk..apa nk jd la skrg ni..pelik2 aje
salam buat semua..tq atas komen anda..
sampai hati laki tu kan...
kecian anak2.. die ptut bg nfkah, dia plk mntak duit..
pastu wat gtu..
astaghfirullahalazim..
dunia dah tak betul..
manusia sudah hilang pertimbangan..
Post a Comment