Nuffnang

Showing posts with label Nahas MH 17. Show all posts
Showing posts with label Nahas MH 17. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Pertghh : Kecoh Jurugambar NST Kena Tumbuk Semasa Majlis Penyempurnaan Jasad Mangsa MH 17

MH17 .. JURUGAMBAR KENA TUMBUK SEMASA MERAKAM MAJLIS PENYEMPURNAAN JASAD SALAH SEORANG MANGSA.



Majlis penyempurnaan jasad seorang mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 kecoh apabila seorang ahli keluarga menumbuk seorang jurugambar NST.

Kejadian dikatakan berlaku apabila ahli keluarga di Pusat Reringatan Nirvana di Sungai Besi, Kuala Lumpur berang dengan wartawan yang terus merakamkan upacara berkenaan.

Tuesday, July 22, 2014

MH17: Puak pemisah serah dua kotak hitam kepada Malaysia




Seorang wartawan merakam gambar kedua-dua kotak hitam ketika diserahkan kepada Malaysia. -EPA/ROBERT GHEMENT
DONETSK: Puak pemisah pro-Rusia di timur Ukraine telah menyerahkan dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 kepada delegasi Malaysia dalam satu sidang media awal hari ini.

Memetik laporan AFP, mereka turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas untuk membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.

“Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan dua kotak hitam itu kepada pakar dari Malaysia,” kata Ketua pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai kepada wartawan.

Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil dari kumpulan pemisah itu kemudiannya menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam itu diserahkan.

“Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Republik Donetsk kerana memulangkan dua kotak hitam milik Malaysia ini,” kata seorang wakil dari Malaysia.

“Kami tidak menemui kotak hitam milik MH370 (yang hilang di Laut Hindi pada Mac lalu), jadi kami bersyukur kerana berjaya menemui kotak ini.

“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” katanya lagi.
Satu daripada kotak tersebut merekodkan semua perbualan di kokpit manakala satu lagi menyimpan data penerbangan.

Beberapa delegasi Malaysia kini akan mengiringi sebuah kereta api berpendingin hawa membawa mayat-mayat ke bandar Kharkiv, yang dikawal kerajaan di Kie.

Monday, July 21, 2014

Tweet Anak Derhaka Seronok Bapanya Meninggal Dalam Nahas MH 17 ?


Inilah tweet anak derhaka.sama ada benar atau tidak wallah huaklam..sekiranya benar kita mohon supaya si anak ini bertaubat , dan mohon keampunan dari Allah. tuaa punya akaun bernama Lisa Hashim

Tidak sewenang-wenang wanita ini mencemari hashtag #MH17 dengan kata-kata seperti itu. Bagaikan langsung tiada sekelumit pun perasaan simpati terhadap mangsa nahas mahupun ahli keluarga mangsa yang terlibat. Persoalannya, adakah benar bapanya ada dalam pesawat yang baru sahaja terhempas tersebut?

Anjing, burung merpati antara barangan kargo MH17

KUALA LUMPUR: Senarai kargo yang dikeluarkan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mendedahkan antara barangan yang dibawa di dalam pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh adalah anjing dan burung merpati.

Senarai itu mendedahkan bahawa terdapat dua anjing yang  dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan sembilan burung termasuk empat burung merpati, yang dalam perjalanan ke Dhaka, Bangladesh dan Kuala Lumpur.

Turut termasuk dalam senarai kargo tersebut adalah bunga dan bahagian helikopter.

Berikut adalah senarai penuh kargo pesawat malang itu.

Tragedies MH 17 : Sayu Melihat Mayat Mayat Yang Di Angkut Dengan Lori , Entah Bawa Ke Mana ?


Mengikut gambar-gambar yang tersebar di media antara bangsa segala serpihan MH17 dan jasad-jasad mangsa MH17 kini di pindah kan oleh pihak-pihak tertentu ke satu lokasi rahsia.

Mengikut Tweet seorang koresponden bebas dan penerbit berita di Ukraine, Volodymyr Solohub (gambar bawah) lewat malam ini menimbulkan persoalan yang menakutkan.
Dipercayai, jasad para mangsa MH17 telah mula dikeluarkan dari tempat kejadian dan dipindahkan menggunakan lori ke lokasi yang tidak didedahkan.
Pihak mana yang berbuat demikian tidak diketahui. Apa yang diketahui kawasan itu berada di bawah penguasaan pemberontak pro-Russia.








Apakah jasad akan dibawa ke Moscow?
Pemandu lori yang ditahan para pemberita juga memberitahu dia tidak pasti ke mana jasad-jasad berkenaan akan dibawa.
Dengan wilayah di mana kapal berkenaan yang dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberontak pro-Russia terus bergolak, perkembangan terbaru ini pasti membimbangkan.
Pasukan penyiasat Malaysia juga belum dibenarkan masuk ke lokasi kejadian tetapi jasad mereka-mereka yang terkorban sudah mula dipindahkan.
Ini mungkin tindakan mahu memadam bukti.
Jika mereka boleh menembak kapal awam tanpa rasa bersalah, tidak mustahil mereka boleh memindahkan begitu sahaja semua jasad yang ada tanpa sesiapa dapat melihatnya lagi.
Harap itu tidak berlaku kerana para waris mangsa mesti mahu menatap wajah yang tersayang buat kali terakhir dan mahu mereka ditanam di kampung halaman sendiri.
Keluarga Juruterbang dan mangsa MH17 rakyat negara ini Ingin Jasad dikebumikan di Malaysia, masa akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Credit MNH

Friday, July 18, 2014

Inilah Punca Kenapa Ukraine Tersalah Tembak MH17

Inilah Punca Kenapa Ukraine Tersalah Tembak MH17


(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)

Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik 
mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu 
Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 
waktu  Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya 
mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin
 yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas 
menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa 
Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point 
and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 
10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian 
aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur 
yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi
 kekeliruan kepada si penyerang.




Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands 
dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez.
 Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan 
Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang
 akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.
Sekian laporan daripada Brado Kapak.

MH17: Amaran White House, jangan ubah bukti nahas


MH17: Amaran White House, jangan ubah bukti nahas
White House 

Read more White House itu juga melahirkan kebimbangan pihak pemberontak Ukraine yang pro Russia akan cuba mengubah bukti

NEW YORK: White House pada Khamis memberi amaran agar tiada pihak yang cuba mengalihkan sebarang bukti nahas pesawat Penerbangan Malaysia yang terhempas di Ukraine selagi “siasatan menyeluruh dan telus" tidak dijalankan.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko dilaporkan telah bersetuju mengenai perkara itu dalam satu perbualan telefon. Ini bagi mengelakkan bukti dari serpihan pesawat diusik atau ditutup dalam insiden yang dipercayai berpunca dari tembakan peluru berpandu.

Obama memberi jaminan kepada Poroshenko yang pakar-pakar Amerika Syarikat akan memberikan bantuan serta merta dan segera bagi menyiasat punca pesawat itu terhempas bersama 298 penumpang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh White House itu juga melahirkan kebimbangan pihak pemberontak Ukraine yang pro Russia akan cuba mengubah bukti dari serpihan pesawat bagi mengelak dari dipersalahkan.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat bagaimanapun yakin, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak dengan peluru berpandu.

Obama dalam perjalanan dari Delaware ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Sebagai sebuah negara, ingatan dan doa kami adalah untuk ahli keluarga penumpang, dari mana pun asal mereka,” kata Obama di Wilmington, Delaware.

Sejurus tiba di New York, Obama menghubungi Setiausaha Negara John Kerry bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Obama kemudiannya mengadakan mesyuarat keselamatan bersama pasukan keselamatan negara itu termasuk Ketua Staf White House Denis McDonough, Pengarah CIA John Brennan dan beberapa pegawai perisikan dan polisi luar negara.


MH 17 Terhempas..23 rakyat kita, 154 warga Belanda dalam MH17


Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Laporan langsung sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung