Nuffnang

Showing posts with label Kehilangan MH 370. Show all posts
Showing posts with label Kehilangan MH 370. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Punca sebenar Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebook

Punca sebenar Ustaz Darul Manzil tutup akaun Facebook - Susulan penyebaran secara meluas artikel tulisan Ustaz Darul Manzil berhubung dua mimpinya mengenai pesawat MH370 dalam akaun Facebook, beliau bertindak menutup akaun tersebut.

Semakin Pening Tragedi MH 370 : OBJEK DI KUTIP HANYA BUANGAN TERAPUNG TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PESAWAT MH 370m

TRAGEDI MH370 .... OBJEK DI KUTIP HANYA BUANGAN TERAPUNG TIADA KAITAN LANGSUNG DENGAN PESAWAT MH370 KATA AMSA.


Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Thursday, March 27, 2014

Pelancong Dari China Turun Mendadak. Satu Tamparan Hebat Kepada Indutri Pelancongan Malaysia..


TRAGEDI MH370 .. PELANCONG DARI NEGARA CHINA MERUNDUM DAN ADA AGENSI TERUS BATAL KERJASAMA DENGAN MAS.



Ekoran insiden MH370, jumlah warganegara China yang ingin melancong ke negara ini telah menurun mendadak.

Harga untuk rombongan melancong ke Malaysia turut menurun kepada kira-kira RM1,595 hingga RM2,126.

Terdapat juga agensi pelancongan Beijing yang memutuskan hubungan dengan Malaysia Airlines (MAS) dan bersedia memulangkan bayaran yang diterima.

Fazhi Wanbao melaporkan Agensi Pelancongan ZhongQing umpamanya telah menghentikan kerjasama dengan MAS dan bersedia memulangkan bayaran kepada pelanggan atau membantu mereka menempah tiket syarikat penerbangan lain.

Menurut akhbar itu lagi, banyak rombongan ke Malaysia terpaksa dibatalkan apabila jumlah peserta berkurangan.

Jingjua Shibao pula melaporkan beberapa agensi pelancongan dari China telah menerima permohonan pelanggan untuk menundakan rancangan melancong ke Malaysia.

Salah sebuah agensi pelancongan di Beijing dilaporkan perlu menguruskan purata 10 kes setiap hari berhubung permintaan pelanggan yang mahu menundakan rancangan bercuti di Malaysia.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan, kira-kira 10 peratus pelancong ke Malaysia adalah dari China dan mereka menyumbang enam peratus kepada pendapatan sektor pelancongan negara ini. Omakau

Wednesday, March 26, 2014

MH 370 : Tok Najib Di Lihat Hanya Bertindak Sebagai Penyampai Berita ? Kiki.



TRAGEDI MH370 ... NAJIB KINI DILIHAT BERTINDAK LEBIH KEPADA

 SEBAGAI PEMBACA BERITA DARI PERDANA MENTERI MALAYSIA????



Dengan hanya penampilan sebanyak dua kali yang beliau klasifikasikan 

sebagai sidang media tetapi tiada sebarang soal jawab dibenarkan, maka 
ianya memberi dan membina suatu persepsi betapa Najib Razak selaku 
Perdana Menteri Malaysia tidak mempunyai keupayaan, kemampuan,
 pengetahuan dan keberanian berdepan dengan media bebas.

Sudah sekian lama berasa amat selesa dan seronok hanya jika berdepan 

dengan media milik dan kawalan UMNO/BN.

Mungkin
 PM perlu mengubah pekerjaannya kepada pembaca berita .. itulah 

keluhan dan pandangan rakyat kini.

Ketiadaan Perdana Menteri Najib Razak dari sidang akhbar MH370, dengan 

hanya  membuatdua penampilan setakat ini, telah menimbulkan persoalan tentang ketidakhadirannya.

Najib perlu mempunyai sedikit keberanian untuk mengambil beberapa soalan Dari

 para wartawan tempatan maupun asing. Sekiranya dia hanya sekjadar mampu 
bercakap darikenyataan yang disediakan, beliau berlagak tidah ubah seperti seorang pembaca berita bukannya pemimpin negara yang sedang bercakap disuatu sidang 
media berdepan dengan puluhan wartawan dalam dan luar negara.

Sidang media atau lebih tepat taklimat tanpa soal jawab diwaktu agak lambat menyebabkan ianya dilihat sebagai suatu percubaan licik mau menggelak dari 

dimalukan dengan soalan-soalan keras serta mau lari dari silau media antarabangsa.

Umum melihat Najib tiada jawapan yang kukuh lagi menyakinkan .. Cara mudah

 ialah tiadanya sesi soal jawab. Kredit Omakkau

3 Gambar sayu tiga insan kerdil yang berani berhadapan dengan dunia!



Tiada berita yang paling menyedihkan apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat yang terlibat.

Namun, tanpa kita sedari tiga insan kerdil yang sungguh berani berhadapan dengan media pada setiap hari juga tidak dapat menahan kesedihan terhadap pengumuman itu.

 Datuk Seri Hishamuddin tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.

Datuk Azharuddin turut merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC

CEO MAS, Ahmad Jauhari ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam.

Tiga insan ini berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat itu?

Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan amanah yang diberikan:
  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
  • Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)
  • En Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)
Anda adalah kebanggaan Malaysia!

Tuesday, March 25, 2014

MH 390 : Waris Mangsa Mengamok di China Mereka Mahu Berarak ke Kedutaan Malaysia.di Beijing






  • Waris di China mahu berarak ke kedutaan Msia
  • Sekumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia mengancam untuk berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.

    Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

    “Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

    Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

    Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”

    Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

    "Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

    Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

    CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin

Gambar Dan Video Keluarga Penumpang MH370 Tidak Dapat Tahan Perasaan


Aksi Sedih Dan Sayu Keluarga Penumpang Pesawat MH 370

Saksikan Gambar2  kesedihan keluarga penumpang pesawat MH 370 yang disahkan terhempas di lautan Hindi.BACA SINI.Tinta Hijau DKB turut berkongsi kesedihan yang mereka alami.


Semoga keluarga penumpang pesawat MH 370 terus tabah dalam menghadapi situasi kehilangan orang yang tersyang.Al Fatihah buat penumpang yang beragama Islam,dan semoga roh mereka dicucuri rahmat ~Tinta Hijau DKB



















Foto : Reuters & TMI

http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/keluarga-penumpang-mh370-tidak-dapat-tahan-perasaan-28214

Keluarga penumpang tidak dapat menahan perasaan apabila ada mereka yang meraung sejurus menerima berita tersebut. Ada diantara mereka yang terpaksa dipapah kerana terlalu sedih menerima perkhabaran mengenai ahli keluarga mereka. Mereka menyaksikan sidang media tersebut di Hotel Lido, di Beijing lokasi yang menempatkan mereka sejak 8 Mac lalu

Gambar Maira Elizabeh Nari
Ketika Berita Semasa menulis semula laporan berita ini, tiba-tiba antara kami mengalirkan air melihatkan emosi-emosi yang dizahirkan oleh keluarga mangsa yang pelbagai.
Besar benar ujian untuk mereka. Ada yang sudah bersedia menerima ketentuan ini.
Ada yang tiada kekuatan langsung, kehilangan punca apabila mendengar dan menerima berita terkini kapal terbang MH370 MAS Malaysia terhempas di Lautan Hindi. Bagi……
Keluarga penumpang tidak dapat menahan perasaan apabila ada mereka yang meraung sejurus menerima berita tersebut. Ada diantara mereka yang terpaksa dipapah kerana terlalu sedih menerima perkhabaran mengenai ahli keluarga mereka. Mereka menyaksikan sidang media tersebut di Hotel Lido, di Beijing lokasi yang menempatkan mereka sejak 8 Mac lalu


Saturday, March 22, 2014

Perghhh !! Chef Wan Kena Tibai.Sebab .Memepersenda Kehilangan Pesawat MH370.


TINDAKAN CHEF WAN MEMPERSENDA KEHILANGAN PESAWAT MH370 MENGUNDANG KECAMAN HEBAT DARI RAKYAT.


Kalau ya pun megah dengan memiliki mulut laser tapi ada batasannya ... mempersendakan kehilangan pesawat MH370 sudah kira amat lebih.

Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

Friday, March 21, 2014

MH370 Parlimen Australia Lebih Telus Dari Malaysia..Open Bro..


MH370 ... PARLIMEN MALAYSIA DENGAN PARLIMEN AUSTRALIA AMAT JAUH BEZANYA .


Perdana Menteri Australia  Tony Abbott berucap di parlimen negara itu menyatakan pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor laman BBC. Kredit Omakau.

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan tersebut.

Kawasan di selatan Lautan Hindi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 sengaja dilencongkan dari laluan asal.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini walau penemuan tersebut mungkin tiada kaitan dengan pencarian MH370.

“Saya ingin maklumkan kepada dewan – dan kita perlu sentiasa ingat – usaha mengesan objek ini amat sukar dan mungkin akhirnya ia tiada kaitan dengan penerbangan MH370.

"Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada dewan mengenai perkembangan yang mungkin penting ini,” katanya seperti dipetik laporan The Guardian.... ITU PARLIMEN AUSTRALIA ..
INI PARLIMEN MALAYSIA YANG BERPENDANA MENTERIKAN NAJIB RAZAK PRESIDEN KEBANGAAN DAN KESAYANGAN UMNO ...
Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.

Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

Tuesday, March 18, 2014

MH370: Landasan Diego Garcia antara ditemui dalam simulator Kapten Zaharie


  • Gambar dari akaun Facebook Zaharie Shah menunjukkan set simulasi Boeing 777 yang dibina sendiri di kediamannya.

KUALA LUMPUR: Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.

Akhbar itu memetik sumber yang berkata, penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.

“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharie," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.

[GEMPAR] Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu Lokasi Jatuhnya MH370



B
ogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

"Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. "Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

"Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

"Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

"Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB

Monday, March 17, 2014

Perghhh Kapten Nadira Ramli Jadi Popular ..Terus Top N Meletup di Media..

Kapten Nadira Ramli Kekasih Co- Pilot MH370

Nadira Ramli bukanlah artis pujaan ramai terutama janda-janda meletop seperti Nora Danish, Era Fazira dan  Maya Karin namun kini beliau menjadi perhatian media kerana hubungan cinta beliau dengan Co-Pilot MH370 yang hilang sejak tujuh hari lalu. Begitulah ceritanya menurut sebuah blog.

Menurut blog itu lagi, seperti insan bercinta yang lain kehilangan MH370 yang melibatkan kekasihnya membuatkan beliau tidak keruan dan susah hati.

Bagi membantu beliau menghadapi kemelut ini, majikannya iaitu Air Asia di mana beliau berkhidmat sebagai pilot telah memberikan cuti selama sebulan.

Kapten Nadira Ramli telah berkenalan ketika belajar bersama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi sembilan tahun lalu.

Nadira Ramli anak kepada seorang pilot kanan MAS dan Fariq yang merupakan anak kepada Timbalan Pengarah Kerja Raya Selangor bernama Abdul hamid Mad Daud diberitakan merancang untuk bernikah dalam masa terdekat ini namun segalanya hanya perancangan yang belum pasti berikutan kehilangan Fariq bersama Mh370. Kredit gendang perang







Sunday, March 16, 2014

Polis Geledah Rumah PILOT MH 370..Selepas Pesawat Dikenal pasti Bertukar Arah.


Polis mula mengeledah rumah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters. Malaysiakini

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari ini.

Reuters

Saturday, March 15, 2014

Perghhh !!! Penangan BOMOH UMNU.. Jururawat . berlakun Aksi Bomoh Mungkin Di Tukarkan ?


Difahamkan 'Nurse' berkenaan mungkin Akan  ditukarkan tempat kerja  dalam sebuah Hospital Kerajaan di Kuala Lumpur. Niat asal mereka hanyalah simpanan peribadi tetapi disalah sebarkan kepada orang ramai/umum. Menatijahkan hukuman yang tidak matang dari 'bos' mereka. Diharap mereka tabah dan dapat meneruskan tugasan harian seperti sediakala walau dimana tempat ditugaskan. Tingkatkan kualiti dan mutu kerja dimasa-masa mendatang.

Tindakan terpilih keatas mereka membuktikan penangan bomoh sakti (FBI) lebih kebal dari undang-undang sedia ada.


AGambar tiga orang jururawat yang menjadi viral di laman sosial kerana meniru aksi Raja Bomoh tikar terbang disiasat pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Mereka tidak digantung seperti yang tersebar di media sosial tetapi siasatan terperinci sedang dijalankan. Tindakan yang sewajarnya akan diambil bergantung kepada hasil siasatan, kata Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dipetik The Star.

Timbalan Pengarah HKL Dr Ding Lay Ming memberitahu The Star bahawa laporan bahawa jururawat telah digantung tidak benar.dakah ini cara 1 simpati murahan dari 'bos' mereka kepada mangsa dan keluarga MH370?

Apakah pula tindakan pihak berkuasa berkenaan yang diamanahkan menangani kerja-kerja khurafat dan secara langsung memburukkan imej Malaysia dimata dunia?




Friday, March 14, 2014

Perghhh !!!! CNN Tibai Pihak Berkuasa Malaysia..Berkaitan Kes Pesawat MH 370



Malaysian officials the worts I've seen .. itulah gambaran yang diberikan oleh CNN media antarabangsa mengenai cara Kerajaan Malaysia mengurus krisis pesawat MH370.

Jika apa yang di khabarkan ini benar maka imej negara kini ditahap yang paling hina dan memalukan .. benar apa yang diucapkan oleh DSAI dalamn parlimen dan luar parlimen betapa teruk dan lembab cacamerba kelam kabut flip flopnya cara Kerajaan UMNO/BN apabila berdepan dengan media bebas antarabangsa.. selalu ini rasa selesa hanya berdepan dengan Utusan, Berita Harian, BERNAMA, TV3 dan RTM.

Bayar upah puluhan juta ringgit kepada APCO untuk naikkan imej pemimpin tertentu kini hancur lebur berderai dan berkecai .. Tiada apa yang boleh memulihkannya balik.

Jelas sekali dan tidak boleh disangkal dan dinafi bahawa para pemimpin kerajaan pusat yang sedia ada langsung tidak ada kemampuan dan kepimpinan untuk mengurus tadbir negara ketika berlaku krisis dan bencana serta tragedi berat. Omakkau.

Perghhh...Buat Solat Hajat Di KLIA ..Polis Ambil Keterangan...Tok Bomoh Diam Je..


Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor sejurus tamat majlis solat hajat dan bacaan yasin di KLIA.

Written By canang on Khamis, 13 Mac 2014 .

Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor sejurus tamat majlis solat hajat dan bacaan yasin di KLIA.



Tok moh buat ritual xda plak polis ambil keterangan..



Buat solat hajat dan bacaan yasin mcm salah plak dari segi undang2 dlm malaysia..


Thursday, March 13, 2014

Perghhh !! Raja Bomoh Kena Warning Dengan JAIS ..Mereka Akan Pantau KLIA



Akhirnya setelah diserang bertubi-tubi tanpa henti oleh rakyat atas gelagat yang memalukan Agama, Bangsa dan Negara oleh seorang individu yang mengaku dirinya seorang Raja Bomoh Sedunia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak jika dia cuba buat hal lagi.

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.

Katanya, pemantauan itu akan dilakukan secara berterusan di lapangan terbang itu.


Pasukan penguatkuasa Jais yang tiba kira-kira 9.20 malam, dilihat menunggu kehadiran Ibrahim di Anjung Tinjau sebelum dilihat meninggalkan tempat itu pada jam 10.15 malam.

Tengah hari tadi, Ibrahim yang mendakwa dirinya sebagai "Raja Bomoh", melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' bagi mengesan pesawat penerbangan MH370 yang disertai beberapa lelaki yang memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Pada Isnin lalu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.
Hardi berkata, jika Ibrahim terus melakukan ritual itu di KLIA, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadapnya mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

"Kita akan nasihat beliau supaya tidak melakukan ritual seperti yang dilakukan sebelum  ini. Jika dia (Ibrahim) masih berdegil, kita akan ambil tindakan," katanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini turut menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari pesawat penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Perghhh !!! Presiden Amerika Obama dan Pegawainya menonton Rakaman Video Bomoh mencari Pesawat MH 370 ?


Aksi Obama dan para pegawainya menonton rakaman video bomoh mencari ‪#‎MH370‬

Dah sampai presiden USA pun tengok. Korang boleh bayangkan betapa teruknya ia tersebar..Atau pun gambar ini di edit ? Sebab Pakat edit tu Ada.. Sama sama Kita tunggu..kesahihanya.

Aksi Obama dan para pegawainya menonton rakaman video bomoh mencari #MH370

Dah sampai presiden USA pun tengok. Korang boleh bayangkan betapa teruknya ia tersebar..

#Manaakunakletakmuka

Apa punya  pandangan dan pencarian yang dilakukan Oleh Bomoh sehingga boleh disksikan di seluruh  Dunia. Bukan apa Takut Takut ianya menjadi Bahan jenaka Oleh Negara luar... Kita Hanya Berserah Kepada Allah..Semoga di pertemukan Pesawat MH 370 yang hilang  ditemui  segera





Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung