
- Waris di China mahu berarak ke kedutaan Msia
- Sekumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia mengancam untuk berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.
Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”
“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.
Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.
Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”
Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.
"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.
Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.
CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin
Nuffnang
Tuesday, March 25, 2014
MH 390 : Waris Mangsa Mengamok di China Mereka Mahu Berarak ke Kedutaan Malaysia.di Beijing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali) Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita KUALA LUMPU...
-
Galeri Hutan Paya Bakau Di Atas Jeti Semeling Berlatar belakang Paya Bakau Bersama Keluarga Salam buat semua, Semalam Mas Aji dan keluarga ...
-
Majlis Khaled Nordin Dipukul Ribut, Petugas Media Dihempap Khemah Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi, nyari...
-
Dahsyatt GST punya pukulan Ini Pekerja Psaraya susun barang atau sedang beratur untuk membuat bayaran di kaunter. nampak ma...
-
Huhu..ikan kembung sampai rege..rm 12 sekilo..patutke. luqman.ridhwan@kosmo.com.my KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta b...
-
Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zah...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...



No comments:
Post a Comment