Nuffnang

Friday, March 21, 2014

MH370 Parlimen Australia Lebih Telus Dari Malaysia..Open Bro..


MH370 ... PARLIMEN MALAYSIA DENGAN PARLIMEN AUSTRALIA AMAT JAUH BEZANYA .


Perdana Menteri Australia  Tony Abbott berucap di parlimen negara itu menyatakan pesawat Orion milik Australia dikerah ke kawasan tersebut untuk mengesan objek berkenaan, lapor laman BBC. Kredit Omakau.

"The Australian Maritime Safety Authority menerima maklumat berdasarkan maklumat satelit mengenai objek yang mungkin ada kaitan dengan pencarian itu.

"Susulan analisis oleh pakar ke atas imej satelit ini, dua objek berkaitan pencarian tersebut dikenalpasi,” katanya sepeti dipetik dalam laporan tersebut.

Kawasan di selatan Lautan Hindi merupakan salah satu daripada dua zon yang menjadi tumpuan operasi mencari dan menyelamat selepas penyiasat mendapati pesawat MH370 sengaja dilencongkan dari laluan asal.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu di parlimen hari ini walau penemuan tersebut mungkin tiada kaitan dengan pencarian MH370.

“Saya ingin maklumkan kepada dewan – dan kita perlu sentiasa ingat – usaha mengesan objek ini amat sukar dan mungkin akhirnya ia tiada kaitan dengan penerbangan MH370.

"Bagaimanapun, saya ingin memaklumkan kepada dewan mengenai perkembangan yang mungkin penting ini,” katanya seperti dipetik laporan The Guardian.... ITU PARLIMEN AUSTRALIA ..
INI PARLIMEN MALAYSIA YANG BERPENDANA MENTERIKAN NAJIB RAZAK PRESIDEN KEBANGAAN DAN KESAYANGAN UMNO ...
Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato' Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.

Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

4 comments:

Anonymous said...

Jgn di bezakan negara sendiri dgn barat. Jgn pandang serong pd pemimpin kita. Dek kerana pm australia umum dlm parlimen...kita dah tuding jari pd pemimpin kita nak compare. Pi duduk australia la bru tau cemana keadaan.

Anonymous said...

tuan, aDAKAH itu penyelesaiannya..pi duduk di Au selesai masalah...

Unknown said...

Bila rakyat 'hilang' hak utk berkata2. Oh Malaysiaku.

Unknown said...

Bila rakyat 'hilang' hak utk berkata2. Oh Malaysiaku.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung