Nuffnang

Friday, March 21, 2014

Gambar Ngeri AHLI Perniagaan Yang Di Bunuh Dan Di Bekukan dengan simen Dalam Tong.


PIHAK BOMBA TELAH DI PANGGIL MEMBANTU KELUARKAN MAYAT MANGSA YANG MATI DIBUNUH KEMUDIAN DI MASUKKAN KEDALAM TONG DAN DISIMEN.



Port Dickson: Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.


Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu.

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang.

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.

"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung