Nuffnang

Wednesday, September 11, 2019

Perghh !!! Umur 64 tahun baru merasa masuk mall, wanita ini enggan keluar kereta... alasannya buat ramai bergenang air mata



Umur 64 tahun baru merasa masuk mall, wanita ini enggan keluar kereta... alasannya buat ramai bergenang air mata
(kiri) Intan dan ibu kesayangan. Foto ihsan Intan Maisharah Husiani (kanan) Pusat beli-belah Aeon Mall Ipoh Klebang. Foto Emily2u.com
TIADA detik yang paling indah melainkan menggembirakan ibu bapa dan menghargai mereka dalam apa juga cara selagi insan tersayang itu masih hidup.
Dan siapa sangka kejutan daripada anak-anak untuk seorang insan bergelar ibu memberikan satu pengalaman baharu tetapi amat bermakna buat dirinya.
“This is very first time, my mom jalan-jalan dekat mall sepanjang 64 tahun beliau hidup,” menurut perkongsian seorang gadis di laman sosial Twitter.
Gadis berkenaan, Intan Maisharah Husiani berkata, kejadian berlaku dua minggu lalu tetapi momen indah itu baru dikongsinya di laman sosial sehingga menjadi tular.
Perkongsian Intan di laman sosial mengenai pengalaman pertama ibunya menjejakkan kaki ke pusat beli-belah.
Lebih dikenali sebagai Intan, dia yang berusia 23 tahun mengaku bahawa ibunya, Sabariah Abdullah, 64, tidak pernah ke pusat beli-belah sepanjang hidupnya.
“Mak kata mak tak suka sebenarnya nak pergi mall sebab barang-barang mahal, mak tak ada duit. Mak kata mak tak ada baju cantik, gaya orang kampung tak sesuai ke mall.
“Kami bukan hidup senang. Mak pula ada sakit tua jadi kebanyakan masanya berehat di rumah, tidak boleh banyak bergerak mahupun buat kerja-kerja berat,” katanya kepada mStar.
Abang Intan (kanan) membuat kejutan membawa ibunya ke pusat beli-belah.
Intan berkata, semuanya bermula apabila ibunya berhasrat untuk membeli perkakas dapur, dan abang mengambil peluang untuk membuat kejutan dengan membawa ibu ke pusat beli-belah.
“Pada mulanya, mak sangka saya dan abang bawa mak pergi ke kedai-kedai biasa di tepi jalan untuk beli barang yang dihajatinya, kami pun senyap-senyap bawa mak ke Aeon Mall Ipoh Klebang di Chemor, Perak.
Kami bukan hidup senang. Mak pula ada sakit tua jadi kebanyakan masanya berehat di rumah, tidak boleh banyak bergerak mahupun buat kerja-kerja berat.
INTAN
“Masa baru sampai tu, mak terkejut dan mula-mulanya tak nak keluar dari kereta. Kami kemudian guna kerusi roda untuk pujuk bawa mak masuk ke dalam mall.
“Mak siap kata jomlah balik. Tapi bila abang dah masuk mall lepas letak kereta di parkir, mak akur dan kami bawa mak makan dalam mall,” ujar anak bongsu daripada lima beradik itu.

Ibu Intan (kiri) amat terkejut tetapi teruja merasai pengalaman baharu.
Intan yang merupakan anak yatim selepas pemergian bapanya akibat kanser prostat dan sakit jantung lima tahun lalu berkata, dia kini tinggal bersama ibu di Felda Keratong di Muadzam Shah, Pahang atau di rumah nenek di Sungai Siput, Perak.
Menurut Intan, dia terpaksa berhenti belajar di kolej dan berhenti kerja sebagai pengasuh kerana masalah kewangan selain perlu menjaga ibunya yang sakit tua.
“Alhamdulillah, saya ada abang-abang yang membantu meringankan beban saya dan ibu. Saya juga mengambil tempahan membuat kuih sebagai pendapatan sampingan.
“Hidup kami sederhana, kalau makan pucuk ubi dengan nasi pun dah bersyukur,” katanya yang membuat kuih tradisional seperti tepung pelita, kaswi, karipap dan sagu merah.
Intan kini menjaga ibunya yang sakit tua.
Mengenai pengalaman pertama ibunya mengunjungi pusat beli-belah, Intan berkata, ibunya sememangnya terkejut tetapi amat teruja.
“Paling mak teruja bila mak kata banyak baju dijual pada harga murah. Anak-anak nak belikan mak baju, tapi mak kata tak perlu sebab mak faham anak-anak yang lain dah berkahwin, dan ada komitmen masing-masing.
“Mak memang macam tu, dia tak nak susahkan anak-anak dia. Jadi, kami sebagai anak-anak berusaha yang terbaik untuk menggembirakan hati mak,” katanya.

1 comment:

Mutia said...

Selamat datang Di Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188
Situs Masterbet188 berbeda dengan situs situs slot lainnya.
Dengan memberikan fasilitas berupa Deposit via Pulsa
yang didukung oleh 3 Jaringan Lokal Simpati,Xl,Axis
Dengan Minimal Deposit Pulsa Hanya 10.000
- Rate Simpati 83%
- Rate Axis & XL 90%
Mainkan Seluruh Permainan Yang Menarik
Hanya Di Situs Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188
Link Official:
https://masterslot888.com
https://masterslot888.site
https://masterslot888.life

Contact US :
Livechat : Masterbet188
Whats App : 081397628286

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung