Nuffnang

Tuesday, September 24, 2019

Allahuakhbar !! “Doktor suruh pergi hospital sebab abah dah nazak” - Paru-paru koyak ditusuk tulang rusuk, anak dedah bapa koma 45 hari nampak syurga, neraka



“Doktor suruh pergi hospital sebab abah dah nazak” - Paru-paru koyak ditusuk tulang rusuk, anak dedah bapa koma 45 hari nampak syurga, neraka
Kisah mengenai bapa Huzairy ternyata menimbulkan rasa keinsafan dalam kalangan netizen.
TAK semua orang dapat peluang kedua dari Allah, demikian kata seorang anak mengenai kisah bapanya yang cukup menginsafkan.
Menurut Huzairy Hasry, 24, bapanya, Hasry Harun berada dalam keadaan koma selama satu bulan, 15 hari selepas terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa tinggi pada penghujung Mac tahun lalu.
Pada Sabtu lalu, bapanya yang berusia 51 tahun bercerita mengenai gambaran yang dilihatnya sepanjang berada dalam keadaan koma.

"Sebelum ni tengok dalam TV, baca dalam al-Quran atau buku. Tapi kali ni terjadi pada abah sendiri. Saya sendiri tertanya-tanya, betul ke apa abah aku nampak?
"Memang terkejut dan rasa insaf, mungkin Allah nak tunjuk. Abah kata ada 'orang' bawa dia ke padang Mahsyar.
Posting Huzairy mengenai kemalangan bapanya.
"Abah kata dia nampak syurga dan neraka. Panas sangat dan mereka yang masuk neraka kena humban macam tu je sampai kulit hangus terbakar.
"Dia juga nampak syurga. Dia kata taman kat syurga tu semua cantik dan luas," imbas Huzairy mengenai cerita bapanya sewaktu dihubungi mStar.
Ada sekali tu doktor call suruh pergi hospital sebab abah dah nazak. Semua terkejut. Saya pun menangis masa tu. Tapi dia stabil semula.
HUZAIRY HASRY
Kata pelajar bidang Keselamatan dan Kesihatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu, kisah mengenai manusia dihisab di padang Mahsyar paling memberi kesan buat dirinya.
Malah, dia juga terharu apabila niatnya berkongsi kisah itu di Twitter turut memberi kesedaran kepada orang lain.
"Yang paling beri kesan bila abah cerita ramai tunggu giliran dihisab amalan serta ramai beratur sebelum dihumban dalam neraka.
"Ada juga kawan abah yang cadangkan supaya dia tulis buku. Apa-apapun, saya syukur apa yang saya kongsi di Twitter, boleh buat orang lain rasa terbuka hati," katanya lagi.
Menurut Huzairy, dia juga sukar percaya namun bersyukur apabila bapanya kini hampir pulih sepenuhnya.
Huzairy (kanan) bersama bapa (tengah) dan adiknya.
Sewaktu koma, bapanya berada dalam keadaan kritikal dan dimaklumkan mempunyai peluang tipis untuk terus hidup.
"Ada sekali tu doktor call suruh pergi hospital sebab abah dah nazak. Semua terkejut. Saya pun menangis masa tu, tapi dia stabil semula.
"Abah banyak cedera, paru-paru dia terkoyak. Tulang rusuk tertikam paru-paru. Berlaku kecederaan dalaman.
"Saraf tangan juga putus. Alhamdulillah, abah dah makin sihat walaupun tak seratus peratus sembuh," ujarnya.
Dalam pada itu, siri perkongsian Huzairy di Twitter sehingga kini menerima lebih 21,200 ulang kicau (Retweet).
Malah, ramai netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.
"Aku tertarik dengar cerita orang koma dan dapat peluang kedua dapat tengok syurga neraka boleh insaf terus kat dunia ni.
"Subhanallah. Rezeki dipanjangkan usia. Rezeki melihat segala rahsia Allah.
"Salam bro, thanks for this sharing. Kirim salam dekat abah. Semoga dia sembuh sepenuhnya," tulis beberapa netizen.Tq Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung