Nuffnang

Friday, June 28, 2019

Perghhh !!! 'Messi' dari Iran nafi perdaya lebih 20 wanita

'Messi celup' - yang semalam dilaporkan kepada polis atas dakwaan mempermainkan lebih 20 wanita - tampil membela diri.
Melalui klip video pendek Reza Paratesh menafikan dia terbabit seperti apa yang dilaporkan media antarabangsa mengenainya.
Kata Reza, jika benar diadukan kepada polis, ketika ini sudah tentu dia mendekam di penjara dan bukannya bebas seperti biasa.
"Jangan percaya, ia tak betul," katanya melalui media sosial kira-kira 15 jam lalu.
Semalam media antarabangsa mendakwa Reza - yang mempunyai perawakan seperti Lionel Messi - sudah diadukan kepada polis Iran.


Puncanya, dia dituduh menggunakan penampilan seperti Messi untuk menggoda ramai wanita dan meniduri mereka.
Media mendakwa seramai 23 wanita sudah menjadi 'mangsa' Reza.
Dalam kenyataannya Reza, 26, berkata tidak wajar bagi mana-mana pihak mempermainkan reputasi serta kredibiliti seseorang.
Kata Reza, dia juga akan mengambil apa saja langkah yang wajar untuk menyanggah laporan tersebut secara undang-undang.
"Saya harap polis dapat mencari punca berita palsu ini dan mendedahkannya kepada orang ramai," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

terfikir kah oleh kita mungkin yang membuat laporan palsu itulah sebenarnya yang diburu oleh pihak berkuasa / mangsanya ? dalam suasana dunia yang seperti sekarang ni penjenayah semakin mudah untuk melepaskan diri setelah berbuat salah dan menjadikan orang lain sebagai alat untuk melepaskan diri. Kalau ditinjau kes-kes yang terdahulu (di amerika contohnya) ramai orang yang tak bersalah yang menerima hukuman sedangkan si penjenayah tu sendiri terlepas bebas dan terus memperlakukan jenayah. dan kemungkinan suasana seperti ini akan terus berleluasa di negara kita ni. kat negeri China dah di amalkan penjenayah (terutama yang banyak wang) membayar orang lain untuk mengaku bersalah dan menerima hukuman untuk kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah tersebut

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung