Nuffnang

Sunday, September 27, 2015

Cabul Wanita Tempatan.Warga Nigeria Maut Di Pukul AJK .Pangsapuri..



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warganegara Nigeria maut dibelasah orang awam selepas didakwa cuba mencabul seorang wanita tempatan di dalam lif Pangsapuri Flora Damansara, Petaling Jaya.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam, Rabu itu, mangsa menaiki lif yang sama dengan suspek bernama Ikechukwu Bright Ogundu yang berusia 28 tahun.

Menurut mangsa, suspek cuba menganggunya sebelum bertindak agresif dan cuba mencabul.

Ekoran itu, suspek ditahan oleh orang awam dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pangsapuri ketika sedang keluar dari lif selain dari memukul suspek bertubi-tubi sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 8.10 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati, 30 orang awam sedang mengelilingi suspek. 

Pada jam 8.45 malam, suspek yang duduk kemudiannya berbaring sementara menunggu proses pengecaman dilakukan kira-kira 10 minit selepas itu dan polis terpaksa memanggil pasukan perubatan untuk merawatnya.

Bagaimanapun, suspek disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam kerana cedera teruk di bahagian kepala sebelah kanan, lutut dan benjolan di bahagian buku lima tangan sebelah kanan yang disyaki patah. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung