Nuffnang

Sunday, September 27, 2015

Hendak Tahu, Inilah Rahhsia Kenapa Wanita HIdup Lama Lebih Dari Lelaki.



Mama dan papa sedang menonton televisyen.

"I dah letih la, dah lewat ni. I nak tidur lah," kata mama.
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

Mama pun pergi ke dapur, nak tutup tingkap dapur. Nanti masuk pula lipas, leceh pula nanti. Dah tu, ada pula rice cooker dalam sink. Rendam selepas makan tadi, basuh kejap. Susun pinggan di rak, lap dapur, terpercik kena sambal semasa memasak tadi. Check air panas dalam flusk. Takut habis pula nanti malam anak nak menyusu. Memang dah kering pun flusk ni. Jeranglah air sekejap.

Sementara menunggu air masak, nampak pula bekas gula dah kosong. Isi la gula. Check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok. Nasib baik ada lagi. Ini lauk bila ni? Semalam? Besok sajalah basuh. Sidai kain lap sajalah.

'Tik!' Bunyi air dah masak. Salin air dalam flusk. Okay, settle. 

Baru teringat nak sembahyang isyak. On the way nak pergi bilik, papa masih tengok televisyen lagi. Nampak pula beg anak untuk dihantar ke taska. Check! Baju dua pasang, tuala kecil untuk selsema. Calamince lotion untuk sapu ruam, diapers empat keping. Alamak! Terlupa masukkan botol. Basuhlah botol sekejap. Okay, selesai.

Ternampak pula beg pergi kerja. Besok nak pakai beg Polo coklatlah. Asyik-asyik pakai beg hitam ini saja. Salin jap barang-barang ke beg coklat. Check semua, 6 poket beg. Takutlah tertinggal apa-apa. Leceh  pula. Selalunya barang yang tertinggal itulah yang nak dipakai nanti.

Hishh! Sempitlah beg ini. Hangin je. Nak kena beli beg baru. Rasanya 25hb ni Sogo ada buat sale. Mana flyers tadi? Okay, catit kejap di pelekat kuning, bimbang terlupa. Okay, settle.

Tiba-tiba terdengar suara papa. 

"You buat apa lagi? Tadi kata nak tidur?"

"Yelah, nak tidurlah ni. Nak sembahyang kejap,"

Masuk toilet, buat apa-apa yang patut. Cuci muka dulu. Dua jenis pula tu. Adoi. Gosok gigi, sembahyang. Pakai toner, pakai treatment cream. Nak lawa dan maintain punya pasallah ni. Nanti orang kata baru anak seorang dan macam anak empat orang pula.

Buka almari, pakai baju hijau untuk esok. Gosok kejap, check baju papa. Baju papa pun kena gosok juga ni, kat bilik belakang. 

La, kenapa komputer tak tutup lagi ni? Gelas kopi pun masih ada lagi. Bersemut! Pergi dapur dan basuh. Sambung gosok baju, gantung elok-elok. Kemaskan baju gantung-gantung. Masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor. Okay, settle. 

Dengar suara papa lagi.

"I dah mengantuk ni," katanya.

Masuk dalam bilik, tengok pokok dah nak mati. Lupa dah 3 hari tak siram. Siram kejap. Check kejap pintu, tak kunci lagi. Haih! Grill pun tak tutup lagi. Kalau tak check, senang-senang saja perompak masuk rumah. Buka lampu luar, mainan anak bersepah-sepah. Kena kemas pula. Banyaknya, sampai ke bawah meja makan pun ada. Settle.

Dah selesai semua baru dapat baring. Adoinya, sakitnya pinggang. Cium si comel kejap, selimutkan dia. Diapers pula dah penuh, kena tukar.

"Okay sayang, tidur ye. Kalau boleh, janganlah bangun tengah malam eh. Tidur sampai pagi. Selamat malam,"

Ahh! Sedapnya dapat baring. Mana pula lotion sapu kurus ni? Sapu lagi lotion kurus. Set alarm, set program kerja untuk esok. Jam 9:30 ada meeting. Bosannya.

Panas pula lotion ni.

Sebelum lelapkan mata, ucap terima kasih pada Allah di atas segala rezekiNya hari ini. Mohon keberkatan dari Allah. Papa pun bangun tutupkan televisyen.
"I dah mengantuk sangat dah ni. Nak tidurlah. Cerita pun tak best malam ni. Bola pun tak ada," katanya.

Selang seminit, kedengaran bunyi berdengkur.

"Dah agak dah,".

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? Sebab wanita ada banyak kerja yang kena buat. Itulah yang tak boleh nak 'pergi' cepat. Kongsikan artikel ini pada 5 wanita yang anda rasa mereka hebat. Pasti anda akan disayangi kerana memahami mereka. Kongsikan juga pada rakan-rakan lelaki agar mereka menghargai ibu, isteri dan kawan-kawan dengan lebih. - Pok Din

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung