Subhanallah. Kelihatan mayat mayat yang terbujur kaku, akubat bersesak sesak untik melontar jamrah. D mina.
LAPORAN AWAL TIADA JEMAAH HAJI MALAYSIA TERLIBAT
Laporan dari Mina yang memaklumkan terdapat tragedi rempuhan yang menyebabkan kematian seramai 310 jemaah haji meninggal dunia dan 450 cedera ( maklumat rasmi dari Kerajaan Arab Saudi). Kejadian ini dilaporkan berlaku pada 1130 pagi. Lokasi sebenar berlaku di Jalan 223 dan 204, l iaitu lokasi penempatan dan perkhemahan JH negara arab dan bukannya di Kompleks Jamrat.
Setakat ini, tiada JH Malaysia terlibat, pihak Tabung Haji masih membuat headcount bagi memastikan sekiranya ada jemaah dari Malaysia yg hilang. Pihak Peronda TH dari semasa ke semasa sedang membuat semakan secara terperinci. Untuk pengetahuan, pihak TH sememangnya menempatkan 8 post PERONDA dengan 2 orang peronda di setiap pos yang telah ditugaskan bagi memastikan pergerakan JH Malaysia dari tempat penginapan di Muassim hingga ke Kompleks Jamarat (tempat melontar). Ini bagi memastikan tiada jemaah yg tersesat memasuki laluan jemaah haji dari negara lain.
Lagipun bagi JH Malaysia waktu melontar telah ditetapkan antara pukul 530 petang dan 8.00 malam.
Secara prinsipnya pergerakan JH Malaysia tidak akan melalui laluan JH Arab iaitu jalan 223 dan 204 lokasi tragedi; ini kerana mereka akan melalui laluan yang berbeza dengan lokasi kemalangan. Bahkan dihadang dengan pagar sehingga ke Kompleks Jamarat.
Insya Allah jika JH Malaysia mengikut peraturan, laluan dan masa yang ditetapkan, kemalangan ini tidak akan melibatkan JH Malaysia.
Semoga Allah menjauhi kita semua dari bala bencana dan sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan jemaah kita disana dan umat Islam keseluruhannya.
-YB Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki-
(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
PAS, PKR bertembung di Labuan dan Sg Acheh PKR dan PAS akan berentap antara satu sama lain dalam perebutan kerusi Parlimen Labuan d...
-
KISAH BENAR MUSLIMAH SYRIA DI DALAM PENJARA BASYAR. Khitam Be...
-
Salam buat semua... Bahagian Kedua...Kisah Bob Loqman.. Setelah Isteri tersayang meninggalkannya..tinggallah Bob Loqman terkial kial ..bersa...
-
Memakai harnest..atau tali pinggang keselamatan dan peralatan yang lain. Termpat persediaan sebelum bermula...ketak ooi...(gementar) Tempat ...
-
Sidang Media Baru sebetar Tadi di TV 3, Ketua Polis Negara Memaklumkan bahawa..seorang lagi Anggota Komando Terbunuh.. Al Fatihah.. Me...
-
SEORANG pemilik kedai runcit, Nora Che Hussain mendakwa stok minyak masak di kedainya di Taman PKNK, Alor Setar habis sejak dua minggu lalu....
-
Inilah dia kepala King Cobra yang di tetak.. Teknik teknik memproses cobra ..ma Ular Tedung yang telah siap di buang kulitnya.. Ha tu dia ca...


No comments:
Post a Comment