Nuffnang

Sunday, October 15, 2023

Kesan kecederaan seluruh badan, dubur Ayyash Aulian

 


Ayyash Aulian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pukul 5.20 petang hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia disyaki didera oleh teman lelaki ibunya dengan kesan melecur dan kecederaan di beberapa bahagian tubuh badannya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian,Superintendan Juna Yusoff berkata, susulan kejadian itu, pihak polis telah melakukan penangkapan pasangan suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka.

“Kita telah mendapat laporan daripada pihak Klinik Kesihatan Bagan Serai tentang keadaan seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia dengan mempunyai kesan kecederaan dan melecur di beberapa bahagian tubuh badannya.

“Mangsa dihantar ke klinik itu oleh pasangan warga emas pada pukul kira-kira 7 malam semalam bagi tujuan rawatan setelah mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan,” katanya hari ini.

Menurut Juna, hasil siasatan awal mendapati, mangsa merupakan anak jiran di kawasan Taman Serai Permai telah dibawa pulang untuk diasuh sementara oleh anak lelaki mereka berusia 26 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Pegawai Perubatan, kanak-kanak itu telah pun meninggal dunia dengan mempunyai kesan kecederaan ditubuh badannya,” katanya.

“Dalam masa sama, hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada pendarahan teruk dibahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Selain itu, terdapat kecederaan teruk pada seluruh anggota tubuh badan dengan kesan luka melecur dipercayai akibat daripada objek panas dan kecederaan pada lubang dubur mangsa,” katanya.

Sementara itu, jenazah Ayyash Aulian Muhamad Faizul telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Matang Gerdu pada jam kira -kira 5.20 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung