Nuffnang
Wednesday, November 13, 2019
Tudia !!! Hisap vape untuk berhenti merokok bawa padah - “Saya hampir mati”
Hisap vape untuk berhenti merokok bawa padah - “Saya hampir mati”
Ewan sewaktu dirawat di sebuah hospital.
SEORANG remaja lelaki hampir menemui ajal dan memerlukan paru-paru tiruan selepas menghisap vape selama lima bulan.
Ewan Fisher mula menggunakan rokok elektronik itu sebagai alternatif untuk berhenti merokok pada 2017.
Namun warga Britain itu dimasukkan ke sebuah hospital pada tahun yang sama kerana mengalami masalah kesihatan.
Dia disahkan menghidap pneumonitis hipersensitif (HP) yang juga reaksi alergi terhadap sesuatu yang dihirup sehingga menyebabkan keradangan tisu paru-paru.
Keadaan Ewan kritikal sehingga dia juga memperlukan mesin sokongan hidup.
Remaja dari Arnold, Nottingham itu menghisap vape selama empat atau lima bulan sebelum jatuh sakit.
"Saya bertukar kepada vape kerana fikir ia lebih bagus. Namun saya kerap batuk dan mengalami kesukaran bernafas.
"Ibu saya jadi risau dan membawa saya ke sebuah hospital. Saya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan dua jenis mesin sokongan hidup. Saya hampir mati," katanya.
Ewan kini menasihati orang ramai supaya berhenti menggunakan vape.
"Vape membuatkan saya sakit. Kepada mereka yang sudah menggunakan rokok elektronik itu, bertemulah segera dengan doktor.
"Bertukar kepada vape dengan niat untuk berhenti merokok sebenarnya mengundang padah," katanya. - Dailystar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...
3 comments:
Entah la. Bagi Perokok tegar mcm Aku ni. Vape ni tak la teruk sgt. Kenapa lepas Aku beralih kepada vape, masaalah yg Aku hadapi Setiap Hari masa merokok takde berulang. Dulu, masa merokok, Setiap Malam, Lelebih lagi kalau Sejuk, Aku kerap sesak nafas. Nak bernafas tu rasa berat sgt. Ade Mase Sampai stand by inhaler utk org asma. Bangun tido je, air pun tak masuk, rokok nak layan dulu. Kerja je, rokok taK Berhenti, Aku pun keje bengkel Lori, banyak kena Pakai otak, rokok taK banyak, sikit Bantu Aku Rilek. Tapi Sejak beralih kepada vape. Rokok tu ade lagi, Cuma Kurang sgt. Satu kotak bleh tahan 3 4 hari. Sekang ni, waktu Pagi, jgn kate isap, bau rokok pun Aku tak tahan. Nak ambik vape. Mesti ade benda kena lalu Kat tekak dulu, air panas ke, air suam pun OK, baru asap vape boleh masuk, mcm tu jugak lepas makan. Dah 10 15 minit. Baru la nafsu nak berasap tu dtg. Mungkin kesan Dia lambat. Abg ipar Aku Ambik vape Sejak dari memula popular, hingga kini. Setakat ni alhamdulilah, rokok Langsung tak usik. Mungkin tgk org kot. Ade Yg serasi, ade Yg tak boleh, Dan adr yg Langsung tak bleh... Kalau ikut logik la. Cuba alas tisu Kat filter rokok Dan Kat muncung vape. Tgk hasilnya... Aku tgk dlm youtube. Asap rokok buat nyamuk dlm botol mati, Tapi vape Elok je nyamuk tu hidup. Lagi pun, ikut logik Aku jugak, rokok ni, mcm asap kayu Yg kita bawak masuk dlm Badan, Tapi vape ni Dia Lebih Kurang wap air. Jadi Pokok pangkal, tepuk dada Tanya diri sendiri...
Rasanya lepas bertukar ke vape, badan rasa lebih fit dari merokok.... Macam kes lelaki ni, rasanya jenis flavour atau bahan yang dia guna.. Ada yang water based ada yang oil based. Oil based tak bagus... Nama pun minyak...
serangan terhadap vape mungkin terjadi... sy hanya mengandaikan takkan peniaga rokok dok diam ja, bila vape kluar... nasihat saya jgn terbeli yg cetak rompak, jgn terbeli liquid yg dibubuh racun, klu boleh dapat alat pengukur racun semurah vape tu.. silalah miliki...
tp raseny elok juga berhenti... jgn lemahkan badan dengan asap2 nie... tp tak suka paksa, kerana kenikmatan merokok mungkin dah sebati.. jd jaga-jaga lah dan bersedialah bila terbatuk2 nnti...
Post a Comment