Nuffnang
Tuesday, November 26, 2019
Fuh Tediaa !!! Perompak larikan barang perhiasan antik bernilai sehingga RM4.6 bilion dari muzium Jerman
Perompak larikan barang perhiasan antik bernilai sehingga RM4.6 bilion dari muzium Jerman
Perhiasan antik yang dipercayai bernilai lebih daripada 1 bilion Euro (RM4.6 bilion) telah dilarikan daripada sebuah Muzium Green Vault di Dresden, Jerman. Foto: Getty
BARANG perhiasan antik yang dipercayai bernilai lebih daripada 1 bilion Euro (RM4.6 bilion) telah dicuri dalam satu serbuan di sebuah muzium di Jerman.
Menurut detektif, Muzium Green Vault di Dresden menjadi sasaran penyamun pada awal pagi Isnin.
Menurut laporan lagi, penyamun memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum menyelinap masuk melalui tingkap pada pukul 5 pagi.
Mereka dikatakan menyasarkan barang perhiasan, berlian dan batu permata.
Jurucakap polis Thomas Geithner mengesahkan kejadian itu.
Green Vault menyimpan koleksi khazanah terbesar di Eropah dan diasaskan oleh Prince Elector Frederick Augustus I, atau Augustus the Strong, pada tahun 1723.
Ia ditempatkan di Istana Dresden dan menjadi sebahagian daripada Koleksi Seni Negeri Dresden. - Metro.co.uk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tuan Guru Hj Hadi Awang telah Menyelamatkan Seorang pelancong yang hampir lemas , semasa mandi di Pantai Marang Terengganu..ketika itu...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Kami Tolak Mat Sabu, Mujahid SEBERANG JAYA: PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil tindakan radikal apabila turut menolak untuk be...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Salam Buat Semua.. Hari ini dan semalam aku rasa kecewa..apabila aku.. pergi ke kedai minyak untuk mengisi minyak keretaku yang hampir habis...
-
Cahaya lampu menyinar setelah di sinari oleh lampu kereta.... Gambar pokok yang dihiasi lampu hijau...cantik. Gambar pokok yang dihiasi den...
-
salam buat semua... awal tahun ini kita dikejutkan dengan barang barang keperluan yang naik mendadak... ada yang naik sekali ganda dan ada y...

No comments:
Post a Comment