PUTRAJAYA: Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) menafikan individu yang tular di media sosial ketika
ini kerana aktif memberikan pandangan negatif dan mengkritik kerajaan
adalah pegawainya.
LHDN dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.
Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.
"Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN," katanya.
LHDN juga menggesa individu terbabit agar tidak mengaitkan dirinya
dengan LHDN memandangkan beliau tidak lagi berkhidmat dengan organisasi
itu. - Bernama
LHDN dalam kenyataan pada Rabu berkata pihaknya telah mengenal pasti individu itu yang menggunakan akaun Facebook yang dikatakan sebagai pegawai LHDN.
Menurutnya individu tersebut ialah bekas pegawai LHDN yang telah bersara pada Ogos tahun lepas.
"Maka LHDN ingin menafikan individu tersebut masih mempunyai perkaitan dengan LHDN dan menegaskan bahawa pendapat dan komennya di laman sosial adalah tidak mewakili LHDN," katanya.
No comments:
Post a Comment