Kesemua 45 warna, yang dijual secara atas talian pada harga RM73 bagi semenanjung Malaysia, RM75 (Sabah dan Sarawak) dan SG$36 (Singapura dan Brunei), telah direkodkan sebagai ‘sold out’ di laman web Naelofar Hijab.
Situasi ini secara tidak langsung menggambarkan apa pun kontroversi yang melanda, ia sedikitpun tidak menjejaskan jualan koleksi terbaru ini, malah ramai yang berasa kecewa kerana tidak sempat mendapatkan turban BeLofa.
Dalam pada itu, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal memaklumkan ‘Be Lofa Turban’ telah habis terjual dalam tempoh dua minit selepas koleksi terbaru itu diperkenalkan.
“Ini team pos online. Alhamdulillah online turban dan shawl sold out! Terima kasih semua tenaga kerja yang sangat bagus. Esok semua akan terima turban shawl yang dibeli online hari ni,” tulisnya pada Insta Story.
Bagaimanapun, Neelofa sehingga kini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung jualan koleksi terbarunya itu.
Pun begitu, pada Selasa Neelofa telah memuat naik gambar ketika ketika majlis pelancaran koleksi ini dengan Instagram beserta kapsyen, "Thank you Malaysia".
Terdahulu sebelum itu, Neelofa menerima kecaman hebat daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya melancarkan koleksi terbaru tudung BeLofa dari jenama Neelofar Hijab di sebuah pusat hiburan terkenal di ibu kota, pada Isnin.
Dan hari ini Naelofar Hijab telah membuat permohonan maaf.
No comments:
Post a Comment