Nuffnang

Monday, September 29, 2014

Anwar: MB akan dedah siapa dapat jutaan ringgit dari Projek Air Selangor

Anwar: MB akan dedah siapa dapat jutaan ringgit


Menteri besar baru Selangor Azmin Ali diminta mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu.

Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan.

“Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya?

"Rakyat Selangor,” katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Sementara itu, Khalid berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya.

"Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan Canal City.

“Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,"tulisnya dalam Facebook sebentar tadi

3 comments:

Anonymous said...

"Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan"..kata anwar...
Ini remote control untuk azmin dari KETUM...hah haa..."saya bukan di remote control oleh sesiapa"..sapa cakap ni?????

Anonymous said...

kalah juga pakar sastera kali ini dalam mengeluarkan kata kata...sepatutnya anwar berkata..azmin akan blaa..blaa..blaa..bukan mengata kan "Azmin sudah di beritahu blaa blaa blaa"...ayat ini menunjukkan azmin sudah di remote control...kalau tidak menipu bukan PKR..parti kelentong rakyat

Anonymous said...

aikkk macamana aljubb boleh tahu membaca fikiran dan tindakan MB?...
samaada MB ni jenis remote control atau Aljubb ni tidur sekatil dgn MB?... bahaya tuh!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung